Amsal · Proverbs

30:31
Anjing greyhound; kambing jantan juga; dan seorang raja, yang terhadapnya tiada apa pun rusuhan.

Di sini ada tiga lagi perkara yang elok dalam perlanjutannya, indah dalam perlaksanaan kurnia dan jawatan mereka (Ams 30:29-31)! Singa, raja segala binatang, sudah dijelaskan (Ams 30:30). Jika kamu merenung-renung akan tiga perkara ini, maka adanya pelajaran hikmah untuk ditemui (Ayb 12:7-10; Maz 17:43; 119:96). Anjing greyhound indah dalam kelajuannya, kambing jantan indah kerana kepimpinannya yang serius, dan raja yang tidak terkalahkan kerana kekuasaannya yang tidak dapat ditentang. Bersukalah di dalam ciri-ciri itu!

Agur anak lelaki Yake telah menulis bab Amsal ini (Ams 30:1). Tetapi Allah mengilhamkan kata-katanya dengan tiga sebab. Pertama, segala nas kitab adalah berilham, dan Amsal ialah sebahagian Alkitab (2Tim 3:16-17). Kedua, amsal-amsal oleh Agur ini ialah nubuatan, iaitu wahyu hikmah Allah melalui ilham (Ams 30:1; 2Pet 1:19-21). Ketiga, dia memberi amaran terhadap hal menambah kepada firman Allah (Ams 30:5-6; Wah 22:18-19). Oleh sebab itu, kita membaca kata-kata ini seperti daripada Allah sendiri.

Kebanyakan amsal Agur ialah senarai benda (Ams 30:11-31). Senara di sini ialah empat benda yang elok dalam perlanjutannya – indah dalam penampilannya, pergerakannya, dan perangainya (Ams 30:29-31). Singa, yang sudah disebut di ayat yang sebelum ini, ada gaya jalan yang tabah dan agung, dan itu menunjukkan kebanggaan yang yakin; dia tidak takut akan mana-mana makhluk, dan dia tidak berpaling mengundur daripada mana-mana makhluk yang lain (Ams 30:30). Dia raja binatang dan itu mengilustrasikan ketabahan, keyakinan, dan sikap tidak takut.

Apakah yang indah akan anjing greyhound? Anjing greyhound ialah anjing yang langsing tubuhnya, dan mempunyai pinggang yang terikat ketat untuk kelajuan berlari dengan luar biasa. Namanya tiada kaitan dengan warnanya tetapi sebaliknya kegunaannya untuk bergerak dan memburu melalui pandangan dan kejaran. Lelaki Inggeris yang kaya dan para firaun semuanya memiliki anjing greyhound, dengan rujukan kepadanya bertarikh sekitar sebelum tahun 2000 S.M (Sebelum Masihi). Anjing greyhound yang biasa mempunyai berat 70 paun (31.75kg), dan mampu berlari jarak dekat sekitar 45 mph (72 kilometer sejam).

Anjing greyhound adalah indah, mudah bergaul, dan lemah-lembut. Dengan kakinya yang tinggi, ekornya panjang, ototnya padat, susuk tubuh yang langsing, dan penampilannya yang cergas, anjing greyhound ini adalah menarik, laju, dan tangkas. Dengan mata untuk melihat objek-objek kecil yang bergerak dari jarak sejauh setengah batu (0.8 km), ia diciptakan dan dibiak untuk memburu melalui pandangan dan kejaran. Ia indah dalam perlanjutannya, sama ada sedang berjalan dengan indah ataupun sedang mengejar arnab dengan tangkas di ladang terbuka, iaitu suatu kerja yang hanya dapat ditandingi binatang citah.

Apakah yang indah akan kambing jantan? Dengan janggutnya yang panjang dan tanduknya yang agung sekali, dan kehadirannya selalu di depan kawanan, kambing jantan menggambarkan kepimpinan yang serius dan yang terkawal. Ia pengetahuan yang umum dahulu bahawa kambing jantan maju di depan kawanan (Yer 50:8). Dan Allah memakai kambing jantan sebagai simbol berkuasa Aleksander Agung (Dan 8:5-6), yang sememangnya sungguh sesuai, sementara orang Makedonia menyegani kambing. Kambing jantan ialah pelindung dan pemandu kawanan yang cemerlang, yang mengilustrasikan keindahan seorang pemimpin yang setia dan yang terhormat sebagai orang tua-tua.

