Amsal · Proverbs

24:30
Aku mendekati ladang orang yang kekukangan, dan kebun anggur orang yang kekosongan pemahaman;

Tindakanmu dan aset-asetmu menyatakan akhlakmu dan hikmahmu. Kamu tidak dapat memperdayakan sesiapa pun. Jika kamu malas, ia nyata jelas-jelas dengan pelbagai cara. Jika kamu bebal, ia terang nyata kepada orang di sekelilingmu. Salomo dapat mengenalpastikan orang kekukangan atau orang jahil melalui ladang-ladang mereka. Ia tidak kira apa yang difikir atau disebut seseorang tentang diri sendiri; tindakan dan aset-asetnya memberitahu kebenaran.

Salomo, dalam usahanya untuk mendidik anak lelakinya dan bangsanya untuk kejayaan, telah memberi amaran terhadap kebebalan dan kekukangan. Kedua-duanya ialah ciri yang membinasakan diri yang akan menjatuhkan diri. Di dalam amsal ini, Salomo telah menunjukkan anak lelakinya bahawa dia dapat mengesan tabiat tidur seseorang dengan memandang kepada ladangnya atau kebun anggurnya (Ams 24:30-34). Kamu tidak dapat menyembunyikan tabiat-tabiat buruk di tempat rahsia kamarmu!

Orang malas dan orang bebal memikir tinggi-tinggi akan diri mereka sendiri. Sebenarnya, keangkuhan membinasakan mereka (Ams 12:15; 26:12,16). Si lamban percaya bahawa dia bekerja lebih keras daripada semua lelaki yang lain, dan si bebal percaya dia lebih berhikmah daripada orang lain. Keyakinan diri dan sikap mengangkat-angkat dirimemperdaya dan membinasakan diri sendiri. Mereka selalu ada alasan mengapa pencapaian mereka teruk benar di dalam kehidupan. Tetapi kamu hanya harus melihat tindakan-tindakan dan aset-aset mereka untuk melihat kemalasan atau kebebalan mereka.

Salomo telah melihat sebidang tanah dan kebun anggur yang diseliputi semak, ditutupi rumpai netel, dan dindingnya pula sudah runtuh (Ams 24:31). Ketika Salomo mempertimbangkan keadaan terabai aset-aset yang menjana pendapatan ini, dia memperoleh pengetahuan yang bernilai akan kehidupan sang pemilik itu (Ams 24:32). Sang pemilik itu suka tidur di katilnya pada waktu pagi (Ams 24:33). Salomo tahu tanpa apa pun keraguan bahawa kemiskinan dan kepedihan sedang datang tidak lama lagi kepada lelaki itu (Ams 24:34).

Kebanyakan orang mahu dikenali sebagai orang yang bekerja keras dan yang berhikmah. Mereka percaya hal-hal ini tentang diri mereka sendiri, dan mereka lekas untuk memberitahu orang lain, jika adanya apa-apa pun keraguan (Ams 20:6). Tetapi tindakan berbicara lebih lantang daripada perkataan (Ams 20:11). Dan tindakan-tindakan dapat disahkan oleh keadaan dan kemakmuran aset-asetmu (Ams 24:30-34). Kamu tidak dapat menyembunyikan kesilapan-kesilapanmu dan kegagalan-kegagalanmu; ia sungguh nyata kepada orang yang hanya memerhatikan aset-asetmu, kawan-kawanmu, perhubungan-perhubunganmu, dan kerjayamu.

Orang yang tekun akan naik ke kedudukan tinggi (Ams 22:29), dinaikkan pangkatnya (Ams 12:24), dan beroleh kaya (Ams 10:4). Seseorang lelaki yang suka akan kenikmatan atau suka berbelanja akan menjadi miskin (Ams 21:17,20). Orang yang mengejar skim cepat kaya akan menjadi miskin (Ams 28:19,22). Seseorang yang suka tidur akan menjadi miskin (Ams 20:13). Seseorang lelaki yang hanya banyak berborak tentang perniagaan akan menjadi miskin (Ams 14:23). Orang yang percaya kepada kesaksian-kesaksian akan beroleh miskin (Ams 14:15; 19:2). Orang optimis akan dihukum (Ams 22:3).

Orang yang berbudi baik dan yang terpuji ada banyak kawan (Ams 11:16; 18:24; 22:11). Lelaki kuat tidak kehilangan wang (Ams 11:16). Perempuan yang jelek dipandang hina (Ams 21:19; 27:15; 30:21-23). Anak-anak yang membawa aib tidak membuktikan apa pun reputasi baik (Ams 29:15,17). Reputasi yang baik mencerminkan keutamaan-keutamaan yang berhikmah (Ams 22:1). Para pekerja yang setia membuktikan adanya pengurusan yang berhikmah (Ams 29:21). Perempuan yang berhikmah tidak dapat disembunyikan (Ams 12:4), tetapi yang memualkan pun tidak dapat disembunyikan (Ams 27:15-16).

Orang bebal mempertahankan diri mereka dengan berkata, “Kamu tidak mengenal hatiku,” seakan-akan adanya sesuatu yang mulia di dalam diri mereka yang orang lain tidak dapat lihat (Ams 10:20). Hah! Hati memang mudah untuk dikenal – pandang sahaja tindakan dan hasil seseorang. Orang yang tekun dan yang berhikmah akan menjadi kaya dan berjaya. Orang yang setia dan yang berbudi baik akan memiliki perhubungan yang mengasihi. Si bebal atau si lamban tidak akan mendekati hal-hal itu! Dia membinasakan dirinya melalui kebebalan (Ams 13:15; 15:19; 22:5).

