22:17
Tundukkanlah telingamu, dan dengarlah kata-kata orang berhikmah, dan pakailah hatimu kepada pengetahuanku.
Ada tiga kewajiban untuk belajar kebenaran dan hikmah. Dan ia tidak disenaraikan mana-mana buku sekolah pun. Kamu harus pertama-tama merendahkan diri untuk mengakui diri sendiri jahil; kemudian kamu harus henti berfikir dan henti bertutur, supaya kamu dapat diajar orang yang lebih berhikmah daripadamu; dan selepas itu kamu harus mengasihi dan berserah kepada apa yang telah diajar kepadamu. Proses ini menjamin pembelajaran.
Siapakah yang memberi peraturan ini? Adakah dia faham apa yang dikatakannya? Salomo telah mengajar tiga isi penting ini melalui ilham daripada Allah dan daripada pengalamannya sendiri. Ketika ayahnya, Raja Daud, mangkat, Salomo dijadikan raja, walaupun umur setahun jagung. Dia menuruti langkah-langkah ini untuk menjadi orang paling berhikmah yang pernah hidup. Dia hanya kurang berhikmah kalau dibandingkan dengan Yesus Kristus (1Raj 3:5-28; 4:29-34).
Menurut sifat semulajadi, manusia memberontak terhadap langkah-langkah ini, jadi kebanyakan orang hidup dan mati seperti orang bebal. Pertama, kamu dilahirkan dengan keangkuhan yang menahan diri daripada merendahkan diri kepada arahan-arahan orang lain. Kedua, kamu lebih suka memikirkan atau meluahkan fikiranmu sendiri daripada mendengar orang lain. Dan ketiga, hatimu suka akan tanggapan-tanggapan sendiri dan tidak ingin untuk berubah kepada kebenaran dan hikmah.
Menunduk telinga ialah perbuatan merendahkan diri dan mengakui diri sendiri jahil. Daud berkata, “TUHAN, hatiku tidak bongkak, dan mataku tidak menyombong: aku juga tidak bergiat diri di dalam hal-hal yang besar, atau di dalam hal yang terlalu tinggi bagiku” (Maz 131:1). Salomo berkata, “Dan sekarang, ya TUHAN Allahku, engkau telah menjadikan hambamu ini sebagai raja menggantikan Daud ayahku, dan aku hanya seorang budak kecil: Aku tidak tahu bagaimana beralih keluar dan beralih masuk” (1Raj 3:7). Mereka membuang apa-apa pun sikap keangkuhan.
Apakah tahap kebenaran yang telah dicapai kedua-dua orang ini? Tahap yang melebihi orang biasa! Dan orang yang mengikuti teladan mereka akan mencapai hasil yang serupa. Tolaklah apa pun keyakinan kepada fikiranmu sendiri; akuilah dirimu sebagai orang jahil; dan rayulah kepada Allah dan guru-gurumu untuk membantu seorang yang bebal (Ams 30:2-3; Maz 32:8-9; 119:18; Yes 66:1-2; 1Kor 3:18). Belajarlah suatu aksiom asas akan hikmah – FikiranNya mengatasi fikiranmu setinggi syurga mengatasi bumi (Yes 55:8-9).
Mendengar kata-kata orang berhikmah memerlukan beberapa perkara. Kamu harus menghentikan fikiran yang suka bercanggah, supaya mindamu dapat menerima arahan (2Kor 10:4-6). Kamu harus berhenti mengongsikan idea dan pendapat, supaya kamu dapat belajar apa yang lebih baik daripada orang yang lebih berhikmah daripadamu (Ams 18:2; 26:12). Dan kamu harus memilih orang berhikmah sebagai gurumu (Ams 19:27; Peng 7:5; Yes 3:12).
Kanak-kanak menganggap diri mereka lebih tahu daripada ibubapa mereka. Sungguh hairan! Mereka harus menanggap kepentingannya untuk mendengar arahan ibubapa. Rakyat menganggap diri mereka lebih tahu daripada pegawai kerajaan. Sungguh hairan! Mereka harus mendengar. Ahli gereja menganggap diri mereka lebih tahu daripada pastor mereka sendiri. Berasaskan apa? Berasaskan pengalaman pernah membaca suatu siri buku mengkaji Alkitab? Dengarlah, dan belajar!
