28:8
Dia yang menambahkan kekayaannya melalui riba dan keuntungan yang tidak jujur, sedang mengumpulkan itu bagi orang yang akan berbelas kasihan kepada yang miskin.
Di sinilah peraturan untuk kejayaan kewanganmu. Riba ialah bunga, atau nilai wang berdasarkan masa. Orang durjana mengenakan bunga yang terlalu tinggi dan mengambil kesempatan atas orang miskin. Allah akan mengambil aset-aset orang demikian dan memberi aset-aset itu kepada orang yang membantu orang miskin (Ams 22:16,22-23).
Bunga adalah untuk tujuan yang jujur seperti nilai wang berdasarkan masa. Ia harga untuk menerima wang atau aset pada hari ini dan membayarnya pada masa depan. Ia ganjaran untuk meminjam wangmu dan menerima itu kembali pada waktu yang lama nanti. Tiada apa pun yang salah atau yang tidak bermoral tentang bunga (Ula 23:20; Mat 25:27). Bunga ialah kos untuk modal. Ia harga bagi wang.
Dengan ekonomi yang stabil tanpa bank pusat, yang bukan seperti Amerika dan kebanyakan negara, kadar bunga dengan konsisten adalah sungguh rendah untuk masa yang panjang. Tiada tekanan inflasi untuk mengenakan bunga tinggi untuk melindungi daripada kesusutan kuasa membeli. Ketakutan dan risiko penipuan oleh bank negara tidak hadir. Bunga secara am adalah pada kadar yang rendah, dan orang boleh memberi pinjaman dan menerima pinjaman tanpa kekhuatiran untuk nilai masa atau perlindungan modal.
Pertimbangkan Israel. Tiada bank negara atau wang kertas. Bekalan wang mereka tidak dimanipulasikan untuk menyebabkan kitaran ekonomi yang letus-dan-lawas dan yang memindahkan kekayaan dari penghutang kepada pemiutang, seperti di Amerika dan kebanyakan negara. Mereka tiada sistem rizab persekutuan atau apa pun bank pusat. Mereka ada emas dan perak dan emas dan wang perak. Ia sukar untuk memanipulasikan wang sedemikian, sementara perlombongan ialah kegiatan yang sungguh mahal.
Israel tidak memiliki wang kertas. Mereka 3000 tahun lebih maju daripada Perlembagaan Amerika Artikel 1; Seksyen 10 perihal perlindungan integriti kewangan negara. Wang Israel ditimbangkan (Kej 23:16; 43:21; Ayb 28:15; Ezr 8:25), dan itulah sebabnya ada banyak amsal berkenaan timbang yang jujur (Ams 11:1; 16:11; 20:23). Beri kemuliaan kepada Allah. Peniaga tukar wang menukar syiling wang asing kepada syiling wang Ibrani; Yesus menemui wang syiling dengan inskripsi Kaisar di atasnya; dan Yudas mengkhianati Yesus untuk tiga puluh keping wang perak. Tiada wang kertas selain daripada resit-resit tertulis untuk wang yang sejati, seperti yang diamalkan rizab persekutuan pada 60 tahun dahulu.
Setiap suku kaum dan keluarga ada banyak modal yang bebas hutang. TUHAN Allah telah memberi mereka modal mereka dengan mengambil itu daripada tujuh bangsa Kanaan. Dia juga memperuntukkan bagi mereka hartanah melalui warisan, yang mereka tidak boleh memindahkan hak milik di sesama suku. Dengan tanah yang terjamin dan dengan adanya kota-kota yang terbina, perigi yang sudah digali, dan kebun anggur yang sedia ada, ada kurang kegiatan meminjam. Kalau ada apa pun keperluan begitu, itu kerana waktu kecemasan, suatu musim tanaman yang keterdesakan, atau kerana kes miskin disebabkan oleh kesakitan, kematian, atau suatu tindakan Allah yang lain.
TUHAN ada hukum-hukum kewangan untuk umatNya dan hukum melayani orang miskin yang ada di antara mereka. Dia mengutuk perbuatan mengenakan bunga kepada orang miskin (Kel 22:25; Ima 25:35-37), sebab ini akan lagi melanjutkan kemiskinan mereka, dan itu menyatakan suatu semangat ketamakan atau semangat kekejaman. Dia juga mengutuk perbuatan mengenakan bunga kepada orang Israel (Ula 23:19), sebab bangsa itu harus membantu satu sama lain, dan bukan untuk sesama diri untuk jadi kaya. Israel patut mengenakan bunga terhadap orang asing (Ula 23:20), yang menandakan bahawa bunga dengan sendirinya tidak salah secara moral atau menindas, kerana mereka tidak dibenarkan untuk menindas orang asing (Kel 22:21; 23:9).
