23:32
Akhirnya ia memagut seperti ular, dan melepaskan bisanya seperti ular kapak.
Apakah yang memagut seperti ular dan melepaskan bisanya seperti ular kapak? Meminum terlalu banyak wain atau alkohol dalam pelbagai bentuk (Ams 23:30)! Kemabukan memagut dan melepaskan bisa kepada orang yang terlampau meminumi alkohol. Kesan-kesan kemabukan adalah pedih, dan peraturan hikmah adalah untuk jangan sesekali minum sampai mabuk.
Amsal yang yang singkat ini adalah di tengah-tengah amaran Salomo terhadap kemabukan (Ams 23:29-35). Allah telah menciptakan wain untuk menenang dan menceriakan manusia (Ams 31:4-7; Maz 104:14-15). Tetapi ketika ia diminumi dengan bebal sampai keterlampauan, wain akan memagut dan melepaskan bisa kepada para peminum itu dengan berbilang luka.
Bagi orang yang mengasihi kebenaran, ia sungguh penting untuk mengenal bahawa Salomo tidak mengutuk pemakaian wain dan minuman keras dengan sederhana (Ams 3:10; 9:2,5; 31:4-7; Pkh 9:7; 10:19; Kid 1:2,4; 4:10; 5:1; 7:9; 8:2). Dalam persetujuan dengan Salomo, orang-orang kudus Wasiat Lamadan Tuhan Yesus Kristus telah meminumi wain (Kej 14:18; Ula 14:26; 2Sam 6:19; Luk 7:33-34; Yoh 2:1-11).
Salomo, yang dengan ini mengesahkan semua nas Alkitab, telah mengutuk kemabukan, yang merupakan peminuman alkohol dengan keterlampauan dan dengan tidak terkawal (Ams 20:1; 23:21; Gal 5:21; Efe 5:18; 1Kor 6:10). Konteks amsal ini adalah cukup jelas penyalahgunaan wain yang menyebabkan kemabukan (Ams 23:29-35). Tetapi pemakaian wain secara sederhana adalah sama rata kudus dengan pemakaian roti atau minyak secara sederhana (Maz 104:14-15). Penyalahgunaan wain ialah dosa yang dipanggil kemabukan; penyalahgunaan roti dan minyak ialah dosa kelahapan.
Para pembaca Alkitab yang jahil akan konteks bahasa yang pujangga memikir amsal ini mengutuk segala wain dan minuman keras. Mereka menganggap pagutan dan pelepasan bisa ialah air berkabonat alkohol itu, rasa kesan wain kering, atau rasa membakar dari wiski. Tetapi amsal menjelaskan kesan-kesan akan kemabukan, dan bukan rasa daripada minuman alkoholik.
Pagutan dan pelepasan bisa itu ialah hasil kemabukan – “Akhirnya”, seperti yang diisytihar amsal ini. Wain nampaknya sungguh menyenangkan di dalam gelas (Ams 23:31), tetapi penyalahgunaannya dapat membawa kepedihan dan masalah (Ams 23:29-35). Dalam maksud ini bahayanya adalah setaraf dengan pagutan ular berbisa atau pelepasan bisa ular tedung yang beracun, yang merupakan kiasan simili di sini. Kamu tidak harus bermain-main dengan mana-mana satu itu.
Pertimbangkan pagutan dan pelepasan bisa kemabukan. Kamu akan merosakkan reputasimu dengan kebebalan yang tidak terancang, seperti Nuh dan Lot (Ams 20:1; 23:33; 31:4-5; Kej 9:20-22; 19:30-38; Pkh 10:1). Kamu akan diturunkan kepada keadaan kepapaan, seperti si anak pemboros itu (Ams 21:17; 23:21; Luk 15:13-14). Kamu akan ada kesakitan yang serta-merta dan akhirnya kerosakan hati dan maut (Ams 23:29,34-35; Yes 19:14).
Amsal ini berkaitan kepada penyalahgunaan apa pun bahan kimia yang mengubahkan mood. Orang Kristian disuruh untuk menolak apa pun kemabukan yang mengubahkan mood dan sebaliknya memilih untuk dipenuhi Roh (Efe 5:18-19). Tiada pagutan atau pelepasan bisa di dalam Roh Kudus: adanya sukacita dan damai sejahtera dalam hal percaya: adanya nyanyian daripada melodi di dalam hatimu (Rom 14:17; 15:13; Efe 5:19).