22:1
Lebih baik memilih nama baik daripada kekayaan besar, dan keredaan yang menyayangi daripada perak dan emas.
Reputasimu ialah aset yang jauh lebih penting daripada apa pun yang kamu dapat beli. Hormat dan sayang orang lain bagimu ialah aset bagimu yang harus dikejar dengan kesungguhan besar. Akhlak ialah harta berharga yang kamu patut perkasakan setiap hari dengan keputusan-keputusan berhikmah.
Apakah yang difikirkan orang, apabila mereka mendengar sebutan namamu? Adakah mereka fikir tentang budi bicara, kesalihan, ketekunan, dan kesetiaan? Adakah namamu manis kepada telinga dan fikiran mereka? Bagaimanakah mereka berucap tentangmu kepada orang lain? Adakah kamu kerap kali dipuji ketika ketiadaan? Adakah orang lain damba bergaul denganmu? Adakah mereka ingin menghormatimu dengan kesayangan, hadiah, dan khidmat?
Atau adakah sebutan namamu suatu fikiran yang pahit? Adakah mereka memikir tentang kekerasan, kepentingan diri sendiri, kedegilan, keangkuhan, ada angin, atau tidak berbudi bicara? Adakah mereka cuba mengelakmu? Adakah mereka mengelakkanmu? Ketika orang lain berbicara tentangmu, haruskah mereka berbuat alasan bagi sikapmu? Adakah mereka menolakmu bagi undangan atau tugasan, kerana kamu lebih jelek daripada menyenangkan?
Kamu tidak dapat mengabaikan soalan-soalan itu dan jadi berhikmah. Reputasimu dan perhubunganmu ialah sukatan besar bagi kehidupanmu. Berhenti dan telitikan reputasimu dengan orang lain. Apakah yang orang lain fikir tentangmu adalah jauh lebih tepat gambaran kehidupanmu daripada apa yang kamu fikir tentang dirimu sendiri, kamu ada sikap berberat sebelah yang cukup nyata untuk mengubahsuai fakta-fakta bagi kebaikanmu sendiri, dan kamu ada hati yang memperdayakan yang sangat mencintai dirimu sendiri (Ams 16:2; 20:6; 21:2; Yer 17:9; Gal 6:3).
Sesetengah orang dipakai sebagai teladan untuk nilai-nilai murni yang spesifik atau yang segalanya. Yang lain dipakai sebagai teladan keruntuhan akhlak dan masalah. Bagaimanakah namamu dipakai? Adakah kamu disebut dengan sayang dan dengan hormat, atau dengan kritikal dan dengan negatif? Banyak tiada nilai murni yang nyata, jadi mereka menjalani hidup tanpa apa pun kehormatan atau keredaan, yang menunjukkan kekurangan ketekunan dan keutamaan dalam mengejar kesalihan dan akhlak mulia.
Apakah maksudnya nama baik? Ia bukan pilihan sebutan suku kata oleh ibubapamu yang ada glamor, ada kelas, atau menyenangkan. Ia bukan dinamakan menurut moyang yang disanjungi semata-mata. Nama betul kamu tiada apa pun nilai. Solomo memakai “nama baik” sebagai metonim untuk reputasi yang baik. Dia menggesakan anak lelakinya untuk mengutamakan reputasi yang baik dengan Allah dan dengan orang baik sebagai matlamat yang utama dalam kehidupan (Ams 3:4).
Apakah maksud “keredaan yang menyayangi” di sini? Ia buka memberi sayang dan keredaan kepada orang lain, tetapi sebaliknya menerima sayang dan keredaan daripada orang lain. Ia memperoleh kesayangan dan kehormatan daripada orang lain yang berakhlak mulia. Ia bermaksud menerima perkenan dan kelulusan mereka bagi kehidupanmu. Sudah tentulah, mencapai tahap sedemikian mewajibkanmu untuk dengan teliti menguasai perangaimu untuk menyenangkan orang lain. Ia memerlukan kelakuan wajar yang konsisten untuk mengekalkan sanjungan dan kepercayaan orang lain kepadamu (Pkh 10:1).
Amsal ini ada elipsis, iaitu kata-kata yang tertinggal supaya menyingkatkan ayat ini dan lagi menyerlahkannya. Klausa yang kedua dapat dibaca seperti berikut, “Dan keredaan yang menyayangi harus dipilih daripada memilih perak dan emas.” Perkataan itu yang dipetik daripada klausa pertama adalah penting untuk mengisi seluruh maksud amsal ini. Kedua-dua klausa sedang mengajar perbandingan dan pilihan.