Apa yang indah tentang raja yang tidak terkalahkan? Ia sukar untuk menghargai kekuasaan seorang raja, yang terhadapnya tiada kebangkitan, sementara tiada lagi raja, kecuali peranan gambaran raja. Para penguasa pada zaman kini kurang kekuasaan atau kuasa kalau dibandingkan dengan dahulu. Mereka harus berjawab kepada penggubal undang-undang dan mahkamah, ditelitikan perangai mereka, merayu untuk undi para hamba supaya dapat mengekalkan kuasa, memperoleh izin untuk bercuti, bekerjasama dengan media-media massa, berjabat tangan dan mencium bayi, senyum dan melambai tangan seperti patung, dan memperbenarkan setiap keputusan kepada para pencemuh.

Nebukadnezar dari Babel merupakan raja yang paling agung (Dan 2:37-40; Yer 27:6-7; 28:14; Yeh 26:7). Dia tidak diundi masuk untuk memegang jawatannya; dia tidak berjawab kepada sesiapa pun kecuali Allah; para pesaingnya tidak melukis kartun biadap akan dirinya; dia tidak berjabat tangan atau mencium bayi. Dia dapat memulakan agama baru dengan sewenang-wenangnya dan menguatkuasakannya dengan kematian di api kepada setiap ahli politik di seluruh dunia (Dan 3:1-7). Jika kamu menyinggungnya, meskipun kamu ahli kabinetnya, dia akan bertitah supaya kamu dikerat-kerat, rumahmu dirobohkan dan ditimbun dengan longgok-longgok najis yang besar (Dan 2:5; 3:29).

Salomo dan Daud merupakan raja besar dengan tersendiri (2Sam 8:1-6; 1Raj 2:12; 4:20-28). Mereka memahami kuasa seorang raja, dan mereka telah menulis akan itu. Dia haruslah ditakuti seperti seekor singa yang ditakuti binatang di hutan (Ams 16:14-15; 19:12; 20:2; 24:21-22; Pkh 8:2-5; 10:4,20). Dan dia harus menyekat segala kejahatan di alam kerajaannya (Ams 14:35; 16:10; 28:8,26; 29:14). Kita tahu melalui kata-kata Agur bahawa ciri yang harus kita kagumi ialah ketidakterkalahkan dirinya dan kuasanya yang tidak dapat ditentang, yang diisytiharkan dengan kata-kata, “yang terhadapnya tiada apa pun rusuhan”. Ini ialah hal yang indah.

Apakah yang dapat dipelajari daripada senarai ciptaan alamiah ini? Pertama, Tuhan Yesus Kristus menggenapi segala ciri ini dengan sempurna; dan kedua, orang Kristian patut berusaha juga untuk menggenapinya. Ia tidak cukup untuk kamu menjadi benar: kamu patut juga elok dalam perlanjutanmu, dengan menambahkan keindahan dan rahmat kepada setiap perlaksanaan tugas. Perangai yang elok dalam tugas menambahkan kemuliaan dan pujian kepada agama orang Kristian. Tugas dan kewajaran adalah cemerlang, tetapi ragam dan semangat yang terlihat di dalam perlaksanaannya menambah kepada keindahannya (Ams 22:11; Mat 5:16; 1Kor 13:5; Gal 4:18; 5:6; Flp 1:27; Tit 2:1,9-10)! Hai orang Kristian, adalah kamu indah di dalam perlanjutanmu?

Adakah kamu tabah dan tidak takut seperti singa dalam perlaksanaan tugas-tugas Kristianmu, tidak kira adanya penentangan atau ancaman (Ams 28:1; Ayb 32:1-14; Maz 119:98-100; Ibr 13:6)? Adakah kamu lekas untuk mematuhi perintah-perintah Allah, seperti anjing greyhound (Maz 119:60; Gal 1:15-17)? Adakah kamu seorang pemimpin yang dapat diteladani di dalam perkahwinanmu, keluargamu, dan gerejamu, seperti kambing jantan (1Kor 16:13; Efe 4:16; 6:4)? Adakah kamu tidak tergoyahkan, seperti raja yang agung sekali, dalam hal mempertahankan kekuasaan, kewajaran, dan injil rasuli yang telah ditahbiskan Allah (Ams 22:17-21; 1Pet 3:15; Yud 1:3)?

Tuhan Yesus Kristus ialah Singa kaum Yehuda dan tidak berpaling undur daripada sesiapa pun (Wah 5:5). Dia membinasakan perbuatan-perbuatan iblis yang disebut sebagai singa yang mengaum (1Yoh 3:8; 1Pet 5:8). Dia adalah seperti anjing greyhound, sebab dia tangkas dalam pemahaman (Yes 11:3) dan akan kembali dengan lekas (Wah 2:5,16; 3:11; 22:7,12,20). Dia memimpin umatNya, sebagai mereka punya Rasul, Biskop, dan Imam Besar Agung, seiras dengan kambing jantan. Dan tiada rusuhan terhadap diriNya sebab Dia Raja segala raja, Yang Berbahagia dan Yang Satu-satunya Diraja (1Tim 6:13-16)! Haleluya! Amin!