13:12
Harapan tertangguh menyakiti hati: tetapi ketika keinginan itu sampai, ia pokok kehidupan.
Harapan ialah sesuatu yang berharga dan yang ajaib. Di sinilah amsal yang membantu dan yang penting, jika kamu mempertimbangkannya betul-betul. Tanpa harapan, manusia boleh menjadi terdesak dan akan berbuat hampir apa pun untuk membebaskan diri daripada keadaan tidak berharapan. Dengan harapan, manusia boleh bertahan dalam hampir apa pun, tidak kira betapa terdesak keadaan mereka. Orang berhikmah akan menghargai nilai harapan yang besar.
Di sinilah beberapa pelajaran tentang harapan. Adakah kamu tahu di mana untuk menemuinya? Bagaimana untuk menjaganya? Adakah kamu tahu betapa pedihnya ketika orang lain kehilangan itu? Adakah kamu memberinya kepada orang lain? Akankah kamu memperolehnya bagi dirimu sendiri dan memberinya kepada orang lain? Hikmah ialah daya penghakiman yang betul – mengenal apa yang harus dilakukan dalam mana-mana pun situasi. Hikmah termasuk pelajaran-pelajaran yang penting tentang harapan.
Harapan ialah hajat sesuatu yang diingini. Jika apa yang kamu ingini tidak diperoleh pada waktu yang diharapkan, maka hatimu dan jiwamu akan didukakan dan dipedihkan oleh kelambatan itu. Tetapi ketika apa yang diingini akhirnya tercapai, itulah pokok kehidupan: hatimu dan jiwamu digalakkan dan dibangkitkan. Dua aspek harapan ini adalah benar dalam segala hal, baik hal rohani mahupun hal alamiah.
Harapan boleh menjadi suatu fikiran yang menyenangkan, jika kamu yakin keinginanmu akan digenapi pada waktu yang tepat. Tetapi ia juga boleh menjadi suatu peringatan yang pedih, jika kamu dikecewakan dengan kelambatan atau kesukaran untuk memperoleh keinginanmu. Kelaparan ialah salah satu ocntoh. Ia menjadikan makanan menyukakan, ketika kamu makan pada waktu yang tepat. Tetapi ia boleh menyeksa, jika kamu dihalang daripada makan pada waktu yang tepat.
Ketiadaan harapan ialah salah satu perasaan yang paling binasa dan yang paling pedih dalam pengalaman manusia. Ia harus dielakkan dengan segala apa pun, kerana itu akan membinasakan seseorang punya tekad dan pencapaian. Orang berhikmah memasang harapannya kepada apa yang pasti, dan dia mengelak apa pun keinginan atau harapan untuk apa yang sia-sia di dunia ini yang membawa kepada kemurungan atau kegeraman. Dia memahami kedaifan manusia, mengelak untuk memasang pengharapan yang terlalu tinggi, dan belajar kepuasan (Maz 146:3-5; Ibr 13:5-6).
Sementara ketiadaan harapan sebegitu membinasa dan memedihkan, orang baik akan berusaha untuk membuat semua orang di sekelilingnya penuh dengan harapan, seperti isterinya, anak-anaknya, pekerjanya, dan kawan-kawannya (1Sam 23:16; Maz 123:2; Pkh 4:9-12; 2Kor 2:2,6-11; Kol 4:1; 1Tes 5:11). Sementara tengah-tengah mendidik anak lelakinya untuk takhta, Solomo mengajar hikmah memelihara rakyat dengan memberi mereka harapan, supaya jangan mereka menjadi kecewa dan cukup terdesak untuk merusuh (Ams 16:15; 19:6,12; 20:28; 28:16; 29:14).
Jika kamu suka amsal, inilah amsal yang klasik. Kenalpastikan tiga metonim Solomo dan satu metafora di dalam amsal ini. Pertama, harapan ialah metonim untuk apa yang diharapkan; harapan sendiri tidak ditangguhkan, atau dilambatkan; daripada objek-objek harapan yang tidak sampai pada waktunya. Kedua, keinginan ialah metonim untuk apa yang diingini, kerana keinginan bagi apa yang diingini sudah ada; objek-objek yang diingini itulah yang akhirnya sampai dan membawa sukacita yang besar kepada hati. Inilah kiasan metonim.
