Amsal · Proverbs

23:21
Sebab si pemabuk dan si pelahap akan masuk kepapaan: dan rasa lembap akan menyelubungi seseorang dengan pakaian koyak-rabak.

Terlampau minum atau terlampau makan akan menjadikanmu miskin. Orang muda terutamanya rentan kepada godaan-godaan ini, seperti terbukti di kebanyakan fraterniti kolej di Amerika [persatuan mahasiswa]. Salomo, raja dan ayah yang berhikmah, memberi amaran kepada negaranya dan anaknya terhadap dua kejahatan ini dan kesan-kesan kebinasaannya kepada kerjaya dan kewangan seseorang.

Pertimbangkan konteksnya. Salomo meminta anaknya untuk mendengar, jadilah berhikmah, dan pilihlah apa yang betul (Ams 23:19). Dia memberi amaran kepadanya tentang para pemabuk dan para pelahap (Ams 23:20). Dia juga menggesa anak lelakinya untuk menghormati kedua-dua ibubapa (Ams 23:22), untuk mengutamakan hikmah (Ams 23:23), dan untuk mempertimbangkan sukacita besar kepada ibubapa kalau dia hidup berhikmah (Ams 23:24-25). Bahaya kedua-dua nafsu yang bebal dan yang ada pada orang muda ini sebegitu besar sehingga Salomo melarang pergaulan dengan para pendosa demikian (Ams 23:20).

Para teruna memikir kemabukan itu hebat – kerana mereka kebudakan, bebal, dan jahil (Ams 22:15). Mereka benar-benar bermegah akan hal menjadi mabuk dan memuntah ke atas diri sendiri. Mereka rasa seronok betapa lamanya pening kemabukan itu bertahan. Tetapi Allah yang kudus menganggap itu sebagai berdosa dan bodoh. Minum sampai mabuk ialah dosa terhadap syurga (1Kor 6:9-11; Gal 5:19-21; Efe 5:18), dan ia bodoh kerana kesan-kesan pedih yang dibawa kemabukan (Ams 23:29-35; 31:4-5).

Orang teruna memikir makan melahap adalah hebat – kerana mereka kebudakan, bebal, dan jahil (Ams 22:15). Mereka benar-benar bermegah tentang makan sampai ke tahap nak muntah. Mereka rasa seronok betapa banyak yang mereka dapat makan melebihi apa yang diperlukan mereka. Tetapi Allah Yang Maha Besar menganggapnya berdosa dan bodoh. Makan berlebih-lebihan dan minum-minum dengan riuh-rendah ialah dosa terhadap syurga (Luk 21:34; Rom 13:13; 1Pet 4:3), dan ia bodoh kerana kesan-kesannya yang pedih (Ams 23:1-8; 25:16; 28:7; Luk 15:13).

Kemabukan dan kelahapan boleh merosakkanmu secara ekonomi. Ingat akan anak yang memboros itu (Luk 15:11-14)! Ia menimbulkan rasa lembap kerana rasa pening, kesukaran menghadam, aliran darah yang bukan biasa, dan berat badan yang terlebih. Gabungannya akan menjejaskan seseorang lelaki muda sampai memakai pakaian koyak-rabak. “Dia yang suka kenikmatan akan menjadi orang miskin: dia yang suka wain dan minyak tidak akan menjadi kaya” (Ams 21:17). Untuk berjaya, seseorang teruna memerlukan kepintaran dan kekuatan penuh – tiada ruang untuk kelembapan.

Kelembapan ialah dosa, ketika terlebih tidur, terlebih minum atau terlebih makan. Kamu tidak harus mengasihi tidur, kerana kamu akan bangun lewat dan tidak dapat bekerja pada waktu pagi (Ams 20:13). Terlebih minum alkohol menyebabkan rasa pening dan orang yang tidak bermaya tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan penuh kepintaran dan koordinasi tubuh. Terlebih makan menyebabkan kesan lembap yang sama dan mengisi tubuh dengan berat berlebihan yang menghalang perlaksanaan tugas dengan sempurna. Kesemuanya saling berkaitan dengan rapat, maka kamu patut tahu kedua-dua klausa itu mengenalpastikan kelembapan sebagai hasil terlebih minum dan terlebih makan.

Salomo tidak melihat bahawa orang teruna pada masa kini akan menjadi lebih bebal daripada generasinya, namun amsalnya masih mengutuk mereka. Bagaimanakah Salomo dapat tahu bahawa mereka akan merokok ganja, menghidu kokaina, memakan amphetamina, dan menyuntik diri dengan heroin. Bilangan orang bebal sedemikian yang berada dalam kemiskinan dan penjara kerana melanggari amsal yang mudah ini memang Legion. Pelajarannya mudah – Allah telah mengutuk apa pun penyalahgunaan ciptaanNya, dan Dia menuntut supaya kecergasan minda dan tenaga kami berada pada tahap penuh dalam segala usaha kita (Ams 4:23; 10:4; 18:9; Pkh 9:10; Rom 12:11).

Jonathan Edwards (1703-1758), ahli teologi Puritan dan pastor yang terkenal, yang merupakan presiden ketiga Princeton, dan seorang yang rohani, telah menulis 70 azam pada umur 20 untuk memimpin kehidupannya. Ia merupakan bahan bacaan yang penting. Pertimbangkanlah fikirannya tentang makanan dan minuman. “Azam yang ke-20. Berazam, untuk mengekalkan penguasaan diri yang paling tegas dalam hal makan dan minum”; “Azam yang ke-40. Berazam, untuk menanya setiap malam, sebelum masa tidur, sama ada aku telah bertindak dalam cara yang paling baik semungkin bagi hal makan dan minum”. Jonathan Edwards tahu akan bahaya nafsu-nafsu ini.

