Amsal · Proverbs

23:22
Endahlah ayahmu yang telah memperanakkanmu, dan janganlah memandang hina ibumu apabila dia tua.

Hormatilah ibubapamu. Kehidupanmu bergantung kepadanya. Ibubapa akan menjadi lemah semakin berumur, tetapi kamu masih harus menghormati mereka. Allah telah mentahbiskan ibubapa, dan Dia telah memilih ibubapamu. Dia akan dengan murah hati mengganjari orang yang menghormati ibubapa (Efe 6:2-3), tetapi Dia akan membinasakan para pemberontak (Ams 20:20; 30:17).

Allah telah merancang bagi anak untuk bermula dalam kehidupan dalam keadaan kebergantungan, maka semua anak bermula dengan demikian. Dia juga merancang supaya mereka akan bertumbuh sehingga matang di bawah ibubapa punya jagaan yang menyayangi, arahan, dan pemerintahan. Tetapi perhubungan kekeluargaan yang berhikmah ini juga bergantung kepada anak untuk menghormati ibubapa mereka.

Allah telah menciptakan jawatan-jawatan ayah dan ibu, tetapi Dia juga telah memilih orang yang menjadi ayahmu dan ibumu. Ketika Allah membawamu ke dalam kewujudan, Dia tidak memintamu atau ibubapamu. Dia merancang dan melaksanakan suatu penjodohan bagi ketiga-tigamu berasaskan pengetahuanNya yang sempurna akan segala keadaan dan akan segala hasil daripada pengaturan itu. Rendahkanlah dirimu di hadapan ibubapamu yang telah dipilih Allah bagimu. Taatilah mereka. Hormatilah mereka. Kasihilah mereka.

Hukum Allah dan hukum alam semesta adalah untuk menghormati ayah (Kel 20:12; Ima 19:3; Mal 1:6; Efe 6:1-3; Ibr 12:9). TUHAN memerintahkan maut bagi para pelanggar, meskipun hanya berucap dengan kurang hormat atau menunjukkan air muka yang biadap (Ula 27:16; Ams 30:17). Pertumbuhan dan kematangan yang wajar untuk menghadapi kehidupan, ketatatertiban masyarakat, dan damai sejahtera rumah tangga bergantung kepada kehormatan kepada ayah. Ia berbahaya sekali sekala ketika tahap asas ini dikompromikan (Yes 3:5; 2Tim 3:1-2).

Kehidupan hari demi hari dengan seorang ayah selama 20-30 tahun mendedahkanmu kepada kesilapan-kesilapannya dan kelemahan-kelemahannya, yang boleh membawa kepada kebiasaan. Tetapi Allah di syurga ada amaran bagimu – Aku memilih lelaki itu yang telah membawamu ke dalam kewujudan, dan aku tuntut supaya kamu mendengarnya dan mentaatinya seperti yang kamu akan buat terhadapKu. Jangan biar kebiasaan menumpulkan kehormatannya, kerana aku telah memilihnya sebagai seorang allah bagi kehidupanmu. Jika kamu menghinanya, kamu menghinaKu. Dan Aku tidak akan menerima pemberontakan yang mencemuh.

Hal yang patut kamu paling berpuas hati ialah hal kewujudan ayahmu. Allah telah memilihnya. Allah telah memilih kemampuannya, pendidikannya, kekayaannya, kepandaiannya, wajahnya, pembawaannya, peluangnya, kejayaannya, dan kegagalannya bagi kemuliaan Allah sendiri dan bagi penyempurnaanmu. Tiada ayah yang lain yang akan menjadi elok bagimu. Pertimbangan kekekalan di syurga telah menghubungkaitkan kamu berdua, dan apa pun ketidakpuasan hati atau tidak hormat daripadamu ialah khianat terhadap pembentukan oleh Allah yang suka membuat kebaikan dan yang berdaulat.

