4:26
Renungi jalan kakimu, dan biar semua jalanmu dimantapkan.
Orang yang bijak tidak membiarkan hidup terjadi pada mereka. Mereka bertindak dengan budi bicara dan dengan renungan yang dalam. Mereka merancang dan menguruskan hidup mereka. Mereka memilih matlamat yang bijak dan memilih cara untuk mencapaikannya, dan seterusnya membandingkan perkembangan-perkembangan mereka dengan perancangan mereka itu. Kecuali dalam hal bencana alam, mereka mengawal dan menyalurkan keadaan-keadaan mereka untukmelayani mereka dan bukan sebaliknya.
Secara tidak melompat dari suatu matlamat kepada matlamat yang lain, orang yang cermat menetapkan hidup mereka kepada satu arah yang stabil. Mereka mendisiplinkan semua aspek diri mereka untuk menuju kepada matlamat yang telah mereka pilih. Mereka pertimbangkan dengan teliti semua bahagian-bahagian hidup. Mereka menyoal, menilai, dan merenung setiap keputusan yang dibuat untuk menetap pada objektif besar dan semakin maju kepadanya.
Pembaca, ke mana tujuanmu? Renungkanlah jalan kakimu. Adakah engkau hanya meningkatkan umurmu? Adakah kehidupan terjadi di dalam hidupmu atau kamu mengarahkannya? Rutin seharian dan rutin mingguan kamu seharusnya ada tujuan yang kukuh dan objektif yang mulia. Ataupun kamu rasa bosan atas rutin-rutinmu yang tidak membawa ke mana-mana? Undur sekejap. Renungilah jalan kakimu. Telitikanlah dirimu sendiri (1Kor 13:5). Pertimbangkanlah cara-caramu (Hag 1:5). Berhubunglah dengan hatimu sendiri (Maz 4:4).
Apa maksudnya untuk merenung? Ianya bermakna untuk menilai sesuatu perkara di dalam akal budi, mempertimbangkannya dengan teliti, berfikir dalam-dalam dan memperhatikannya dengan baik-baik. Terlalu banyak orang terlampau sibuk dengan terlampau banyak bunyi bising dan aktiviti sampai tidak berhenti dan merenung dalam-dalam akan hidup mereka. Tanpa berbudi bicara, mereka mencari kenikmatan – aktiviti yang direkakan untuk menghentikan semua fikiran. Tanpa membuat penilaian akan diri dan kehidupan mereka, mereka mencari lebih hiburan. Tanpa berfikir, mereka melemaskan perbicaraan dalaman dengan televisyen, wayang, muzik, minuman keras ataupun dadah. Betapa bodohnya mereka itu!
Tanpa waktu teduh untuk merenung akan hidup mereka, mereka mempunyai radio di dalam kereta mereka, televisyen di dalam rumah mereka dan telefon bimbit di dalam kocek mereka. “Allah tiada di dalam semua fikiran mereka” (Maz 10:4). Mereka tidak tentu ke mana arah tujuan mereka, mengapa menghala kepada sesuatu arah, ataupun kesan-kesan memakai arah itu. Mereka adalah mangsa-mangsa keadaan dan bukan pengurus keadaan. Mereka adalah bodoh dan akan dihukum setentu seperti graviti menyebabkan benda jatuh.
Tetapi hikmat berseru, “Diamlah dan ketahuilah, bahwa Akulah Allah” (Maz 46:10). “Bediri di dalam kekaguman, dan jangalah berdosa: berbicaralah dengan hatimu sendiri di atas katilmu, dan berdiam. Sela” (Maz 4:4). “Aku mengingati laguku pada waktu malam: Aku berbicara dengan hatiku sendiri: dan rohku membuat penelitian yang dalam-dalam” (Maz 77:6). “Tetapi Allah di dalam bait kudusNya: biarlah seluruh dunia berdiam di hadapanNya” (Hab 2:20). Inilah aktiviti orang bijak dan kudus.
Orang bodohlah yang hidup tanpa berfikir, berjalan tanpa merenung, dan memilih jalan-jalannya tanpa berfikir masak-masak. Orang Kristian diarahkan untuk hidup berhati-hati – menilai jalan-jalan mereka dari segala sudut! Hanya disiplin sebegini yang memungkinkan mereka faham dan memakai kehendak Allah di dalam hidup mereka sendiri (Efe 5:15-17). Ia adalah tugasmu untuk luruskan jalan bagi kakimu (Heb 12:13).
Satu lagi kesilapan yang menghalang manusia daripada merenung kehidupan mereka – kebanyakan renungan mereka ialah tentang orang lain! Orang jahat dan munafiklah yang merenung kehidupan orang lain selain daripada dirinya sendiri. Dia menenangkan diri sendiri walaupun berdosa dengan cubaan mengenalpastikan sebanyak semungkin dosa di dalam orang lain (Luk 18:9-14). Yesus mengutuk perkara mencari selumbar didalam mata orang lain sementara mempunyai balok rumah pada matamu sendiri (Mat 7:3). Aktiviti ini adalah bertentangan dengan penilaian diri sendiri, dan ia membuktikan bahawa seseorang itu adalah bertentangan dengan orang benar dan bijak – ia membuktikan dirinya sebagai seorang bebal.
