16:23
Hati orang berhikmah mengajar mulutnya, dan menambahkan pembelajaran kepada bibirnya.
Orang berhikmah tidak boleh menyembunyikan hikmah mereka; ia terang-terang nyata melalui pertuturan mereka. Orang berhikmah tidak membazirkan hikmah mereka; mereka mengajar mulut mereka dan bibir mereka untuk berucap dengan murah hati dan dengan berguna. Cara seseorang bertutur lebih menyatakan kadar hikmahnya atau kadar kebebalannya daripada mana-mana perlakuannya. Orang bebal tidak boleh menyembunyikan kebodohan mereka, sebab kata-kata mereka menyatakan kebebalan mereka dengan lekas dan dengan pasti (Pkh 10:12-13).
Hai pembaca, adakah kamu ingin menjadi hebat di pandangan Allah dan manusia? Kejayaan mewajibkan hati yang baik dan yang jujur sebab di situlah semua isu kehidupan bermula (Ams 4:23; Mat 12:34-35; 15:16-20). Niat yang mulia, yang suci, dan yang berhikmah di dalam hati akan tidak lama lagi mengajar dan mengubahkan seluruh peribadi orang, terutamanya pertuturan. Oleh sebab perkataan sebegitu nyata kepada orang lain dan membawa suatu impak yang baik atau jahat, pertuturan cemerlang ialah matlamat tinggi seseorang yang harap untuk menjadi hebat.
Adakah kamu pokok kehidupan? “Lidah yang sihat ialah pokok kehidupan: tetapi kebabilan di dalamnya ialah pematahan roh” (Ams 15:4). Allah telah memberimu lidah untuk kegunaan yang melebihi tujuan menelan makanan ke dalam kerongkongmu. Dia telah memberimu lidah untuk memuliakanNya dan untuk menghibur dan membantu orang lain, dan itulah sebabnya Dia memanggil lidahmu sebagai “kemuliaan” kamu (Maz 30:12; 108:1; Kol 3:16). Berapakah elok kamu memakai lidahmu?
Lidahmu boleh melakukan baik atau jahat, dan Allah dan manusia akan mengganjarimu dengan sewajarnya (Ams 18:21). Kata-kata yang cemerlang ialah apa yang indah yang manusia suka (Ams 15:23; 24:26; 25:11).
Adakah kamu mengehadkan kata-katamu? Orang berhikmah tahu bahaya banyak bercakap (Ams 10:19). Dia tahu bahawa si bebal pun boleh kelihatan berhikmah ketika diam (Ams 17:27-28). Diam itu emas.
Adakah kamu lambat dalam percakapanmu? Allah telah memberimu dua telinga dan satu mulut, maka jadilah tangkas untuk mendengar dan perlahan untuk berucap (Yak 1:19). Pertuturan yang melulu akan menjadikanmu lebih teruk daripada si bebal (Ams 29:20).
Adakah kamu belajar sebelum kamu berucap? Menuturkan fikiran tanpa ditapis atau berucap ketika emosi panas adalah bebal. Kamu patut mendengar seluruh hal dan belajar sebelum berucap (Ams 15:28; 18:13).
Adakah kamu mengasihi sikap berbudi baik? Kata-kata seseorang yang berhikmah berbudi baik kerana ia datang dari hati yang suci, dan raja pun ingin dan berkenan kepada para pengucap sedemikian (Ams 22:11; Pkh 10:12; Kol 4:6).
Adakah kamu mengajar orang lain? Ketika kamu bertutur, kamu patut mengkomunikasikan kata-kata kebenaran yang pasti (Ams 22:17-21; 1Pet 3:15). Matlamatmu adalah untuk membangun atau membina orang lain (Ams 16:24; Efe 4:29).
Adakah kamu seorang penghibur yang baik? Janganlah jadi meriah di sekitar orang yang patah semangat (Ams 25:20). Hiburkanlah orang yang lemah akal (1Tes 5:14). Jangan menimbulkan kesengsaraan yang telah dilakukan kawan-kawan Ayub (Ayb 16:2).
Adakah kamu membenci borak bebal dan pergurauan? Allah membenci kebodohan bunyi rapuh si bebal, dan Dia akan menghakimi dunia kerana gambar komedi mereka dan pertuturan yang sebegitu membazir (Pkh 7:1-6; Efe 5:3-5).
Adakah kamu penjaga reputasi orang lain? Bencilah hal mengumpat, memfitnah, membawa mulut, dan membisik (Ams 6:16-19)! Jangan melakukan dosa-dosa tersebut, dan hentikan dosa-dosa itu di dalam orang lain (Ams 25:23).
Untuk adanya pertuturan yang baik, kamu harus pertama-tama membasuh hatimu, yang merupakan punca kata-katamu. Jika kamu tidak menjadikan hatimu baik, kata-katamu tidak akan pernah baik. Akuilah fikiran-fikiranmu yang bebal dan yang jahat kepada Allah, dan berdoalah kepadaNya untuk membantumu menjaga bibirmu (Maz 19:14; 139:23-24; 141:3; Yes 6:5). Kemudian kamu harus mengisi hatimu dengan kata-kata suci Alkitab untuk adanya perkara-perkara yang indah dan yang membantu untuk diucapkan (Ams 22:17-21; Maz 37:30; 119:46,172).