Tambahan pula, ada anggapan bahawa orang berhikmah memahami Hukum Musa yang dipakai dengan tegas berkenaan orang miskin (Ula 15:1-6). Orang miskin harus diberi bekalan dan dilindungi dengan murah hati, tanpa pertimbangan perlindungan kewangan bagi si pemberi (Ula 15:7-11). Seperti Solomo Pengkhutbah itu mengajar di tempat yang lain, pemberian yang murah hati sangat mengganjari si pemberi (Ams 11:24-26).
Hikmah Amsal ini mengutuk pengenaan bunga kepada orang miskin. Tafsiran dan pemakaiannya diperoleh dengan membandingkan hukum Musa dengan membaca klausa kedua amsal ini. Pelajarannya adalah tentang orang miskin. Ia juga mengutuk apa pun jalan mengambil kesempatan kewangan atas orang miskin, seperti memasang harga jualan terlebih tinggi, membayar kurang daripada harga berpatutan ketika membeli, menangguhkan bayaran, menyimpan barang yang dipakai sebagai cagaran, atau membayar gaji secara menangguh-nangguh.
Ketika berurus dengan orang miskin, adakah kamu berniat baik untuk membayar harga pasaran secara rela? Adakah kamu murah hati dan berhati-hati supaya tidak mendekati perbuatan membayar kurang daripada harga berpatutan? Adakah kamu dengan jelas menyatakan segalanya tentang apa pun barang yang kamu nak jual kepada mereka? Adakah kamu mengelak apa pun dan segala aspek gertak dan pemerasan untuk mempengaruhi keputusan mereka? Soalan-soalan ini ialah apa yang orang jujur dengan integriti salih dapat jawab dengan mudah, dan mereka maju secara kewangan kerana itu.
Jika rancangan perniagaanmu melibatkan orang miskin, berhati-hati dan berhikmah. Jika kamu cuba mengambil kesempatan atas mereka, kamu durjana dan bodoh. Meskipun transaksi kewangan menurut undang-undang tidak menjadikannya betul. Meskipun transaksi kewangan ada pada “harga pasaran” tidak menjadikannya betul. Ada Allah di syurga yang Sendiri menyukat dan menimbang semua transaksi. Berhati-hati!
Dapatkah orang Kristian bekerja di bank, yang bunga dikenakan kepada orang miskin bagi pinjaman? Ya, sebab jika tidak, setiap bidang kerja di dunia yang tidak salih ini dapat dikutuk. Dapatkah orang Kristian bekerja di gedung pasar raya yang adanya wain yang dijual kepada para pemabuk? Dapatkah orang Kristian yang kerjanya bidang pasang bumbung memperbaiki bangunan sekolah yang mengajar evolusi? Dapatkah orang Kristian menjadi pelayan di hotel yang perempuan asing melakukan maksiatnya? Perbankan ialah bidang kerja yang sah seperti mana-mana bidang kerja lain.
Akal budi yang disucikan ialah apa yang Amsal harus beri kepadamu. Jika jiran yang miskin datang kepadamu untuk mohon pinjaman sampai dia dibayar gajinya dalam masa dua minggu, orang baik akan meminjamnya wang itu tanpa bunga. Dia akan berbuat sama jika dia perlu memperbaiki satu-satunya kenderaan pengangkutannya. Namun, jika jiran miskin harap kewangan untuk tujuan permainan anaknya atau nak memulakan perniagaan main-main dengan memakai wangmu, bunga mungkin wajar. Orang kaya tidak memerlukan pinjaman yang tiada bunga, terutamanya untuk perniagaan, sebab itu juga salah seperti merompak orang miskin (Ams 22:16).
