Amsal · Proverbs

22:5
Duri dan jerat ada pada jalan orang-orang rewel: dia yang memelihara jiwanya akan berada jauh daripada mereka.

Mengapakah perkara jahat selalu berlaku kepada sesetengah orang? Mengapakah mereka kerap kali terjerat di dalam situasi yang pedih tanpa apa-apa jalan keluar? Mengapakah ada yang lain yang melangsungkan hidup yang damai dan makmur dengan sikit atau tanpa bermasalah? Perbezaannya adalah di dalam hal memelihara hati dan jiwa. Mereka yang rewel, iaitu, tidak rela untuk diperbetulkan atau diberi arahan, akan tentu dihukum di dalam kehidupan mereka.

Seseorang rewel ialah orang bertentangan dengan apa yang dituntut atau yang munasabah; degil, payah untuk berurusan dengannya, susah untuk disenangkan; tegar hati, tidak boleh diperintahkan; jahat, berkecenderungan berbuat jahat, 'nakal'. Orang yang degil ini akan melakukan perkara menurut kehendak sendiri tanpa mengira apa yang betul ataupun tanpa mengira apa yang telah diajarkan kepada mereka. Kamu secara mudah boleh mengesahkan maksud ini di dalam tempat lain di Alkitab (Ams 2:15; 4:24; 6:12,14; 8:8; 10:32; 16:28; 17:20; Maz 101:4; 1Pet 2:18).

Kehendak diri sendiri adalah dosa yang sangat buruk (2Pet 2:10-12). Setiap manusia ingat idea dan cara perlakuannya adalah betul, tetapi sering kali ia tidak betul (Ams 16:2,25; 21:2). Dia menyesatkan diri sendiri dengan fikiran bahawa dia dapat terlepas daripada dosanya, tetapi dosanya itu kembali pula menjadi benda kebenciannya yang membawa dia derita dan celaka (Ams 14:9, 28:14; Maz 36:1-2). Hatinya yang licik itu telah menyesatkannya kepada suatu petak semak duri (Yer 17:9).

Pemuda-pemudi kerap kali rewel. Oleh sebab tidak ingin mendengar arahan ibubapa dan orang tua, mereka mengejar dosa lalu mendapati diri mereka terjebak di dalam semak duri dan jerat kesan-kesan dosa itu. Mereka rasa pasti boleh mengelakkan duri dan jerat itu, jadi, mereka bergegas maju ke depan dengan penuh keyakinan. Solomo memberi amaran akan kebebalan dan kesia-siaan kemudaan itu (Ams 22:15; Peng 11:9-10; Maz 25:7).

Duri adalah kesukaran yang menyakitkan di dalam hidup. Daripada jalan yang lurus dan mudah, suatu pagar berduri menjadikan jalan kamu penuh dengan rintangan dan masalah (Ams 15:19). Jalan pelanggar adalah sukar (Ams 13:15); mereka tidak akan memperolehi kehidupan yang mudah dan senang. Duri adalah sebahagian daripada kekutukan pertama Allah kepada manusia atas dosanya di Taman Eden (Kej 3:17-19), dan ia masih kekutukanNya (Yes 5:1-7).

Allah benci orang rewel (Ams 3:32; 11:20), jadi, Dia menjadi rewel kepada mereka (Ams 18:26; Ima 26:23-28).Daripada memberkati mereka, Dia mengutuk dan menghakimi mereka (Yer 23:12). Daripada memakmurkan pekerjaan tangan mereka, Dia menghalang mereka dengan hama (Amos 4:9; Hag 2:17). Tak kira usaha-usaha mereka, orang yang rewel dicucuk, dikoyak, diluka dan disiat-siatkan oleh duri daripada Allah.

Ayah yang cuai disakitkan oleh anak yang memberontak (Ams 19:13; 29:15; 1Raj 1:6). Perkahwinan yang berdasarkan gerak hati membawa lima puluh tahun kesengsaraan dan dukacita (Ams 12:4; 27:15-16; 30:21-23). Tabiat-tabiat yang tidak diperbetulkan menghilangkan rakan-rakan (Ams 18:24). Perbelanjaan boros membawa kepada keadaan genting kekurangan wang (Ams 21:17,20). Lidah yang tajam menyebabkan pertengkaran dan perbalahan (Ams 15:1,18). Tergesa-gesa menjadi kaya mendedahkan seseorang kepada penipuan skim cepat kaya (Ams 28:19,22).

Jerat adalah perangkap yang menangkap dan menahan orang untuk dihukum. Daripada hidup bebas ketakutan dan bebas masalah, orang rewel terjerat dan ditangkap oleh dosa-dosa mereka (Ams 29:6,8; Ayub 18:8; 22:10; Maz 11:6). TUHAN tidak akan melepasi mereka daripada perbuatan menolak hikmah dan nasihatNya (Yos 23:13; Peng 9:12). Dia akan memastikan mereka menuai kesan-kesannya (Bil 32:23).

