4:9
Dia akan menaruh pada kepalamu suatu hiasan rahmat: suatu mahkota kemuliaan akan dia sampaikan kepadamu.
Perkasakan kehidupanmu dan reputasimu seperti seorang penguasa. Jadikanlah hikmah dan pemahaman kewajibanmu (Ams 4:7-8). Solomo memberi anak-anaknya kekuasaan yang telah ayahnya beri kepadanya. Daud dan Batsyeba telah mengajar dia untuk memperoleh hikmah mengatasi segalanya dan untuk jangan sesekali melupakannya (Ams 4:1-8).
Tidak hairanlah Solomo tahu apa untuk tanya, ketika Allah menawarkannya apa pun yang dia inginkan (1Raj 3:5). Ibubapanya telah mengajar dia dengan baik. Dia tahu hikmah ialah hartamilik yang paling penting di bumi. Dia tidak minta untuk umur panjang, kekayaan, perempuan, pembinasaan musuh-musuhnya, atau apa pun hal yang sia-sia. Dia mahu hikmah dan pemahaman (1Raj 3:6-10).
Oleh sebab pilihan Solomo ini yang sangat berhemat, Allah telah memberinya hati yang berhikmah dan pemahaman yang lebih besar daripada mana-mana hati orang lain (1Raj 3:11-12). Dan TUHAN juga telah memberinya kekayaan, kehormatan, dan umur panjang sebagai ganjaran tambahan bagi pilihannya yang sungguh berhikmah (1Raj 3:13-14). Solomo sudah siap berjaya dari segala segi. Dan bagaimana? Dengan mengutamakan dahulu hikmah!
Daud tahu tentang kepentingan hikmah. Selepas membunuh Goliat dan memasuki jawatan awam, reputasi Daud bangkit secara mendadak kerana hikmahnya hebat dalam pengendalian isu-isu semasa (1Sam 18:14-16). Berbanding dengan Saul yang bebal dan yang cabul, Daud ialah teladan yang cemerlang untuk nilai-nilai murni dan hikmah. Raja Saul beriri hati dengan Daud, tetapi Israel mengasihi dan menyanjungi dia (1Sam 18:28-30).
Hai ibubapa, adakah kamu menanggapi amsal ini? Hal yang paling penting yang dapat kamu ajar anak-anakmu ialah hikmah, yang merupakan daya penghakiman yang bentul berdasarkan firman Allah. Ia bermula dengan takut akan Tuhan (Ams 1:7; 9:10), dan ia tambah bina atas itu oleh firman Allah (Maz 19:7-10). Ia belajar untuk memikir, bercakap, dan bertindak seperti yang akan Allah buat, yang telah dinyatakan jelas-jelas dalam Alkitab. Daud, iaitu manusia yang menuruti hati Allah, tahu bagaimana untuk berfikir, bercakap, dan bertindak secara berhikmah.
Jika kamu menekankan pendidikan akademik anakmu, maka kamu sudah melepasi hikmah. Jika kamu menyanjungi pencapaian olahraga mereka, maka kamu sudah melepasi hikmah. Jika kamu memuji kejayaan-kejayaan kewangan atau kerjaya mereka, maka kamu sudah melepasi hikmah. Suatu hati yang berhikmah dan yang ada pemahaman datangnya daripada berjalan dengan Allah, belajar nas-nas kitab, dan memakainya dalam situasi-situasi kehidupan. Ia datang daripada bertafakur, mentaati, dan memakai Alkitab dengan cukup bertenaga (Maz 1:1-3; 119:98-100; Ibr 5:14).
Bagaimana pula jika anakmu mendapat ijazah PhD., main bola jaring secara profesional, dan menabur pendapatannya ke dalam perniagaan-perniagaan yang berjaya sehingga dia menjadi seorang jutawan? Sudahkah dia mencapai kejayaan? Sudahkah kamu membantunya? Tidak! Tidak! Kerana tidak satu pun hal-hal ini akan membantunya dalam hal-hal penting dalam kehidupan, atau membantunya untuk menjamin keredaan Allah dan keredaan orang-orang baik (Ams 22:1; Luk 2:52).
