Amsal · Proverbs

31:8
Bukalah mulutmu bagi yang bisu di dalam perjuangan semua yang sebegini yang telah ditentukan kepada kebinasaan.

Orang lain bergantung kepadamu, dan ia tugasmu untuk mempertahan dan membantu mereka. Peraturan ini paling berkenaan kepada kamu jika dirimu kalau merupakan pihak berkuasa. Jika seseorang miskin atau seseorang lemah sedang disakiti atau diancam, ia tugasmu untuk menyelamatkan dia. Bukalah mulutmu untuk bertelingkah dan berjuang bagi mereka yang tidak dapat bersuara atau tidak dapat mempertahankan dirinya sendiri – iaitu yang miskin dan yang berkeperluan (Ams 31:9). Kamu merupakan penjaga jiranmu!

Ibu Raja Lemuel memberikannya peraturan yang berilham ini (Ams 31:1-2). Dia secara mulia menginginkanRaja Lemuel untuk menjadi raja yang paling baik semungkin. Sebagai seorang emak yang hebat, dia telah mengajar anaknya untuk memakai takhtanya untuk meneguhkan keadilan dan untuk menyelamatkan yang tertindas. Daripada memikir bahawa kuasa diraja itu memberikannya peluang untuk keuntungan peribadi, ibunya sebaliknya mengajar dia supaya memakai keistimewaan kuasa itu untuk membantu orang lain.

Bukalah mulutmu itu! Mempertahankan apapun perjuangan atau sesiapapun orang bermula dengan perkataan. Jika kamu jarang bercakap, atau bercakap secara perlahan, atau suka mengelak perselisihan, maka, kamu memerlukan amaran ini lebih daripada orang lain. Jika sesuatu yang salah sedang berlaku, atau jika ada orang yang sedang dipersalahkan, kamu harus bersuara. Ucapkanlah sesuatu! Hentikan kesakitan atau keganasan, dan lindungilah mereka yang bergantung kepadamu itu.

Mengapakah banyak yang kekal berdiam apabila mereka dapat mengucapkan sesuatu? Mereka takut diseksa. Mereka takut diperolok-olokkan. Mereka takut mengubahkan keadaan. Mereka takut akan tekanan daripada rakan sebaya. Mereka takut berbuat silap. Mereka takut melibatkan diri dan selepas itu tidak mampu melepaskan diri dengan mudah. Mereka takut usaha mereka itu tidak dihargai. Mereka kekurangan keyakinan, komitmen atau komuniti.

Siapakah mereka yang bisu? Mereka merupakan orang yang tidak dapat bersuara bagi diri sendiri. Mengapakah mereka tidak dapat bersuara untuk mempertahankan diri sendiri? Suara mereka mungkin tidak dipedulikan sebab mereka miskin, berpangkat rendah, muda, bangsa yang dipandang rendah, jantina yang dipandang rendah, kecacatan mental, seorang budak, kekurangan keistimewaan, tua dan lemah fikiran, ditakutkan oleh keadaan itu, atau sebab-sebab yang lain.

Bagaimanakah mereka ditentukan kepada kebinasaan? Keadaan atau musuh-musuh mengancam mereka, dan mereka akan disakiti atau dibinasakan kecuali ada orang yang campur tangan untuk menyelamatkan mereka. Mereka ini ialah orang yang tertindas. Satu tujuan Allah mentahbiskan kekuasaan di dalam dunia ini – iaitu kuasa suami, bapa, tuan, pemerintah, dan pastor-pastor – adalah untuk mempertahankan perjuangan orang yang miskin dan yang berkeperluan sebegini.

Pertimbangkan beberapa contoh. Yusuf berbicara kepada Firaun bagi seluruh keluarganya (Kej 47:1-12). Ishak memberi berkat yang sebaik semungkin kepada Esau meskipun sudah terjadinya perbuatan Yakub (Kej 27:38-40). Elkana campur tangan untuk memuliakan Hana lebih daripada isterinya yang lain itu (1Sam 1:1-8). Yonatan berbicara kepada bapanya bagi nyawa Daud (1Sam 19:1-7). Solomo campur tangan untuk melindungi seorang pelacur yang terlibat di dalam kesulitan pertikaian hak memiliki anaknya (1Raj 3:16-28). Ester berbicara kepada Ahasyweros bagi bangsanya, iaitu orang Yahudi, dan Ahasyweros selepas itu berbicara bagi Ester untuk menentang musuh-musuh Ester (Est 7:1-10; 8:1-14).

Pertimbangkan contoh-contoh yang lain. Orang Samaria yang baik itu memberi arahan kepada penjaga rumah penginapan untuk menjaga Orang Yahudi yang terluka itu (Luk 10:30-35). Paulus memakai kuasa yang besarnya dan nama yang baiknya itu untuk membantu Febe (Rom 16:1-2), Onesimus (Filemon 1:8-21), dan hamba muda Allah itu, Timotius (1Kor 16:10-11). Yohanes memuliakan Demetrius (3Yoh 1:12).

Seorang raja dapat campur tangan bagi mereka yang diancam oleh saman sivil, kes berkenaan cukai, perbicaraan jenayah, perbalahan tanah, dan sebagainya. Tetapi ada peluang setiap hari yang kamu dapat pakai untuk membantu dan melindungi yang lain. Pertimbangkan seorang anak yang dibuli di sekolah, seorang bergaji yang berat mulut di syarikatmu, seorang balu terabai yang duduk di jalan yang sama di kawasan perumahanmu, seorang anak yang didera di belakang kawasan perumahanmu, seorang ahli gerejamu yang miskin, seorang anak yang selalu dipermainkan oleh adik beradiknya di dalam keluargamu, seorang pelayan gadis yang dihamun pelanggan biadap, seorang rakan sekerja yang dimangsakan oleh pekerja-pekerja lain yang bersubahat mengancamnya, dan berbagai-bagai kes lagi.

Pernahkah kamu berbicara untuk sesiapapun? Pernahkah kamu mempertahankan sesiapa yang miskin dan sesiapa yang berkeperluan? Jangan sesekali berkata bahawa kamu tidak pernah nampak sesiapapun yang berkeperluan, sebab peluang-peluang untuk membantu berbangkit kerap kali, tetapi sifat manusia yang jahat itulah yang memalingkan pandangannya daripada membantu (Ams 29:7). Allah yang besar di syurga melihat pilihanmu untuk mengelakkan diri, dan Dia akan menghakimi kamu kerana itu (Ams 21:13; 24:11-12; 28:27).

Pertimbangkan raja tertinggi syurgawi, Tuhan Yesus Kristus. Dia tidak membuka mulutNya untuk mempertahankan diri sendiri apabila menyerahkan nyawaNya bagi umatNya (Yes 53:7; 1Pet 2:23). Tetapi Dia memang membantu perjuangan seorang perempuan Kanaan (Mat 15:21-28), kanak-kanak yang dibawa kepadaNya (Mat 19:13-15), seorang perempuan yang berdosa di rumah Simon (Luk 7:36-50), seorang perempuan yang ditangkap kerana hal berzina (Yoh 8:1-11), dan memastikan penjagaan ibuNya sendiri sementara Dia sedang mati (Yoh 19:25-27). Biarlah contohnya yang kudus ini memimpin mulutmu supaya berdiam bagi dirimu sendiri dan bersuara lantang bagi orang lain.