Amsal · Proverbs

30:30
Singa yang paling kuat di antara binatang, dan tidak berpaling mengundur bagi mana-mana pun yang lain;

Allah Sang Pencipta suka bermegah akan ciptaanNya, dan amsal ini menghalakan perhatianmu kepada raja semua binatang. Singa adalah pertama dalam senarai empat benda yang berlanjut dengan baik dan elok (Ams 30:29). Di sini ialah pandangan yang indah, dan kamu patut memahaminya dan bersukacita di dalamnya.

Sembahyang Allah termasuk merenung-renung karya-karyaNya yang besar (Maz 77:11-12; 143:5), dan ciptaan alam binatangNya yang ajaib sudah tentu menjadi salah satu karya besarNya. Dia menganggap ciptaan binatang pada hari keenam adalah baik (Kej 1:24-25), dan kamu patut memberi kemuliaan kepadaNya untuk itu. Ia biasa bagi para percayawan dalam kedua-dua wasiat untuk memanggil Tuhan dalam doa dengan merujuk kepada kuasa kreatifNya dalam alam binatang (Neh 9:6; Kis 4:24).

Bilakah kali terakhir kamu melawat zoo? Zoo bukan sahaja untuk kanak-kanak, walaupun ibubapa sudah tentu boleh mengajar budak tentang Allah dan ciptaan di zoo. Ia tempat di mana orang Kristian yang matang dapat menyembah Sang Pencipta mereka dengan melihat banyak karyaNya yang ajaib. Rancanglah salah satu hari ke sana.

Adakah kamu bersukacita di dalam daya kreativiti Allah yang genius? Adakah ciri-ciri berbeza bagi kepelbagaian makhluk ciptaanNya mengagumimu? Pertimbangkan bagaimana setiap satu giat membiak menurut jenis masing-masing, menurut peraturan Sang Pencipta. Sukakah kamu singa? Allah memegahkan singa! Berilah kemuliaan kepadaNya!

Allah memaksa Ayub untuk mempertimbangkan ciri-ciri pembiakan kambing liar (Ayb 39:1-4), semangat berdikari keldai liar (Ayb 39:5-8), kekuatan dan sikap perengus badak (Ayb 39:9-12), keindahan bulu burung merak (Ayb 39:13), kebodohan dan kejahilan ketabahan burung unta (Ayb 39:13-18), kekuatan dan kemuliaan kuda (Ayb 39:19-25), dan ciri-ciri ajaib burung helang (Ayb 39:26-30) – dan Dia berbuat semua itu di dalam satu bab Alkitab. Ini hanya sesetengah daripada makhluk-makhluk itu yang dipakai Allah untuk merendahkan Ayub. Sudahkah kamu mempertimbangkan behemot (Ayb 40:15-24) dan lewiatan (Ayb 41:1-34)?

Bagaimana pula dengan singa? Keindahannya ialah kekuatan besar dan keberanian penampilannya. Kamu patut mempertimbangkan singa jantan bagi saiznya yang lebih besar dan penampilan seperti raja. Kepalanya dan surainya sungguh megah! Dia pemandangan yang indah dan menakutkan!

Singa jantan sungguh agung! Dia dapat membesar sampai 10 kaki panjang (tidak kira ekornya), 4 kaki tinggi (pada tahap bahu), dan mencecah berat 600 paun iaitu 272 kilogram. Singa yang sederhana dapat melompat sampai ketinggian 12 kaki dan dapat berlari melebihi 64 kilometer sejam untuk jarak pendek. Kerangka depannya sebegitu kuat sehingga ia dapat merempuh zebra jatuh dan mematah tulang belakangnya dengan hanya memukul sekali dengan kakinya. Aumannya sebegitu kuat dan lantang sehingga ia dapat didengar dari jarak 10 kilometer jauhnya.

Orang yang suka harimau, eloklah itu, tetapi pertimbangkanlah dua perkara; harimau tidak hidup dekat Israel, dan kedua-dua Allah dan manusia telah menempatkan singa sebagai raja semua binatang.

Roh Kudus telah memilih singa sebagai gamba perangai Syaitan dan bahayanya kepada umat kudus, dan itu sewajarnya mewajibkanmu sungguh-sungguh berwaspada (1Pet 5:8). Sementara singa menghendap mangsanya untuk membaham dengan tamak apa yang lemah dan yang tidak berhati-hati, demikian juga si iblis sedang memerhatikan orang-orangkudus untuk memberinya sedikit peluang untuk melompat ke atas mereka dan membaham jiwa mereka. Namun, jika kamu menolak dia, dia akan melarikan diri daripdamu, seperti yang ditulis Petrus dan Yakobus (1Pet 5:9; Yak 4:7).

Walau bagaimanapun, Allah Roh Kudus juga telah memilih singa sebagai lambangan Tuhan Yesus Kristus. Salah satu dairpada dua empat puluh penatua di syurga telah memberitahu Yohanes bahawa Yesus ialah Singa dari suku Yehuda (Wah 5:5). Dia Juruselamat yang mulia dan yang agung bagi jiwamu jika kamu salah seorang pilihan Allah. Yakub telah menyatakan gambar yang agung akan Kristus ini beribu-ribu tahun dahulu (Kej 49:8-12).

Kamu usah nak memikir-mikir mana satu singa yang lebih kuat, sebab Yesus telah mengisytiharkan bahawa Dia lebih kuat (Luk 11:18-22); setan-setan semua gementar dengan ketakutan besar pada sebutan nama Yesus dari Nazaret (Mar 1:23-28). BapaNya dan Bapamu telah menyanjungiNya jauh melebihi segala penguasa dan kekuasaan di dunia ini dan di dunia-dunia lain (Efe 1:19-23; Kol 1:15-19).

Berilah kemuliaan kepada Jehovah pada hari ini juga bagi kemuliaan elok singa yang agung, tetapi ingat bahawa kemuliaan yang paling nyata di alam semesta ditemui di dalam Singa dari suku Yehuda, yakni Tuhan Yesus Kristus. Kagumilah dan pujilah Dia pada hari ini, hai pembaca yang dikasihi. Dia akan datang tidak lama lagi dalam kuasa dan kemuliaan yang sungguh besar untuk dikagumi semua orang yang percaya dan untuk membinasa semua musuhNya.