Dalam setiap kes ia pilihanmu. Kamu dapat memilih reputasi yang baik dan perkenan yang menyayangi orang lain. Ia pilihanmu. Kedua-duanya harus menjadi keutamaan. Kedua-duanya lebih penting daripada apa pun sukatan kejayaan. Keadaan-keadaan atau diskriminasi ialah alasan untuk orang yang bebal dan yang malas yang tidak mengejar matlamat penting dengan wajar. Seorang berhikmah akan mengejar kedua-duanya.
Apakah pelajarannya? Kamu patut menekankan benar kepentingan reputasimu dan perhubunganmu. Sementara banyak orang mengejar kejayaan kewangan dan kejayaan profesional dengan segala kekuatan mereka, Solomo menggesakan anak lelakinya untuk menilaikan reputasinya dan perhubungannya melebihi matlamat-matlamat ini yang lain. Dia ingin anak lelakinya membesar dalam keredaan dengan Allah dan manusia, dan dia mengutamakan kepentingan pencapaian itu sebagai lebih bernilai daripada kekayaan besar (Ams 3:4; 1Sam 2:26; Luk 2:52).
Bagaimanakah pencapaianmu berdasarkan pelajaran Solomo ini?Betapa pentingnya reputasimu kepada dirimu? Ia lebih penting daripada apa pun nilai wang atau kejayaan? Adakah kamu bekerja lebih keras untuk memajukan namamu daripada maju secara kewangan? Berapa banyakkah kamu menyanjungi dan menghormati orang yang baik? Adakah kamu kerap menguji perangaimu supaya tidak bersalah kepada orang? Adakah kamu bekerja lebih keras daripada orang lain untuk memastikan setiap tugas dilakukan dengan sungguh baik bagi setiap orang yang berkenaan?
Allah menyukatmu dengan apa yang orang lain fikir tentangmu. Kamu tidak dapat menyenangkan Allah dan bersalah kepada orang baik pada waktu yang sama. Ia tidak mungkin. Jika kamu sedang menyenangkan Allah dan sedang memegang perintah-perintahNya, kamu akan menyenangkan orang lain (1Sam 18:14-16; 1Yoh 5:2). Dan keluargamu dan kawan-kawanmu tidak diambil kira, sebab reputasimu dengan orang yang baik itulah yang penting. Kamu dengan mudah boleh menanggap akhlak orang dengan bilangan dan jenis kawan yang dia ada. Fakta-fakta ini tidak berbohong.
Sudah tentulah, pendapat-pendapat orang lain bukan satu-satunya sukatanmu, atau sukatan yang paling penting (Yoh 5:44). Tetapi ia masih sukatan. Kamu dengan bebal memperdayakan dirimu untuk sendiri meluluskan kehidupanmu dan perangaimu jika orang baik dan perempuan baik memandang rendah dirimu. Yusuf dan Daniel dipandang tinggi malah ketika mereka orang tawanan di tanah orang asing kerana roh mereka yang cemerlang dan kehidupan yang tidak tercela.
Demetrius ada nama dan reputasi baik di hadapan para rasul dan semua orang (3Yoh 1:12); Timotius dipandang tinggi baik sebelum mahupun selepas dia bertemu dengan Paulus (Kis 16:1-2; Flp 2:19-22). Sukatan tinggi bagi suatu reputasi di dunia ialah kelayakan yang wajib bagi para biskop di gereja-gereja Yesus Kristus (1Tim 3:7). Bagaimanakah sukatan dirimu?
Reputasi baik di hadapan dunia adalah mungkin, tetapi sesetengah orang yang tidak salih tidak akan menghargai kewajaranmu (1Tes 4:12; 1Pet 2:12; Dan 6:3-5; Luk 6:26). Solomo lebih memaksudkan orang baik dan berhikmah, yang tahu hati dan kehendak Allah dan yang menyukat orang lain dengan kesalihan. Berkompromi atau persahabatan dengan dunia ialah ciri para pendosa (Yak 4:4).
Pendapatmu tentang dirimu tidak begitu bernilai. Ia biasanya bercanggah dengan fakta. Orang dengan reputasi baik biasanya fikir diri sendiri tidak baik, yang mengekalkan diri mereka rendah hati dan sensitif kepada orang lain; tetapi orang dengan reputasi yang buruk memikirkan diri sendiri sungguh diingini, lalu bersikap angkuh dan menjelekkan. Perbezaan antara sikap rendah hati dengan sikap menganggap diri benar ialah sebahagian besar nama baik, yang dibina di atas sikap kurang menyanjungi diri sendiri.
