13:8
Tebusan nyawa seseorang ialah kekayaannya: tetapi orang miskin tidak mendengar teguran.
Apakah yang akan kamu buat untuk peroleh wang? Berapa geramnya keinginanmu untuk menjadi kaya? Akankah kamu mendengar amaran tentang keinginan untuk menjadi kaya? Ujilah akhlakmu dan hikmahmu. Bacalah lebih lanjut.
Di sinilah salah satu amsal Salomo yang lebih sukar difahami. Tetapi kamu boleh menemui pelajaran dan amaran yang berhikmah di dalamnya, jika kamu mencarinya dengan teliti dan dengan tekun. Adakah kamu cukup-cukup mengingini hikmah untuk memakai masa untuk membaca amsal ini, mempertimbangkannya dengan cukup serius, dan tanggapi ulasan-ulasan yang berikut? Cinta akan wang ialah akar segala kejahatan, dan ia membinasakan kehidupan manusia, tetapi orang miskin masih mendambakannya!
Para pengulas Alkitab hanya dapat melihat dua tafsiran untuk dipilih. Ia mungkin bermaksud bahawa orang kaya mampu bayar membebas diri daripada masalah, tetapi orang miskin mengelak kebanyakan bahaya dengan tidak memiliki apa pun yang dapat menimbulkan permusuhan. Atau ia mungkin bermaksud kemakmuran orang kaya menarik para pencuri dan ancaman, sementara kemiskinan melindungi orang miskin daripada keganasan sedemikian. Dalam tafsiran yang pertama, kedua-dua kekayaan dan kemiskinan adalah baik; dalam tafsiran kedua pula, kekayaan adalah buruk, dan kemiskinan adalah baik. Tafsiran-tafsiran tersebut tidak jelas; ada pelajaran yang lebih jelas dan yang lebih mudah.
Tebusan ialah harga bayaran untuk dibebaskan daripada tawanan, untuk menarik balik hukuman, atau memulihkan suatu keadaan yang dahulu (Ams 6:35; Kel 21:30; 30:12; Ayb 33:24; 36:18). Kebanyakan orang kehilangan jiwa mereka untuk mengejar kekayaan dengan tanpa berputus asa. Cita-cita dan kekayaan menjadi harga tebusan kehidupan mereka. Keinginan untuk menjadi kaya dan berjaya ialah harga, atau kos, bagi kehidupan mereka. Ketika mereka sedang mati berbaring di katil mereka, manusia yang sudah memakai genap hayat mereka untuk mengejar kekayaan telah menjalani kehidupan yang kekosongan.
Mereka tidak akan menebus jiwa mereka dengan memilih kepuasan untuk mengatasi kedambaan dan ketamakan. Mereka mengorbankan nyawa mereka untuk wang, dan kemudian mereka pergi ke kubur dengan kekosongan (Pkh 5:10-17). Orang kaya mungkin dapat menikmati kehidupan, alamiah dan rohaniah, jika dia tidak cinta kepada wang. Dia sudah dapat menikmati damai sejahtera dan ketenteraman, tetapi dia memilih pula kegilaan untuk memperoleh lagi kekayaan. Keterpesonaan kepada kekayaan yang bebal dan yang membinasakan ini ialah penyakit yang biasa (Pkh 6:1-6).
Paulus memberi amaran, “Tetapi kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar. Sebab kita tidak membawa apa pun ke dalam dunia ini, dan memang tentu kita tidak dapat membawa apa pun keluar. Dan sementara ada makanan dan pakaian biarlah kita berpuas hati. Tetapi mereka yang ingin menjadi kaya jatuh ke dalam godaan dan jerat, dan ke dalam banyak nafsu yang bebal dan yang melukakan, yang melemaskan orang dalam kebinasaan dan kerosakan jahanam. Sebab cinta akan wang ialah akar segala kejahatan: yang sementara sesetengah orang mendambakannya, mereka telah menyimpang daripada iman, dan menikam diri mereka sendiri dengan banyak dukacita” (1Tim 6:6-10).
Bahayanya jelas – kekayaan boleh membinasakanmu. Jika seseorang cinta akan wang, dia akan mengorbankan jiwanya sendiri dan apa pun untuk memperoleh wang (Ams 15:27; 11:17,29; Hab 2:9-11). Kekayaan ialah harga tebusan bagi kehidupannya. Dia mungkin dapat membeli kebebasannya dan ketenteramannya, tetapi dia tidak dapat membayar harganya, iaitu menyerahkan cita-citanya bagi kekayaan dan menjadi puas hati dengan apa yang dimilikinya. Dia kekal seorang hamba.
