Amsal · Proverbs

31:6
Serahkan minuman keras kepada orang yang siap untuk binasa, dan wain kepada mereka yang ada hati yang pedih.

Minuman keras dan wain ada kegunaannya. Walaupun raja dan para pemimpin harus memakainya dengan berhati-hati (Ams 31:4-5), ia ada tujuan yang baik dan yang berguna untuk orang lain. Allah telah menciptakan dan membentuknya, dan Dia di amsal ini mengilhamkan tujuan-tujuan tertentu dari tulisan ibu permaisuri.

Minuman keras – iaitu minuman alkohol yang ditapai atau yang disuling selain daripada wain – adalah untukmenceriakan orang yang murung ketika miskin atau dalam keadaan sedih (Ams 31:7). Wain – iaitu jus anggur yang telah ditapai – adalah untuk menceriakan orang yang hatinya banyak beban. Allah menciptakan dan membentuk minuman-minuman ini untuk menghasilkan kegembiraan, keriangan, dan kesantaian dengan pemakaiannya yang sederhana (Maz 104:14-15).

Raja Lemuel punya ibu telah memberi nasihat yang berilham kepada anak lelakinya (Ams 31:1-2). Dia pertama-tama memberi amaran kepadanya tentang bahaya perempuan, sebab lelaki yang ada kuasa pemerintahan merupakan sasaran utama perempuan lacur melebihi lelaki yang lain (Ams 31:3). Dia kemudian memberi amaran kepadanya tentang bahaya kemabukan kesan terlebih minum wain dan minuman keras, yang akan merosakkan daya penghakimannya dan ingatannya sebagai seorang raja (Ams 31:4-5). Wain, ibu permaisuri mengajar, lebih sesuai kepada keperluan rakyatnya yang miskin (Ams 31:6-7).

Wain dari dahulu selalu dan hanya jus anggur yang ditapai dan dipakai sebagai minuman. Tidak kira apa pun yang dituntut orang munafik teetotaler [orang yang pantang alkohol sepenuhnya], perkataan wain tidak dipakai untuk minuman jus anggur yang tidak beralkohol. Kajian yang jujur akan Alkitab menyatakan pelajaran yang mudah ini. Orang yang mengajar dengan sebaliknya sedang berbohong supaya menggalakkan peraturan-peraturan manusia dikenakan kepada (Mat 15:1-20). Sementara dihubungkaitkan dengan minuman keras dalam amsal ini, wain sudah tentu merupakan minuman alkoholik yang diperbuat daripada anggur.

Allah menciptakan dan mentahbiskan wain untuk kegunaan yang baik. Dia menciptakan anggur dengan jus yang bergula di dalam dan dengan yis yang ada pada permukaan kulitnya. Ketika anggur diremuk, gula dan yis bergabung untuk memulakan proses penapaian. Ketika lumat itu mencapai 8-14% alkohol, yis itu mati dan panapaian berakhir. Allah menciptakan anggur dan mentahbiskan proses ini untuk menceriakan hati, yang memang merupakan kegunaan wain untuk 6000 tahun (Maz 104:14-15; Pkh 10:19; Yes 28:23-29; Kej 9:20).

Allah menciptakan dan mentahbiskan minuman keras untuk kegunaan yang baik juga. Ketika wain tidak ada cukup bekalan, atau citarasa orang ingin berubah untuk minuman lain, mereka boleh menapai buah atau bijian dan/atau menyulingnya. Bir sebenarnya ialah sup bijian yang sejuk dengan tahap alkohol yang amat kurang berbanding dengan wain. Whiskey ialah sup bijian yang sejuk yang telah disuling sampai tahap alkohol yang jauh melebihi tahap alkohol wain. Midori daripada buah melon, berbagai citarasa schnapps, vodka, sherry, dan brandy ialah beberapa daripada banyak lagi bentuk minuman keras yang moden.

Biar tiada lagi keraguan tentang batasan yang Allah telah pasang pada wain dan minuman keras. Allah dengan keras mengutuk peminuman yang keterlampauan yang menjadi kemabukan, dan Dia juga dengan keras mengutuk pemakanan yang keterlampauan yang menjadi kelahapan (Ams 20:1; 23:20-21,29-35; Yes 5:11; Hab 2:15; Luk 21:34; Rom 13:13; 1Kor 5:11; 6:10; Gal 5:21; Efe 5:18; 1Pet 4:1-5). Biar tiada apa pun keraguan di dalam fikiran mana-mana orang tentang batasan yang Allah telah pasang pada wain dan roti.

Tetapi Allah mengesyorkan wain dan minuman keras di dalam amsal ini. Ini tidak pelik, dan hanya orang yang jahil akan Alkitab fikir bahawa ia pelik. Dia memerintahkan Israel untuk berbelanja 10% daripada pendapatan untuk suatu pesta sembahyang, dan Dia mengesyorkan wain dan minuman keras di dalam acara-acara agama keluarga ini (Ula 14:26). Sudah tentulah, para teetotaler bagi gerakan injil sosial mereka yang melarang alkohol tidak mempedulikan ayat-ayat yang demikian. Billy Sunday dan Gerakan Temperance memang salah sepenuh-penuhnya. Temperance dalam bahasa Inggeris sudah disalah pakai untuk gerakan itu. Ia tidak bermaksud pantang atau larang, namun ia bermaksud disiplin dan penguasaan diri.

