Amsal · Proverbs

5:13
Dan tidak mentaati suara guru-guruku, dan juga tidak mencenderungkan telingaku kepada mereka yang memberiku arahan!Dan tidak mentaati suara guru-guruku, dan juga tidak mencenderungkan telingaku kepada mereka yang memberiku arahan!

Para pendosa seksual yang ada hati nurani akan berseru, “Mengapa aku tidak dengar cakap guru-guruku? Mengapa aku tidak mentaati amaran-amaran mereka? Sekarang ia terlalu lambat! Kehidupanku sudah rosak!” Semua ini ialah seruan-seruan orang bebal – yang telah menolak nasihat tentang dosa-dosa seksual. Dukacitanya besar, tetapi ia sudah terlambat.

Ia tidak penting sekarang. Dia sudah membinasakan hidupnya dengan para pelacur. Dia rasa mual dengan segala kesesalannya. Dia berhajat dia dapat kembali semula kepada yang asal. Mengapakah dia membenci arahan dan membenci celaan? Mengapakah dia tidak mentaati amaran-amaran guru-gurunya? Maklum akan tanda seruan yang menyerlahkan dukacitanya.

Bab ini dikhususkan untuk memberi amaran kepada orang teruna tentang dosa-dosa seksual. Salomo telah memberi amaran kepada anak lelakinya tentang perempuan asing yang bermulut manis – perempuan yang lacur (Ams 5:1-7). Amsal ini mengakhiri suatu ayat yang panjang, di mana dia memberi amaran kepada anak-anaknya untuk kekal jauh-jauh daripadanya, supaya jangan mereka akhirnya membinasakan kehidupan mereka dan berduka dengan tanpa harapan kerana telah mengetepikan arahannya (Ams 5:8-13).

Kepada sesiapa yang telah diberi banyak, banyak akan diwajibkan daripadanya (Luk 12:47-48). Jika pastor, ibubapa, guru, dan sahabat telah memberi amaran kepadamu terhadap dosa-dosa seksual, maka kesalahanmu dan hukumanmu akan lebih keras kerana telah berdosa menentang pengetahuan yang lebih besar. Pertimbangkan dukacita dan rasa salah yang dirasai Simson dan Daud kerana perbuatan berkendak mereka (Hak 16:20-21; Maz 51:8). Adakah ia benar, hai pembaca, bahawa kamu telah diajar dan diberi amaran tentang dosa-dosa seksual? Maka lari diri demi nyawamu!

Seks ialah anugerah besar daripada Allah, tetapi Dia telah mengehadkannya kepada perkahwinan dengan seorang pasangan (Ams 5:15-19), keras-keras mengutuk mana-mana keintiman yang lain (Ams 5:20-23). Teruna hangat berahi dengan keinginan seksual kerana hormon testosteron yang diberi Allah, tetapi mereka harus menguasai tubuh mereka dan mengehadkan fikrian seksual atau aktiviti seksual hanya kepada isterinya sahaja (Ams 5:19; 1Kor 6:13-20; 1Tes 4:3-8; Ibr 13:4).

Dunia kegilaan akan seks, kebanyakannya seks di luar perkahwinan, malah seks yang tidak semula jadi dengan jantina yang sama. Kemoralan sudah mati. Anak-anak yang sedang mencari seks kian hari kian muda. Para pengiklan mengambil kesempatan atasnya. Para penghibur menggalakkannya. Para penggubal undang-undang memberi alasan melepaskannya. Ibubapa mengizinkannya. Para orang farmasi melindunginya. Perempuan semakin memakai kurang kain di khalayak ramai; kebanyakan mereka lacur – memadamkan segala kongkongan untuk menerima seks bersahaja. Godaan bagi lelaki (dan perempuan) tidak pernah lebih besar berbanding kepada zaman ini.

Tetapi Allah sudah berbicara. Kalau tidak mengendahkanNya Dia akan membinasakan kehidupanmu. Dia telah mengehadkan seks kepada seorang lelaki dan seorang perempuan dalam perkahwinan yang mengasihi. Keintiman dengan mana-mana orang lain tidak dibenarkan. Dia mengajar itu pada zaman ciptaan (Kej 2:18-25). Bapa-bapa leluhur telah memahaminya (Kej 39:7-12). Hukum Musa telah melarangkannya (Ima 18:1-30). Dan injil mengutuknya (Efe 5:3-7; Ibr 13:4; Wah 21:8).

