Amsal · Proverbs

7:27
Rumahnya jalan ke neraka, yang turun ke kamar-kamar maut.

Apakah itu main seks? Ia jalan ke neraka. Ia akan menurunkanmu ke alam maut. Tiada apa pun yang main berkenaan hal mati awal dan masuk neraka. Ada orang yang sedang berbohong kepadamu tentang bahaya yang mematikan.

Mengapakah ia dipanggil main seks? Kerana mereka melakukannya seperti binatang dubuk yang tiada kasih, kemoralan, atau kesetiaan perkahwinan! Ia lebih teruk daripada pelacuran, sebab ia tiada ganjaran wang pun.

Mengapakah mereka memanggilnya main, berparti, atau berasmara? Mereka rasa eufemisme menjadikan dosa mereka lebih dapat diterima. Mereka benci kata-kata yang ada takrif jelas seperti berzina, berkendak, sodomi, liwat, atau pelanggan pelacur – istilah-istilah Alkitab yang ditemui di negara-negara yang beradab.

Berapa banyak “main” yang ada pada maut dan neraka? Ia mimpi ngeri yang paling buruk bagi manusia. Hai pembaca, seluruh dunia sedang berbohong kepadamu tentang kesan hal seks di luar perkahwinan. Bencilah dusta mereka! Bencilah gaya hidup mereka! Bencilah wayang dan muzik mereka! Allah dan Solomo telah memberi amaran kepadamu.

Kata ganti nama “nya” merupakan perempuan asing, iaitu penzina dan perempuan sundal dalam perumpamaan ini (Ams 7:6-23). Selepas memperkenalkan subjek dosa-dosa seksual kepada anaknya (Ams 7:1-5), Solomo mula membentangkan dengan panjang seorang lelaki muda yang tergoda ke dalam penzinaan oleh seorang perempuan yang licik. Dia kemudian berakhir dengan merayu kepada anak-anaknya untuk mempertimbangkan bahaya yang teruk itu (Ams 7:24-27).

Dia memberi amaran kepada anak-anaknya bahawa perempuan sundal telah melukakan banyak lelaki, dan telah membinasakan banyak lelaki kuat (Ams 7:26). Fikir akan Simson dan pengakhirannya yang teruk! Fikir akan Daud dan kesan-kesan yang pedih kerana berzina dengan Batsyeba! Fikir akan Solomo! Hanya orang kuat, seperti Yusuf, dapat menahan godaan yang kuat daripada perempuan yang berzina (Ams 23:27-28).

Apakah penawarnya? Jangan fikir akan perempuan itu (Ams 7:25). Jangan mendekatinya (Ams 7:25). Dosa-dosa seksual bermula dengan mata (Ams 6:25; Mat 5:28), memulakan suatu rancangan dalam minda (Ayb 31:1; 2Sam 13:1-2), dan kemudian mula bertindak (Ams 5:8; 7:8). Semua dosa berjalan dengan cara ini (Yak 1:13-16). Penzina tidak dapat menggoda atau melukakanmu, jika kamu tidak pernah berfikir tentang dia atau mendekatinya.

Dapatkah penzinaan membunuhmu? Ya! Fikir tentang hukuman mati (di negara yang bermoral), pasangannya yang cemburu, pasanganmu yang cemburu, penyakit seksual, penghakiman yang buta, bunuh diri kerana rasa bersalah, dsb.

Dapatkah penzinaan membunuhmu? Ya! Ada cara lain untuk mati. Fikir tentang jiwa yang terbinasa, nama baik yang rosak, kehilangan kerja, wang yang terboros, janji perkahwinan dimungkiri, anak-anak yang tersinggung, anak-anak luar nikah, kesalahan yang pedih, ketagihan seks, memori yang terbenci, dan kematian kehidupan yang lain! Dunia pun tahu bahawa rupa pendosa yang cengkung dan lesu adalah kerana gaya hidupnya yang keras.

Dapatkah penzinaan membawamu ke neraka? Ya! Jika neraka ialah kubur, tempat yang kamu dikuburkan, ia dapat membawamu ke sana, sama seperti kamu sudah membaca (Maz 16:10; 18:5; 55:15; 86:13; 116:3).

Dapatkah penzinaan membawamu ke neraka? Ya! Jika neraka ialah lautan api, tempat seksaan abadi, penzinaan akan membawa kamu ke sana juga (1Kor 6:9-10; Gal 5:19-21; Efe 5:3-7; Wah 21:8).