Allah menjaga orang miskin, dan Dia akan dengan keras menghakimi orang yang cuba mengambil kesempatan atas mereka. Ketika kamu nampak penindasan di sesuatu daerah, terutamanya terhadap orang miskin, adanya pihak yang lebih tinggi daripada mereka (Pkh 5:8). Dia Bapa kepada orang yang tidak berayah dan Hakim untuk kaum balu (Maz 68:5). Dia mendengar seruan mereka ketika kamu telah menyakiti mereka secara kewangan (Kel 22:25-27). Berhati-hati!
TUHAN menganggap layananmu terhadap orang miskin sebagai layananmu terhadap Dia (Ams 14:31; 17:5). Jika kamu berbelas kasihan kepada orang miskin dan meminjam kepada mereka, Dia akan pasti membayar kamu balik (Ams 19:17). Jika kamu mengabaikan orang miskin, Dia akan mengabaikanmu pada waktu keperluanmu (Ams 21:13; 28:27). Orang baik akan menjaga orang miskin (Ams 29:7,14; 31:9,20); orang durjana menyalahgunakan orang miskin (Ams 28:3; 30:14). Orang yang bermurah hati kepada orang miskin akan diberkati (Ams 11:24; 22:9; 28:27) dan berbahagia (Ams 14:21).
Seperti amaran yang diberi amsal ini, orang yang mengambil kesempatan atas orang miskin akan memajukan dirinya sendiri secara kewangan untuk seketika. Tetapi TUHAN akan mengambil untungnya dan memberinya kepada orang yang ada hati yang lembut dan prihatin terhadap orang miskin. Yesus berkata, berkenaan orang yang tidak memakai satu talentanya dengan berhikmah, “Maka ambillah talenta itu daripadanya, dan serahkannya kepada dia yang ada sepuluh talenta” (Mat 25:28). Orang kaya menjadi lebih kaya, ketika mereka takut akan TUHAN dan mentaatiNya.
Kamu baru diberi satu lagi peraturan untuk kejayaan kewangan. Carilah orang miskin, dan bermurah hati kepada mereka. Jangan sesekali fikir untuk menjaga aset-asetmu sendiri. Beri, dan ia akan diberi semula kepadamu (Luk 6:38). Beri dengan murah hati, dan Allah akan membuka pintu syurga kepadamu (Ula 28:12; Yes 32:8; Mal 3:8-10). Beri tanpa was-was dan takut, dan Dia akan menjagamu dengan penyediaan ilahinya (Pkh 11:1-6). Serakkanlah wangmu, dan ia akan membawa penambahan kewanganmu.
Adakah kamu memberi tip yang murah hati di restoran, yang orang miskin mencari kerja sebagai pelayan, pencuci pinggan mangkuk dan pembantu pramusaji? Adakah kamu memberi tip yang murah hati di bilik hotel, yang orang miskin mencari pekerjaan sebagai pembantu hotel? Adakah kamu mempertimbangkan orang miskin pada setiap masa dalam segala transaksi dan ketika bertembung dengan mereka? Allah menjaga setiap satu orang demikian dalam pekerjaan yang sengsara itu. Dia Bapa yang murah hati kepada orang miskin, dan kamu membuktikan bahawa kamu anakNya ketika kamu berbuat sama. Amsal ini adalah untuk kemuliaan Allah, untuk perlindungan orang miskin, dan untuk kesenanganmu dan keuntunganmu. Tiga pihak menang dalam hal ini. Lakukannya!
Cinta akan wang ialah akar segala kejahatan (1Tim 6:6-10), dan mengasihinya akan menyebabkanmu untuk mengambil kesempatan atas orang miskin. Orang yang takut akan Tuhan sebaliknya sudah siap untuk mengagihkan aset-asetnya dan membantu orang miskin (1Tim 6:17-19). Dan inilah bukti hidup yang kekal, yang Allah tidak akan lupa tetapi sebaliknya akan memberi pengumuman kepada seluruh alam semesta (Mat 25:31-46; Ibr 6:10).
Allah yang besar dan yang mulia di syurga, Yang memiliki lembu-lembu yang ada di seribu bukit dan yang kekayaanNya tidak dapat dihanguskan, telah memilih sesetengah orang miskin di dunia ini sebagai objek kasihNya dan objek kedermawananNya dalam hal menyelamatkan mereka (1Kor 1:26-31; Yak 2:5). Tirulah dia dengan teliti dan tunjukkan semangat kemurahan yang sama denganNya (Mat 5:43-48; Yak 2:1-10; 1Yoh 3:16-19).