Mengapakah Allah menciptakan dan mentahbiskan wain dan minuman keras? Kerana alkohol menumpulkan sistem pusat saraf untuk membantu orang menjadi tenang, melupakan hal-hal negatif dalam kehidupannya, dan merasa suam dengan sukacita dan puas hati. Dia menjadikannya untuk menaruh kegembiraan ke dalam hatinya (Hak 9:13; Maz 104:14-15; Pkh 10:19). Bacalah amsal ini sekali lagi, dan ikutilah kata ganti nama “orang” yang membawa kepada “dia” di dalam ayat yang kemudian (Ams 31:6-7). Hati yang banyak beban dan yang hancur ialah kemurungan. Wain dan minuman keras menyebabkan orang untuk melupakan kemiskinannya dan dukacitanya, yakni pada waktu yang sangat dikecewakan.

Alkohol ialah kimia yang mengubahkan mood, dan bagi tujuan itulah Allah telah menciptakan, mentahbiskan dan mengesyorkan pemakaian wain dan minuman keras. Amsal ini dan amsal yang kemudian membenarkan pemakaian sederhana alkohol yang menuruti undang-undang, moden, dan yang mengubahkan mood bagi orang yang menderita masalah kimia, jasmani atau psikologi seperti serangan kekhuatiran, kemurungan, dan masalah-masalah yang berkaitan. Allah di syurga ialah Allah segala belas kasihan (Mat 12:7).

Wain juga merupakan suatu minuman yang ajaib untuk persekutuan di antara kawan-kawan, maka Yesus Kristus menciptakan wain tua yang paling elok untuk kenduri kahwin sebagai mukjizatnya yang pertama (Yoh 2:1-11). Abraham dan Melkisedek ada roti dan wain untuk raya mereka (Kej 14:18-20). Gereja-gereja sejati Allah bersekutu dengan roti dan wain (1Kor 11:20-26). Tidak hairanlah mengapa suatu minum ucap selamat disambut dengan “Cheers!” [Riang!]. Tidak hairanlah mengapa sesetengah minuman dipanggil sebagai cordial [ramah] – minuman yang menyukakan hati.

Ibu raja Lemuel tidak melarang segala minuman bagi anak lelakinya. Dia sebaliknya menganggap dia ada tanggungjawab yang lebih tinggi daripada rakyatnya. Tiga raja yang paling hebat dalam Alkitab pernah minum alkohol – Melkisedek, Daud, dan Yesus (Kej 14:18; 2Sam 6:19; Luk 7:33-34). Wasiat Baru mengesahkan bahawa tanggungjawab yang semakin tinggi pangkatnya semakin besar tanggungjawabnya. Pastor tidak boleh menyerah diri kepada wain; para diaken tidak boleh diserahkan kepada banyak wain; dan anggota-anggota harus mengelak kemabukan (1Tim 3:3,8). Para imam Allah meminumi wain yang paling elok, tetapi bukan ketika memimpin sembahyang (Ima 10:8-11; Bil 18:8-12; Yeh 44:21).

Apakah pelajaran-pelajarannya bagimu? Allah baik selalu di dalam semua ciptaannya, termasuk wain. Dia menjadikan roti untuk menjadikan hatimu kuat dan wain untuk menjadikan hatimu riang (Maz 104:14-15). Dia bukan penguasa yang suka mengongkong seperti para Farisi moden yang mengehadkanmu kepada minuman jus anggur, suatu minuman yang pahit, masam, dan/atau penuh dengan campuran gula. Dia mahu kamu untuk bersantai selepas kerja yang panjang. Dia sudah tahu apa yang dikatakan hidangan mewah sebelum adanya restoran mewah – wain, roti, dan daging (2Sam 6:19).

Wain dan minuman keras haruslah dikuasai, supaya, dengan sikap berhati-hati, kemabukan dapat dielakkan. Allah mengharapkanmu untuk adanya cukup kebijaksanaan untuk selalu berhikmah dan mengelak kerentanan lebih besar untuk berdosa kerana mabuk (Ams 23:33). Kesantaian adalah baik, tetapi lamban dalam kesalihan tidak baik. Jika kamu ada peranan kepimpinan, meskipun sebagai suami dan ayah yang mengasihi dan yang berhikmah, kamu harus dengan teliti mempertimbangkan dan menjaga pemakaianmu akan minuman-minuman ini.

Kemabukan ialah wain yang keterlampauan. Kemabukan selalunya bukan jalan penyelesaian yang wajar untuk menghadapi masalah-masalahmu. Kemabukan hanya untuk orang yang pengalah (Ams 23:20-21,29-35)! Jika kamu ada masalah yang kamu tidak dapat tanggung, penyelesaiannya ialah Roh Kudus Allah Yang Maha Kuasa (Efe 5:18). Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah, rayulah untuk Roh KudusNya, dan pakailah nyanyian, daripada memakai minuman (Luk 11:13; Efe 5:18-19). Biar Dia yang menjadi kekuatan hatimu (Maz 73:25-26).