Amsal · Proverbs

8:12
Aku, hikmah, berdiam bersama-sama kebijaksanaan, dan menemui pengetahuan akan ciptaan-ciptaan pintar.

Hikmah termasuk kepintaran! Kebijaksanaan ialah hikmah yang dipakai. Dari manakah munculnya komputer, aiskrim, ketuhar gelombang mikro, dan kapal terbang? Dari seekor monyet babun, iaitu ibu kepada orang yang percaya kepada evolusi ke?

Imaginasi yang kreatif, pengetahuan yang semakin meluas, penyelesaian yang inovatif, ciptaan pintar, dan cara pemakaiannya bagi perkara-perkara yang baik ialah anugerah daripada Allah. Ia telah diberi kepada manusia dan bagi manusia yang menyanjungi hikmah. Manfaat yang praktikal di dalam kehidupan sungguh besar – adakah kamu menghargainya?

Jika hikmah dimuliakan – iaitu, takut kepada Allah dan sayang kepada Alkitab – inovasi-inovasi dan ciptaan-ciptaan bijak pun menyertai, samaada oleh manusia dengan hikmah atau oleh orang pagan bagi kebaikan manusia berhikmah itu. Orang dengan hikmah memang menang! Solomo menyanjungi hikmah dengan mengajar bahawa ia membawa ciptaan-ciptaan yang pintar.

Amsal Bab 8 ini ialah bab yang paling luhur di dalam buku ini; ia menyanjungi hikmah lebih tinggi daripada bab yang lain. Pembahagian yang ringkas akan bab ini akan mendapati empat bahagian – iaitu, kata-kata pendahuluan oleh Puteri Hikmah (Ams 8:1-11), berkat semulajadi dan berkat rohani yang menyertai hikmah (Ams 8:12-21), pemakaian hikmah oleh Allah dari kekekalan di dalam ciptaan (Ams 8:22-31), dan amaran di dalam kesimpulannya (Ams 8:32-36).

Setiap kali kamu memakai teknologi, dimanfaatkan oleh suatu kaedah baru, membaca tentang suatu bahan baru, atau nampak suatu jalan penyelesaian yang baru, ingatlah untuk memberkati Allah bagi “ciptaan pintar” itu dan sanjungi hikmah yang telah menemuinya, menyampaikannya, atau memakaikannya bagi faedah kamu. Allah tahu apa yang telah Dia buat bagimu, dan kamu patut bersyukur kepadaNya untuk itu.

Puteri Hikmah itu punca kebijaksanaan dan pengetahuan di dalam kemajuan manusia. Dia sukaberkhidmat dan membantu manusia (Ams 8:31). Hargailah inovasi yang meningkatkan taraf kehidupanmu, meskipun ia mungkin ciptaan oleh orang kafir bagi pemakaian orang Kristian. Hukum ini masih berkuasa. Orang Filistin telah memakai busur terdahulu, tetapi Daud telah memakai busur itu dengan lebih cekap dan lagi pula untuk menentang mereka (2Sam 1:18)!

Hikmah yang dipakai itu ialah kebijaksanaan, dan ia memimpin kepada kaedah-kaedah baru untuk menyelesaikan tugas-tugas yang lama dengan cara yang lebih mudah, lebih murah, dan lebih cekap. Kemajuan mana-manapun masyarakat bergantung kepada betapa banyak hikmah dan berkat mereka terima daripada yang Mahatinggi. Sama seperti Allah menyampaikan sinaran matahari dan hujan ke atas orang jahat, demikian juga sesetengah inovasi mungkin datang daripada mereka.

Hikmah mencari-cari penyelesaian yang lebih baik bagi kesukaran yang orang lain anggap sebagai tidak dapat dielakkan. Sikap tidak mengendahkan kaedah tradisional, gemar bereksperimen, kurang takut gagal, dan visi bagi sesuatu yang tidak wujud ialah anugerah daripada Allah. Ciri-ciri sebegitu menghasilkan pencipta-pencipta! Dan pencipta-pencipta memajukan masyarakat dengan menambah-gandakan usaha masyarakat dengan alat baru bagi keberhasilan yang lebih tinggi.

Ada pernyataan yang menyatakan bahawa “Keperluan itu ibu ciptaan”. Benar! Tetapi hanya bagi mereka yang mampu membayangkan sesuatu cara yang berbeza untuk melakukan sesuatu! Banyak generasi oleh pelbagai bangsa telah dengan degil memegang tradisi cara lama untuk kehidupan atau keberhasilan. Mengapakah sesetengah orang gemar mencari cara yang lebih baik, lebih mudah dan lebih murah untuk melakukan sesuatu? Allah memberi mereka kemampuan untuk berfikiran kreatif dan menyebabkan mereka mempertimbangkan kaedah alternatif atau mempertimbangkan pemakaian mesin.

Hikmah berfaedah untuk menentukan arah (Peng 10:10). Seorang bebal bermegah di dalam saiz otot bisep dia kerana menumbangkan pokok dengan kapak yang tumpul; tetapi seorang berhikmah memakai pengasah untuk menajamkan kapaknya, yang memperbolehkannya untuk menumbangkan pokok dengan sebahagian kecil masa dan usaha yang dipakai orang bebal itu. Sementara suatu kapak tajam lebih cekap daripada kapak tumpul, suatu gergaji rantai banyak kali lagi cekap daripada kapak tajam! Hikmah memimpin kepada kebijaksanaan dan ciptaan-ciptaan pintar. Tetapi sesetengah orang dan masyarakat terus-menerus menetap di dalam kebebalan.