Orang bebal juga mempertahankan diri mereka dengan berkata, “Kamu tidak kenal nasib yang telah menimpa kehidupanku,” seakan-akan keadaan telah menyebabkan kegagalan mereka. Sesetengah orang memakai ibubapa yang miskin atau bangsa sebagai alasan, yang kurang bermakna ataupun langsung bukan alasan (Ams 14:35; 17:2). Setiap orang menghadapi halangan, tetapi orang bebal dan orang lamban mengelak nak menguruskannya (Ams 20:4; 22:13; 26:13). Hanya ada satu Ayub di sejarah dunia, meskipun banyak orang bebal dan orang lamban tuntut untuk mengulangi pencubaannya di dalam kehidupan mereka.

Jika seseorang lelaki atau perempuan ada kurang sahabat, maka ia bukan kesalahan orang lain. Ia kesalahan diri mereka sendiri (Ams 11:16; 18:24). Jika seseorang lelaki tiada harta kekayaan, maka ia bukan kesalahan orang lain. Ia kesalahannya sendiri (Ams 11:16; 21:20). Jika seseorang lelaki sudah berkahwin dengan perempuan yang jelek, maka ia bukan kesalahan perempuan itu. Ia kesalahannya sendiri (Ams 11:16,22; 30:21-23; 31:30). Mana-mana si bebal atau si lamban tidak akan memperdayakan Salomo. Dia mengenalpastikan punca-dan-kesan akan kekayaan atau kemiskinan, kawan atau musuh, kejayaan atau kegagalan.

Hai pembaca, apakah akhlakmu? Ia tidak berkenaan dengan apa yang difikirkanmu atau apa yang dikatakanmu tentang dirimu sendiri. Itulah sukatan yang paling memperdayakan dan yang paling bodoh, dan orang lain tidak percaya akan itu (Ams 14:12; 16:25; 21:2; Yer 17:9). Tindakan berbicara lebih lantang daripada perkataan, dan hasil juga demikian. Kamu dikenali melalui aset-asetmu, kawan-kawanmu, perhubungan-perhubunganmu, dan/atau kerjaya. Apakah yang akan didapati Salomo tentang hatimu dan tabiat-tabiatmu melalui pemerhatian kehidupanmu? Kamu dapat mengubahkan gambar itu!

Akhlakmu dan hikmahmu dikenali oleh kebersihan dan keteraturan rumahmu; kekemasan dan kejituan perhitungan kewanganmu; kekusutan di dalam lacimu, almarimu, ruangan bawah tanah rumahmu, atau di but kereta; pembaikian mekanikal keretamu; kemajuan kerjayamu; berat badanmu dan kecergasanmu; genggaman jabat tanganmu; apa yang ada di belakang tingkat paling bawah peti sejukmu; penarafan kreditmu; saiz akaun simpananmu; dan hal-hal sedemikian yang lain.

Akhlakmu dan hikmahmu dikenali sebagai akhlak anak-anakmu; sanjungan daripada orang lain tentang dirimu; bilangan kawanmu; kebahagiaan dan kerelaan pasanganmu untuk membantumu; reputasimu di lingkungan-lingkungan perhubunganmu; pendapat-pendapat ibubapamu; pendapat-pendapat anak-anakmu; permintaan dirimu sebagai penasihat; hormat dan kesyukuran jiran-jiranmu dan rakan-rakan niagamu terhadap dirimu; bilangan permohonan untuk dirimu menjadi pemimpin; dan hal-hal lain yang sedemikian.

Keadaan rohanimu juga dikenali melalui aset-asetmu dan hasil-hasilmu. Adakah kamu menghasilkan buah Roh (Gal 5:22-23)? Berapa banyak jiwa telah dipalingkan kepada kebenaran melalui usahamu (Yak 5:19-20)? Adakah anak-anakmu takut akan Tuhan (Maz 34:11; Efe 6:4)? Mampukah kamu mengajar, atau adakah kamu masih penuh dengan pengetahuan-pengetahuan yang asas sahaja (Tit 2:3-5; Ibr 5:12-14)? Adakah orang lain melihat Yesus Kristus di dalam dirimu lebih daripada tahun lepas (Efe 4:13)? Adakah kamu mulia dalam hal melangkaui kesalahan orang lain terhadap dirimu (Ams 19:11)? Atau adakah kamu mempunyai tabiat untuk bersungut-sungut dan berlawan (Flp 2:14-16)?

Orang yang lamban dan yang bebal dalam hal kewangan akan menjadi miskin. Orang yang lamban atau yang bebal dalam hal rohani akan jahil dan tidak berbuah. Tetapi kedua-dua situasi dapat diubahkan dengan merebut sesuatu yang harus dilakukan dan melakukannya dengan elok sekali! Sekarang juga! Jangan lambat sejam lagi. Lakukanlah sesuatu yang baik dan yang berhasil sekarang juga. Kamu dapat mengubahkan situasi kehidupanmu melalui berkat Allah atas usaha-usahamu yang tekun dan yang berhikmah. Maju!