Amsal · Proverbs

9:12
Jika kamu berhikmah, maka kamu berhikmah bagi dirimu sendiri: tetapi jika kamu mencemuh, maka kamu sendiri akan menanggungnya.

Masa depanmu berada di dalam tanganmu – di dalam hatimu dan mindamu – untuk kebaikan atau keburukan. Tindak balasmu kepada hikmah akan dengan drastik memberi kesan kepada kehidupanmu dengan apa pun cara. Keistimewaan yang besar ada tanggungjawab yang besar. Kebebasan setiap individu ada kesan-kesan individu. Apakah yang akan terjadi kepada dirimu?

Pilihan yang besar kehidupan, yang kerap kali diulangi Salomo, ialah pilihan hikmah. Jika kamu memilihnya, kamu akan diberkati; jika kamu menolaknya, kamu akan dihukum. Tiada pelepasan; pilihanmu akan dibalas balik. Kamu akan menanggung kesan-kesannya. Hikmahmu tidak boleh memanfaatkan Allah, dan kebebalanmu tidak akan menyakitinya (Ayb 35:5-8). Kamu sendiri akan menanggung hasilnya.

Si Pengkhutbah Wasiat Baru, yakni Paulus telah memberi amaran, “Sebab setiap orang akan memikul bebannya sendiri” (Gal 6:5). Janganlah terperdaya; Allah tidak diperolok-olokkan; barang apa kamu taburkan, itulah yang juga dituaimu (Gal 6:7-8). Maka hai pembaca, kamu harus membuktikan kerjamu sendiri, dan kemudian kamu akan ada sukacita dalam dirimu sendiri, tanpa sukatan orang lain sama sekali (Gal 6:4).

Personifikasi hikmah bersambung daripada bab yang sebelum ini kepada ayat yang kemuncak ini. Puteri Hikmah menawarkanmu sebuah rumah dan jamuan yang sungguh ajaib (Ams 9:1-5). Apakah yang akan kamu buat dengan undangannya? Inilah peluang besar dalam kehidupan! Berkat-berkat yang melebihi penjelasan ditawarkan (Ams 8:11)! Atau akankah kamu tidak mempedulikannya dan memilih maut yang pasti bagi dirimu sendiri (Ams 8:36)?

Selepas kesimpulan yang dramatik ini, kamu diingatkan semula tentang perempuan yang bebal dan yang lacur, yakni Kebebalan, yang ada banyak di dunia (Ams 9:13-18). Perempuan ini berharap untuk membinasakan orang teruna. Dia juga ada rumah, yang dipersiapkan dengan katil yang diharumkan dengan bau wangi tetapi dia membawa tetamu-tetamunya yang bebal dan yang tidak menyangka apa-apa ke neraka bersamanya (Ams 5:3-13; 6:23-35; 7:6-23; 9:18).

Pada hari ini, hai pembaca, kamu harus memilih. Dan pada hari esok kamu harus memilih sekali lagi. Akankah kamu merendahkan dirimu sendiri di hadapan kata-kata hikmah sempurna Allah? Atau akankah kamu menolaknya dalam keangkuhan, kedegilan, dan pemberontakan hatimu yang bebal? Kamu tidak boleh mengelak pilihan itu. Apakah yang akan kamu pilih? Kamu akan menguasai fikiranmu, kata-katamu, dan tindak lakumu melalui hikmah yang ternyata, atau kamu akan menolaknya dan membenarkan tabiat-tabiatmu, nafsu-nafsumu, dunia, dan orang lain untuk mengarahkan kehidupanmu.

Apakah maksud Alkitab bagimu? Berapakah pentingnya ia bagimu untuk belajar dan mentaatinya? Orang-orang yang hebat dalam sejarah Alkitab mendambakannya dan dengan tekun mengikutinya. Adakah kamu dengan setia mendengar khutbahnya oleh hamba Allah yang telah dipilih oleh Yesus Kristus, yang langsung tidak menghibur tetapi sebaliknya mengisytiharkan kehendak Allah tanpa meminta maaf atau berkompromi? Jika tidak, mengapa demikian? Jika tidak, kamu pastilah seorang pencemuh. Ingat amaran amsal, “Kamu sendiri akan menanggungnya”.

Yehezkiel telah menulis, “Jiwa yang berdosa, ia akan mati” (Yeh 18:20). Salomo memberi amaran, “Si pengundur dalam hati akan dipenuhi dengan jalannya sendiri: dan orang baik akan dipuaskan oleh dirinya sendiri” (Ams 14:14). Jika kamu mengundur daripada hikmah, maka Tuhan akan mengisi kehidupanmu dengan kesan-kesan yang pedih. Tetapi orang yang menolak kebebalan akan dipuaskan dengan berkat-berkat peribadi.

Musa telah memberi amaran, “Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu” (Bil 32:23). Enam perkataan ini sepasti seperti graviti dan maut. Tidak kira apa pun yang kamu fikir tentang dosa, ia ada kesan-kesannya. Tidak kira di mana kamu berdosa, Allah melihat dan mengenal segalanya (Ams 15:3; Yer 23:23-24). Tidak kira apa pun langkah-langkah pencegahan yang kamu ambil untuk melindungi diri sendiri daripada akibat-akibatnya, ia langsung tidak akan berkesan (Ams 11:21; 16:5).

Jika kamu bermain dengan dosa, kamu akan menderita kerana itu; jika kamu memilih kesalihan, maka kamu akan diberkati. Jalan para orang pelanggar adalah sukar (Ams 13:15), dan kamu tidak akan tahu betapa sukarnya itu sehingga ia terlalu lambat (Ams 1:20-32; Maz 36:1-3). Ketika Allah bersumpah dalam kemarahan, tiada pelepasan lagi, meskipun kamu cuba bertaubat (Ams 29:1; Bil 14:39-45; Maz 95:7-11; Ibr 4:1; 10:26-31; 12:16-17).

Lot telah mencemuh hikmah, melanggari amsal ini; dia telah kehilangan potensi besar akan berkat-berkat dan kekayaan; kamu kali terakhirnya dapat melihat Lot di pintu gua, dibinasakan, dengan dua anak-anak perempuannya yang sudah hamil oleh kebebalannya sendiri. Tetapi Abraham telah memilih hikmah. Allah telah memanggilnya sebagai sahabatNya, memberitahunya bahawa dia benar, dan menutupinya dengan banyak berkat dalam kehidupan yang sungguh panjang. Syurga dipanggil pangkuan Abraham, dan Benihnya duduk di tangan kanan Allah dan membekalkan berjuta-juta anak Abraham!

Akhirnya, pertimbangkan perbandingan ini daripada Yesus Kristus: “Orang yang percaya kepada Anak ada hidup yang kekal: dan orang yang tidak percaya kepada Anak tidak akan melihat kehidupan; tetapi murka Allah berdiam di dalamnya” (Yoh 3:36). Dan satu lagi, “Orang yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan; tetapi orang yang tidak percaya akan dilaknat” (Mar 16:16). Sudahkah kamu percaya dan dibaptis menurut cara Hikmah? Jangan mencemuh seorang Raja atau doktrin yang sebegitu penting!