7:22
Lelaki muda itu mengikutinya dengan serta-merta, seperti lembu yang masuk ke pembantaian, atau seperti orang bebal yang masuk hukuman berbelenggu.
Bilakah seseorang lelaki menjadi dungu seperti lembu? Atau bilakah seseorang lelaki menjadi bodoh seperti pesalah yang mengulangi pelanggarannya dan siap untuk dipenjarakan? Apabila dia mengejar perempuan yang lain! Seseorang lelaki yang berfoya-foya dengan seorang pelacur pasti akan dibinasakan seperti seekor lembu di pembantaian. Dia melulu ke depan dan tidak perasan akan bahaya kehilangan nyawanya (Ams 7:23). Dia tidak boleh menahan pelacur itu; tarikan itu terlampau kuat; dia mengikutinya terus ke dalam maut dan neraka (Ams 7:27).
Seorang perempuan asing – perempuan sesiapapun selain daripada isterimu – adalah tarikan yang berbahaya. Dia memegunkan fikiran dan mendiamkan hati naluri. Seseorang bebal akan mengikutinya dengan serta-merta – secara langsung dan cepat, tanpa apa-apa pertimbangan lanjut. Bagaikan seekor lembu yang masuk pelongsor penyembelihan dan ingat bahawa ia sedang dialihkan ke padang rumput hijau. Seseorang bebal tidak takut dan tidak boleh belajar. Jadi, dia meneruskan jenayah-jenayahnya dengan mengingati bahawa dia boleh terlepas daripada hukuman setiap kali. Betapa silapnya kedua-dua mereka itu!
Solomo telah mengajar anaknya hikmah dan menyiapkannya untuk kejayaan di dalam hidup. Dia kerap kali memberi amaran akan perempuan asing (Ams 2:16-19; 5:1-23; 6:23-35; 7:1-27; 9:13-18; 22:14; 23:27-28; 30:20). Dia tahu bahawa dia harus menjadikan anaknya berwaspada akan perempuan yang kurang bermoral yang akan menariknya kepada perzinaan dengan pakaiannya, mulut manisnya dan ciuman-ciumannya. Dia memakai suatu perumpamaan yang panjang untuk menjelaskan cara seorang perempuan asing (Ams 7:6-23). Dia memulakan dan mengakhirkan perumpamaan itu dengan amaran (Ams 7:1-5; 24-27).
Jika seseorang lelaki berserah sedikitpun kepada pelacur, pelacur itu akan membinasakannya (Ams 7:21, 26; 23:28). Perempuan itu terlalu menambatkan hati sampai dia tidak melihat kesakitan dan maut yang sedang menjelang (Ams 9:18); perempuan itu terlalu licik dan menarik sampai lelaki itu tidak akan dapat menyelamatkan diri sendiri (Ams 5:6; 7:21). Mangsa di dalam amsal Solomo ini melakukan kesilapan yang besar apabila mendekati rumah perempuan itu pada waktu malam (Ams 7:6-10). Dia sepatutnya menjauhkan dirinya; dia sepatutnya menolak apapun khayalan tentangnya; dia sepatutnya duduk di rumah sendiri.
Perempuan adalah lebih kuat daripada lelaki (Ams 7:26)! Perempuan yang jahat memakai mulut manis, pakaian tak senonoh, main cinta, kekerapan merayau keluar dari rumah, jamahan, rungutan akan suami dan keluarga sendiri untuk menggoda lelaki yang lain. Perempuan yang berakhlak mulia memakai pujian, tundukkan, pakaian yang beraneka jenis di rumah, tubuh langsing, jamahan yang diperhitungkan, dan undangan lisan untuk menikmati suaminya di dalam perkahwinan yang bahagia. Rujuk kepada Kidung Agung 4:1-16 dan 7:1-9.
