22:10
Singkirkan pencemuh, dan perbalahan akan keluar; ya, pertengkaran dan keaiban akan berhenti.
Damai sejahtera adalah mudah! Kamu dapat mengakhiri perbalahan dan persengketaan di rumahmu atau pertubuhanmu dengan mudah. Singkirkan pencemuh! Ada sesetengah orang yang tidak layak mendapat kawan, keluarga, gereja, atau pekerjaan. Mereka pencemuh, dan mereka harus ditolak bagi masalah yang ditimbulkan mereka melalui pemberontakan yang angkuh.
Jika pencemuh disingkirkan, perbahasan, persengketaan dan keaiban akan berakhir. Pencemuh ialah kutuk mana-mana pun unit masyarakat, dan mereka harus ditolak. Sementara hukuman mati hanya pilihan bagi pihak pemerintah negara, pakailah apa pun cara yang kamu dapat buat untuk menyahkan mereka: ia akan mendatangkan berkat dan kejayaan kepadamu.
Apakah itu pencemuh? Seorang yang angkuh dan yang suka berpendapat sendiri, dan yang benci pembetulan, memandang hina kekuasaan, atau menunjukkan kebencian kepada mereka yang berusaha mengajar atau memberi kewaspadaan kepadanya. Seorang pencemuh lebih teruk daripada seorang bebal, sementara keingkaran angkuh lebih teruk daripada kejahilan degil (Ams 26:12). Orang yang tidak menghormati guru, menertawakan arahan, atau yang mengolok-olok penguasa merupakan seorang pencemuh. Mereka sungguh biasa ditemui, dan di mana mereka dibenarkan pengaruh, mereka menyebabkan banyak masalah.
Pencemuh dengan angkuh ingat diri mereka betul, jadi mereka menolak pembetulan atau amaran. Mereka ingin mengajar daripada belajar. Mereka dengan sikap mementingkan diri sendiri menginginkan cara mereka sendiri. Mereka mencari apa pun alasan untuk menolak arahan atau memfitnah guru. Mereka sungguh biasa mencari hal yang paling kecil untuk mengkritik atau memfitnah pihak berkuasa (Yes 29:20-21). Mereka tidak ada apa pun pemahaman tentang keadilan, dan mereka tiada apa pun hati nurani tentang kesakitan yang mereka buat terhadap yang lain.
Allah membenci pencemuh, dan Dia akan membinasakan mereka. Terima kasih, ya Allah Yang Berbahagia. Bacalah amaranNya yang kasar terhadap orang pencemuh pada zaman Yesaya (Yes 28:14-22). Orang Farisi dan para pemimpin agama orang Yahudi yang lain merupakan pencemuh yang berterusan – mengkufuri Yesus Kristus dan mencari apa pun mereka dapat pakai terhadapNya. Tetapi Yang Berbahagia dan Yang Satu-Satunya Diraja mengisarkan mereka sehingga menjadi serbuk di bawah legion-legion askar Rom pada tahun 70 Masihi (Mat 3:7-12; 21:41-46; 22:1-7).
Para pencemuh tidak layak untuk mendapat kebaikan, kesabaran, atau kebenaran. Raja Solomo telah memberi amaran supaya jangan membuang apa pun masa untuk berurusan dengan para pencemuh, kerana ia hanya membawa persengketaan dan keaiban (Ams 9:7-8; 14:7; 23:9; 26:4-5). Yesus memanggil mereka anjing dan khinzir dan dengan tegas melarang untuk memberi apa pun yang berharga dari firmanNya kepada mereka (Mat 7:6). Ketika diberitahu bahawa orang Farisi sudah tersinggung kerana ajaranNya, Dia mengutuk mereka dengan betul dan pengikut-pengikut mereka kepada kejahilan yang kekal selamanya (Mat 15:12-14).
Adakah kamu seorang pencemuh? Ia mudah untuk jatuh ke dalam dosa yang teruk ini. Adakah kamu mengasihi mereka yang memperbetulkanmu atau menegurmu (Ams 9:8; Maz 141:5)? Adakah kamu mengasihi guru-gurumu (Ams 12:1)? Adakah kamu dengan mudah lekas untuk mengakui kesalahan dan meminta maaf? Adakah kamu percaya bahawa kamu seorang budak yang jahil dan perlu untuk diajar? Dapatkah kamu dengan mudah dan lekas mengampuni kesalahan-kesalahan mereka yang berkuasa atas dirimu?
Bagaimanakah kamu memastikan supaya dirimu jangan sesekali pun mencemuh? Jangan berbicara secara persendirian atau memikir di dalam dirimu apa pun akal pemberontakan terhadap mereka yang mengatasimu (Peng 10:20). Ingat peraturan Solomo bahawa mengasihi pembetulan, arahan, dan teguran merupakan hikmah (Ams 9:8-9; 12:1; 13:18; 25:12; 27:5).
Pilih untuk menundukkan telingamu dan mendengar kata-kata orang yang berhikmah, iaitu mereka yang berpangkat kekuasaan atau yang berhak memberi arahan kepadamu (Ams 5:1; 22:17). Belajarlah permohonan yang rendah hati oleh Solomo bagi hikmah ketikaAllah menawarkan apa pun kepadanya (1Raj 3:5-13). Jangan memandang hina nubuat, iaitu mengabai atau menolak kebenaran daripada hamba-hamba Allah (1Tes 5:20: 2:13; 2Tim 4:3-4).