Apakah yang seharusnya kamu merenungkan? Adakah kamu berselangkah dengan Allah dan bertumbuh di dalam rahmat dan pengetahuan Yesus Kristus? Adakah kamu menghasilkan banyak buah roh? Adakah kamu mengampuni, mengasihi dan melayani orang lain untuk mentaati hukum yang kedua? Adakah perkahwinanmu dalam keadaan yang sepatutnya? Adakah kamu mempunyai aktiviti-aktiviti di dalam hidupmu yang mendedahkanmu kepada godaan yang boleh menjunam kepada dosa? Adakah kamu sepenuh jiwa raga bagi kerajaan Allah? Adakah kamu hidup dengan memandang kepada kekekalan? Jika kamu meninggal pada hari ini adakah Yesus mendapati kamu di dalam cara hidup kebenaran?
Adakah hidupmu menuju arah objektif kudus untuk menyenangkan Yesus Kristus? Adakah jalanmu pada hari Ahad termasuk mengikuti suatu gereja setia dimana semua doktrin dan amalan selari dengan Alkitab? Adakah keutamaan-keutamaanmu sama dengan senarai-senarai yang terdapat di dalam buku karangan Solomo ini? Adakah kamu membaca, merenung, berdoa, dan menyanyi bersendirian selalu? Renungkanlah jalan kakimu.
Bapa, pernahkah kamu merenung jalan yang dipakai isteri dan anak-anakmu? Ianya tugasmu di hadapan Allah untuk mengetuai, memimpin dan memperbetulkan mereka kepada jalan benar yang takut kepada Tuhan (Maz 34:11). Sukatan yang benar akan tugas dan kasihmu adalah untuk mempersiap dan menyempurnakan mereka untuk berdepan dengan Tuhan Yesus Kristus. Adakah kamu menolong kaki mereka supaya menetap pada jalan kebenaran?
Apakah yang menghalang kamu daripada merenung jalan kakimu? Walau apapun, ianya tidak berbaloi untuk mengikuti bahaya dan menyimpang keluar daripada jalan pengertian dan berakhir di jemaah orang mati (Ams 21:16). “Ada jalan yang disangka betul orang, tetapi akhirnya menuju kepada jalan-jalan kematian” (Pro 14:12; Pro 16:25). Dan pembaca, kalau kamu tidak merenung akan jalanmu, Tuhan sedang merenungkannya, terutamanya jalan-jalan seksual kamu (Pro 5:21). Jangan cuai atau mengabaikan tugas murni ini untuk merenungkan jalan kakimu!
Allah Yehuwah Alkitab memanggil kamu seperti Dia telah memanggil Abraham, “Ketika Abram berumur sembilan puluh sembilan tahun, maka TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya: "Akulah Allah Yang Mahakuasa, hiduplah di hadapan-Ku dengan tidak bercela.” (Kej 17:1). Adakah kamu menyahut panggilan ini?
Jikalau kamu menyahut panggilan ini, Tuhan akan mengutus kepadamu guru-guru yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat. “dan telingamu akan mendengar perkataan ini dari belakangmu: "Inilah jalan, berjalanlah mengikutinya," entah kamu menganan atau mengiri.” (Yes 30:21). Adakah kamu mentaati guru-gurumu?
Pemazmur telah berkata, “Aku merenung akan jalan-jalanku, dan memalingkan kakiku menuju kesaksian-kesaksianmu” (Maz 119:59). Pembaca, relakah kamu menyertai pemazmur ini di dalam kekerapan tugas ini untuk merenung akan hidupmu? “Marilah kita menyelidiki dan memeriksa hidup kita, dan berpaling kepada TUHAN.” (Rat 3:40). Jadikanlah ini sebagai kegiatan seharianmu di dalam doa (Maz 139:23-24).
Dagingmu, dunia dan Syaitan akan membentangkan perangkap-perangkap setiap hari pada jalanmu. Kamu akan menghadapi banyak pada hari ini juga. Mereka akan cuba mengoda dan menjerat kamu di dalam fikiranmu, di dalam ucapanmu, di dalam perhubungan-perhubunganmu, di dalam kerjamu, dan di mana-mana jua. Ia adalah tugasmu untuk mempertimbangkan jalanmu dengan teliti dan mengelak jerat-jerat itu. Ia adalah tugasmu untuk berpaling dengan cepat dari setiap situasi yang menggoda dan mengancamkan (Ams 4:14-15; Rom 13:14; 2 Tim 2:22).
Selepas merenung jalan kakimu, ia adalah tugasmu untuk menetap dan menyelaraskan semua jalanmu di dalam ketakutan Tuhan. Bagaimana mengenalpastikan takut akan Tuhan di dalam hidupmu? Melalui Kitab Kudus! Ianya pelita bagi kakimu dan terang bagi jalanmu (Maz 119:105). Perkataan Kristus yang seteguh batu ini patut dijadikan dasar rumahmu (Mat 7:24-27; 2Pet 1:19-21). Mantapkan – tetapkan dan dirikan kekal – semua jalanmu di dalam Tuhan. Dan kasih karunia Allah boleh memberkati kamu menuju kepada hidup yang mulia (1Pet 5:10; 1Tes 3:12-13).
Murid-murid benar, anak-anak Allah benar, tetap di dalam firman Kristus (Yoh 8:31). Mereka tidak menyimpang daripada kebenaran injil, tetapi bertekun dalam iman yang tetap teguh dan tidak bergoncang (Kol 1:23). Dan berdasarkan keyakinan dan ketekunan yang mantap di dalam kebenaran inilah yang kamu buktikan bahawa kamu adalah saudara benar Tuhan Yesus Kristus (Ibr 3:6,14).