Lelaki, bahaya ini sungguh besar. Kesannya sangat buruk. Tempoh kenikmatan itu terlalu pendek, dan ia dirosakkan dengan ketakutan, rasa salah, rasa malu dan kesulitan. Jauhkan diri daripada perempuan itu! Jika kamu memandang kepadanya, kamu tidak boleh menahan dia (Ams 6:25). Jika kamu mendengarkannya, dia akan memaksa kamu dengan kata-katanya (Ams 7:14-21). Jika kamu terus biarkan dia menjamah kamu, itu lagi tidak tertahankan (Ams 5:20; 7:13). Hanya satu-satunya peraturan supaya dapat selamat – jangan sesekali mendekatinya. Jauhkan diri daripada perempuan yang tidak bermoral; jangan ada apa-apa urusan bersamanya; jangan sesekalipun membenarkan peluang untuk berdosa (Ams 5:15; 5:8; 6:27-28; 7:25; Rom 13:14).
Bukankah contoh Simson mencukupi? Dia tahu bahawa Delila ada niat untuk membinasakannya. Dia sudah tahu. Tetapi dia tetap main cinta dengannya. Dia tidak dapat menahannya. Dia tidak dapat bertolak. Dia tidak dapat menolakkannya. Dan Delila itu menang. Dia menang dengan senang sekali. Simson kalah. Dia kalah teruk. Seorang perempuan kafir dari Filistin mengalahkan lelaki yang paling kuat di dunia. Simson dimalukan di khayalak ramai. Dia mati seperti binatang yang buta. Dia diperolok-olok dan diketawakan oleh musuh-musuhnya. Bukankah Yehudah, Daud, Solomo dan yang lain mencukupi sebagai amaran? Berpuas hati dengan isteri kamu (Ams 5:19-20; 1Kor 7:1-5; Ibr 13:4)!
Pelacur di daerah pelacuran bukanlah ancamannya. Kebanyakan lelaki yang masuk ke sana adalah orang yang langsung tiada harapan. Ancaman yang benar adalah perempuan Kristian yang duniawi yang telah berkompromi dengan dunia dan menghilangkan penguasaan dirinya, pakaian senonohnya, kepuasannya duduk di rumah, dan kasihnya kepada Kristus. Perempuan di dalam amsal Solomo ialah seorang ahli gereja yang bergaya dan ada kelas (Ams 7:14-18). Tetapi dia adalah perempuan kejam yang Allah memandang hina (Pr 30:20; Num 5:11-31; Is 3:16-26; Ezek 16:30-34).
Pelajaran ini tidak rumit. Jika kamu berfikir atau bergaul dengan perempuan yang main cinta, kamu menujui neraka dan maut (Ams 2:18; 5:5; 7:27; 9:18). Ya, hanya berfikiran bodoh itu juga suatu dosa (Ams 24:9). Khayalan dan bahan lucah adalah seteruk seperti perzinahan jasmani di mata Allah. Dan ianya akan menyiapkan kamu untuk pembantaian dan belenggu tanpa apa-apa pemulihan (Ayub 31:1,9-12; Mat 5:27-28; 15:19; Yak 1:14-16). Perlindungan yang paling hebat adalah perhubungan yang baik dengan isteri sendiri (Pr 5:19; Eccl 9:7-10; I Cor 7:1-5; Heb 13:4).
Untuk mendapatkan perhatian kamu, Allah menyamakan agama palsu dengan perzinaan, sebab pilihan kamu untuk agama-agama duniawi adalah sebagai seorang perempuan yang meninggalkan suaminya untuk lelaki yang lain (Maz 106:39; Yak 4:4). Dia menggambarkan gereja-gereja yang benar sebagai perempuan yang suci, dan gereja-gereja yang palsu sebagai pelacur. Dan pelajaran amsal ini adalah sesuai bagi hal ini. Kebanyakan orang berasak-asak dengan serta-merta untuk masuk ke dalam gereja yang memakai jalan lebar yang memimpin kepada kebinasaan (Mat 7:13). Hanya sedikit sahaja yang mencari dan menguji jalan-jalan purbakala akan agama(KPR 17:11; Mat 7:14; Yer 6:16; 1Tes 5:21).