Orang pada zaman ini tidak ingin diajar, jadi, mereka mengupah para penghibur untuk menyampaikan dongeng (2Tim 4:1-4). Gereja-gereja yang peka terhadap pencari menyediakan tempat bagi para pemberontak ini berkumpul untuk biskut dan susu, dan melangsungkan sesi kepekaan. Sementara keadaan ini lebih menular dibandingkan masa dahulu, kerosakan akhlak yang asas ini memang dari dahulukala (Yes 30:9-10; Yeh 33:30-33; Amos 2:12; 7:12-17).
Salomo kerap kali menggesa anaknya kepada kepentingan mendengar (Ams 1:5,8; 4:1,10; 5:7; 8:6,33; 19:20; 23:19). Pada masa yang sama kamu harus menolak arahan-arahan palsu (Ams 14:7; 19:27). Kornelius mempunyai perangai yang mulia berkenaan hal mendengar (KPR 10:33), dan orang Berea yang terhormat bersiap untuk mendengar (KPR 17:11). Yesus memberi amaran yang keras tentang cara kamu mendengar (Luk 18:8). Jangan memprovokasikan Allah untuk mengutuk kamu kerana enggan mendengar (Maz 95:7-11; Ibr 3:7-19).
Memakai hatimu kepada pengetahuan adalah untuk menolak perangai, matlamat, dan pendapat yang lama untuk mendapat yang baru. Ia suatu pilihan untuk mengasihi apa yang dipelajari dan membenci pendapat-pendapat yang lain (Maz 119:113, 128). Ia sangat mementingkan pengetahuan yang benar bagi jiwa sendiri dan membayar apa yang diperlukan untuk mendapatkannya dan mengekalkannya (Ams 2:1-5; 18:1; 23:23). Memakai hatimu menuruti pengetahuan bermaksud menjadi teruja dan bersyukur untuk hikmah (Ams 2:10; Maz 119:47; Yer 15:16). Ia juga bermaksud berpegang teguh kepadanya sementara nyawamu bergantung kepadanya (Ams 4:4; 6:21; 7:3).
Sikapmu suka benci arahan banyak mendedahkan akhlakmu yang sebenar (Ams 10:8; 12:1; 15:5). Dan kesan-kesannya besar menurut dua arah itu masing-masing (Ams 8:36; 13:13,18; 15:10; 28:14). Ayub dan Daud suka pembetulan dan arahan firman Allah (Ayub 23:12; Maz 119:162-163). Kebenaran dan hikmah merupakan sebab yang paling mulia untuk beraya (Neh 8:10-12).
Anak, tunduklah telingamu kepada ibubapamu, dengarlah mereka baik-baik, dan pilihlah untuk mengasihi dan percaya kepada pengalaman dan hikmah mereka. Ini bagi kebaikan hidupmu! Mereka tahu lebih tentang dunia daripadamu. Mereka ada kerinduan yang lebih besar bagi damai, kesenangan, dan kemakmuran masa depanmu daripada kerinduanmu sendiri. Kalau kamu tolak arahan mereka, maka padahnya kematian muda (Ams 30:17; Efe 6:1-3).
Hai orang dewasa, pertama-tama, kamu perlu mencari seorang hamba Allah untuk mengajarmu firman Allah tanpa apapun penyesalan, kompromi, atau kesilapan besar (1Raj 22:7; Mal 2:7; Gal 1:6-9). Selepas itu kamu harus tunduklah telingamu kepada pastormu, dengar dengan baik-baik, dan jadilah gementar terhadap firman Allah yang dikhutbahkannya (Yes 66:2; 1Tes 2:13; 5:20; Ibr 13:7). Bagi mereka yang tidak suka kaedah-kaedah tersebut, Allah dan orang berhikmah akan melihat dirimu bermandi lumpur kejahilan dan masalah (Ams 13:15; 1Kor 14:37-38).
Syaitan dan dagingmu membenci khutbah Alkitab. Kamu harus merindui susu sejati firman seperti anak yang baru lahir (1Pet 2:2) and sedar akan perselisihannya (2Kor 10:4-6). Dapatkah kamu merendahkan dirimu supaya mengakui diri sendiri jahil? supaya membenarkan orang lain memperbetul, memberi arahan, menegur dan mengajarmu? supaya memandang hina tabiat, idea, kesukaan, dan tradisi dan sebaliknya memeluk firman Tuhan bagi dalam segala hal? Inilah matlamatmu yang besar sebab inilah wadah yang menuju ke kebenaran dan hikmah.