Endahlah ayahmu. Dengarlah dia, dan taatilah nasihatnya. Dia tahu lebih tentang kehidupan daripada apa yang kamu dapat tanggapi, meskipun ia dijelaskan kepadamu. Dia mengenalmu lebih daripada kamu mengenal dirimu sendiri. Dia peduli akan dirimu dan masa depanmu lebih daripada dirimu. Pandangan jangka masa pendekmu itu adalah bebal dan sia-sia. Kasihnya bagimu, keinginannya bagi kejayaanmu, daya tanggungjawab, dan pengalamannya dan pengetahuannya bergabung bersama untuk membentuk nasihatnya. Selamatkanlah dirimu daripada banyak kepedihan dalam kehidupan dan daripada penghakiman Allah – endahlah ayahmu.

Ishak menunduk kepada ayahnya yang mengikatnya kepada mazbah sebagai korban (Kej 22:9). Yakob mentaati ayahnya untuk berhijrah jauh-jauh untuk memilih seorang isteri di antara sepupu-sepupunya (Kej 28:1-5). Yusuf menghormati ayahnya dan mengharapkan berkat-berkatnya ke atas anak-anaknya (Kej 48:8-14). Musa, seorang penguasa di Israel, telah menghormati ayah mentuanya, seorang Midian (Kel 18:7-12). Dan orang Rekhab dengan teliti telah mentaati seorang bapa leluhur walaupun dia telah meninggal dari 300 tahun dahulu (Yer 35:6-10).

Semakin berumur, ayahmu akan kehilangan kekuatannya dan hikmahnya, tetapi dia masih ayah yang dipilih Alllah untuk memperanakkanmu. Kemampuannya yang merosot bukanlah alasan untuk kamu tidak menghormatinya. Dia mungkin tidak ada kuasa lagi untuk memperkasakan peraturannya, tetapi pada waktu itu kamu sudah lebih sedar akan kekuasaannya dan hak ke atasmu lebih daripada dahulu. Hormatilah dia pada umur tuanya kerana berasaskan prinsip dan kesyukuran, daripada berasaskan ketakutan yang kebudakan atau tabiat atau keperluan.

Orang bebal yang buta dan yang keras hati tidak mentaati ayah mereka, dan dosa itu disamai dengan kerosakan cabul dosa meliwat/sodomi (Rom 1:30). Anak sedemikian ialah bencana yang teruk kepada ibubapa (Ams 17:25; 19:26). Masa membahayakan zaman akhir ini sudah tiba, ketika orang Kristian pun akan membenarkan anak untuk derhaka dan tidak menghormati ibubapa mereka (2Tim 3:1-2). Pendekatan ibubapa ini yang terlampau mengizin dalam kehidupan dan agama, memilih dongeng daripada memilih doktrin, akan membinasakan mereka (2Tim 4:3-4).

Ibumu telah diperkenalkan kepadamu pada kemuncak umurnya. Dia menarik, bertenaga, dan bijak. Mengandungmu itulah yang telah menumpulkan ciri-ciri itu. Tubuhnya telah memberimu segala khasiat bagi pertumbuhan untuk sembilan bulan sebelum kamu dilahirkan, dan untuk sembilan bulan atau lebih sesudah kamu dilahirkan. Suatu tali pusat nyawa mengikatmu kepadanya sebelum kamu dilahirkan, dan kamu telah menangis untuknya sesudah kamu dilahirkan, seakan-akan kamu masih memerlukan dan mengingini tali pusat nyawa itu.

Ibumu mengasihimu dan telah berbuat lebih bagimu daripada apa yang sepuluh isteri boleh buat atau ingin buat. Dia dengan sabar mengagumi, memanja, memuji, dan menyayangimu selalu dengan cara seorang isteri tidak akan buat. Dia seorang hamba yang tidak mengenal penat lelah untuk menyediakan makanan, pakaian, tempat berbaring, dan keselesaan-keselesaan yang tidak terhitung bagi nyawamu, meskipun kamu tidak pernah memberi kepadanya suatu perkataan, “terima kasih”, untuk banyak tahun. Dia cukup menderita ketika kamu ingin bercinta dengan teman-teman wanitamu, yang kalau semua teman itu digabungkan dan dikuasaduakan pun tidak akan berbuat sebanyak bagimu.

