Amsal · Proverbs

9:13
Seorang perempuan bebal suka membuat ribut: dia pandir, dan tidak tahu apa pun.

Puteri hikmah ada pesaing, dan banyak lelaki tertarik kepadanya. Tetapi dia sungguh jelek dan jijik kepada orang yang berhikmah. Dia bising dan bebal, suka menguasai orang lain dan bodoh, mulut murai dan jahil. Sudah tentulah keterangan ini tidak begitu indah bagi perempuan, tetapiia tidak dapat dipakai mengenai kaum jantina tersebut yang berbudi baik dan yang berhikmah. Di sini Salomo memberi keterangan tentang perempuan bebal.

Perempuan ini bukan sahaja seorang bebal; tetapi juga seorang pelacur (Ams 9:14-18). Dia dibandingkan secara bertentangan dengan Puteri Hikmah, yang kamu dapat baca di bahagian pertama bab ini (Ams 9:1-6). Salomo punya arahan dalam ceritanya ialah ini: semua lelaki, terutamanya lelaki muda, ada dua perempuan yang mengejar mereka – Puteri Hikmah dan Puteri Bebal. Mana satu perempuan yang kamu pilih?

Tetapi ajaran di sini adalah penting bagi lelaki dan perempuan, sebab perempuan berhikmah akan mengelak tiga ciri perangai ini, dan lelaki berhikmah akan mengelak sesiapa pun perempuan yang ada perangai sedemikian. Ada tanda-tanda yang cukup jelas yang mendedahkan hati perempuan yang bebal – dia bising, mudah terpengaruh, dan jahil. Perempuan berhikmah adalah tenteram, cermat, dan berpengetahuan. Perbezaan ini sungguh nyata dan ketara.

Seorang perempuan bebal suka membuat ribut – jelek dan lantang (Ams 7:11). Dunia ini tidak dapat tahan kebisingannya, terutamanya mereka yang telah dilahirkan atau telah berkahwin dengannya (Ams 30:21-23). Lelaki akan pergi ke mana-mana pun untuk melarikan diri daripadanya (Ams 21:9,19; 25:24). Boraknya adalah seperti seksaan mendengar titisan air (Ams 27:15-16). Lelaki muda, jika kamu ingin damai sejahtera, tolaklah perempuan yang mulut murai atau yang suka berpendapat (Ams 17:1; 19:13). Allah suka perempuan yang tenteram, berbudi baik, dan yang baik hati; carilah orang yang sedemikian (Ams 11:16; 31:26; 1Pet 3:3-4).

Seorang perempuan bebal adalah pandir – dia mudah terpengaruh kepada kebanyakan idea yang bodoh (Ams 14:15; 28:26). Dia seorang perempuan tolol pada zaman yang membahayakan, yakni zaman kini, yang ditawan dengan mudah oleh guru-guru palsu (2Tim 3:6-7). Kegilaan semasa dan trivia bagi apa pun subjek dapat menarik perhatiannya yang kebudakan. Sebagai bejana yang lebih lemah, seperti yang terbukti dengan kekalahannya yang cepat di Taman Eden, hatinya digerakkan oleh emosi, media massa, kepopularan, sentimen, dan kemesraaan politik [cenderung berkompromi dengan kebenaran untuk menyenangkan orang ramai].

Seorang perempuan bebal tidak tahu apa pun – dia jahil akan kebenaran dan hikmah (ams 17:24; 18:2; 24:7). Dia selalu belajar, tetapi tidak mampu mendekati pengetahuan akan kebenaran (2Tim 3:6-7). Dia percaya kepada hatinya sendiri, tidak kira kenyataan yang dibuktikan fakta-fakta (Ams 28:26). Dia hanya bertambah dari segi umur dan berat badan; tetapi dia tidak bertumbuh dalam kebenaran dan hikmah.

Selain daripada itu, ada dua gereja yang mengejar jiwa-jiwa manusia. Salah satu ialah pengantin perempuan Kristus, iaitu gereja yang benar, dan satu lagi ialah gereja pelacur besar bersama-sama anak-anak perempuannya, iaitu gereja-gereja palsu di dunia ini (Wah 17:1-6). Gereja-gereja yang palsu menghasilan suatu ribut yang angkuh dan yang bising, tetapi mereka pandir dan jahil akan kebenaran sama sekali. Mereka telah berpaling daripada doktrin yang sihat kepada kenikmatan dan dongeng untuk mengekalkan kedatangan kumpulan orang yang tidak terjana semula atau yang badaniah (2Tim 4:3-4). Awas!