Hai pembaca, bagaimanakah tentang dirimu? Adakah kamu faham kepentingan hikmah dan pemahaman? Tanpanya, kamu akan ada kehidupan yang disfungsi dan mati kesunyian. Rahmat dan kemuliaan sedang menantikan orang yang akan mencari hikmah dengan tekun (Ams 1:9; 3:22; 16:16; 18:1). Bagaimanakah caranya kamu membaca amsal ini? Sebagai suatu beban? Atau hanya sebagai minat bersahaja? Atau dengan keghairahan yang sungguh kedambaan? Berapa banyak minit dalam hari ini sudahkah kamu mengabdikan diri untuk mencari hikmah Allah?
Kamu tidak boleh menipu hukum-hukum syurga. Jika kamu harap untuk mencari kepuasan atau kejayaan dengan mana-mana jalan yang lain, kamu akan dikecewakan dengan teruk sekali, dan seluruh kehidupanmu akan menjadi suatu eksperimen yang pedih dalam kesia-siaan dan dalam kegemasan roh. Carilah hikmah dan pemahaman daripada nas-nas Kitab Allah yang sudah dikekalkan dan nikmatilah hidup yang puas bahagia dan yang berjaya. Jika kamu tidak tahu bagaimana untuk bermula, cubalah berdoa untuk hikmah kerana Allah akan dengan murah hati menjawab doamu (Yak 1:5).
Howard Hughes ada wang. Dan betul-betul banyak wang. Tetapi dia mengakhiri kehidupannya sebagai orang sunyi yang neurotik [ada gangguan emosi] dan orang tolol yang disfungsi. Puteri Diana sungguh popular, dan teramat popular. Tetapi kehidupannya dipenuhi dengan kesunyian, kepedihan, dan gangguan. Ty Cobb ada kejayaan olahraga, dan besar kejayaannya. Tetapi dia memakai kehidupannya dengan penuh kebencian, dan juga dibenci orang. Kehidupan-kehidupan ini merupakan contoh bagi kengerian untuk tidak mencari hikmah terdahulu.
John F. Kennedy, Jr. ada kelebihan dan potensi yang sangat besar, tetapi kebebalan memutuskan kemungkinan itu. Marilyn Monroe ialah seorang bintang, tetapi cahayanya dipadamkan di dalam kegelapan yang kelam lebam. Elvis Presley telah dipuja ramai orang pagan, tetapi dia mati penuh dengan dadah pada perdana kehidupannya. Beberapa contoh yang tersebut mengejar dosa sampai merosakkan diri mereka. Mereka menolak hikmah, dan kehidupan meludah mereka keluar seperti racun.
Daud ialah bongsu daripada lapan anak lelaki dan dia merupakan seorang gembala, yang tidak dipedulikan oleh keluarganya sendiri ketika Samuel datang untuk mengurapi seorang raja dari kalangan anak-anak lelaki Isai (1Sam 16:1-11). Tetapi Allah melihat pekerjaan-pekerjaan dalaman hatinya dan menyanjunginya mengatasi semua abangnya, keluarga Saul, dan setiap lelaki yang lain di Israel. Daud menyanjungi hikmah, dan itu telah menyanjunginya. Dia disayangi oleh Israel (1Sam 18:16), orang Filistin (1Sam 29:9; 2Sam 15:18-22), dan raja-raja yang terkenal (1Raj 5:1).
Daud ada hikmah yang jauh melebihi fikiran, percakapan dan tindak laku yang betul. Dia ada hikmah untuk melihat melebihi kehidupan ini dan sampai kepada kehidupan yang di akhirat. Dia nampak dan percaya janji-janji Allah dalam Yesus Kristus, dan dia meninggal dunia dengan hikmah yang merupakan hiburan yang manis itu (2Sam 23:1-5). Sukatan yang paling besar tentang kebebalan adalah untuk menyanjungi apa pun di dunia ini tanpa peduli apa yang di akhirat. Daud nampak Anaknya dan Tuhannya, Yesus Kristus, sebagai objek sejati untuk kedua-dua hidup dan mati (Maz 110:1).