Amsal · Proverbs

31:7
Biar dia minum dan tidak lagi mengingati sengsaranya.

Ingatan bukan selalunya sesuatu yang baik. Ia mungkin mengingat masalah-masalah yang kamu ada pada hari ini atau mengingati berita yang kamu dengar tentang hari esok. Ia mungkin mengingatimu tentang bil bayaran yang hampir tarikh penjelasannya dan kewangan pula yang tidak cukup untuk membayarnya. Kecuali adanya sesuatu kerja yang harus dibuat dengan serta-merta, fikiran-fikiran ini boleh mengganggu, mengacau, dan mengalihkan perhatian. Tetapi Allah Sang Pencipta mentahbiskan minuman yang boleh sementara menumpulkan daya ingatan dan memberi keceriaan dan keamanan.

Di sinilah nasihat kepada Raja Lemuel daripada ibunya (Ams 31:1-2). Dia memberi amaran kepadanya tentang bahaya-bahaya perempuan dan alkohol (Ams 31:3-7), dan dia memberinya suatu penjelasan yang panjang tentang isteri yang sempurna (31:10-31). Dia seorang perempuan yang ada pemahaman yang besar; dia bukan seperti makhluk-makhluk tolol Gerakan Temperance [Penguasaan Diri – gerakan yang melarang minum alkohol]. Ia sesuatu kehormatan yang besar kepada perempuan ketika dia dikenali untuk kebenaran objektif, terutamanya kebenaran Allah, dan bukan emosi atau sentimen semata-mata.

Amsal yang sebelum ini mencadangkan suatu pemakaian wain dan minuman keras yang baik – untuk membantu orang yang pedih hati, yang rasa tertekan oleh keadaan-keadaannya (Ams 31:6). Ulasan pada ayat itu akan banyak membantu dengan ayat ini, sementara kedua-duanya cukup berkaitan. Allah menjadikan wain untuk menyukakan hati, dan ia hikmah yang salih untuk memahami fakta ini dan memakai alkohol dengan kesederhanaan untuk keceriaanmu atau keamananmu (Hak 9:13; Maz 104:14-15; Pkh 10:19).

Pertimbangkan nilai Alkitab. Allah Yang Maha Besar di syurga, Yang harus merendahkan DiriNya untuk mempertimbangkan hal-hal di syurga atau di bumi, kekhuatiran tentang fikiran dan masalah harianmu. Dia mengambil berat kalau kamu ada kepedihan hati; Dia mahu kamu bergembira, bersantai, dan menikmati kehidupan (Maz 127:2; Pkh 9:7-10). Dia tahu lelaki kerap kali menanggung kekhuatiran kerja dan mana-mana kebimbangan balik ke rumah bersama mereka, yang akan merampas tujuan keamanan, kenikmatan, dan pemulihan petang dan malam.

Pertimbangkan nilai Alkitab. Allah Sang Pencipta telah memberi nasihat praktikal untuk menyelamatkan manusia daripada derita-derita jiwa dalam kehidupan. Dengan bercanggahan dengan orang yang suka buat kerja sosial dan orang agama Farisi yang buta, satu cawan bir atau satu gelas wain sebelum atau di samping makan malam ialah cara yang hebat untuk bersantai dan menjadi seorang ayah yang lebih baik dan seorang suami pada waktu petang. Buat apa kamu membenarkan dukacitamu atau kemiskinanmu untuk juga mengacau keamanan perkahwinanmu dan keluargamu? Alkitab ialah lombong emas untuk nasihat yang praktikal.

Pertimbangkan nilai Alkitab. Allah mengutuk kemabukan, dan wain atau minuman keras yang keterlampauan, yang mencabuli daya ingatan dan membawa kepada kemiskinan atau apa yang lebih buruk (Ams 20:1; 23:21,29-35; 31:5; 1Kor 6:10). Di sinilah keseimbangan kudus di antara pelarangan dan kemabukan – ia dipanggil penguasaan diri (1Kor 9:25; Flp 4:5). Dia mengajar manusia untuk diisi dengan Roh Kudus (Efe 5:18). Baik wain mahupun minuman keras bukan rawatan muktamad bagi kegeraman dan kesunyian manusia. Hanya Allah boleh benar-benar memuaskan jiwa manusia (Maz 73:25-26; Yes 26:3-4; Ibr 13:5).

Sesetengah orang akan berhujah-hujah menentang hikmah Alkitab bagi hal kesederhanaan dan penguasaan diri terhadap wain dan minuman keras. Mereka akan memasang peraturan sendiri bahawa meminumi alkohol adalah berdosa. Mereka tidak mempedulikan kebenaran Allah yang jelas untuk melibatkan kedua-dua wain dan minuman keras di dalam sembahyang Dia yang ulang tahun dirayakan dengan keluarga (Ula 14:26). Mereka tidak mempedulikan fakta bahawa Yesus sungguh berbeza daripada Yohanes Pembaptis bahawa Dia kerap kali minum wain (Luk 7:33-35).

Hikmah ialah takut akan Allah untuk mempercayai Alkitab sepenuh-penuhnya untuk setiap subjek (Ams 8:5-8; Maz 119:128). Allah telah menciptakan suatu kimia yang dapat mengubahkan mood yang dipanggil alkohol dan telah mengajar manusia bagaimana untuk memperoleh itu daripada buah anggur (Yes 28:23-29; Kej 9:20). Pemakaiannya secara sederhana dibenarkan dan dipuji bagi kesannya yang sementara dan yang ceria. Tetapi hikmah juga mengajar bahawa istirahat besar dan kebahagiaan adalah di dalam Yesus Kristus oleh kuasa Roh Kudus (Mat 11:28-30; Rom 15:13).