Jika main seks sebegitu berbahaya, mengapa tiada amaran awam tentang maut dan neraka di sebalik mata, senyuman, ciuman, dan pelukan seorang perempuan yang menggoda? Kerana iblis dan dunia telah bersubahat untuk berbohong kepadamu, dan sifat dosa kamu suka mendengar dusta mereka.

Mengapa tiada amaran di berita? Di sekolah? Di kem askar? Kerana ia tidak popular bagi generasi yang gila-dosa dan ketagihan seks, dan prinsip-prinsip yang sedang merajalela sekarang ialah persetujuan orang ramai, menyenangkan politik, menyanjungi kenikmatan, dan menolak Allah dan Alkitab.

Tetapi mengapa tiada amaran di gereja yang besar dan popular? Kerana sebab-sebab yang sama di atas, sebab gereja-gereja duniawi ini beroperasi dengan prinsip yang sama – persetujuan orang ramai untuk mengekalkan keramaian bilangan orang, menyenangkan politik, menyanjungi kenikmatan, dan menolak Allah dan Alkitab.

Ada amaran! Kamu sedang membacanya. Allah dan Solomo memberi amaran empat kali dalam Amsal tentang maut dan neraka bagi hal main seks (Ams 2:18-19; 5:5; 7:27; 9:18). Nyahkan diri daripada mana-mana pun perempuan sundal. Dan ini juga termasuk lelaki sundal.

Adakah main seks ada kenikmatannya? Dosa ada kenikmatan, dan Alkitab juga mengakuinya – kenikmatan jangka masa pendek bagi suatu musim sahaja (Ibr 11:24-26; Ayb 20:5). Kenikmatan main seks kekal untuk beberapa saat, minit, atau jam; tetapi kesan-kesannya kekal bertahun-tahun dan sepanjang hayatmu, atau sepanjang kekekalan. Tiada perbandingannya. Simson punya beberapa minit bersama Delila yang licik dan yang ingin mengorek rahsia itu tidak berbaloi kesannya menjadi buta dan mengisar bagi orang Filistin sebelum membunuh diri sendiri.

Kenikmatan seks yang paling baik adalah bagi seorang suami Kristian dan isteri yang mengikuti hikmah Amsal dan Alkitab. Allah mereka telah menciptakan tubuh lelaki dan tubuh perempuan, menciptakan seks, dan telah menulis buku panduan bagi kenikmatan yang paling besar. Jika kamu ragu-ragu akan ini, bacalah lagu cinta Solomo dalam Alkitab. Jika kamu tidak pernah mengalaminya bagi dirimu sendiri, bacalah itu sekali lagi.

Ibubapa, adakah kamu memberi amaran kepada anak-anakmu tentang dosa-dosa seksual dengan berani dan terus-terang semungkin seperti Solomo telah buat dengan anak-anaknya? Atau adakah kamu terlalu rohani, takut, atau jahil untuk menyelaraskan dirimu kepada Allah dan firmanNya, dan sudah lupa fakta bahawa dunia menyerang mereka dengan lebih keras daripada mana-mana pun generasi? Jika kamu seorang ibu, jadilah terus-terang seperti perempuan salih (Ams 6:20-26; 31:1-3).

Ada lagi satu jenis pelacur. Gereja-gereja palsu dipanggil sebagai pelacur dalam Alkitab, dan menyertai sembahyang mereka ialah penzinaan rohani dan berkendak rohani (Kel 34:15-16; 2Kor 11:1-4; Yak 4:4; Wah 2:20-22; 17:1-6). Jauhilah diri daripada mereka,sebab orang yang menyertai mereka berakhir dalam jemaah orang mati dan api neraka selama-lamanya (Ams 21:16; Wah 3:1; 14:9-11).

Jika gerejamu dan pastormu tidak berkhutbah keras terhadap dosa-dosa seksual, maka kamu harus mencari gereja yang baru atau pastor yang baru (Yes 58:1; Yer 23:28-29; 2Tim 4:3-4; Ibr 13:4). Suatu tanda masa yang membahayakan pada zaman terakhir ialah orang Kristian hidup dan berbunyi seperti dunia (2Tim 3:1-5). Jika pastormu tidak berkhutbah seperti yang seharusnya dia berkhutbah, maka galakkannya dan doakannya.