Pilihan-pilihanmu pada hari ini akan memberi kesan kepada kehidupanmu sepanjang sisa hayat nyawamu. Kamu sudah diberi amaran. Jika kamu memandang kepada pornografi, yang sangat menggoda, sedia ada, dan yang “tidak melukakan orang”, kamu akan membinasakan kehidupanmu (Ams 5:19-23; 6:25; 2Sam 11:2-4; Maz 101:3; Mat 5:28; Rom 6:16). Dan kaum perempuan harus ingat bahawa novel-novel romantis merupakan rakan sejawat dengan gambar lucah untuk lelaki. Kedua-dua ciptaan yang kenerakaan ini mengujakan nafsu untuk dosa seksual dan/atau membinasakan kepuasan.

Jika kamu sedikit pun tergoda oleh perhubungan yang tidak salih, maka berbuatlah apa jua untuk menjauhinya. Yesus akan memberitahumu untuk mencungkil keluar mata kanan atau potonglah tangan kananmu untuk mengelakkannya (Mat 5:29-30). Sesetengah dosa kamu dapat melawan, tetapi dosa yang ini harus kamu lari (2Tim 2:22). Jika kamu ada hati nurani yang sedikit sakit pun, itulah belas kasihan suci Allah bagimu. Bertaubatlah, dan berlarilah, sekarang juga!

Kamu tidak dapat kembali saat kamu berdosa secara seksual (Ams 6:32-33; Ula 22:13-21). Pampasan apa pula yang akan kamu beri? Itu akan dipandang hina sama sekali (Ams 6:34-35; Kid 8:6-7). Jerat sudah menangkap dan kamu tidak dapat dilepaskan. Hanya oleh rahmat besar dan pada peristiwa yang jarang akan Allah memulihkan para pendosa seksual (Ams 2:18-19; 5:4-5,11,22-23; 7:26-27; 9:18; 23:27; Pkh 7:26). Jangan bermegah akan peluang bertaubat esok; Allah mungkin meninggalkanmu untuk mereput di dalam dosa-dosamu tanpa kemampuan untuk bertaubat.

Tetapi hai pembaca, kamu tidak dapat mengehadkan amsal ini kepada dosa-dosa seksual. Jika kamu sudah diajar kebenaran atau hikmah bagi apa-apa subjek, maka kamu harus menyanjungi ajaran itu dan membenci segala jalan yang palsu (Maz 119:128). Allah Yang Maha Benar akan mempertanggungjawabkanmu bagi dosa yang dibuat secara berani terhadap belas kasihan arahan dan amaran (Ams 29:1; Bil 15:30-31; Luk 12:47-48; Yak 4:17).

Salah satu hari yang ngeri akan datang, di mana ketakutannya, dukacitanya dan keseramannya tidak dapat dijelaskan, sebab kamu akan memberi perhitungan akan kehidupanmu kepada Allah (Pkh 12:14; Rom 14:10-11; 2Kor 5:10-11; Wah 20:11-15). Ia akan menjadi terlalu lambat untuk mula mengambil perhatian kepada ajaran ibubapa atau pastor. Kitab-kitab akan dibuka, dosa-dosamu yang berani akan terdedah, dan hukuman kekekalan akan dijatuhkan.

Pada hari itu, kamu akan harap pastor telah berkhutbah dengan lebih lama, ibubapamu telah lebih tegas terhadapmu, pastormu telah berkhutbah dengan lebih keras, dan ibubapamu telah menghukummu dengan lebih keras. Kamu akan berhajat supaya dapat berpatah balik dan menghadiri gereja dengan perangai yang berbeza daripada dahulu. Kamu akan berhajat supaya kamu telah mengendahkan amaran. Perubahan dalam pandanganmu akan menjadi sungguh besar dalam seketika sahaja.

Hanya ada satu jalan untuk mengelak padah buruk amsal ini dan hari itu: taat pada hari ini juga apa yang telah diajar kepadamu. Jika kamu taat hari demi hari peraturan Allah dan amaran ibubapa dan pastor tentang dosa, maka kamu langsung tidak akan mengalami dukacita yang tiada harapan yang disebut amsal ini. Tetapi jika kamu dengan angkuh atau dengan memberontak mara di dalam nafsu-nafsumu, maka kamu akan menderita dengan teruk sekali.