Televisyen dan wayang pada hari ini, yang mempopularkan dan menggalakkan gaya hidup fraterniti, mengajar orang muda bahawa kemabukan dan kelahapan boleh diterima, pintar, normal, dan tidak memudaratkan kehidupan yang berjaya dan yang makmur. Tetapi Allah syurgawi dan orang yang paling berhikmah telah berbicara bersama-sama – kedua-duanya ialah dosa dan akan membinasakan teruna. Biar setiap pembaca mengendahkan amaran ini supaya sendiri menolak dosa-dosa ini dan menyelamatkan orang lain daripadanya juga.

Dunia sedang mengikuti teladan Amerika, orang yang sudah mudarat dalam akhlak yang dahulu teratur, berdisiplin, dan yang bergaya hidup yang konservatif. Godaan kedua-dua dosa tersebut telah berganda dengan banyak sekali. Keberadaan makanan dan minuman yang murah lebih banyak dari dahulu. Saiz makanan di restoran makanan segera semakin besar dari dahulu. Kerja pejabat yang banyak duduk dan tugas-tugas kerja yang mudah bagi kebanyakan pekerja membenarkan minda yang tumpul atau tubuh yang tidak sihat.

Kita bukan sahaja harus mengelak dosa-dosa yang bebal dan yang membinasa ini tetapi juga harus mengelak orang yang terlibat di dalamnya (Ams 23:20). Tekanan rakan sebaya hampir merupakan suatu pengaruh yang tidak dapat dielak, dan satu-satunya perlindungan adalah untuk mengelak para pendosa sedemikian dengan usaha-usaha yang berhati-hati dan yang tekun (Ams 4:14-17; 1Kor 15:33). Teman-teman minum, tidak kira betapa mesra, akan membinasakan kehidupanmu; dan makan dengan orang yang gelojoh akan membawa kemiskinan dan kesesakan.

Kebanyakan perbuatan keterlampauan minum dan makan berlaku di kenduri atau perjamuan besar, ketika suasana parti dan kelimpahan makanan yang dibekalkan menghasilkan mood yang gasang dan tekanan rakan sebaya yang hina. Petrus telah memberi amaran terhadap hal kegasangan, nafsu, wain yang berlebihan, pesta pora, dan perjamuan (1Pet 4:3). Orang Kristian tidak harus hidup sedemikian, tidak kira apa yang dunia fikir akan mereka (1Pet 4:1-5). Kelima-lima dosa atau golongan dosa ini tepat-tepat apa yang dikutuk amsal ini.

Ada juga kemabukan dan kelahapan di rumah, sementara kemudahan kedai-kedai alkohol yang murah dan banyak makanan dalam kepelbagaiannya menggoda diri untuk terjebak di dalam dua dosa tersebut. Daripada minum kerana hati yang girang dengan kewarasan yang kekal (Maz 104:14-15; Ams 31:6-7), wain dan minuman keras dipakai pula dengan terlebih-lebih sampai kepada kemabukan (Ams 23:29-35). Daripada makan untuk kekuatan dan aktiviti (Pkh 10:16-17), banyak kalori pula disumbat ke dalam perut yang akhirnya menghasilkan kegemukan dan kekurangan tenaga.

Orang berhikmah akan mentaati amaran amsal ini, hasil pena seorang raja yang mampu mencapai kepelbagaian makanan dan minuman dengan percuma dan dengan sepenuh-penuhnya. Mana di antara dua nafsu dan dosa ini merupakan kelemahanmu yang paling besar? Bertaubat, dan kenakanlah pada dirimu peraturan yang tegas untuk kekal menguasai diri dengan salih daripada mana-mana satu dosa tersebut. Adakah dorongan-doronganmu selari dengan tujuan ciptaan Allah bagi makanan dan minuman? Adakah hasil perbuatan minummu dan makanmu kedua-duanya positif?

Tetapi ada kepapaan dan ketelanjangan yang jauh lebih teruk! Kemabukan dan kelahapan akan juga merampas jiwamu – hal-hal itu menunjukkan hati yang cabul yang ketiadaan kehidupan sekarang dan juga ketiadaan harapan kehidupan pada waktu akhirat. Ia menimbulkan kelembapan rohani yang menyebabkan manusia melupa dan mengabaikan jiwa mereka. Aduhai, selera-selera yang kejam sekali! Apakah yang dikatakan rasul orang bukan Yahudi, “Biar kita menjalani hidup dengan jujur, seperti pada waktu siang; bukan dalam berfoya-foya dan kemabukan ... Tetapi kalian kenakanlah Tuhan Yesus Kristus, dan jangan membuat peruntukkan bagi daging untuk memuaskan nafsunya” (Rom 13:13-14).

TUHAN Jehovah, Sang Pencipta syurga dan bumi, dan Bapa Tuhan Yesus Kristus, telah menawarkan tujuh janji yang mulia kepada manusia (2Kor 6:14-18). Ia diperoleh dengan membersihkan diri daripada segala kenajisan daging dan roh lalu menyempurnakan kekudusan dalam ketakutan akan Allah (2Kor 7:1). Kejayaan dan kekayaan yang paling besar di alam semesta tiada ruang untuk kelembapan – minda, jiwa, hati, dan kekuatan yang paling cergas haruslah dikerah terhadap tawaran tersebut.