Amsal · Proverbs

24:11
Jika kamu menahankan diri untuk menyelamatkan mereka yang ditarik ke maut, dan mereka yang siap untuk dibunuh;

Kamu tidak dapat bersembunyi daripada tugas. Kamu merupakan penjaga jiranmu. Allah menganggap ia tanggungjawabmu untuk membantu dan melindungi orang yang berada dalam bahaya maut yang tidak adil, jika kamu ada kuasa untuk menyelamatkan mereka.

Untuk menghargai sepenuhnya amaran ini, amsal ini bersambung dengan, “Jika kamu berkata, Lihatlah, kami tidak ketahuinya; tidakkah dia yang merenung hati menimbang itu? dan dia yang menjaga jiwamu, tidak tahukah dia? dan tidakkah dia membalas kepada setiap orang setimpal dengan pekerjaannya (Ams 24:12)?

Pokok perbincangan di sini ialah maut. Solomo dengan jelas sedang menyatakan bahaya maut. Orang yang memerlukan bantuan disebut sebagai “ditarik ke maut” dan “siap untuk dibunuh”. Kamu tidak berhutang untuk melibatkan diri dalam setiap perselisihan atau keperluan, tetapi risiko maut menuntut penglibatanmu.

Namun, oleh sebab prinsip campur tangan yang diajar di sini, ada suatu peringatan berilham bagimu untuk membantu orang lain kalau kamu dapat menyelamatkan mereka daripada masalah atau menolong mereka ke kejayaan (Yes 58:6-7; Luk 6:27-38; 10:25-37; 1Yoh 3:17), asalkan kamu tidak menyibuk (Ams 26:17).

Apa yang dianggap amsal ini ialah maut yang tidak adil. Tiada apa pun tanggungjawab untuk menyelamatkan orang yang dengan adil dihukum mati. Mencabut nyawa penjenayah yang layak ialah sebahagian daripada keadilan sejati (Bil 35:31). Bantuan di sini hanya bagi orang yang tidak layak untuk mati. Membantah hukuman maut derhaka terhadap Allah dalam beberapa segi (Kej 9:6; Ams 28:17; Rom 13:4).

Amaran ini sudah pasti berkaitan dengan para penguasa sivil, yang kerap kali dalam fikiran Solomo, sementara dia telah menulis ini bagi manfaat anaknya, yakni bakal raja Israel (Ams 1:8; 24:13; 27:11). Tugas mereka di hadapan Allah adalah untuk melindungi orang yang tidak dapat mempertahankan diri mereka sendiri (Ams 31:8-9; 20:28; 29:14).

Tetapi ia juga mencapai kepadamu, jika kamu dapat menyelamatkan nyawa orang yang dengan tidak adil diancam maut. Jika musuh itu ialah kerajaan, kamu seharusnya mengenal kewajaran hal itu dan berhikmah dalam pemakaian jalan. Contoh-contoh di bawah patut membantu keputusanmu.

Alkitab mengajar kisah Orang Samaria Yang Baik(Luk 10:30-37). Tetapi kamu juga patut mempertimbangkan Ruben (Kej 37:21-22), Yehuda (Kej 37:26-27), para bidan Ibrani (Kel 1:16-17), Yonatan (1Sam 19:4-6; 20:26-34), Husai (2Sam 17:7-14), Obaja (1Raj 18:4), Ester (Es 8:4-8), Ayb (Ayb 29:12-17), Ahikam (Yer 26:24), Ebedmelekh (Dan 2:12-18), dan anak buah Paulus (Kis 23:16-19).

Jika kamu hidup di Jermani pada zaman Perang Dunia Kedua, kamu besar kemungkinan ada peluang untuk menyelamatkan orang Yahudi daripada maut. Mencapai kesimpulan ini tidak mungkin sukar kalau adanya amsal ini dan teladan-teladan yang tersebut melekat kepada hatimu.

Sementara anak-anak yang belum lahir ditarik ke maut dan dibunuh di klinik pengguguran anak, patutkah kamu campur tangan menentang undang-undang untuk menyelamatkan mereka? Bagaimana mungkin kamu menyelamatkan bayi sementara ibunya yang membawa bayinya ke sana? Kamu mungkin harus membunuh ibu itu untuk menyelamatkan bayi itu, yang akan juga mati kerana itu. Dalam kes yang sebegitu tidak mungkin dan yang cabul sebegitu, percayalah kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Pengguguran anak dan meracuni bayi bukanlah baru. Ia berlaku di Kerajaan Rom, dan para rasul pun tidak memanggil untuk merusuh atau bercampur tangan. Jika kamu berjaya menghentikan pembunuhan bayi yang belum lahir di suatu tempat, ibunya yang suka membunuh akan mencabut nyawa bayi itu di tempat yang lain. Ketika kamu tidak dapat membantu, ada Allah yang nampak setiap ibu dan setiap anak. Dan ingat, jenayah-jenayah ini mungkin sedang mencerminkan penghakimanNya di atas suatu bangsa (Yeh 20:22-26; Rom 1:18-32).

Bagi pokok perbincangan tanggungjawabmu, pelajarannya dan amarannya adalah bagi situasi yang kamu dapat dengan jelas berbuat sesuatu untuk menyelamatkan seorang insan yang tidak bersalah daripada maut. Allah mendengar setiap dalih dan melihat setiap dorongan hati, dan Dia pasti akan membalas semula mana-mana pun orang yang mungkin membantu dengan bersubahat dalam kematian orang yang tidak bersalah (Ams 24:12; Pkh 5:8).

Namun, ada suatu maut lagi yang kamu mungkin tidak dapat sedar dengan mudah ketika merenung amsal ini. Alkitab mengajar bahawa perbuatan memalingkan saudara daripada kesalahan kepada kebenaran akan menyelamatkan jiwanya daripada maut, sebab kamu telah bantumemulihkan persekutuannya dengan Allah, dan kamu telah menangguhkan atau mengakhiri hukuman Allah dalam kehidupannya (Yak 5:19-20; Luk 15:24,32; Efe 5:14; 1Tim 5:6; Wah 3:1). Semoga kamu mengingati tugas dan kemuliaan ini yang diberi Allah dan memeluknya bagi keuntungan orang lain.