Amsal · Proverbs

27:3
Batu itu berat, dan pasir itu berat; tetapi murka si bebal lebih berat daripada kedua-duanya.

Bagaimanakah kamu dapat berhujahan dengan seorang yang dungu? Si bebal yang marah itu terlalu dungu dan degil untuk mendengar apa yang munasabah dan terlalu buta untuk nampak kesan-kesan kebuasannya yang liar. Pasir dan batu itu tumpat, sangat berat untuk kuantitinya berbanding dengan benda lain, tetapi ia tidak sebegitu membebankan atau menekankan kalau dibanding dengan si pemarah.

Ia cukup teruk untuk berada berdekatan si bebal yang tidak marah kerana kedunguannya dapat menekan orang berhikmah sampai ke ambang kegilaan. Ketawanya yang terkekek-kekek dengan angkuh dan jahil itu merupakan kebisingan besar tanpa sebarang keuntungan (Pkh 7:4-6). Salomo berkata di tempat yang lain, “Jika orang berhikmah berbalah dengan orang bebal, sama ada dia meradang atau ketawa, tiada istirahatnya.” (Ams 29:9). Apakah yang dapat dibuat oleh seseorang berhikmah?

Apakah perangai ibu beruang ketika anak-anaknya diambil daripadanya? Sangat berbahaya! Binatang yang diprovokasikan ini sebegitu bahaya sehingga amsal Salomo dan amsal banyak bangsa yang lain menganggap adanya keradangan butanya itu. Tetapi Sang Pengkhutbah yang berhikmah ini berkata bahawa ia lebih baik untuk bertemu dengan beruang tersebut daripada berdepan dengan si bebal di dalam kebebalannya (Ams 17:12)! Apakah yang dapat dibuat orang yang berhikmah? Jauhilah orang bebal.

Si bebal tidak takut akan Allah. Si bebal telah menolak hikmah Allah yang dapat memandu tingkah-lakunya. Dia berbahaya kepada dirinya sendiri dan kepada semua orang yang dekat kepadanya. Tetapi apabila dia dijadikan marah, dan biasanya dengan hal yang sangat remeh, potensi untuk mengacam bertambah sungguh besar. Dia mampu melakukan apa-apa pun kerana dia sama ada hati nurani ataupun pemahaman kekurangan untuk mengekang perilakunya.

Simeon dan Lewi dengan ganas membunuh seluruh kota orang yang mulia bagi peristiwa penzinaan dengan adik perempuan mereka, Dina (Kej 34:25-26; 49:7). Doeg orang Edom itu membunuh semua imam Allah, keluarga mereka, dan ternakan mereka, dalam keradangannya terhadap Daud (1Sam 22:18-19). Haman harap untuk melaksanakan genosid [penghapusan sesuatu bangsa] bagi satu kesalahan Mordekai yang tidak membongkokkan diri kepadanya (Est 3:5-6). Yoab, dengan tidak berbelas kasihan, membunuh Abner, Absalom, dan Amasa di dalam kecemburuannya yang bebal itu (1Raj 2:28-34).

Bahaya ini cukup jelas! Apakah yang dapat dibuat seseorang yang berhikmah? Elakkan jenis orang tersebut bagi kesejahteraan hidupmu (Ams 9:6; 14:7)! Jauhilah orang bebal dan pencemuh. Mereka akan berpaling dan mengoyak-ngoyakkanmu kerana sesuatu perkara, maka orang yang berhikmah akan mengelakkan mereka sebanyak semungkin. Singkirkan pencemuh, dan perbalahan, pertengkaran, dan keaiban akan dihentikan (Ams 21:24; 22:10,24; 26:21; 29:22; Maz 101:3-8; Mat 7:6; Rom 16:17-18).

Janganlah memberi orang bebal apa pun penghormatan (Ams 26:1,8). Lucutkan mereka sebanyak semungkin. Jika mereka mendapat apa pun pengaruh atau hormat, mereka akan memakainya pada hari keradangan bebal mereka untuk mengancam orang yang tidak bersalah. Bungkamkan mereka dan biar kebebalan mereka terdedah (Ams 26:5; Gal 2:4-5; Tit 1:9-16). Hukumlah mereka sekeras-keras semungkin dengan terang-terang untuk memberi amaran kepada orang lain (Ams 19:25; Ula 17:8-13; 1Tim 5:20). Semoga Allah melindungimu.