Matlamatmu yang besar adalah untuk membesar dalam “keredaan menyayangi” dengan Allah dan manusia, seperti Samuel dan Tuhan Yesus Kristus (3:4; 1Sam 2:26; Luk 2:52). Ini terjadi ketika kamu memegang dua perintah agung – mengasihi Allah dan mengasihi jiran. “Keredaan yang menyayangi” amsal ini ialah cara Allah dan orang lain melayanimu, yang kamu dapat pilih dengan menjalani hidup yang salih dan yang mengasihi mereka secara konsisten. Suatu roh yang cemerlang akan menyebabkan orang lain untuk mengasihimu.
Jadi, inilah matlamat-matlamat yang hebat – reputasimu dan sanjungan oleh orang lain – hal-hal inilah yang harus melebihi apa pun matlamat yang lain. Orang banyak bekerja sepanjang hari dengan berpenat lelah untuk banyak tahun untuk menjadi kaya, tetapi membina suatu nama baik dan reputasi adalah lebih penting. Jika kamu ada pilihan di antara reputasi baik dan minyak yang berharga, yang sungguh mahal nilainya di cuaca kering Israel dan yang sangat menyukakan, kamu harus memilih nama yang baik (Pkh 7:1).
Pertimbangkan pengebumianmu (Ams 10:7). Kenangan orang benar memberkati, tetapi nama orang durjana akan reput. Bagaimanakah kamu akan diingati? Berapa lamakah kamu akan diingati? Akankan peringatanmu membawa fikiran-fikiran yang menyukakan kepada hati? Atau kebanyakan orang akan rasa mual dan kemudian sungguh lega? Bilangan orang dan akhlak mereka, dan tindak balas mereka pada waktu pengebumian menyatakan sesuatu yang sungguh besar.
Kamu ada dua nama. Nama pertama ialah namamu yang peribadi, yakni suatu pengenalpasti istimewa di antara berbilion orang di dunia. Cara kamu hidup dan melayani orang lain membentuk reputasi bagi nama pertamamu. Allah telah memberi nama itu kepadamu dengan reputasi yang kosong. Apakah yang telah kamu buat dengannya? Kamu mungkin telah lagi mengharumkannya atau telah merosakkannya. Dengan sebutan satu perkataan, iaitu namamu, tindak balas dan fikiran dicetuskan dalam orang lain. Apakah fikiran itu?
Namamu yang kedua ialah nama keluargamu. Cara keluargamu hidup dan melayani orang lain membentuk reputasinya. Adakah kamu mengharumkan nama keluargamu? Atau kamu sedang membiarkannya reput? Adakah orang lain ingin berada bersama keluargamu? Atau sudahkah mereka cukup tersinggung sehingga ingin mengelakkannya? Adakah orang lain ingin berkahwin masuk keluargamu untuk memperoleh sebahagian nama baik itu? Nama keluarga yang baik memerlukan kesalihan yang konsisten daripada banyak orang yang berlainan.
Daud ada nama yang besar di Alkitab. Namanya sungguh masyhur di Israel (1Sam 16:18; 18:30). Walaupun Saul merupakan raja dengan anak lelaki yang sungguh keputeraan, Yonatan dan negara itu mengasihi Daud, sebab dia lebih baik daripada mana-mana orang yang lain (1Sam 18:1-16). Setiap orang ingin berada bersama Daud, menjadi seperti Daud, atau dikahwinkan kepada Daud. Dia telah mengusahakan itu dengan sikap yang berbudi baik, rendah hati, dan berhikmah pada setiap masa. Allah memilih orang ini, walaupun seorang pendosa, sebagai teladan suatu nama yang besar di Israel.
Berkat-berkat pada upacara kemahkotaan Solomo termasuk berkat untuk adanya nama yang lebih besar daripada nama ayahnya, Daud, yang memang dengan mudah nama yang paling besar di Israel (1Raj 1:47). Allah pun membandingkan semua raja yang kemudian kepada Daud, dan dia diterangkan sebagai orang yang mengejar hati Allah. Betapa hebatnya matlamat itu! Bagaimanakah sukatan dirimu, hai pembaca? Ayah yang baik akan ingin anak-anak lelaki mereka untuk melebihi mereka dalam reputasi dan dalam keredaan yang menyayangi, sebab ayah itu sendiri tahu segala kesilapan yang dia sendiri telah buat.
