28:22
Dia yang bergegas untuk menjadi kaya ada mata yang jahat, dan tidak menimbang bahawa kemiskinan akan menimpanya.
Ketamakan akan mengherotbenyotkan pandanganmu. Kamu akan melihat godaan-godaan yang orang lain tidak, dan kamu akan menganggap segala sesuatu sebagai jalan untuk beroleh untung. Mengejar kekayaan sudah cukup teruk, tetapi untuk mengejarnya dengan bergegas merupakan resipi mendatangkan bencana. Cita-cita, kedambaan, dan ketamakan ialah bahan-bahan resipi untuk kebinasaan kewangan (Ams 28:20; 1Tim 6:7-10). Orang berhikmah berpuas hati dengan gajinya dan membiarkan Allah menjadikannya kaya; dia tidak akan mengejar kekayaan yang mengutuk dan yang susah didapati, sama ada dengan perlahan ataupun dengan melulu.
Bergegas menjadi kaya ialah nafsu orang tamak yang tidak sabar untuk memperoleh lebih lagi. Dia geram akan kerja biasa dan tidak berpuas hati dengan gaji yang biasa. Dia percaya bahawa dia layak untuk lebih baik; dia beriri hati dengan orang yang berjaya; dia mendambakan apa yang dimiliki mereka; dia percaya orang lain berhutang kepadanya; dia membenarkan fikiran bernafsu. Ketamakan untuk beroleh untung mencabuli pandangannya. Dia menyukat orang lain dengan berapa banyak untung yang dapat diperoleh dengan dilayani mereka daripada berapa banyak yang dapat menguntungkan mereka dengan melayani mereka.
Hatinya dan matanya kegilaan untuk kemajuan kewangan. Dia dengan kerap kali memikir untuk memeras lebih banyak wang daripada setiap transaksi. Dia mahu membeli pada harga yang di bawah harga pasaran, tetapi mahu menjual pada harga melebihi harga pasaran. Dia membenci apa pun aktiviti yang tidak membayarnya. Dia benci pemberian sedekah, tetapi dia suka menerima kebajikan. Dalam segala fikirannya tentang wang, dia tersalah pandang satu pertimbangan yang besar – Allah dan orang baik akan menjatuhkan orang bedebah itu ke ambang kemiskinan.
Ketamakan untuk untung mencemarkan pandangan seseorang akan kehidupan. Dia kedekut memberi. Dia tidak bersyukur dalam hal menerima. Dia terlampau menuntut dalam transaksi. Dia menyukat perhubungan secara kewangan. Dia menipu keluarganya. Dia terlalu banyak bekerja. Dia kurang membayar. Dia benci cukai. Dia terbuka untuk mempertimbangkan rasuah. Dia marah akan bencana alam oleh Allah yang akan merugikannya secara kewangan. Dia dengan mudah terperdaya oleh skim cepat kaya. Dia benci penabungan yang perlahan. Dia beriri hati dengan orang yang berjaya. Dia tidak bahagia.
Tetapi orang berhikmah menyerakkan wangnnya, dengan pengetahuan bahawa itu membawa kemakmuran; dia tahu fikiran yang kedekut membawa kepada kemiskinan dan kebencian (Ams 11:24-26). Orang berhikmah mempertimbangkan orang miskin dan memberi dengan lekas (Ams 19:17; Maz 41:1). Dia tahu bahawa sedikit dengan takut akan Allah, damai sejahtera, dan kewajaran adalah lebih baik daripada kekayaan tanpa hal-hal tersebut (Ams 15:16-17; 16:8; 17:1; 28:6; Maz 37:16). Orang yang bermurah hati ada mata yang baik – mereka nampak keutamaan-keutamaan hidup dengan betul (Ams 22:9).
Pemungut cukai dan askar-askar yang menjajah kerap kali ada mata yang jahat – memakai kerja mereka untuk ketamakan, tetapi Yohanes Pembaptis telah mengajar perakaunan jujur dan kepuasan gaji yang ada (Luk 3:12-14). Ketika membeli sesuatu apa pun, kamu harus membenci ketamakan dan harus membayar dengan harga yang adil untuk itu (Ams 20:14).
Para penyesat, seperti guru-guru gereja mega pada zaman kini, menganggap keuntungan sebagai kesalihan. Tetapi ia harus ditolak kerana doktrin Yesus Kristus yang suci – kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan yang besar (1Tim 6:3-10). Orang berhikmah memandang hina kekayaan dan dengan rela memberinya kepada orang lain (1Tim 6:17-19).