8:14
Nasihat dan hikmah sihat kepunyaanku: Akulah pemahaman; Aku memiliki kekuatan.
Apakah yang menjadikan bangsa-bangsa hebat? Sementara semua orang berasal daripada Adam dan Nuh dan adalah daripada darah yang sama, mengapakah adanya perbezaan-perbezaan bangsa yang sebegitu terang dan sebegitu ketara (Kej 3:20; 9:19; Kis 17:26)?
Bagaimanakah sesetengah bangsa dikenali untuk nasihat, hikmah sihat, pemahaman, dan kekuatan? Mengapakah mereka ada reputasi yang lebih unggul di kalangan bangsa-bangsa dengan memakai sukatan-sukatan tersebut?
Jawapannya sungguh mudah, dan ia ada lebih impak kepada kuasa dan kemakmuran negara daripada semua faktor bergabung yang dikhayalkan manusia. Jawapannya ialah kadar hikmah Allahdi dalam sesuatu negara. Dan di manakah hikmah itu ditemui? Di dalam Alkitab, yakni wahyu yang berilham dan yang sempurna daripada Allah!
Amsal bab lapan ialah personifikasi yang panjang akan hikmah sebagai seorang perempuan. Puteri Hikmah memperkenalkan dirinya (Ams 8:1-11), senaraikan berkat-berkat hikmah (Ams 8:12-21), menjelaskan pemakaian hikmah oleh Allah untuk menciptakan alam semesta (Ams 8:22-31), dan membuat kata-kata pengakhiran (Ams 8:32-36).
Ia suatu kesalahan tafsiran adalah untuk meninggalkan konteks dan kiasan kitab ini lalu memikir bahawa Salomo telah menulis suatu khutbah yang mistik tentang Yesus Kristus. Ia dapat membantu tafsiran untuk melihat personifikasi-personifikasi hikmah yang serupa di tempat-tempat lain (Ams 1:20-33; 3:13-20; 4:13; 9:1-12).
Konteks Amsal 8:14 ialah kekayaan dan kuasa negara, sebab Puteri Hikmah meneruskan penjelasan yang terang tentang kemakmuran dan kejayaan politik. Dia menjelaskan berkat keadilan untuk raja, putera, orang kenamaan, dan para hakim di bumi (Ams 8:15-16).
Nasihat, hikmah sihat, pemahaman, dan kekuatan di sini ialah budi bicara, pengetahuan, penghakiman, kehematan, kebebasan, kemerdekaan, ciptaan, kemajuan, pencerahan, keyakinan, iltizam, kepimpinan, dan kekuasaan bijak yang sesetengah negara ada dan yang sesetengah lagi tiada. Ini merupakan nilai-nilai intelektual, moral, dan rohani.
Manusia kekal hairan berabad-abad tentang kehebatan sesetengah negara dan kejahilan dan kemiskinan sesetengah lagi. Adam Smith (1723-1790) fikir bahawa dia telah mengenalpastikan sesetengah faktor yang penting dengan bukunya yang bertajuk, An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations [Kajian tentang sifat dan punca kekayaan bangsa-bangsa], yang diterbitkan pada tahun 1776 yang adanya sikap ingin tahu pada banyak orang, masih dianggap sebagai tesis yang penting sampai hari kini.
Walau bagaimanapun, dia dan semua orang alamiah yang kekurangan pemahaman rohani ketinggalan faktor yang paling mempengarui kejayaan dan pencapaian bangsa-bangsa. Dekri dan penentuan nasib oleh Allah Yang Maha Kuasa ialah sebab utama bagi perbezaan-perbezaan yang ada di kalangan semua ciptaan, termasuk negara-negara (1Taw 29:10-13; Maz 33:12; 75:6-7; Yes 10:5-15; 45:9-10; Yer 18:1-10; Amo 3:2; Dan 2:20-22; 4:17; 5:18-21; Rom 9:21-24; 1Kor 4:7; Wah 17:17).
Allah ialah Penyebab Utama akan segala sesuatu, termasuk negara-negara. Sebagai Pencipta berdaulat dan Penguasa alam semesta, pilihan-pilihanNya untuk penentuan nasib lebih lanjut memberi kesan kepada mereka. Dia telah memilih bangsa yang paling kecil sebagai bangsaNya untuk berkat yang paling besar (Ula 7:6-10), dan Dia telah menyangkal hikmahNya kepada semua orang lain (Maz 147:19-20). Dia telah membangkitkan seorang pemimpin yang hebat untuk membinasakan ketua Mesir (Kel 9:13-16). Dia memakai satu bangsa untuk menghukum bangsa-bangsa yang lain, dan kemudian Dia menghakimi bangsa itu kerana tamak ketika melakukan kerjaNya (Yes 10:5-19).
