Amsal · Proverbs

14:29
Dia yang lambat murka ada pemahaman yang besar: tetapi dia yang bergegas dalam rohnya menyanjungi kebebalan.

Adakah kamu jenis panas baran? Lekas marah? Inilah tanda-tanda seorang bebal. Kawallah rohmu dan biar ia dikuasai sebab kalau tidak kamu akan menghambat atau membinasakan kehidupanmu. Hikmah besar melibatkan kawalan diri untuk menguasai rohmu. Jika kamu tidak dapat mengawal kemarahanmu, kamu akan menyatakan dan melakukan banyak perkara yang bebal. Nasihat Solomo adalah untuk memperlahankan diri dan lambat menjadi marah.

Kemarahan bukan selalunya salah. Allah marah terhadap orang durjana setiap hari (Maz 7:11). TUHAN marah terhadap Musa (Ula 1:37; 4:21), Solomo (1Raj 11:9), dan Israel (2Raj 17:18). Kamu patut menunjukkan muka yang marah terhadap orang yang sedang mengumpat orang lain (Ams 25:23). Tetapi Allah lambat untuk marah, dan itu memberimu teladan dan ragam yang kudus (Maz 103:8; 145:8).

Paulus mengajar orang-orang kudus Efesus untuk menjadi marah tanpa berdosa, dan untuk membuang kemarahan sebelum waktu malam (Efe 4:26). Kemarahan yang disimpan lama akan menjadi kepahitan hati, dan ia juga membuka pintu dalam kehidupanmu kepada si iblis sendiri (Efe 4:27). Yesus mengutuk dan menyamai kemarahan “tanpa sebarang sebab” dengan perbuatan membunuh (Mat 5:21-22). Tetapi generasi yang keperempuanan ini telah mencabut tiga perkataan ini di dalam Alkitab moden untuk mengutuk semua jenis kemarahan.

Musa marah akan Israel kerana bersembahyang kepada anak lembu emas dengan konsert rok dan tarian bogel (Kel 32:19-29). Kemarahannya yang dengan kewajaran telah membawa hukuman keras terhadap para pemberontak itu bagi keselamatan seluruh negara. Tuhan Yesus Kristus telah menjadi marah terhadap orang ramai yang tidak mahuNya untuk menyembuh seorang lelaki dengan tangan yang layu pada Hari Sabat (Mar 3:1-5). Kemarahan terhadap dosa adalah baik, dan ketika diarahkan oleh kesalihan, ia boleh menjadi aset (Neh 13:23-28).

Tetapi kemarahan jarang menjadi suatu emosi yang membantu. Ia biasanya menyebabkan tindakan yang keterlampauan, salah memahami keadaan, salah menanggapi niat, tindakan tanpa berfikiran wajar, membalas dengan lebih keras daripada apa yang diperlukan, bercakap dengan kekerasan yang keterlampauan, mengabaikan nasihat, dan menyongsangkan keutamaan-keutamaan hidup. Oleh sebab itu, orang berhikmah akan lambat membiar kemarahan timbul.

Hikmah ialah daya penghakiman yang betul; memahami ialah pemahaman yang betul. Kedua-duanya dikompromi menurut kadar kecepatan dan keamatan kemarahan. Semakin cepat marah, semakin kurang hikmah yang kamu ada di bawah pengaruh kemarahan itu. Semakin kuat keamatan marah, semakin kurang pemahaman kamu ada di bawah pengaruh kehangatan emosinya. Kemarahan menyebabkan perselisihan yang tidak perlu dan cepat membawa kepada banyak dosa yang lain (Ams 21:24; 26:21; 29:22; 30:33).

Masalah lekas marah ialah dosa yang sungguh meluas. Solomo kerap kali memberi amaran terhadapnya (Ams 14:17; 15:18; 16:32; 25:8,28; Pkh 7:8-9). Yakobus menulis bahawa kemarahan tidak sesuai dengan menyenang Allah, maka ia harus dilakukan dengan sungguh perlahan (Yak 1:19-20). Paulus memberitahu Titus untuk mentahbiskan manusia kepada pelayanan yang lambat menjadi marah (Tit 1:7). Orang berhikmah akan menangguhkan marah dan berbahagia dan mulia untuk melangkaui pelanggaran-pelanggaran terhadap dirinya (Ams 19:11; Mat 5:38-42).

Menguasai rohmu adalah asas kepada hikmah dan kejayaan (Ams 16:32). Kemarahan bermula dalam hati yang harus dijaga dengan segala ketekunan (Ams 4:23). Kemurahan, panjang sabar derita, dan kesabaran ialah beberapa istilah bagi nilai murni menolak sikap lekas marah. Kamu harus mengelak si pemarah, sebab mereka akan menggodamu untuk menjadi seperti diri mereka (Ams 14:7; 22:24 ; 1Kor 15:33). Untuk dirimu makmur di mata Allah dan manusia, kamu harus membenci kemarahan yang berdosa dan mengelaknya.

Yesus Kristus merupakan Manusia yang sempurna – kepenuhan Allah dalam satu tubuh manusia (Kol 2:9). Musuh-musuhNya pun tidak dapat memprovokasiNya kepada kemarahan, meskipun mereka cuba dengan cukup terdesak untuk melakukan sebegitu, kerana Dia telah memilih untuk menjadi seperti seekor anak domba pada waktu pengguntingan bulu (Luk 11:53-54; 23:10; Yes 53:7; 1Pet 2:23). Tetapi suatu hari menjelang ketika Dia akan menginjak-injak dengan keganasan dan kemurkaan Yang Maha Kuasa bak memeras anggur dan datang untuk menghakimi dunia dengan amarah kudus (2Tes 1:7-10; Wah 19:15).