23:10
Jangan memindahkan tanda batasan yang lama; dan jangan memasuki ladang orang yang tidak berayah:
Tuhan Allah syurga dan bumi melindungi hak harta. Dia terutamanya melindungi orang yang miskin dan yang tidak berdaya. Ia memang mudah untuk mengubahkan kebiasaan amalan niaga untuk mengambil kesempatan demi keuntungan kewangan, namun, Allah mengutuk perbuatan-perbuatan sebegitu. Ia memang mudah untuk mengambil kesempatan kewangan ke atas orang lain yang tidak berdaya untuk membela diri sendiri, tetapi Allah mengutuk perbuatan itu juga. Dia akan datang menolong dan membela mangsa-mangsa ini, dan kamu akan kesal kerana tidak menjauhkan diri daripada mereka (Ams 23:11; 22:22-23).
Amalan di dalam zaman Alkitab adalah untuk memakai selonggok batu, tiang atau apa pun tanda untuk menandakan batasan harta tanah. Tanda-tanda ini tidak berubah turun-temurun sementara sistem milik hartanah menurut keluarga masih diamalkan. Allah telah memberi hukum-hukum yang baik kepada Israel, dan salah satu daripadanya adalah untuk memelihara hak milik tanah dengan mengutuk perubahan tanda batasan yang telah ditetapkan (Ams 22:28; Ula 19:14; 27:17; Ayub 24:2; Hos 5:10).
Orang yang tidak berayah ialah mereka yang telah hilang ayah mereka kepada peperangan atau kepada kematian muda atas sebab-sebab yang lain.Mereka kekurangan seorang lelaki yang kuat untuk melindungi harta tanah atau berurus niaga. Mencerobohi ladang mereka atau mencuri daripada mereka merupakan jenayah yang sangat kejam. Prinsip ini jelas boleh dipakai juga di dalam apa pun kegiatan mencuri hartanah seperti mengubahkan saluran air, melepaskan ternakan untuk meragut rumput tanah mereka, menghentikan perigi mereka, membiakkan baka dan lain-lain lagi.
Seperti orang balu, Allah juga mengambil berat akan anak yatim, orang asing dan orang miskin secara istimewa (Yer 22:3; Zak 7:10). Allah Yang Maha Kuasa telah berjanji untuk kembali dengan balas dendam ke atas mereka yang mengacau kedua-dua golongan orang yang lemah dan yang tidak berdaya ini (Ayub 31:21-23; Maz 94:6; Peng 5:8; Mal 3:5). Membebankan dirimu sendiri untuk membantu kedua-dua golongan ini ialah hikmah dan agama sejati bagimu (Yak 1:27). Jangan sesekali menuntut lebih daripada harga pasaran atau bayar kurang daripada harga pasaran dalam urusan dengan mana-mana pihak dua golongan orang ini.
Peraturan batasan tanah ini dipakai di dalam semua urusan ekonomi, dan di dalam amalan-amalan niaga. Kamu tidak berhak untuk mengubahkan apapun amalan-amalan yang telah ditetapkan kecuali semua pihak yang terlibat diberitahu sepenuhnya dan bersetuju dan ia tidak membawa apa-apa kerugian kepada orang lain. Allah menuntut kejujuran dan integriti [tidak berubah-ubah] di dalam semua urusan. Tidak ada sedikit ruang pun untuk berkompromi atau untuk mengeliru. Dia akan membalas dengan keras! Gerakkan dirimu untuk menghormati orang miskin. Kamu tidak akan pernah rugi di dalam keputusan-keputusan sebegitu kerana Allah akan memberi pampasan kepadamu semula (Ams 19:17).
Pertimbangkan perubahan-perubahan agama. Manusia pada hari ini mengubahkan sembahyang Allah supaya dijadikan lebih mudah diterima oleh dunia. Mereka memanggilnya kasual, kontemporari, terdorong oleh matlamat (Purpose Driven), atau peka terhadap pencari (seeker sensitive). Mereka memindahkan tanda-tanda batasan yang lama (2Tes 2:15). Tetapi Allah memanggil umatnya untuk mencari jalan-jalan yang lama itu (Yer 6:16). Dia memanggilmu untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk iman yang lama itu (Yud 1:3). Hal berpaling daripada doktrin kukuh untuk kenikmatan dan dongeng ialah bukti masa yang membahayakan (2Tim 4:3-4). Jalan penyelesaiannya adalah untuk mengkhutbahkan firman Allah tanpa meminta maaf dan tanpa berkompromi sebab firman Allah lebih pasti daripada suara Allah dari syurga (2Tim 3:16-17; 4:1-2; 2Pet 1:16-21; Tit 2:15).
Sembahyang Allah tidak perlu diubahkan kecuali Allah sendiri mengarahkan perubahan. Dan dalam pada itu juga, Allah yang akan menentukan apa yang akan diubahkan (Yoh 4:20-24; Ibr 9:10). Manusia tidak ada hak untuk menambah atau menolak daripada peraturan-peraturanNya (Ula 12:32; Mat 28:20), dan mereka tidak harus menyimpang ke kiri atau ke kanan (Ula 5:32; Ams 21:16; Gal 1:6-9), tak kira betapa popular [diterima ramai orang] perubahan itu.
Bolehkah kamu menjadi salah satu daripada 7,000 orang yang tidak akan berubah seperti di dalam zaman Elia (1Raj 1:18; Rom 11:4-5)? Kebanyakan orang Kristian mengkompromi banyak agama sejati bagi kemudahan atau kerana ia popular. Namun, Allah mencari orang setia yang tidak akan berubah (Yeh 22:30). Bolehkah kamu menjadi orang yang tidak akan memindahkan tanda purbakala doktrin dan amalan Alkitabiah?