6:17
Pandangan yang angkuh, lidah yang menipu, dan tangan yang menumpahkan darah orang yang tidak bersalah,
Allah benci tujuh perkara dan disinilah tiga (Ams 6:16-19). Solomo baru sahaja menulis, “Enam perkara yang TUHAN benci: ya, tujuh adalah kekejian bagiNya:” (Ams 6:16). Untuk mendapatkan kejayaan dan hikmah di dalam hidupmu, kamu harus buang apapun aspek dosa-dosa ini keluar daripada hidupmu.
Keangkuhan, penipuan, dan membunuh itu diterima sebagai kebiasaan pada hari ini (sila teruskan pembacaan), tetapi kesemuanya ini kekejian bagi TUHAN. Dia belum berubah; Dia langsung tidak akan berubah. Jika kamu inginkan Allah Alkitab menentang kamu, benarkan satu atau lebih dosa-dosa ini di dalam hidupmu (Maz 47:2; 66:3-5; 68:35; 99:3). Jika kamu inginkanNya memihak kepadamu dengan berkat dan keredaan, bencilah dosa-dosa ini.
Masyarakat yang rosak berusaha untuk mengharamkan rasa benci, tetapi Allah masih benci dosa dan para pendosa (Maz 5:5; 11:5; Mal 3:6; Ibr 13:8). Janganlah memperdayakan dirimu sendiri. Allah syurgawi bukanlah seorang tua nyanyuk yang telah dilukis oleh Michaelangelo bagi para paus dan para kardinal. Dia marah dengan penjahat setiap hari (Maz 7:11). Dan Dia akan tidak lama lagi membuang musuh-musuhNya ke dalam neraka (Maz 9:17; Mat 7:23; Wah 20:11-15).
Sebelum memberi alasan untuk melepaskan dirimu sendiri daripada amsal ini, pertimbangkan tiga hal. Pertama, Allah benci lebih daripada tujuh dosa – Dia benci semua dosa dan pendosa (Maz 5:4-6; 11:4-6). Kedua, pemakaian amsal ini sungguh luas dan termasuk banyak lagi daripada apa yang kamu fikirkan (Maz 119:96; Mat 5:21-22). Dan ketiga, kamu akan tidak lama lagi memberi pertanggungjawaban kepada Allah akan dosa-dosa ini (Peng 12:13-14).
Makna yang betul itu penting. Kalau tidak, orang yang menganggap diri sendiri benar itu cuba melepaskan diri (Neh 8:8). Apabila Alkitab mengutuk suatu pandangan yang angkuh, lidah yang menipu, dan tangan yang membunuh, ia bermaksud lebih daripada air muka, ucapan atau tingkah laku yang berdosa. Ia termasuk setiap dosa yang berkenaan yang akan jatuh ke dalam kategori umum itu. Sebagai contoh, suatu emel yang menipu tanpa mengucapkan perkataan pun dikutuki.
TUHAN benci pandangan yang angkuh. Dia tidak akan tahan apapun jenis keangkuhan di dalam malaikat ataupun manusia. Dia membuang Iblis dengan malaikat-malaikatnya daripada syurga kerana keangkuhan (Yes 14:12-15; 1Tim 3:6; Yud 1:6). Dia benci sikap menghargai diri sendiri, persengketaan, fikiran meninggi-ninggikan diri, mempromosikan diri sendiri, kemarahan sombong, hidup tanpa beragama, mementingkan diri sendiri, mata yang angkuh, dan kedegilan di antara dosa-dosa yang lain (Ams 13:10; 14:3; 21:24; 25:27; 26:16; 30:17; Maz 10:2-6; Yes 2:11-12; Rom 12:3; Gal 6:3; 2Tim 3:1-5).
TUHAN benci lidah yang menipu. Dia suka kebenaran, dan Dia benci segala perdayaan. Iblis itu bapa segala dusta, dan anak-anaknya serupa dengannya (Yoh 8:44; Efe 2:1-3). Penipu menujui neraka (Wah 21:8; 22:15). Allah benci perbuatan membesar-besarkan cerita, penipuan, menggambarkan sesuatu dengan salah, bersaksi dusta, fitnah, tawar-menawar dengan teruk, mengangkat-angkat orang, berdiam sesudah sumpah bercakap benar, dan bergurau senda di antara dosa-dosa penipuan yang lain (Ams 10:18; 12:22; 19:5; 20:14,23; 26:18-19,28; Kel 23:1; Ula 19:16-21; Ayub 17:5).
TUHAN benci tangan yang membunuh. Dia suka kehidupan, sebab Dia Allah yang hidup, dan Dia memberi hidup dan nafas kepada semua (Kej 2:7; Yes 42:5; KPR 17:25). Hidup itu suci, bukan kerana manusia itu istimewa, tetapi kerana Allah telah menciptakannya dan mempertahankannya. Dia menuntut hukuman mati bagi perbuatan membunuh (Kej 9:6), dan sesiapapun yang tidak bersetuju itu orang bebal. Iblis itu seorang pembunuh dari permulaan, dan demikian juga anak-anaknya, yang kesemuanya pergi ke neraka (Yoh 8:44; Wah 21:8; 22:15).