Yesus mengasihi seorang penguasa muda yang kaya, yang tidak mahu menyerahkan kekayaannya untuk mengikuti Anak Allah. Dia tidak mahu menebus, atau membeli balik, kehidupannya (Mat 19:16-22). Yesus tahu pilihannya adalah sukar seperti unta memasuki lubang jarum (Mat 19:23-26), tetapi Dia juga mengajar bahawa manusia harus rela untuk bayar apa pun harga untuk menyelamatkan jiwa mereka sendiri (Mat 16:26).
Bagaimana pula dengan orang miskin? Bagaimanakah klausa kedua amsal ini berkaitan dengan yang pertama? Kamu tahu bahawa ia berkaitan, sebab kalau tidak klausa kedua ini haruslah dijadikan amsal yang berasingan dengan amsal ini. Tetapi kamu juga melihat kata penghubung penyarak “tetapi” yang menyambungkan klausa ini kepada yang pertama. Oleh sebab itu, ada perbandingan tentangan yang berkaitan dalam klausa kedua ini.
Orang miskin hidup tanpa banyak ketakutan, kekhuatiran, dan beban yang dialami orang kaya. Tambahan pula, orang miskin tidur dengan lebih baik (Pkh 5:12). Mereka menyaksikan orang kaya dalam kesia-siaan mereka dan dalam pengejaran kemakmuran yang sungguh menyusahkan (Maz 39:6), dan mereka melihat orang kaya mati sama seperti orang miskin yang bebal (Maz 49:6-13). Tetapi mereka tidak akan belajar daripada pelajaran itu, dan mereka tidak akan mendengar orang berhikmah memberi kesaksian bahawa kekayaan ialah kesia-siaan. Mereka mengadu tentang kemiskinan mereka dan berharap untuk kemakmuran orang kaya.
Bagaimanakah kamu dapat yakin kepada tafsiran yang diberi di atas, melebihi dua tafsiran yang telah dijadikan popular oleh para pengulas Alkitab? Dua klausa itu berkaitan; dua klausa itu bertentangan; teguran bukan sama seperti bahaya atau masalah; dan orang miskin menolak teguran dan bukan tidak pernah mendengar apa pun teguran. Dan kamu boleh mencari arahan yang berhubungan atau yang serupa di dalam amsal-amsal yang lain (Ams 10:15,22; 11:4,28; 13:7; 14:20; 15:27; 18:11; 19:1,4,7; 22:1,2; 23:4-5; 28:3,6,11,20,22; 30:7-9).
Jika kamu kaya, kamu berada dalam bahaya melepaskan kerajaan Allah (Mat 19:23-26). Orang kaya secara am dinyatakan sebagai penganiaya dan bukan penaung orang Kristian (Yak 2:6-7). Ia tugasmu di hadapan Allah untuk menahan percaya kepada kekayaanmu, dan ia keistimewaanmu di hadapan Allah untuk rela memberi wangmu supaya berpegang kepada hidup yang kekal (1Tim 6:17-19).
Jika kamu miskin, jadilah puas hati dengannya (Yak 1:9-11; Yak 2:5; 1Kor 1:26-29). Sedar bahawa kesalihan bersertakan kepuasan benar-benar merupakan keuntungan yang besar (1Tim 6:6; Ibr 13:5). Ingat dan percaya kepada teguran Amsal Salomo dan Pengkhutbah Salomo tentang kekayaan (Ams 10:22; 15:16; 16:8; 28:6; Maz 37:16; Pkh 1:16-2:11). Jika kamu memerlukan lebih wang, berdoa dengan berhikmah untuk penambahan kekayaan yang sederhana, dan buat apa pun perubahan kesalihan yang ditanggung baik Alkitab (Ams 30:7-9; 1Tes 4:11-12).
Kekayaan biasanya adalah kutuk. Kamu sampai ke bumi dengan kekosongan; kamu akan meninggal dengan kekosongan; dan Allah tidak kisah berapa banyak yang telah kamu kumpul dalam kehidupanmu. Tebuslah jiwamu daripada kegilaan sembahyang materialisme dan kejayaan dunia ini, dan dengarlah teguran hikmah sebaliknya. Carilah kerajaan Allah dan kewajarannya dahulu, layanilah hanya satu tuan, dan kumpulkan harta berharga di syurga (Mat 6:19-21,24,33). Kamu akan gembira tidak lama lagi kerana berbuat demikian.