27:2
Biar orang lain yang memujimu, dan bukan mulutmu sendiri; seorang yang asing, dan bukan bibirmu sendiri.
Jangan bercakap tentang dirimu sendiri. Elakkan itu sebanyak semungkin. Walaupun ia mudah untuk terjebak ke dalam hal ini, bercakap tentang diri sendiri memang tidak berbaik budi. Kamu tidak akan bertumbuh dalam keredaan dengan Allah atau manusia dengan perbuatan demikian.
Jangan bercakap tentang pekerjaanmu, kesihatanmu, keluargamu, rumahmu, atau apa pun lain yang merupakan kamu punya. Berfikir dan bercakap tentang orang lain dan hal-hal mereka. Tanya soalan tentang mereka, daripda memberitahu mereka tentang situasimu, kesusahanmu, kemampuanmu, berkat-berkatmu, atau kemuliaanmu. Terlalu banyak madu menjadikan orang mual, dan sikap suka menyanjungi diri atau memuji diri sendiri juga memualkan (Ams 25:27).
Di sinilah kunci perbezaannya di antara orang yang berbudi baik dan orang yang jelek. Seseorang perempuan yang jelek ialah pakar menyelitkan pendapatnya, pengalamannya, kepakarannya, dan hikmahnya yang dia anggap dia ada. Tetapi seorang perempuan yang berbudi baik tidak bercakap tentang dirinya sendiri. Dia selalu bertanya dengan tulus tentang kebajikan orang lain. Pujian Allah itulah yang diperhitungkan, dan bukan pujian diri sendiri (2Kor 10:18).
Orang jelek disakiti jika kamu tidak cukup memuji mereka, tidak cukup bertanya tentang diri mereka, dan tidak cukup mendengar dengan teliti ketika mereka menceritakan kisah kehidupan mereka. Sikap mementingkan diri sendiri itu sungguh melesukan dan memualkan. Tetapi orang yang berbudi baik, sementara mengabaikan diri mereka sendiri dan hal-hal mereka, selalu bertanya tentang orang lain, selalu mengejar mereka, dan selalu memuji mereka.
Paulus telah menyatakannya dengan cara ini, “Biar tidak sesuatu pun dilakukan dengan persengketaan atau dengan pemuliaan sia-sia; tetapi dengan kerendahan hati biar setiap orang menganggap yang lain lebih baik daripada dirinya sendiri. Biar setiap orang bukan sahaja memerhatikan kepentingannya sendiri, tetapi juga kepentingan orang lain” (Flp 2:3-4). Kemudian dia menjelaskan kisah Yesus mati di dunia ini sebagai contoh yang paling baik bagi kerendahan hati dan kemuliaan Allah yang akhirnya datang (Flp 2:5-11).
Kasih sejati dijelaskan dengan cukup sempurna di dalam 1 Korintus 13:4-7, iaitu tempat Alkitab yang adanya lima belas frasa yang ajaib untuk mentakrifkan belas ihsan. Keempat-empat frasa ini berkait dengan amsal ini: “tidak membesar-besarkan dirinya sendiri, ia tidak sombong, tidak berkelakuan tidak wajar, tidak mencari kepentingannya sendiri”. Perbuatan membesar-besarkan diri sendiri ialah perbuatan memegahkan diri; Perbuatan sombong ialah fikiran yang bongkak; tidak berkelakuan tidak wajar ialah perangai yang berbudi baik dan yang mempertimbangkan orang lain; dan tidak mencari kepentingannya sendiri ialah lebih mementingkan hal orang lain.
Yesus mengajar, “Ketika kamu diundang ke pernikahan sesiapa pun, jangan duduk di tempat yang paling terhormat; supaya jangan orang yang lebih terhormat daripadamu diundang oleh tuan majlis; Dan dia yang mengundangmu dan orang terhormat itu datang dan berkata kepadamu, Berilah tempat ini kepada orang itu; dan kamu mula dengan malu beralih ke tempat yang paling rendah. Tetapi ketika kamu diundang, pergi dan duduk di tempat yang paling rendah; supaya ketika dia yang mengundangmu datang, dia akan berkata kepadamu, Hai sahabat, naiklah ke tempat duduk yang lebih terhormat: kemudian kamu akan memiliki pujian di hadapan para hadirin yang duduk untuk menjamu selera bersamamu” (Luk 14:8-10; Ams 25:6-7).
Memuji diri sendiri, atau memegahkan diri, hanya dibenarkan dalam keadaan yang esktrim untuk mempertahankan jawatan atau injil Kristian. Musa mempertahankan dirinya sendiri terhadap si pemberontak, Korah, dan para penguasa Israel (Bil 16:15). Samuel menyatakan kebenarannya di hadapan Israel untuk mengutuk mereka kerana mencari seorang raja (1Sam 12:1-5), dan Paulus memegahkan diri dengan cukup banyak kepada orang Korintus untuk mempertahankan jawatan rasulnya itu (2Kor 11:10-12; 12:11). Tetapi Ayub bersalah, sebab dia tiada keperluan untuk berbuat demikian (Ayb 32:1-2).