Nabal orang yang bertentangan. Dia perengus – terlampau menyuruh, keras, dan sukar dirayukan (1Sam 25:2). Namanya bermaksud bebal, dan isterinya pun menyatakan bahawa dia seorang bebal (1Sam 25:25). Dia orang Belial – durjana dan cabul. Tuhan membiarkannya memikirkan kematian untuk sepuluh hari sebelum membunuhnya, supaya Daud dapat berkahwin dengan isterinya yang cantik sebaik sahaja habis pengebumiannya (1Sam 25:39).
Pertimbangkan Yusuf. Walaupun seorang hamba abdi, dia telah memenangi keredaan yang menyayangi daripada Allah dan Potifar kerana perangainya yang cemerlang (Kej 39:1-6). Walaupun disabitkan kesalahan mahu rogol, dia memenangi keredaan yang menyayangi Allah dan ketua penjara (Kej 39:19-23). Walaupun seorang banduan yang berjangka masa panjang, dia memenangi keredaan yang mengasihi Allah dan Firaun (Kej 41:38-45; Kis 7:10). Sesiapa pun yang berkata keadaan-keadaan mereka atau sejarah mereka telah memberi kesan yang teruk kepada nama mereka hanya ingin berdalih.
Pertimbangkan Daniel. Walaupun seorang tawanan dan sida-sida dari negara yang kecil dan yang aneh, dia memenangi keredaan yang menyayangi daripada Allah dan Aspenas, iaitu ketua para sida di Babel (Dan 1:9). Walaupun menghidupi suatu kehidupan awam untuk banyak dekad, musuh-musuhnya tidak dapat menemui satu kesalahan pun yang dapat mereka pakai untuk menuduhnya kepada raja (Dan 6:1-5). Betapa hebatnya teladan itu bagi para teruna!
Apakah yang dapat kamu bina bagi namamu dan reputasimu lalu memenangi keredaan yang menyayangi orang lain?
Segalanya yang dibuat kamu setiap hari menyumbang kepada reputasimu dan keredaan daripada orang lain. Tidak kira betapa kecil atau besar, kesan yang terkumpul daripada kata-katamu danperilakumu bergabung untuk memberi Allah dan manusia suatu penilaian bagi akhlakmu dan kesetiaanmu. Oleh sebab itu, ia tugasmu dan keistimewaanmu yang serius untuk menjaga hatimu, bibirmu, dan kakimu dengan segala ketekunan yang berhemat.
Budi baik ialah ciri yang paling besar untuk memperoleh nama baik dan keredaan yang menyayangi daripada orang lain, sebab ia dapat memenangi persahabatan para raja dan menyebabkan perempuan untuk selalu dihormati (Ams 22:11; 11:16). Gabungan cocok kelemah-lembutan, kemurahan, kerendahan hati, dan keceriaan yang menjadikan lelaki dan perempuan menarik dan menyukakan. Berapakah berbudi baik dirimu?
Manusia suka orang yang membantu diri mereka membina kehidupan mereka (Ams 27:9,17; Maz 141:3). Adakah kamu pokok kehidupan kepada orang lain (Ams 11:30; 15:4)? Adakah mereka dimanfaatkan dengan berada bersamamu (Ams 9:8; 25:12; 28:23)? Adakah mereka mencarimu untuk bantuan? Adakah kamu membantu banduan sebaya yang lain seperti Yusuf lakukan? Atau membantu orang yang memenjarakanmu seperti yang dilakukan Daniel? Atau membantu raja yang bernafsu seperti Ester lakukan? Atau membantu banyak orang balu seperti Dorkas lakukan?
Adakah ucapanmu suatu salap yang menyembuhkan, suatu cemeti yang mempersendakan, atau kebisingan yang bebal? Manusia suka kata-kata yang menyukakan dan yang baik, iaitu kata-kata yang murah hati, lemah-lembut, beramah, dan yang membantu (Ams 12:18; 16:24; 18:21; 25:11). Adakah ucapanmu selalu murah hati dan digarami (Kol 4:6)?
Belas ihsan tidak akan gagal! Jika kamu belajar dan memakai lima ungkapan yang menjelaskan kasih yang sejati (1Kor 13:4-7), namamu akan mekar seperti bunga yang cantik. Jika namamu tidak harum dan kawan-kawanmu sedikit sahaja, itu bukti bahawa kamu belum belajar kasih yang sejati. Belas ihsan tidak akan gagal!
Sedikit sahaja kebebalan boleh merosakkan reputasimu dengan lekas (Pkh 10:1), jadi kamu harus mengelakkan apa pun yang nampak jahat (1Tes 5:22). Dan kamu harus dengan lekas buat pembetulan untuk kesalahan (Mat 5:23-24). Menguasai rohmu dengan kerap kali adalah wajib untuk kekal mulia (Ams 16:32). Paulus memakai banyak lagi jalan untuk memastikan bahawa dia tidak dapat dituduh tidak jujur (2Kor 8:21).