Kegiatan pertanian bukanlah hasil daripada manusia setengah monyet Neanderthal yang buat eksperimen dengan kaedah cuba-cuba bertahun-tahun – ia adalah anugerah Allah (Yes 28:23-29). Ada masyarakat di dunia yang belum lagi berfikir untuk menanam dan menuai. Sesetengah memang puas untuk hanya mengejar arnab dengan bumerang atau mengenakan monyet dengan sumpit. Segala kemuliaan bagi Allah – Dia menolak atau memberi hikmah sesuka hatiNya (Ayub 39:13-18; Maz 147:19-20; Ams 16:4; Wah 4:11; 1Kor 4:7).

Menanam, membaja, merumput, menyiram, menuai, dan memproses pelbagai bijian dengan berhikmah dan teratur ialah sesuatu anugerah daripada Allah (Yes 28:23-29). Bacalah petikan yang diberian, dan bersukacitalah di dalam TUHAN! Tiada kaedah cuba-cuba. Allah memberi hikmah di dalam sesetengah orang dari awal-awal. Adam cukup mampu di dalam kegiatan penamaan semua binatang (Kej 2:19-20).

Adakah kamu memuji Allah untuk mesin pembasuh, komputer, aiskrim dan kapal terbang? Adakah kamu bersyukur untuk hikmah di dalam kad kredit, kejituan timbangan dan ukuran, sistem perbankan yang mantap, dan sistem perundangan yang menganggap orang tertuduh tidak bersalah sehingga dibuktikan salah? Adakah kamu bersukacita di dalam Tuhan untuk lebuhraya, antibiotik, Internet, ketuhar gelombang mikro, dan ais yang murah itu? Kamu patut berbuat sedemikian!

Apabila Musa perlu membina Khemah Pertemuan yang rumit bagi sembahyang orang Israel kepada Jehovah, Allah telah menyiapkan seorang yang berbakat dengan hikmah yang hebat untuk melaksanakan tugas itu (Kel 31:1-11; 35:30-35). Allah juga memberi Daud tetapan dan butir-butiran bagi bait Allah yang Solomo akan bina, dan Dia menganugerahkan Daud untuk menciptakan alat-alat muzik bagi sembahyang di dalam itu (1Taw 28:11-21; Amos 6:5).

Sementara Allah memberi keturunan Kain daya ciptaan yang luar biasa, pengetahuan dan ciptaan-ciptaan mereka yang tidak dipakai untuk kemuliaan Allah membawa lebih murka ke atas diri mereka dan anak-anak mereka (Kej 4:17-22; Yeh 16:1-59; KPR 14:15-17; Rom 1:18-28; 2:4). Berkat yang tidak dipakai dengan betul oleh orang jahat akhirnya dialihkan kepada orang benar untuk perbuatan yang lebih baik (Ayub 27:16-17; Peng 2:26).

Jangan menjadi angkuh akan kebijaksanaanmu (Yes 5:21). Allah suka membutakan dan mengelirukan mereka yang ingat diri mereka sendiri berhikmah (Ayub 5:12-13; Yer 8:8-9; Mat 11:25-26; 1Kor 1:19-20; 3:19-20). Hikmah dan kebijaksanaan yang tidak dipakai untuk kemuliaan Allah akan diambil kembali, dan meninggalkan seseorang atau suatu bangsa menjadi orang bebal yang hanya membebel (Yes 10:13-16; 19:11-14; 29:13-14; Luk 8:18). Rendahkanlah dirimu sebagai seorang anak, berikanlah Allah kemuliaan, dan Dia akan menjadikan kamu berhikmah (1Raj 3:5-14; 1Kor 3:18).

Tuhan Yesus Kristus, iaitu jelmaan Anak Allah, adalah berhikmah dan cermat (Yes 11:1-4; Kol 2:3). Dengan ketajaman tanggapan hikmah, Dia tahu dan mendedahkan rancangan dan fikiran musuh-musuhNya (Mat 9:4-8; Luk 7:36-50). Dan Dia membingungkan akal-akal sesat mereka dengan soalan-soalan cerdik dan menusuk dan dengan usul-usul yang menempatkan mereka di dalam keadaan yang serba salah (Mat 21:23-27; 22:15-46).

Kebijaksanaan dan penyelesaian kreatif yang teragung di seluruh alam semesta ialah rancangan keselamatan, dimana Allah melimpahkan diriNya kepada orang pilihanNya dengan “segala hikmah dan kebijaksanaan” (Efe 1:8; 3:10; Yes 52:13; 1Kor 1:24,30). Bagaimanakah Allah yang kudus membenarkan pendosa-pendosa dan masih mengekalkan pengadilan yang sempurna? Dengan hikmah yang tak terhingga, Dia telah mengutus Yesus Kristus, yang telah dilahirkan oleh seorang perawan, untuk mati sebagai ganti, dan untuk bangkit daripada maut! Malaikat-malaikat pun ingin meneliti urusan yang ajaib ini (1Pet 1:10-12).