Ada metonim yang ketiga, iaitu hati. Ia dipakai sebagai ganti untuk merujuk kepada perasaan dan sukacita hati: penggantian itu memakai tempat kasih sayangmu sebagai ganti untuk hal-hal yang disayangi itu. Dan ada metafora, di mana keinginan yang menjadi kenyataan diibaratkan dengan pokok kehidupan, yang boleh memberi tenaga dan menyegarkan jiwa dengan buahnya, walaupun keinginan yang tercapai bukan pokok sebenar.
Amsal ini ialah suatu pemerhatian oleh Solomo, dan pelajaran-pelajarannya harus diperoleh dengan teliti di dalamnya. Sementara banyak amsal memberi pelajaran dengan lebih terus terang, pemerhatian-pemerhatian yang asas seperti ini haruslah diterokai dan dipakai untuk belajar hikmah yang sedang diajar. Apakah yang dapat kamu belajar tentang harapan daripada amsal ini supaya menjadi lebih berhikmah dengan Allah dan manusia? Ingat, kata-kata Allah adalah sangat luas dan boleh memberi banyak pelajaran (Maz 119:96).
Pihak berkuasa patut lebih belajar tentang harapan daripada orang lain, sebab orang yang di bawah pemerintahan boleh dengan mudah terputus asa dan dijatuhkan ke ambang kemurungan, jika mereka tidak diberi lebih harapan bagi masa depan. Dengan terus-menerus menekankan tugas tanpa harapan ganjaran, harapan dibinasakan. Sebaliknya, orang yang dipenuhi harapan akan dengan ceria memenuhi tugas-tugasnya. Orang berhikmah belajar pelajaran ini dan kerap kali menyukat harapan orang bawahan mereka untuk menjadi pengurus yang cemerlang.
Seorang perempuan banyak berkorban sebagai isteri (Kej 3:16; 1Kor 11:9). “Lelaki boleh bekerja dari siang hari ke siang hari, tetapi kerja perempuan tidak habis-habis”. Bagaimana mungkin dia bertahan? Seorang suami yang suka mengkritik, tidak mengasihi, atau tidak mengambil perhatian boleh mencabut harapan isteri dan menjadikannya murung, tidak kira betapa banyak harapannya ketika dia berkahwin. Penderaan perkahwinan demikian adalah biasa. Allah memerintahkan suami dalam banyak nas kitab untuk bertimbang rasa, mengampuni, bersabar, dan romantik untuk menggalakkan isteri mereka (Ula 24:5; Ams 5:19; Pkh 9:9; Efe 5:28-29; Kol 3:19; 1Pet 3:7; dsb).
Kanak-kanak menjadi anggota keluarga oleh pilihan Allah, dan bukan oleh pilihan sendiri. Ayah (atau ibu) yang suka mengkritik, terlampau mengarah, kasar, atau terlampau mengongkong boleh menawar hati mereka dengan mencabut harapan mereka dan meninggalkan mereka tanpa harapan untuk masa depan. Keterujaan dan tenaga masa muda boleh disedut kering dari hati dan minda mereka dengan penderaan demikian. Ia sungguh memeranjatkan bahawa sesetengah ibubapa boleh fikir anak-anak mereka harus menunduk selama-lamanya tanpa ganjaran. Allah memerintahkan ayah (dan ibu) supaya tidak membinasakan harapan anak-anak mereka (Maz 103:13-14; Efe 6:4; Kol 3:21).
Allah Alkitab, TUHAN Jehovah, dengan teliti melindungi harapan untuk orang yang paling rendah sampai kepada binatang juga. Pujilah Dia! Negara-negara Kristian selalu ada paling banyak harapan, kerana mereka menyembah satu-satunya Allah harapan. Pekerja buruh haruslah dibayar setiap hari, supaya jangan harapan mereka untuk sedikit wang akan dibinasakan (Ula 24:14-15). Keldai tidak harus ditutupi mulutnya ketika mengirik biji-bijian (Ula 25:4). Perkahwinan yang diatur keluarga mewajibkan satu tahun berbulan madu (Ula 24:5). Setiap tahun ketujuh di Israel merupakan tahun bercuti, meskipun bagi para hamba (Ima 25:1-7,20-22).
Orang durjana kurang ada harapan (Efe 2:12; 1Tes 4:13). Harapan mereka selalu berakhir dengan kegeraman, sebab mereka mengejar perdayaan-perdayaan bohong oleh Syaitan, yang merupakan allah ketiadaan harapan (Efe 2:1-3; 2Kor 2:6-11). Dia tahu hari-harinya terbilang dan seksaan yang akan datang sudah pasti (Mat 8:29; Wah 12:12). Dia mahu semua pengikutnya juga tidak berharapan bersamanya. Segalanya di dunia ini mengecewakan dan sementara sahaja, dan ia menyakiti orang yang mengejarnya (1Yoh 2:15-17).