Warren Buffet, salah seorang yang paling kaya di dunia dan sungguh disanjungi di mana-mana pun, tahu hikmah amsal ini. Dia mengajar orang lain, “Ia memakai masa dua puluh tahun untuk membina reputasi dan lima minit untuk membinasakannya. Jika kamu fikir tentang itu, kamu akan mengubahkan perilakumu.”
John D. Rockefeller, salah seorang yang paling kaya di sejarah manusia, berkata, “Hal yang paling penting adalah bagi seorang pemuda untuk memantapkan kredit – suatu reputasi, akhlak”. Dia juga berkata, “Sementara hampir sepenting untuk berbuat apa yang wajar, hal yang paling penting adalah untuk memberitahu orang lain bahawa kamu sedang berbuat hal yang wajar”. Fikiran demikian sama seperti fikiran Paulus (Rom 12:17; 2Kor 8:21).
Jika kamu muda, kamu ada kelebihan. Reputasimu masih sedang dibentuk, dan kamu harus memakai diri sendiri dengan segala ketekunan untuk menjadikannya yang paling baik di hadapan Allah dan manusia. Jika kamu muda, kamu belum berbuat banyak kesilapan seperti orang yang lebih tua, dan ini bermaksud kamu ada kurang untuk menyesal. Pilihlah hari ini untuk menjadikan amsal ini suatu matlamat yang tinggi bagi dirimu dan hidup menurut itu.
Sudahkah kamu membinasakan reputasimu? Adakah kamu fikir ia terlalu lambat? Ia tidak terlalu lambat, jika kamu akan bertaubat di hadapan Allah, mengakui dosa-dosamu kepadanya, mengakui kesilapan-kesilapanmu kepada orang lain, dan memperbetulkan keadaan atau berdamai bagi apa pun kesalahan yang telah dilakukanmu. Daud memulihkan reputasinya selepas dosa-dosa yang amat teruk, dan demikian juga Zakheus dan Petrus (Luk 19:1-9; Gal 2:9).
Namamu dan reputasimu ialah pilihan-pilihan yang harus dibuat sehari-hari, dan kamu patut memilih untuk membinanya dan mengekalkannya lebih daripada apa pun projek atau matlamat. Kamu dapat mengubahkan namamu dan reputasimu, jadi anggaplah itu berkat keistimewaan, tugas, dan keutamaan yang tinggi bagi kehidupanmu. Daripada menekankan senaman, diet dan tidur untuk membina tubuhmu, yang ada kurang nilai kepada Allah atau manusia, bersenamlah untuk kesalihan dan mengasihi orang lain (1Tim 4:7).
Hai suami, adakah kamu mengasihi isterimu secukupnya untuk membantunya membina namanya dan keredaan yang menyayangi dengan orang lain? Hai ibubapa, adakah kamu faham kepentingan amsal ini sebagai matlamat bagi anak-anakmu? Usaha-usaha yang tekun harus dibuat setiap hari untuk menjamin nama keluargamu dan nama setiap ahli keluarga tidak tercela dengan kesalahan. Betapa indahnya matlamat keluarga itu!
Jika kamu sedang memakai nama Yesus Kristus sebagai orang Kristian, maka ia penting bahawa namamu dan reputasimu memberi kemuliaan kepada agamamu dan Pemimpinnya (2Tim 2:19). Jadilah seperti orang pada Hari Pentakosta, yang telah membesar dalam keredaan dengan semua orang (Kis 2:47; Flp 2:14-16). Biar kehidupanmu menghiasi doktrin Allah dengan kemuliaan dan keindahan (Tit 2:5,8,10). Jadilah seperti saudara-saudara yang tidak disebut nama mereka yang telah disahkan oleh Paulus sebagai “kemuliaan Kristus” (2Kor 8:23).
Yesus dari Nazaret membesar dalam keredaan dengan Allah dan manusia pada waktu masa mudanya (Luk 2:52). Dia yang paling berbudi baik dalam perangai dan tutur kata (Maz 45:2; Luk 4:22). Oleh sebab Dia mengasihi kewajaran dan membenci kedurjanaan, keredaan Allah yang menyayangi itu memberkatiNya dengan minyak kegembiraan mengatasi teman-temanNya (Ibr 1:9). NamaNya mengatasi segala nama dengan sukatan yang berkelimpahan. Pilihlah untuk memperoleh nama yang sempurna, seperti juga namaNya sempurna di syurga dan di bumi.