Allah benci perbuatan menggugurkan anak, mengumpat, kepahitan, perbahasan, iri hati, dendam, niat jahat, pembunuhan, membunuh kerana kecuaian, persengketaan, kemarahan bebal, pengabaian mendisiplinkan anak, caci maki, membunuh binatang dengan tidak semena-mena, tidak mengendahkan teriak minta tolong, kekurangan belas kasihan, murka, menahan hukuman mati, dan membawa mulut sebagai dosa-dosa pembunuhan yang lain (Ams 12:20; 13:24; 22:6-7; 23:13-14; 31:8-9; Kel 21:22-25,28-29; Ula 22:6-8; Mat 5:21-26; Gal 5:19-21; Efe 4:31-32).
Firman Allah harus ditafsirkan dan dipakai secara luas (Mat 5:27-32; Luk 10:29-37). Tuntutannya jauh melebihi batasan-batasan yang hatimu harapkan bagi firmanNya. Hal-hal inilah yang Allah benci. Namun sebegitu, hal-hal ini kurang dikhutbahkan pada hari ini. Orang jenis peka terhadap pencari itu inginkan kamu berfikir bahawa semuanya baik-baik sahaja. Tetapi kamu boleh nampak bahawa mungkin ada satu atau dua dosa yang mengutukimu. Kamu perlu membuangkannya daripada hidupmu dan ajarlah peraturan-peraturan ini kepada anak-anakmu.
Adakah ia benar untuk menyatakan bahawa keangkuhan itu diterima pada hari ini? Sudah tentulah! Orang psikologi, para pendidik dan pastor-pastor menyanjungi sikap menghargai diri sendiri, mengasihi diri sendiri, dan yakin terhadap diri sendiri sebagai ubat penawar bagi masalah-masalah perhubungan. Ini hanya istilah-istilah bebelan bagi pujaan diri sendiri yang jahil dan mementingkan diri sendiri. Inilah hanya salah satu contoh keangkuhan yang diterima pada hari ini. Agama Kristian yang benar itu bertentangan – mengasihi orang lain melebihi diri sendiri (Mat 22:39; Rom 12:10; Efe 5:21; Fil 2:3-4; 2Tim 3:1-2).
Adakah ia benar untuk menyatakan bahawa menipu itu diterima pada hari ini? Sudah tentulah! Orang politik membuat janji-janji yang tidak dihitungkan atau tidak ingin ditunaikan. Jika ditangkap di dalam kesilapan moral atau kesilapan politik, mereka akan memutar-belitkan perkataan untuk mengelakkan dituduh salah. Istilah “Legalese” ialah istilah yang kerap-kali dipakai untuk para peguam yang bersilat kata (Luk 10:29). Pernahkah kamu tawar-menawar dengan seorang penjual dengan menunjuk-nunjukkan kecacatan di dalam barang niaganya dan selepas itu memegahkan diri tentang mendapatkan barang itu pada harga yang murah (Ams 20:14)?
Adakah ia benar untuk menyatakan bahawa pembunuhan itu diterima pada hari ini? Sudah tentulah! Kemarahan atau mengutuki orang tanpa sebab yang betul ialah perbuatan membunuh (Mat 5:21-22). Apapun pengguguran anak bagi apapun sebab ialah perbuatan membunuh (Kel 21:22-25). Jika tegas mendisiplinkan anak boleh menyelamatkan mereka daripada kematian awal, maka pengabaiannya itu suatu bentuk pembunuhan (Ams 23:13-14). Mengumpat, membawa mulut, dan membisik itu adalah cara-cara membinasakan nama baik seseorang, yang adalah suatu bentuk mengambil nyawa orang lain (Ams 18:8; 26:22; 12:18).
Pembaca! Kamu dikutuki! Daud menjelaskannya sebegini, “Jika engkau, TUHAN, menghitung kedurjanaan, ya Tuhan, siapakah yang akan bertahan?” (Maz 130:3). Daud pun, iaitu kesukaan Allah, tahu bahawa dia bermasalah jika Allah mengambil kira dosa-dosanya. Jika Allah menghitung dan mencatat kesemua dosa, maka setiap manusia itu dikutuki ke akhirat penghakiman. Sementara Allah melakukan sedemikian, Dia akan menunjukkanmu setiap pelanggaran amsal ini pada hari yang sedang menjelang (Peng 12:13-14; Wah 20:11-15).
Tetapi itu bukanlah akhir ceritanya, sebab Daud seterusnya menulis, “Tetapi ada pengampunan denganMu, supaya engkau ditakuti” (Maz 130:4). Tanpa pengampunan, Allah tidak boleh didekati, tetapi ada belas kasihan bagi mereka yang memanggil Allah, iaitu perbuatan yang hanya dilakukan oleh orang pilihan (Yoh 3:19; 5:40; 6:44; 8:45). Iman itu hasil daripada takdir (KPR 13:48), sebab manusia di dalam sifat semulajadinya itu hanya ada rasa keji dan sikap memberontak terhadap injil (1Kor 1:18:24; 2:14).
Allah telah pilih untuk mengampuni orang pilihanNya sebelum dunia dijadikan dengan mentahbiskan Yesus Kristus untuk mati sebagai ganti mereka (Yoh 6:38-39; 10:26-29; 17:2; Rom 5:6-21; 8:29-39; Efe 1:3-11; 1Pet 1:20). Allah tidak berhutang belas kasihan dan kasih kepada sesiapapun; Dia hanya memberikannya kepada mereka yang Dia pilih (Kel 33:19; Rom 9:15). Jika kamu mengasihiNya, Dia telah mengasihimu dahulu (1Yoh 4:19). Dengan membenci ketiga-tiga dosa ini demi Dia, hidupmu yang berakhlak mulia itu membuktikan pemilihanmu (2Pet 1:5-11; Maz 15:1-5).