Amsal · Proverbs

25:20
Seperti orang yang merampas pakaian pada musim sejuk, dan seperti cuka pada niter, demikianlah orang yang menyanyi lagu kepada hati yang pedih.

Di sinilah hikmah yang berilham untuk berprihatin kepada orang yang kecewa. Apa yang diajar ibumu atau apa yang kamu telah baca dalam buku psikologi tidak penting. Di sinilah nasihat dari syurga untuk mengasihi orang yang dalam kesakitan hati. Kamu mungkin fikir pendekatanmu yang bersuka-suka itu harus menjadikannya lebih ceria, tetapi kalau kamu berbuat begitu, tiada bezanya untuk mencuri jubahnya pada cuaca sejuk atau merosakkan niter dengan cuka. Kamu penghibur yang buruk, dan kawanmu yang kasihan itu lebih baik berada tanpa dirimu mendampinginya.

Jika kamu suka kiasan, ada empat kiasan dalam amsal ini. Ada dua perumpamaan, satu metafora, dan satu metonim untuk ditelitikan. Ungkapan “hati yang pedih” merupakan metonim, yang dipakai sebagai kata ganti bagi orang yang kecewa dan kekhuatiran. Ada lebih daripada hati yang terlibat, kerana amsal ini berkenaan dengan orang yang sedang berdukacita. Kata gantian, “hati yang pedih” untuk orang yang berdukacita memendekkan ayat tetapi membesarkan maksud isinya.

Menyanyi lagu ialah metafora, yang dipakai untuk mengutuk apa pun pendekatan yang meremeh dan memperlekehkan orang yang sedang kecewa itu. Orang yang ada hati yang pedih tidak memerlukan orang menyanyi lagu kepadanya. Layanan yang tidak sensitif itu adalah seperti suatu pedang pada tulangnya. Dia juga tidak memerlukan apa yang bermuka-muka, pergaulan ramah-tamah, lawak jenaka, cerita, komen-komen yang tidak penting, atau kelakuan yang bersenang-senang di depannya. Padahal, pendekatan-pendekatan ini merendahkan maruah orang, menjengkelkan, dan merugikan.

Ia merendahkan maruah, menjengkelkan, dan merugikan orang sama seperti merampas pakaian orang pada musim sejuk. Daripada membantunya memanaskan badan, kamu sebaliknya mengambil apa sedikit yang ada padanya sebagai perlindungan dan meninggalkannya lebih teruk daripada yang asal. Betapa kejamnya itu! Pendekatan yang bersuka-suka dan yang semberono itu juga bercanggah dan merugikan sama seperti merosakkan sodium karbonat dengan cuka, yang asalnya dipakai untuk membasuh. Kedua-dua ini merupakan perumpamaan, kerana ditandai oleh perkataan “seperti”.

Pendapatmu tentang mengasihi orang yang sakit hati adalah tidak bernilai. Baik Allah mahupun manusia tidak kisah kalau kamu bersuka-suka atau ceria ketika menghadapi kecelakaan dan kedukaan. Baik Allah mahupun manusia tidak kisah kalau kamu cenderung bergembira dan jenis menceriakan ketika orang lain dalam ketakutan dan kebimbangan. Kamu betul-betul salah tentang kehidupan, dan kamu akan kesal akan kesalahan itu pada suatu hari (Pkh 7:1-6; 12:13-14). Di sinilah hikmah yang berilham: kamu harus bersimpati dengan mereka yang kecewa atau yang sedang berdukacita. Kamu harus menangis dengan mereka yang menangis dan menderita dengan mereka yang menderita (Rom 12:15; 1Kor 12:26).

Satu gelas wain ialah cadangan yang lebih baik daripada bebelan kosongmu, soalan-soalanmu yang tidak bermakna, usahamu berbuat lawak, sikap optimistikmu yang jahil, ketawamu akan cerita masa silam, taktik mengalihkan perhatian, atau cadangan-cadangan yang bodoh (Ams 31:6-7). Pernahkah kamu fikir mengapa orang tidak memanggilmu pada masa kesesakan? Kamu harus hairan akan itu. Jangan hairan lagi. Mereka inginkan simpati yang berbelas kasihan dan yang cerdik, iaitu apa yang bertentangan dengan pendekatanmu yang bebal dan yang bersuka-suka.

Ketika kamu berbual secara bersuka-suka dengan orang yang ketakutan, berdukacita, atau sedang menderita, mereka sangat terluka kerana kesakitan mereka itu tidak penting kepadamu. Bebelanmu yang bebal itu memberitahu mereka bahawa kamu tidak faham, tidak mengambil berat, dan akan melupakan mereka pada saat kamu meninggalkan bilik itu. Mereka hairan betapa kamu bersikap tidak ambil peduli, tidak matang, tidak sensitif, dan biadap pada masa kesesakan mereka yang paling keperluan. Daripada menghargai kehadiranmu, mereka tidak sabar menunggu kamu pergi, supaya mereka dapat menemui hiburan daripada kawan lain atau pun menemui hiburan dalam kesunyian!

Hamba-hamba Kristus patut ada perilaku yang berbelas kasihan dan mengambil peduli akan mereka yang sedang menderita (Ibr 5:2). Walaupun dibebankan banyak tugas dan kesuntukan masa, mereka tidak boleh layan penderitaan-penderitaan itu dengan cara menguruskan niaga atau dengan cara rasmi. Mereka harus memakai masa untuk berduka dengan yang kecewa, merasai kesakitan penderitaan, merasai kesakitan berkabung, memahami kengerian orang yang takut, atau membayangkan dukacita orang yang sedang menyesal. Tiada kebaikan untuk mengaturkan temujanji yang kejar masa melawat orang yang pedih hati dengan doa-doa yang laju dan perbualan biasa.

Belas kasihan yang sejati menyertai orang yang turut berdukacita dan yang merasakan ketakutan, kesakitan dan kebimbangan yang sedang dialami orang lain itu (Ibr 13:3). Simpati yang berempati ialah tindakan yang membayangkan diri sendiri dalam situasi orang lain dan merasakan situasi-situasi yang memberi kesan kepada mereka. Inilah kasih Kristian yang sejati (1Kor 13:4-7; 12:25-26). Apa pun pendekatan yang lain, baik mengelak mereka yang dalam kesakitan mahupun bersuka-suka ketika nampak kesesakan mereka, menunjukkan suatu semangat yang mementingkan diri sendiri yang tidak mengenal kasih Kristus. Kamu punya kemahiran sosial rosak dan tidak berfungsi seperti yang ditakrifkan Roh Allah dan hikmah syurgawi.

Tuhan Yesus Kristus, satu-satunya Manusia yang sempurna yang pernah disaksikan dunia, ada belas kasihan ke atas orang yang pedih hati (Mat 14:14; 20:34; Luk 7:13; Yoh 20:15). Dia tidak pernah menyanyi lagu kepada mereka; Dia memikul dukacita mereka ke atas diriNya sendiri dan menghiburkan mereka (Yes 53:4; Mat 8:17; Yoh 8:11). Dia mengambil berat akan kesesakan dan pencubaanmu dengan pemahaman yang paling dalam, dan kamu harus rela dan mampu untuk melakukan sedemikian bagi orang lain juga (Maz 103:13-14; Ibr 2:17-18; 4:14-16).