22:23
Sebab TUHAN akan membela hak mereka, dan menjarah jiwa orang yang telah menjarah mereka.
Orang miskin dan orang lemah ada Kawan yang sangat berkuasa. Jika kamu main-main dengan mereka, Dia akan main-main denganmu. Ia peraturan kesalihan dan hikmah untuk melayani orang yang tertindas dan orang yang kerentanan dengan sungguh berhati-hati. Alkitab kerap kali menyebut tentang anak-anak yatim dan para balu sebagai orang yang memerlukan pelayanan yang istimewa, tetapi peraturan ini dipakai terhadap sesiapa pun yang terseksa, tidak dapat mempertahankan diri, miskin, atau yang keperluan (Ams 23:10-11; 31:8-9).
Dengan kata-kata ganti nama dalam amsal ini, kamu harus mencari anteseden dalam konteks. Solomo baru sahaja menulis, “Jangan merompak orang miskin, kerana dia miskin: dan jangan menindas orang yang menderita di pintu gerbang” (Ams 22:22). Tuhan akan membela hak “mereka”, yang bermaksud hak orang miskin dan yang terseksa. Tuhan akan menjarah orang yang telah menjarah “mereka”, yang bermaksud orang miskin dan yang terseksa. Jika kamu mengusik atau mengancam orang miskin atau orang terseksa, Tuhan akan mempertahankan mereka dengan mengancammu.
Peraturannya mudah – jangan mengambil kesempatan kewangan atas orang miskin, sementara kemiskinan menjadikannya lebih rentan; jangan buat tuntutan hak terhadap orang yang terseksa atau orang yang dalam kesesakan. Dengan memakai contoh anak yatim dan para balu, pertimbangkan amaran-amaran Allah yang berulangan (Kel 22:22-24; Ula 24:17; 27:19; Mal 3:5; Yak 1:27). Dengan memakai teladan orang miskin, pertimbangkanlah amaran-amaranNya yang berulang-ulang (Ams 14:31; 17:5; Kel 22:25; 23:6; Ula 15:7-11; 24:12-15).
Berapakah keras balasan Allah terhadap orang yang mengancam orang lemah dan orang keperluan? “Kalian tidak akan menyengsarakan sesiapapun yang balu, atau anak yang tidak berayah. Jika kamu menyengsarakan mereka dengan cara apa pun, dan kalau-kalau mereka berseru kepadaku, aku pasti akan mendengar seruan mereka; Dan murkaku akan beroleh panas, dan aku akan membunuhmu dengan pedang; dan isteri-isterimu akan menjadi balu, dan anak-anakmu menjadi tidak berayah” 9Kel 22:22-24). Ini hal yang sungguh serius! Membantu orang yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri adalah berhikmah! Mengancam orang yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri ialah perbuatan membunuh diri sendiri! Jangan khuatir akan penindasan yang kamu tidak dapat hentikan, sebab Kawan mereka sedang melihat (Pkh 5:8).
Hai pembaca, adakah kamu tergoda untuk memikir, “Tetapi aku tidak pernah merompak orang miskin, dan aku tidak pernah menindas orang yang terseksa”. Benar ke? Biar kita lihat. Jika kamu seorang suami, pernahkah kamu melukakan isterimu, bejana yang lebih lemah, kerana kepahitan (Kol 3:19; 1Pet 3:7)? Jika kamu seorang ibubapa, pernahkah kamu melukakan seorang anak dengan pendekatan yang kritikal, kasar, atau terlampau suka memerintah (Efe 6:4; Kol 3:21)? Jika kamu seorang majikan, pernahkah kamu gagal untuk melaksanakan suatu janji (Yak 5:1-5)? Pernahkah kamu menyalahpakai layanan-layanan ahli gereja yang lain (Yer 22:13-14)?
Rahel menindas Lea, maka Allah memberi Lea tiga kali ganda lebih anak, dan Rahel mati ketika melahir anak (Kej 29:31; 30:14-16; 35:16-20). Penina menindas Hana, isteri kedua Elkana, maka Alalh memberinya Samuel, lima orang anak lagi, dan hati suaminya (1Sam 1:1-6; 2:21). Yudas Iskariot menindas Tuhan Yesus Krsitus, maka Allah menghempaskan isi perutnya terburai ke atas suatu ladang lalu memotong mana-mana belas kasihan daripada dia dan keluarganya di dunia ini dan di akhirat (Maz 109:1-20).
Daripada mengadakan TUHAN Allah syurga merancang untuk menentang kehidupanmu dan menjarah jiwamu, dapatkanNya untuk memihak kepadamu dengan menjadi seorang dermawan kepada orang miskin dan orang yang keperluan(Ams 19:17; 28:27; 31:8-9). Inilah peraturan yang mudah akan hikmah bagi kemakmuranmu dan kejayaanmu. Fikir betapa ajaib dunia dapat jadi jika hikmah Allah diamalkan oleh lebih daripada segelintir orang sahaja.