Dia merupakan jantina yang lebih lemah menurut pendapat Allah (1Pet 3:7). Tetapi semakin dia berumur, menjagamu dan kemudian membimbangimu, dia akan kehilangan lebih kekuatan dan kepintaran. Dia akan takut akan hal-hal yang dahulu bukan apa-apa. Dia akan melupakan nama, tempat, dan bagaimana untuk melakukan tugas-tugas yang mudah. Dia telah memakai dirinya untuk menjagamu, dan sekarang ada sedikit sahaja yang tertinggal. Apakah yang akan kamu buat? Tidak mempedulikannya dalam keadaannya yang lemah, atau memberinya kemuliaan dan kehormatan dan jagaan yang lebih banyak?

Jika kamu melukakannya dengan cara apa pun pada umur tuanya, Allah syurgawi akan menjatuhkan pembalasanNya sekarang dan pada waktu di akhirat (Ams 20:20; 30:17; Wah 21:8). Jika kamu tidak menjaganya dengan sepenuh-penuhnya pada umur tua, maka kamu telah menyangkal agama Yesus Krsitus dan adalah lebih teruk daripada orang kafir yang pagan, tidak kira apa pun gereja yang kamu hadiri, atau apa pun versi Alkitab yang kamu baca (1Tim 5:4,8).

Rut mentaati dan melayani dengan sungguh sayang kepada ibu mentuanya Naomi pada umur tua Naomi (Rut 2:17-23). Solomo, dengan kekuasaan dan kemuliaan diraja yang tidak terbandingkan, telah menghormati ibunya dengan tempat duduk di tangan kanannya dan telah berjanji untuk tidak menolak permohonannya (1Ra 2:19-20). Dan Tuhan Yesus Kristus, walaupun sungguh tertekan dengan seksaan-seksaan penyaliban dan pendamaian umatNya, telah memberi tugas menjaga ibuNya kepada Yohanes (Yoh 19:26-27).

Jika kamu seorang anak, kamu baru membaca tentang tugasmu. Biar itu menjadi kenikmatan besarmu supaya dengan penuh perhatian mengendahkan nasihat ayahmu, sama ada di kehadirannya atau di akhirat. Apakah yang patut kamu buat pada hari ini juga untuk menghormati ibumu yang sedang bertambah tua? Lakukanlah itu dengan lekas. Jika ibubapamu jauh sekali, kamu boleh memanggil, memesej, emel, mengepos surat atau melawat. Jika mereka tidak dapat dihubungi, bagaimana pula dengan ibubapa mentuamu? Jika kamu telah menghormati ibubapamu, bagaimana pula dengan datukmu dan nenekmu?

Jika kamu seorang ibubapa, dan anak-anakmu menunjukkanmu kurang atau tiada kehormatan atau penjagaan ini, rendahkanlah dirimu di hadapan Allah di syurga dan akuilah dosa-dosamu, ketidakcekalanmu, sikap suka terlampau memerintah supaya mengkritik, atau pembentukan suasana yang terlampau mengizin sehingga telah menghilangi kedudukan terhormat ibubapa tersayang (Ams 22:6; 31:28). Allah yang berbelas kasihan di syurga mampu membantumu untuk memulihkan tahun-tahun yang sudah dirugikan, jika kamu bertaubat dalam kerendahan hati (Yoe 2:12-27).

Jika kamu seorang Kristian, kamu ada seorang Bapa lagi yang jauh lebih besar daripada bapamu di dunia, iaitu Yang Maha Kuasa Sendiri. Dia telah melakukan lebih bagimu daripada semua bapa alamiah digabungkan. Kamu berhutang kepadaNya dengan segala kehormatan dan ketaatan yang kamu mampu buat. Kamu memanggil kepadaNya dengan kerap kali, setiap kali kamu memerlukan atau mengingini bantuan, dan Dia tidak pernah gagal bahkan sekali pun untuk menjawabmu.

Kata-kata yang sihat akan kebenaran daripada Petrus kepadamu tentang Dia ialah ini: “Dan jika kalian memanggil kepada Bapa, yang tanpa memandang bulu menghakimi sesuai dengan pekerjaan setiap orang, pakailah masa perantauan kalian di sini dalam ketakutan” (1Pet 1:17). Kamu patut dengan takut mengendahkan Allah Bapamu dan jangan sesekali memandang hina kepadaNya, dan itu dengan jauh lebih lagi berbandingkan ayahmu dan ibumu.