Ada juga sebab-sebab yang praktikal. Ketika sesuatu bangsa menolak firman Allah, Dia akan membinasakan bangsa itu (Ima 18:24-30; 22:20-26; 26:14-39; Ula 28:15-68; Maz 9:17). Ketika suatu bangsa takut akan Allah dan Alkitab, Dia akan memberkati bangsa itu (Ima 26:1-13,40-46; Ula 28:1-14; Maz 33:12-22; 89:15-18; 144:11-15). Perbezaan yang purba di antara Israel dan Mesir adalah cukup mendalam, kerana Allah melindungi dan memakmurkan umatNya, sementara membantu umatNya menjarah para penindas mereka.
Setelah meninggalkan Mesir dalam keadaan yang ketandusan (Kel 10:7; Yeh 29:13-14), Israel mengambil kota-kota, berpindah ke dalam rumah-rumah yang lengkap dengan perabot, minum daripada perigi, dan memakai ladang-ladang anggur hasil titik peluh tujuh bangsa di Kanaan (Ula 6:10-12; Yos 24:11-13). Allah membasmikan tujuh bangsa dan memberkati Israel untuk mengambil alih tempat mereka berdasarkan ketaatan kepada firmanNya. Namun hikmah politik yang sebegitu penting dan yang sebegitu mendalam ini tidak diajar di mana-mana universiti di dunia.
Kemudian, pada beberapa detik masa, dan yang terakhirnya pada tahun 70 Masihi, Allah menyerakkan Israel, orang Yahudi, di kalangan semua bangsa, yang kebanyakan mereka tinggal sampai kepada hari ini. Mereka telah kehilangan tanah mereka, status keredaan mereka dengan Allah, keyakinan dan ketabahan mereka, dan kelebihan yang telah menjadikan mereka ternyata lebih unggul kepada bangsa-bangsa yang lain. Mengapa? Kerana mereka telah menolak takut akan Tuhan dan ketaatan kepada firmanNya untuk memakai amalan-amalan kafir bangsa-bangsa yang di sekeliling mereka!
Amerika Syarikat dibangunkan dengan cukup deras oleh beberapa peneroka yang miskin di benua yang liar yang didiami orang gasar yang nomad sehingga menjadi bangsa yang paling berhikmah dan yang paling berkuasa di bumi kerana satu sebab yang merupakan kunci – firman Allah dikhutbahkan dan ditaati lebih di dalam negara itu daripada mana-mana bangsa sejak Israel di bawah Musa atau para raja seperti Daud atau Hizkia. Ia kebebalan untuk membayangkan apa pun sebab lain untuk mukjizat Amerika melebihi sebab tersebut (Maz 33:12).
Orang asli Amerika yang pagan, yang tidak tahu membaca, menulis, membina, atau mencipta, hanya dapat melihat kemajuan, dan tidak dapat menanggapi ciptaan-ciptaan dan kelaziman pintar yang dibawa oleh orang-orang putih. Apakah yang telah menjadikan perbezaan ini? Mengapakah orang asli Amerika tidak pernah fikir akan roda ketika mereka wujud untuk beribu-ribu tahun? Mereka memindahkan harta mereka di atas papan tarik yang ditarik oleh anjing. Gagasan untuk suatu kereta sorong, gerabak, atau pedati dengan roda tidak timbul sepenuh-penuhnya di dalam fikiran mereka.
Sebelum Amerika, adanya England, yakni tempat yang Alkitab diterbitkan, dibaca, dikhutbahkan, dan ditaati dengan meluas. Dua negara ini ialah mukjizat selepas Zaman Kegelapan, iaitu zaman yang telah membutakan dan memperhambakan Eropah untuk seribu tahun. Amerika dan England ada lebih nasihat di dalam rumah tangga dan pertimbangan-pertimbangan awam mereka, hikmah di dalam mahkamah dan sekolah mereka, pemahaman di dalam kerajaan dan undang-undang mereka, dan kekuatan dalam ekonomi dan tentera mereka berbanding dengan mana-mana negara yang lain.
Matahari tidak pernah terbenam bagi Empayar Britain yang meluas sedunia, yang telah dikuasai daripada kepulauan yang kecil dengan hanya populasi yang kecil. Amerika menterbalikkan suatu padang gurun kepada suatu negara yang paling merdeka, berhasil, makmur dan aman di seluruh bumi dalam beberapa dekad sahaja, yang mampu ketika perlu bertempur di dalam peperangan dengan beberapa musuh di beberapa baris hadapan dengan serentak tanpa ketakutan dikalahkan. Ini bukan kebetulan, atau melalui kepintaran manusia, tetapi sebaliknya oleh keredaan besar Allah.
