Amsal · Proverbs

31:11
Hati suaminya percaya kepadanya dengan selamat, sehingga dia tidak memerlukan apa pun barang jarahan.

Kesetiaan isteri adalah sungguh berharga kepada seorang lelaki. Pengabdiannya kepada keperluan-keperluan dalam rumah adalah sebahagian daripada kesetiaannya, jadi suami tidak perlu khuatir atau menyelongkar untuk apa-apa pun bagi keluarganya. Amsal 31 mempunyai gambaran yang paling baik untuk perempuan yang sempurna, dan kesetiaan itulah yang sedang dijelaskan di sini.

Bagaimanakah mungkin seseorang perempuan yang berakhlak mulia jarang dan bernilai jauh melebihi nilai batu delima (Ams 31:10)? Ibu Raja Lemuel menggambarkan dengan cukup teliti perempuan yang sempurna yang akan menjadi isteri yang hebat bagi anak lelakinya (Ams 31:1-2). Setiap perempuan haruslah bercita-cita untuk menjadi sepadan dengan gambaran ini yang ditulis oleh seorang ibu permaisuri, dan setiap lelaki harus hanya berkahwin dengan seorang perempuan yang sepadan dengan gambaran kudus dan yang berilham ini.

Dia pertama-tama boleh diharapkan, sehingga suaminya tiada ragu-ragu atau ketakutan tentang dia. Perempuan yang berakhlak mulia dapat dipercayai secara peribadi, secara seksual, secara hal-hal kerja rumah, secara hal ekonomi, secara hal sosial dan secara hal rohani. Kehidupannya berdasarkan asas takut akan Allah dan melakukan apa yang betul, tidak kira apa pun keadaan, godaan, atau peluang untuk berkompromi. Dia tidak akan memikir untuk mengambil kesempatan atas suami atau mengabaikan mana-mana pun keperluan atau keinginan suami.

Seorang suami merisikokan hatinya kepada isterinya. Isteri dapat menghancurkan hati suami dengan memberi tubuhnya atau kasihnya kepada orang lain (Bil 5:11-31; Mat 1:18-19). Isteri boleh menipu suami dengan menahan pujaan atau kepuasan seksual daripadanya (Est 1:12; 1Kor 7:1-5; Efe 5:33). Dia boleh menghancurkan hati suaminya dengan menjadi malas dan membenarkan keluarga atau rumah tangganya melarat (Ams 14:1; Yeh 16:49; 1Tim 5:14). Dia boleh jadi jelek, suka berbalah, dan memalukan secara persendirian ataupun di khalayak umum (Ams 12:4; 27:15-16; 30:21-23).

Seseorang lelaki yang mengahwini perempuan yang berakhlak mulia, yang takut akan Allah dan yang hidup dengan kewajaran, dapat beristirahat sepenuh-penuhnya; suami yakin penuh dalam hal fikiran dan perbuatan isterinya (Ams 31:28-31). Inilah yang paling unggul dalam cinta dan perkahwinan bagi seorang lelaki di dunia yang berdosa ini. Mana-mana perempuan yang lain akan mengecewakan, menipu, dan membinasakannya di dalam satu atau lebih dosa yang tersebut di atas. Seorang perempuan yang salih menyerahkan semua keinginannya, kesetiaannya, dan layanannya kepada suaminya (1Kor 11:9; Efe 5:22-24).

Bandingkan kepercayaan terhadap perempuan yang berakhlak mulia dengan kepedihan yang dirasakan oleh seorang suami ketika keluar berniaga (Ams 7:18-20), Potifar di Mesir (Kej 39:7), Yakub (Kej 31:19), Simson (Hak 16:15-17), dan Daud (2Sam 6:20-23). Perumpamaan yang paling panjang di dalam Alkitab telah ditulis untuk menggambarkan ketidaksetiaan Israel sebagai pengantin perempuan terpilih Allah (Yeh 16:1-63). Seorang perempuan yang tidak boleh dipercayai adalah seperti kereputan dalam tulang, kesakitan gigi, dan kaki yang terseliuh (Ams 12:4; 25:19).

Kepercayaan dalam hal-hal kerja rumah ialah penekanan dalam amsal ini, sebab konteks yang seterusnya menjelaskan secara eksklusif ketekunan isteri dan keberhasilannya dalam pengurusan hal di rumah dan dalam sumbangan pendapatan kepada perbendaharaan keluarga (Ams 31:12-27). Perempuan yang bekerja keras dan yang berhemat, yang memenuhi gambaran murni dalam ayat-ayat yang indah ini, membangunkan keluarga dan perbendaharaan yang hebat. Tetapi perempuan yang bebal dan yang malas akan membinasakan seorang lelaki dan keluarganya (Ams 7:12; 14:1; 1Tim 5:13).

Keutamaan dalam kehidupan dalam seorang perempuan adalah untuk melayani keluarga dan rumah. Hawa diciptakan untuk membantu Adam (Kej 2:18). Ketika lelaki ketiadaan kerana ada urusan niaga atau hal-hal yang lain, dia harus memastikan segalanya berjalan lancar akan seperti suaminya masih berada di rumah. Ketika suami berada di rumah, isteri harus melepaskan suaminya daripada apa pun kekhuatiran kanak-kanak atau hal rumah. Dia harus mengejar apa pun pelaburan atau peluang kerja yang dapat menambahkan pendapatan keluarga. Demikianlah perempuan yang berakhlak mulia (Ams 31:13-27).

