13:17
Orang utusan yang durjana jatuh ke dalam kenakalan: tetapi duta yang setia ialah kesihatan.
Kesetiaan dan integriti ialah ciri-ciri akhlak yang hebat. Kamu sendiri harus memiliki itu, dan kamu harus hanya mengaitkan dirimu dengan orang yang memiliki itu. Ketika orang lain menaruh percaya kepadamu atau bergantung kepadamu, ia tugasmu dan amanah istimewa bagimu untuk memenuhi keinginan dan keperluan itu dengan sempurna semungkin. Inilah perlaksanaan mulia yang membawa keredaan dan berkat daripada Allah dan juga daripada manusia.
Kesetiaan dan integriti ditunjukkan di sini oleh orang utusan atau duta. Orang durjana terjebak ke dalam masalah – mereka mudah diberhentikan oleh peralihan perhatian yang bebal atau tekanan untuk berkompromi – mereka tidak boleh diharapkan. Orang yang setia membawa kemakmuran kepada orang yang percaya kepadanya, sebab dia menyiapkan tugas seperti yang diingini dan yang diharapkan. Berapa kerap kali kamu diberhentikan?
Ia dosa yang bebal untuk mengkhianati keyakinan dan kepercayaan orang yang memberimu suatu tugasan. Fungsi kemakmuran apa pun masyarakat bergantung kepada orang yang menyiapkan tugasan-tugasan mereka dengan ketekunan dan dengan kejujuran. Orang durjana dialihkan perhatian dan gagal di dalam apa yang diamanahkan kepada mereka. Tetapi orang yang setia memastikan tugas itu disiapkan, dan orang demikian merupakan manfaat yang berharga kepada semua yang berharap kepadanya.
Jika kamu mengutus si lamban untuk melakukan sesuatu tugasan, kemalasannya akan menjelekkanmu. Salomo pernah menulis, “Seperti cuka pada gigi, dan seperti asap pada mata, demikianlah si lamban bagi mereka yang mengutusnya” (Ams 10:26). Jika kamu mengutus si bebal, kamu sedang merayu untuk dilukakan. Salomo juga pernah menulis, “Dia yang mengirim pesan melalui tangan si bebal memotong kaki, dan meminum kemusnahan” (Ams 26:6).
Orang yang setia membawa kemakmuran kepada urusan. Dia merupakan kesihatan kepada transaksi yang sedang dilaksanakan berbanding kepada kenakalan para utusan yang durjana. Keyakinan untuk mengenal bahawa seseorang manusia akan menyiapkan suatu tugas dengan betul ialah berkat. Salomo menulis, “Seperti kesejukan salji pada musim tuaian, demikianlah orang utusan yang setia kepada mereka yang mengutusnya: sebab dia menyegarkan jiwa tuan-tuannya” (Ams 25:13).
Sebelum adanya emel, telefon, dan surat pos, pesanan disampaikan daripada individu atau daripada negara oleh para utusan khas dan para duta. Orang durjana tidak menganggap serius amanah itu, dan mereka tidak mahu menyampaikan pesanan itu secara jitu atau secara tepat pada waktunya. Mereka akan jatuh ke dalam pelbagai kenakalan dalam perjalanan, dialihkan perhatian atau diseleweng oleh godaan. Para duta yang setia boleh diharapkan untuk menyampaikan pesanan dengan jitu dan dengan tepat pada waktunya. Kemakmuran persendirian dan kemakmuran negara telah diberi khidmat.
Para orang kudus patut ada reputasi yang tidak bernoda di hadapan dunia, seperti Yusuf dan Daniel (Kej 41:38-40; Dan 6:1-5; 1Tim 6:1; Tit 2:9-10). Ketika diberi suatu tugasan, mereka patut tekun berusaha untuk melebihi setiap harapan dalam perlaksanaannya (Ams 22:29; Rom 12:11; Efe 6:5-9). Adakah setiap orang tahu bahawa kamu selalu setia di dalam apa pun tugasan atau apa pun amanah? Apa pun yang kurang daripada kepercayaan penuh kepada dirimu tidak cukup baik. Mulalah pada hari ini juga untuk bersikap setia dengan integriti.
Adakah kamu mempertimbangkan orang yang menaruh percaya kepadamu? Adakah kamu jatuh ke dalam kenakalan, atau adakah kamu membawa kesihatan kepada mereka? Tugas-tugas profesionalmu adalah penting, tetapi jangan lupa bahawa ibubapamu dan orang lain juga bergantung kepadamu. Pertimbangkan dengan teliti pasanganmu, anak-anakmu, jiran-jiranmu, ahli-ahli gerejamu, dan sebagainya. Tidak kira sama ada mereka menyatakan kepercayaan terhadapmu ataupun tidak, adakah kamu dengan setia melayani mereka?