Tetapi sekarang, dengan kedua-dua bangsa merosot dengan sepenuhnya, sebabnya demikian juga terang benar – mereka telah meninggalkan Allah bapa-bapa leluhur mereka dan AlkitabNya. Kedua-dua bangsa menggubalkan undang-undang dan menyanjungi kedurjanaan mulai daripada hal keguguran anaksampai kepada hal perkahwinan sejenis, mulai daripada hal kesatuan pekerja sampai kepada perlindungan orang kemuflisan, mulai daripada cuti orang pagan sampai kepada menolak doa di sekolah, mulai daripada kenikmatan yang najis sampai kepada pendidikan yang ketiadaan Allah, dan mulai daripada kekuasaan yang terikat kuasanya sampai kepada hak sivil yang sudah keliru.
Kebanyakan gereja yang tertinggal sudah mati dengan upacara, berpusing-pusing dengan karut Karismatik, atau berkompromi secepat semungkin untuk menarik orang yang tidak terjana semula dan yang duniawi. Kedua-dua negara secara agama berada di dalam kesesakan masa membahayakan zaman akhir (2Tim 3:1 – 4:4). Sebab kemerosotannya belum terjadi sepenuh-penuhnya lagi adalah kerana sisa orang-orang benar masih berada di dalamnya dan doa-doa mereka (Kej 18:23-33; Yer 29:4-7; 1Tim 2:1-2). Berdoalah untuk damai sejahtera Babel!
Setiap tahun dan setiap pilihanraya menunjukkan kemerosotan yang lebih lanjut ke dalam liang kekeliruan, kejahilan, kebebalan, dan kerosakkan moral. Pertimbangan, hikmah, dan pemahaman tidak boleh ditemui. Integriti kewangan dan kemakmuran sudah hampir lesap. Kekuatan tentara hanya separuh daripada apa yang dahulu ada. Rumah tangga dan institusi keluarga merupakan lawak jenaka berbanding dengan generasi-generasi yang dahulu kala. Amsal yang ada di hadapanmu ini tidak pernah ada gambaran yang lebih baik daripada Israel, England dan Amerika.
Untuk arahan lanjut daripada peraturan berilham hikmah politik ini, bandingkan mana-mana institusi dimana-mana generasi. Sukatkan amalan agama mereka secara am dengan kesetiaan kepada Alktiab atau prinsip-prinsip Alkitab, dan kemudian kira kuantiti keseluruhan pertimbangan, hikmah sihat, pemahaman, dan kekuatan yang ditakrifkan oleh Allah. Jangan lupa akan kedaulatan Allah di kalangan bangsa-bangsa juga. Penyimpangan daripada kebiasaan sementara hanya kekecualian, sebab ia masih mengesahkan peraturan yang am ini.
Bagaimanakah perbandingan orang Katolik dan orang Protestan? Bagaimanakah perbandingan negara Islam dan negara Kristian? Bagaimana dengan negara yang mengamalkan agama Budha, Hindu, animisme, sembahyang moyang, voodoo, dan sebagainya? Ingat hanya takrif Allah untuk empat ciri amsal ini yang di ambil kira. Perbezaan dalam pertimbangan, hikmah, pemahaman dan kekuatan adalah terang.
Hai pembaca! Kamu boleh bertumbuh secara peribadi dalam pertimbangan, hikmah sihat, pemahaman dan kekuatan dengan mengambil peduli akan firman Allah sendiri (Maz 1:1-6; 19:7-11; 119:1-176). Kamu boleh ada firman kebenaran yang pasti untuk memberi kepada orang yang bertanya kepadamu apa pun soalan (Ams 22:17-21; 1Pet 3:15). Kamu juga boleh membina suatu rumah tangga daripada anak-anak yang telah terdidik di dalam kata-kata Puteri Hikmah (Ula 6:4-9; Maz 34:11; Efe 6:4), yang akan membezakan mereka daripada orang lain (Ula 5:5-10).
Alkitab ialah kurniaan hikmah Allah kepada anak-anakNya, dan ia merupakan tugasmu yang paling penting dan kelebihan yang paling mulia untuk membacanya, merenungnya, menghafalnya, menyanjunginya, mempertahankannya, dan mentaatinya. Itu satu-satunya cahaya di dunia yang gelap (Maz 119:128; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5; 2Pet 1:19-21). Ia mengatasi mana-mana musuh, guru, atau orang tua yang kamu akan temui (Maz 119:98-100). Ia dapat dan akan menjadikanmu berhikmah, jika kamu akan membacanya dan memberi perhatian kepada khutbah setia tentangnya.