Amsal ini tidak berkaitan dengan surat résumé atau temuramah; para majikan perlu tahu kemahiranmu, pendidikanmu, dan pencapaianmu. Ketika Daud mendaftarkan diri untuk kerja yang amat besar, dia menyenaraikan pencapaian-pencapaiannya dengan teliti (1Sam 17:33-37). Elihu tahu dia harus memberitahu pengetahuannya yang lebih tinggi kepada Ayub yang lebih tua dengan tiga sahabatnya itu, lalu memberi kemuliaan kepada Allah (Ayb 32:6-14; 36:1-5). Daniel dan tiga sahabatnya mengagumkan Nebukadnezar di dalam temuramah mereka (Dan 1:17-21).
Nama yang baik ialah matlamat yang mulia, jika dilakukan dengan niat yang betul (Ams 22:1). Tetapi perbuatan menyanjungi diri sendiri adalah hina dan membawa keaiban. Keselamatan daripada dosa ini mewajibkanmu untuk meneliti dirimu sendiri melalui tanggapan dan pendapat orang lain. Ia tidak penting jika kamu fikir kamu bukan orang yang suka menyanjungi diri sendiri, jika orang lain fikir kamu orang sedemikian! Dan itu benar, terutamanya ketika Tuhan fikir kamu sedemikian!
Kelayakan untuk menerima pujian orang ialah salah satu perkara, tetapi untuk cuba mendapatnya dengan memuji dirimu sendiri adalah keji. Timotius dan Demetrius ada nama baik yang besar, dan mereka layak untuk dipuji (2Kor 8:18; 3Yoh 1:12). Tetapi salah satu tanda yang ada pada kedua-dua orang ini ialah tanda langsung kekurangan sikap menyanjungi diri sendiri. Kamu harus menginginkan nama baik yang mulia sedemikian, tetapi satu-satunya jalan benar untuk memperoleh pujian orang lain adalah untuk bekerja untuk kelayakan itu. Jika orang tidak memujimu, ada sebabnya yang tertentu!
Elakkan, “pujian pintu belakang”, yang merupakan usaha yang daif untuk memberi pujian kepada Allah bagi kemampuanmu atau pencapaianmu. Tumpuannya lebih kepada dirimu sendiri daripada Tuhan. Para olahragawan di Amerika sungguh terkenal menyebut kata-kata ini, “Aku ingin bersyukur kepada Allah kerana memberiku begitu banyak kemampuan!” Dasarnya ialah pujian kepada diri sendiri secara tidak langsung, yang baik memuliakan Allah mahupun menggalakkan manusia pun tidak.
Adakah kamu faham bagaimana untuk mengelak “aku” di dalam persuratanmu sebanyak semungkin? Haruskah kamu dipanggil dengan gelaran kerja atau gelaran ijazahmu, walaupun ia telah diperoleh dengan usaha? Yesus dan Elihu memberi amaran terhadap keangkuhan yang sedemikian, terutamanya gelaran agama (Mat 23:5-12; Ayb 32:21-22). Jika segala ucapan datangnya dari fikiran hati, dapatkah kamu menghentikan banyak fikiran tentang dirimu sendiri (Mat 12:34)?
Adakah kamu bercakap terlalu banyak tentang dirimu sendiri? Adakah kamu berbudi baik atau jelek? Bagaimanakah caranya untuk tahu? Mudah sahaja! Berapa banyak orang yang ingin berada dekat denganmu? Berapa banyak kawan yang kamu ada? Adakah persahabatanmu dirindukan atau dielakkan? Sukatan ini memedihkan, tetapi ia tepat. Jika kamu menunjukkan agama Kristian yang sejati dengan minat yang tulus di dalam orang lain jauh melebihi dirimu, mereka akan datang mengerumunimu.
Hai ibubapa, ajarlah anak-anakmu hikmah dan nilai murni untuk tidak bercakap tentang diri sendiri. Ajar mereka budi baik yang menanya khabar tentang orang lain sekerap semungkin. Kamu akan jauh lebih menyumbang kepada kejayaan mereka di hadapan Allah dan manusia daripada mengejar markah yang tinggi di dalam apa pun pendidikan akademik.Kamu dapat dengan mudah memberi mereka tugas untuk menanya soalan dan belajar sebanyak semungkin tentang orang lain.
Agama Allah ada dua perintah – kasihilah Allah dan kasihilah jiranmu. Apakah yang kehilangan di dalam pernyataan itu? Kamu kehilangan! Jika kamu dapat belajar untuk mengasihi orang lain sebanyak seperti kamu mengasihi dirimu sendiri, kamu akan menjadi besar di hadapan Allah dan manusia. Tetapi generasi ini cukup babil untuk benar-benar mengajar ajaran-ajaran sesat tentang mengasihi diri dan menghargai diri. Tidak hairanlah mengapa mereka memuji diri sendiri!
Yesus tidak pernah meninggikan suaraNya di jalan-jalan, dan Dia tidak pernah mencari orang lain untuk memujiNya, walaupun layak untuk itu lebih daripada mana-mana orang lain (Mat 8:4; 12:19; 16:20)! Walaupun dia Anak Allah, Dia telah memberi suatu teladan yang sempurna bagimu. Nyawanya diabdikan sepenuhnya kepada pelayanan Allah dan orang lain. Itulah yang harus mengawal ucapanmu dan perilakumu pada setiap masa.