Setiap dosa, gambar wayang, lagu, atau fikiran dunia berakhir dengan hasil yang sama – tiada harapan, hanya kemurungan (1Kor 15:32; Wah 9:11). Mereka cuba melegakan kesakitan dengan aktiviti, komidi dan lawak jenaka, alkohol dan dadah, wayang untuk pelepasan diri, muzik yang menumpulkan fikiran, sukan ekstrim untuk keseronokan, dan juga membunuh diri. Kemudian mereka mati dan mendapat tahu di neraka bahawa ketiadaan harapan mereka itu memang betul (Ams 11:7; Ayb 8:13-14; 11:20; 27:8; Mar 9:43-48)!
Pertimbangkan kekayaan. Kemakmuran tidak akan memuaskan, sebab ketika kamu mencapai satu tahap, kamu akan mendambakan yang kemudian (Pkh 5:10). Orang yang mengambil kekayaanmu selalunya bertambah (Pkh 5:11), dan orang kaya tidak dapat tidur dengan damai sejahtera (Pkh 5:12). Kekayaan lesap kerana banyak faktor (Mat 6:19), dan kamu tidak akan membawa sesen pun bersama ketika mati (Luk 12:15-21; 1Tim 6:7). Semakin banyak kamu menjana pendapatan, semakin banyak kerajaan ambil. Mengapa nak pasang harapanmu kepada ilusi itu (Ams 23:4-5)? Kamu hanya akan menjadi kecewa, geram, dan gemas oleh usaha itu (1Tim 6:6-10).
Setiap anak Allah yang mencari kebahagiaan di dunia ini akan juga menjadi sama murung, atau lebih teruk, sebab dia telah memasang harapannya kepada apa yang tidak dapat memuaskan. Solomo, pengarang di sini, menemui bahawa segalanya di dunia ini adalah kesia-siaan dan kegemasan roh (Pkh 1:14; 2:11,17). Kesalihan dengan kepuasan ialah untung yang besar, sebab orang demikian memasang harapannya kepada Allah dan syurga, iaitu harapan pasti untuk orang-orang kudus yang makmur (Kej 15:1; 1Tim 6;6; Maz 73:25-26).
Kamu berhikmah supaya tidak berharap untuk banyak di dunia ini, tetapi sebaliknya berharap untuk lebih banyak daripada yang kemudian (2Kor 4:16-5:9; Kol 3:1-4). Maka, kamu harus dapat berdoa dengan Agur yang menentang kekayaan (Ams 30:7-9). Kamu harus mampu berpuas hati dengan sedikit dan dengan kewajaran (Ams 16:8; Maz 37:16; Flp 4:11-13; Ibr 13:5-6). Kamu boleh mengelak kekecewaan dan terus dapat bersukacita, jika kamu tidak menaruh harapanmu kepada hal-hal dunia ini (Ayb 1:20-22; Hab 3:17-19).
Ketika seseorang percayawan kecewa, dia ada rawatan yang mudah yang tidak diketahui dunia. Dia boleh mengingati dirinya sendiri untuk berharap kepada Allah, seperti Daud telah menunjukkanmu (Maz 42:5,11; 43:5). Allah harapan boleh memberimu harapan kekal dengan kuasa Roh Kudus (Rom 15:13). Meskipun pada waktu kematian percayawan itu, dia boleh dipenuhi dengan harapan yang bersukacita dan yang berdamai, sebab dia tahu tentang syurga dan kebangkitan orang mati, harapan bahagia itu (Ams 10:28; 14:32; 1Kor 15:19). Percayawan ada harapan yang bukan percayawan tiada – keyakinan menanti-nantikan Allah.
Jika kamu memakai firman Allah untuk membina harapanmu (Rom 15:4), orang lain akan menanya alasan untuk itu, sementara mereka sendiri tidak ada harapan (1Pet 3:15). Ketika harapan tertangguh, kamu boleh berharap mengatasi harapan melalui iman kepada Allah Yang Maha Kuasa (Ayb 13:15; Lam 3:24-26; Rom 4:18-20). Dan kamu boleh tahu bahawa kamu ada takrif yang unggul bagi harapan – menanti-nanti dengan sabar, kerana pengharapan yang paling besar bagi orang Kristian akan pasti menjadi kenyataan (Rom 8:23-25; Ibr 10:36-37).