Kalau Allah telah memilih komunikasi oleh seorang utusan atau seorang duta bagi amsal ini, maka pertimbangkan kepentingan untuk berkomunikasi dengan betul. Adakah kamu mengelirukan fakta-fakta, menokok tambah cerita, atau membesar-besarkan situasi? Adakah kamu berkomunikasi dengan menepati waktu dan dengan menyeluruh seperti yang harus dilakukanmu? Atau adakah orang lain terpaksa mengejarmu untuk mendapatkan apa yang diperlukan mereka? Adakah kamu meluangkan masamu untuk berkomunikasi dengan terperinci dan dengan teratur supaya tiada salah faham?
Allah telah memilih khutbah untuk mengutus kebenaran kepada manusia. Banyak pengkhutbah merupakan orang utusan yang durjana, yang jatuh ke dalam kenakalan dan yang tidak mengajar FirmanNya dengan jitu. Ada banyak, malah pada zaman Paulus juga, yang telah merosakkan Firman Allah (2Kor 2:17; 11:3-4,13-15; Flp 3:18-19; 1Yoh 4:1). Dan ragam yang jahat ini menjadi lebih jahat pada zaman akhir (1Tim 4:1-3; 2Tim 3:6-7; 4:3-4; 2Pet 2:1-2). Timotius adalah jarang, sementara memikul sikap prihatin Paulus yang sama untuk semua gereja (Flp 2:19-21).
Para pelayan Allah haruslah ditahbiskan dengan berhati-hati (1Tim 3:1-13; 5:22). Mereka haruslah orang yang setia (1Kor 4:1-2; 2Tim 2:2; Tit 1:6-11), yang tidak akan dialihkan perhatian kepada dunia ini (2Tim 2:4). Mereka harus menyerahkan diri sepenuh-penuhnya kepada kerja mereka (1Tim 4:13-16). Mereka harus mengendalikan Alkitab dengan jujur (2Kor 4:2) dan dengan banyak belajar (2Tim 2:15). Ketika gereja-gereja ada duta-duta yang setia, mereka akan ada kesihatan yang rohani (Neh 8:1-12; 1Tim 4:15-16).
Kamu harus mencari seorang hamba Allah yang setia kepada panggilannya oleh Yesus Kristus (1Tim 3:1-7; 4:13-16; 2Tim 2:1-7; 1Pet 5:1-4; dan sebagainya). Elihu, satu-satunya orang yang memahami situasi Ayub, telah berkata tentang orang yang jarang sedemikian, “Jika adanya seorang utusan bersamanya, pentafsir, satu di kalangan seribu, untuk menunjukkan kepada manusia kejujurannya: Maka dia berbudi baik kepada orang itu, dan berfirman, Lepaskannya daripada pembuangan ke dalam liang kubur: Aku telah menemui tebusan” (Ayb 33:23-24). Amin!
Paulus merupakan utusan dan duta injil yang paling hebat, sebab tiada apa pun yang menggoyahkannya daripada panggilannya sebagai seorang rasul yang ditahbiskan kepada orang bukan Yahudi, dan dia lebih tekun daripada rakan-rakan sebayanya (Kis 20:24; 1Kor 15:10). Dia patut berkata pada penamatan kehidupannya, “Aku telah memperjuangkan perjuangan yang baik, aku telah mengakhiri perlumbaanku, aku telah memegang teguh iman” (2Tim 4:7). Adakah kamu bersyukur untuk kesihatan yang telah dibawa Paulus kepadamu? Jika kamu seorang percayawan yang bukan Yahudi, kamu patut bersyukur (Rom 15:15-21).
Orang utusan dan duta yang paling setia ialah Tuhan Yesus Kristus. Dia memberitahu Allah BapaNya di syurga sebelum mati, “Aku telah memuliakanmu di bumi: aku telah menyelesaikan kerja yang diberimu kepadaku untuk dilaksanakan” (Yoh 17:4). Cuba kamu fikir jika Dia telah jatuh ke dalam kenakalan di padang gurun atau di Getsemani (Mat 4:1-11; 26:36-46)? Tetapi Dia telah membawa kesihatan abadi kepada anak-anak pilihanNya dengan kesetiaan yang penuh, bahkan kematian di salib diharunginya (Flp 2:5-11; Ibr 3:1-6).