Perempuan yang salih ialah penjaga rumah (Tit 2:5). Ini tidak bermaksud bahawa dia tidak boleh meninggalkan rumah atau kena meluangkan kebanyakan masanya di sana, sebab itu bercanggahan dengan gambaran perempuan yang berakhlak mulia (Ams 31:13-27). Tetapi ia memang bermaksud bahawa rumah ialah keutamaannya dan tanggungjawabnya, dan dia harus mengelak apa pun hal bebal yang mengalihkan perhatian daripada keutamaan itu (1Tim 5:13-14). Perempuan yang mulia dan yang tekun ini dapat membangunkankeluarga dan perbendaharaan harta yang besar, dan itu memerlukan lebih pengerahan titik peluh daripadakepandaian dan mendaftar masuk seminar ibu yang super.

Seorang perempuan yang berakhlak mulia menjaga rumah suaminya supaya cantik, dihiasi dengan baik, dan disusun dengan teratur (Ams 31:22). Suami dapat bersuka di dalam rumah setiap malam ketika dia balik dari tempat kerja dan setiap kali dia melayani tetamu di rumah. Seorang perempuan Kristian tidak akan membenarkan kerjayanya, anak-anaknya, atau apa pun kebimbangan lain untuk mengkompromikan gambar suatu rumah Kristian yang seharusnya. Rumahnya harus menjadi tempat yang menarik, selesa, kemas, teratur, menyenangkan, dan mesra untuk hidup atau untuk melayani tetamu. Ia harus mengagumkan para pelawat dengan pandangannya, bunyinya, baunya, dan suasananya yang menarik.

Jarahan ialah barang-barang yang dirampas daripada musuh ketika berperang, atau apa pun yang diambil secara paksa atau apa pun cara yang memedihkan. Suami kepada isteri yang tekun dalam hal rumah akan penuh dengan bekalan dan tidak pernah mahu berfikir untuk mengambil barang daripada orang lain, sebab dia ada banyak bekalan di rumah oleh kesetiaan dan hasil jerih lelah kebijakan isterinya. Suami yang ditipu secara seksual oleh isterinya tergoda untuk berkhayal, memandang bahan lucah, atau berbuat zina. Suami yang ditipu secara kerja rumah oleh isterinya tergoda kepada kedambaan, keterlampauan bekerja, atau pencurian. Lelaki yang demikian harus melampaui batasan biasanya untuk memenuhi kerugian yang disebabkan oleh isterinya.

Perempuan boleh teralih tumpuan kerana fikiran romantis, dimanja rosak, mementingkan diri dalam hal seks, malas secara kerja rumah, boros secara kewangan, atau tidak hormat dalam pertuturannya. Mana-mana pun antara dosa-dosa tersebut dapat menimbulkan ketakutan dan ketidakpercayaan dan lama-kelamaan menghancurkan hati suami. Perempuan harus menyelidiki kehidupan sendiri dan mengerah setiap tenaga untuk menyingkirkan apa pun dan segala keraguan dan ketakutan di dalam hati suaminya.

Lelaki kerap kali memilih isteri dengan sebab yang semberono seperti kecantikan atau keredaan, yang secara am hanya menambahkan ketidakpercayaan (Ams 31:30). Lelaki berhikmah akan menyukat akhlak dan pencapaian benar seorang wanita bagi kesetiaannya yang layak dipercayai dan bagi ketekunannya yang berhemat, terutamanya dalam tugas-tugas kerja rumah, meskipun lelaki itu harus menguji perempuan itu. Masa depan hatinya, kehidupannya, anak-anaknya, dan perbendaharaannya bergantung kepada itu.

Di sinilah hikmah yang berilham dari syurga untuk perkahwinan yang salih dan yang makmur. Biar setiap perempuan memastikan supaya kehidupannya cukup sepadan dengan perempuan berakhlak mulia yang digambarkan dalam bab ini. Kamu dapat melakukannya dengan bantuan Allah. Dan biar setiap lelaki mengingini dan mengejar hanya perempuan seperti dia. Jika kamu sudah ada isteri sedemikian, puji dan bersyukur kepada Allah untuk hadiah yang sebegitu berharga (Ams 18:22; 19:14), dan kemudian memuji dan mengganjari isterimu dengan murah hati (Ams 31:28,31).

Gereja ialah pengantin perempuan Yesus Kristus. Setiap percayawan juga secara kiasan merupakan isteri Anak Allah. Adakah hati Yesus percaya penuh kepadamu bahawa kamu hanya mementingkan Dia dan hal-hal kerajaanNya, atau adakah Dia tahu bahawa kamu kerap kali teralih tumpuan untuk mengejar minat duniawi? Haruskah Dia mencari orang lain untuk memenuhi keperluan gerejaNya dan kerajaanNya kerana kamu malas atau mementingkan diri sendiri, atau adakah Yesus tahu bahawa kamu akan melakukan segalanya yang diharapkan daripadamu dan lebih lagi (Luk 17:10; 1Kor 15:10)?

Semoga Allah memberkati setiap percayawan baik lelaki mahupun perempuan untuk berakhlak mulia terhadap Suami ini!