Para percayawan tidak akan berputus asa, selama mereka hidup, sebab anjing yang hidup lebih baik daripada singa yang mati (Pkh 9:4-10). Kalau Allah tidak menanggalkan segala harapan, maka masih ada harapan, dan meskipun harapan ditanggalkan, masih ada harapan. Daud berdoa dengan membara untuk anaknya yang sakit, dan berputus asa selepas dia meninggal, namun dia tahu bahawa dia akan dapat melihat dia sekali lagi. Dia ada harapan, meskipun selepas maut (2Sam 12:15-23). Paulus sudah pasti dia akan mati di Efesus, tetapi berharap di dalam Allah yang membangkitkannya (2Kor 1:8-10).
Alkitab padat dengan teladan-teladan yang mulia akan para percayawan biasa yang menaruh harapan mereka kepada Tuhan. Tidakkah Sarah melahirkan anak dan menyusu dengan bersenyum jauh melepasi waktu dia putus haid (Kej 21:5-8; Ibr 11:11)? Cuba fikir betapa banyak Yusuf menjadi pokok kehidupan kepada Yakub, ketika Yakub mendapat tahu Yusuf masih hidup dan bertakhta di Mesir (Kej 45:25-28)? Berapa banyak anak yang diperoleh Hana selepas meminjam anak lelakinya yang lama dirinduinya kepada TUHAN (1Sam 1:19-28; 2:19-21)? Dan Israel adalah seperti orang yang sedang bermimpi ketika dibebaskan daripada penawanan (Maz 126:1-3).
Namun adanya ilustrasi yang lebih besar tentang harapan yang digenapi! Untuk 4,000 tahun lamanya, anak-anak Allah menunggu untuk kedatangan Benih daripada perempuan untuk menyelamatkan mereka daripada dosa, maut, dan neraka. Keinginan segala bangsa memang tercapai. Para malaikat menggoncangkan desa dengan pengumuman itu. Simeon bersukacita untuk melihat Dia sebelum kematianNya. Dan murid-muridNya dengan sukacita tidak dapat percaya ketika Yesus bangkit dengan mulia daripada mati. Hai orang Kristian, berharaplah kepada Allah pada hari ini.
Hai pembaca jika kamu menyerah oleh iman kepada Yesus Kristus, maka kamu ada harapan yang bahagia, iaitu harapan yang tidak boleh dicerobohi, suatu harapan yang mulia. Kamu akan dibangkitkan daripada mati dengan suatu warisan yang tidak fana di syurga, iaitu tempat yang ia disimpan bagimu (1Pet 1:3-9; Kis 23:6; 24:15; 26:6-7; 28:11,20). Adakah kamu percaya? Jika kamu ada harapan ini, ia akan menyucikan kehidupanmu (1Yoh 3:3). Dan ia akan menjadi sauh jiwamu di ribut dan badai hidup (Ibr 6:18-19). Tidak seorang pun yang menaruh harapan mereka kepada Dia akan peroleh malu atau keliru (Rom 10:11; 1Pet 2:6).
Kanak-kanak boleh diajar harapan dalam Tuhan ketika mereka masih muda (1Sam 1:28; Maz 22:9; Pkh 12:1). Dengan membina suatu dasar kehidupan mereka yang bergantung kepada kemampuan dan kesetiaan Allah, mereka tidak akan terdesak ke ambang kemurungan atau kesayuan dalam kehidupan ini (Maz 27:13-14; 37:7; 42:5,11; 43:5; 71:14). Bagaimanakah ini tercapai? Dengan membina iman dan harapan menerusi arahan yang kerap daripada firman Allah (Maz 78:1-8; 119:81,114; Rom 15:4).
Kasih sejati menghiburkan orang lain dengan membina harapan dan mencabut kemurungan. Sementara ketiadaan harapan ialah salah satu celaka kehidupan yang paling besar, maka kamu haruslah setia dalam segala urusanmu untuk jaga supaya orang lain tidak kehilangan harapan. Allah dengan khusus telah mengarahkanmu supaya tidak menawar hati orang yang dibawah jagaanmu (Kol 3:19,21; 1Pet 3:7; 2Kor 2:6-11). Setelah membina orang lain dengan kesetiaanmu, kamu kemudian haruslah menghiburkan orang dengan harapan bahagia injil (1Tes 4:13-18; 5:11).