Dosa menyebabkan masalah yang tidak ada jalan keluar. Manusia diperangkap oleh kebebalan mereka, dan ia tetap menghukum mereka tanpa rehat atau pembebasan (Ams 18:7; Peng 10:13; 1Tim 6:9). “Janganlah sesat; Allah tidak diperolok-olokkan: sebab apa yang ditabur seseorang, itulah yang akan dituainya” (Gal 6:7).

Penzina terperangkap diantara perempuan dengan suaminya sampai merosakkan nama baiknya atau mencabut nyawanya sendiri (Ams 7:22-23; 6:26-35; 5:20-23). Orang yang menurunkan tanda tangan kepada persetujuan menurut gerak hatinya mendapati dirinya terperangkap dengan tanggungan-tanggungan yang tidak dirancang olehnya (Ams 22:26-27). Orang yang bermulut celupar mendapati dirinya dimalukan oleh pembetulan daripada jirannya (Ams 25:8-10).

Orang yang memelihara hati dan jiwanya akan berada jauh daripada duri dan jerat (Ams 16:17). Matlamat yang menyelamatkan ini patut dicarikan dengan penuh ketekunan (Ams 4:23). Seseorang sebegini merendahkan hati untuk mendengar kata-kata hikmah dan arahan, dan dia mentaatinya. Dia tidak menahan, memberontak atau cuba melindungi pendapat-pendapatnya sendiri. Dia teliti memakai firman Allah kepada seluruh hidupnya.

Bagaimanakah kamu memelihara hati dan jiwamu untuk mengelakkan duri dan jerat kehidupan? Jadilah takut kepada Allah dan bukan manusia (Ams 13:14; 29:25). Elakkanlah orang bebal (Ams 22:25; Ula 7:16; Hak 2:1-5). Janganlah membiarkan apapun mengganggu kamu daripada mendengar firman Allah (Luk 8:18). Taatilah semua kebenaran yang kamu dengar. Doakanlah untuk hikmah bagi pemahaman dan rahmat untuk mentaati. Rayu untuk diselamatkan daripada hatimu sendiri (Maz 139:23-24). Luruskanlah jalan kakimu (Ibr 12:12-13). Bekerjalah untuk dibentuk menurut kehendak Tuhan lebih daripada apa-apa usaha yang lain (Rom 12:1-2).

Takut kepada Tuhan dan jalan kebenaran adalah mata air kehidupan untuk menyelamatkan kamu daripada jerat-jerat maut (Ams 14:27). Arahan dan hukum-hukum orang berhikmah membekalkan pembebasan tambahan (Ams 13:14). Kuk Allah senang dan bebanNya ringan (Mat 11:28-30). Mengapakah kamu menggadaikan jalan yang baik dan senang untuk jalan yang berduri tajam dan berjerat bahaya?

Allah kadang-kala menyampaikan duri ke dalam hidupmu untuk menghukum kamu kerana bersalah, untuk membina imanmu, untuk menyempurnakan kamu dalam segi yang lain, atau untuk kemuliaanNya sendiri. Tanyalah Ayub! Tetapi duri sebegini disampaikan dengan kasih seorang bapa untuk keuntunganmu. Ia adalah penderitaan yang patut kamu bersukacita, sebab ia bertujuan untuk kebaikan yang tertinggi bagimu (Maz 119:67,71,75).

Pembaca yang disayangi, rayulah kepada Allah untuk duri yang mengelak kamu berdosa. Mintalah untuk jerat yang menangkap kakimu dan memelihara kamu di dalam jalan kebenaran. Berdoalah untuk mengelak godaan, tetapi juga berdoa jika kamu telah jatuh di dalam dosa. Dengan cepat kamu akan beriri-hati dengan babi dan beroleh sedar semula (Luk 15:14-20). Duri dan jerat yang membalikkan kamu kepada Bapa kamu adalah duri rahmatNya yang penuh belas kasihan suci.

Tuhan Yesus memelihara jiwaNya supaya setia mentaati BapaNya. Dan duri yang telah Dia pakai sebagai mahkota, dan jerat yang memerangkapNya untuk tiga hari itu adalah pilihanNya yang rela bagi dosa-dosa orang pilihanNya. Kamu dibebaskan daripada jerat kekal neraka yang tersiksa dengan duri dan juga daripada maut. Dalam kerelaanNya, Yesus telah memilih jalan yang berduri itu untuk penebusan kamu kepada kekekalan (Yoh 10:16-18). Pujilah Allah untuk belas kasihan sebegitu pada hari ini dan jadilah surat Yesus Kristus yang hidup bagi semua orang.