Dapatkah kamu mengesan seorang pencemuh? Ada lebih bilangan pencemuh pada hakikatnya daripada berapa yang kamu fikir ada. Dapatkah kamu mengesan bahasa gerak-geri dan pergerakan mata yang menunjukkan pemberontakan? Dapatkah kamu cam pengolokan kekuasaan, ucapan yang tidak hormat tentang guru, atau perangai angkuh terhadap arahan dan amaran? Apa pun balasan yang mempertahankan diri atau yang menyerang arahan atau pembetulan menandakan seorang pencemuh, kerana seorang berhikmah direndahkan oleh teguran dan hanya dapat fikir akan perubahan di dalam dirinya.
Banyak lelaki mengahwini perempuan yang pencemuh, yang memandang hina kekuasaan suami, mengetawakan akalnya, menunjukkan hina terhadapnya di hadapan kanak-kanak, dan berperangai angkuh seakan-akan mereka sudah faham segala penyelesaian masalah kehidupan. Mereka tidak dapat bayangkan roh yang suka menunduk dan yang tenteram yang dituntuti Allah, meskipun pada hari mereka paling berperangai baik (1Pet 3:3-4). Perempuan yang jelek ini merosakkan damai sejahtera perkahwinan dan rumahtangga, dan mereka haruslah dipandang hina (Ams 12:4; 19:13; 21:9,19; 25:24; 27:15-16; 30:21-23).
Ibubapa! Kamu harus menghancurkan sikap yang jahat ini di dalam anak-anakmu. Jika kamu sedikit pun menghidu bau perbuatan mencemuh terhadap arahanmu, peraturanmu, amaranmu, atau kedudukanmu itu, kamu harus menghukumnya dengan keras sekali. Kamu juga tidak boleh membenarkannya terhadap guru, pelatih, pastor, majikan, atau pemerintah. Pada pendapat Allah, seorang anak yang bercakap sembarangan tentang ibubapa atau mengolok-olokkan mereka dengan matanya adalah layak untuk hukuman mati (Ams 20:20; 30:17; Ula 27:16). Jika kamu memiliki seorang remaja atau anak yang lebih tua di rumah yang menyebabkan masalah, bacalah amsal ini dan ketahui dengan tepat apakah tindakan yang harus dilaksanakan. Singkirkannya!
Apakah jawapan Allah terhadap kesatuan sekerja? Singkirkanlah mereka! Para pemerintah harus membinasakan mereka. Pekerja yang angkuh, malas, pemberontak, dan suka menghasut haruslah dibiar kelaparan. Allah meletakkan tuan mengatasi hamba, dan gabungan kepintaran suatu kesatuan tidak dapat menandingi satu pemilik syarikat sederhana pun yang ada modal jerih payahnya yang sedang dirisikokan. Jika arahan dan amaran lisan tidak berhasil, maka hukuman dera akan berhasil. Pekerja tidak dapat sekali pun membayangkan gambaran besar pelaburan, risiko, pulangan, aliran tunai, cukai, persaingan, dan sebagainya (Ams 29:19; Kel 21:20-21).
Allah telah mentahbiskan pemerintah sivil, dan Dia telah menduduki pemerintah-pemerintah spesifik pada jawatan mereka, dari polis tempatan sampai kepada Perdana Menteri. Mereka harus dihormati dan ditaati. Allah menganggap mereka yang bercakap menentang pemerintah dan yang menghina orang yang berdarjat tinggi sebagai binatang gila yang harus ditakai. Dia membenci mereka bagi kelancangan angkuh mereka yang berfikir sedikit pun bahawa mereka ada kebolehan untuk menyelia suatu negara (Ams 24:21-22; 2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10).
Jika gereja mempunyai seorang pencemuh, gereja harus menyingkirkannya. Damai sejahtera akan datang sebaik sahaja pencemuh itu dibuang. Tiada apa pun tempat bagi perbahasan, penghinaan, percanggahan kata, sikap tidak mudah dipujuk, tohmahan, cercaan, hasutan, persengketaan, kesombongan, kekecohan, atau perselisihan di dalam gereja-gereja Kristus (Rom 1:29-31; 1Kor 5:11; 6:9-10; 2Kor 12:20-21; Gal 5:19-21; Yud 1:11).Kesalahan-kesalahan ini ialah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan penyingkiran dan yang tidak perlu kesabaran untuk bertahan dengannya di keanggotaan atau di Perjamuan Tuhan.
Solomo tahu melalui ilham, pemerhatian, dan pengalaman apa yang akan berkesan di masyarakat kaum manusia. Dia memberi suatu peraturan yang sungguh berharga di sini untuk mengekalkan damai sejahtera di rumah dan di tempat yang lain. Para pencemuh harus disingkirkan. Kamu boleh memakai amsal ini dengan membenci ciri-ciri pencemuh di dalam dirimu dan tidak membenarkannya di dalam orang lain. Jika seseorang pencemuh kekal sebegitu, dia harus disingkirkan.
Punca segala pencemuhan adalah dari iblis, yang telah memandang hina jawatannya sebagai kerub yang telah diurapi Allah dan sebaliknya bercita-cita untuk menjadi Allah (Yes 14:12-14; Yeh 28:13-15; 1Tim 3:6). Tetapi Allah telah menyingkirkanNya ke neraka untuk selama-lamanya, dan Dia telah menyelamatkanmu daripada kuasa dan tuntutan Si Iblis (Luk 11:20-22; Kol 2:15). Yesus Kristus telah membinasakan pekerjaan iblis, termasuk sikap mencemuh dan pemberontakanmu (Ibr 1:3; 2:14-15; 1Yoh 3:8). Pujilah namaNya yang mulia!