12:27
Orang yang kekukangan tidak memanggang hasil buruannya: tetapi harta orang yang tekun itu berharga.
Siapkan segala tugas. Orang yang kekukangan memulakan projek, tetapi mereka tidak menyiapkannya. Mereka mungkin suka memburu, walaupun sukar dan makan banyak masa, namun mereka hilang ikhtiar, tenaga, dan tumpuan apabila sampai ke rumah dan perlu menyediakan dan proses daging itu.
Sebaliknya, orang yang tekun dan mulia mengambil semua daging itu dan tidak berehat sehingga ia dibungkus dan diaturkan dengan kemas di peti sejuk beku. Dia tahu apa pun hasil daripada buruan ialah berkat, dan dia pasti akan memakainya sepenuh-penuhnya. Dia dengan berhikmah menghargai apa pun aset dan apa pun pendapatan.
Pemburu banyak bersiap untuk pemburuan. Mereka menyelaras pejera senapang, meninjau kawasan buruan, mendapatkan pondok pokok mudah alih, dengan teliti memilih baju dan perlengkapan, bangun sebelum senja ketika masih sejuk dan gelap, mengangkat pondok pokok itu jauh ke dalam hutan, memasangkannya pada pokok, dan menantikan rusa itu. Sesudah menembak seekor, mereka bersorak-sorai bersama kawan-kawan, mengeluarkan isi perut rusa itu, menyeretnya ke trak, yang dipandu melalui pekan sementara puji-pujian orang kedengaran. Orang yang kekukangan itu mungkin nampak tekun setakat ini.
Tetapi sesudah dia sampai ke rumah, tenaganya hilang! Bangkai itu mengisi hatinya dengan kemalasan – sangat banyak kerja untuk dibuat! Jadi dia memberinya kepada jirannya dengan sangat murah hati, buangnya ke dalam rumah sampah, tinggalkannya untuk dimakan anjing-anjingnya, atau membiarkannya reput di dalam tempat letak kereta (garaj). Dia seterusnya memesan piza untuk bersantai dengan sarapan yang layak diterimanya setelah sepanjang hari berjerih-lelah. Hal membersihkan senapangnya pun dia tidak lakukan. Betapa bazirnya! Dia membazirkan berkat Allah yang baik itu sementara jerih lelahnya sedikit sahaja.
Tetapi orang yang tekun itu lain semangatnya. Dia suka kegiatan memburu, tetapi dia tahu itu adalah untuk sesuatu tujuan. Dia menyiapkan, menyembelih, dan memproses semua daging yang ada sampai yang paling sedikit pun dipakai untuk masa depan, dan dia memasang label pada setiap bungkus dengan teratur bagi kemudahan isterinya. Dan dia membersihkan senapangnya dengan teliti untuk mengekalkan nilainya. Dia bersyukur untuk anugerah rusa itu, dan dia berusaha untuk mengambil kesempatan sepenuh-penuhnya ke atas berkat Tuhan itu. Dia mengambil sebahagian daging itu untuk dipakai sebagai sarapan malam keluarganya.
Betapa besarnya perbezaan dua lelaki ini! Orang yang kekukangan itu tidak dapat menyiapkan projek untuk memperoleh keuntungan jerih lelah, tetapi orang yang tekun pula nampak nilai untuk menyiapkan segala tugas dan memelihara dengan teliti setiap aset dan pendapatan. Kekukangan itu bebal, membazir,dan membinasakan. Ketekunan itu berhikmah, beroleh banyak sumber, dan sangat berhasil. Orang yang tekun akan memerintah (Ams 10:4; 12:24; 22:29).
Wahai pembaca, berwaspada. Pelajaran baik Allah dan Salomo di sini bagi kejayaanmu tidak ditemui dalam banyak versi Alkitab moden. Amsal ialah kata-kata pujangga (Ams 1:6; Yoh 16:29), dan oleh itu para penterjemah sudah tercicir pelajaran berhikmah tentang menghargai dan mengekalkan aset dan pendapatan. Alkitab versi King James, dengan lebih 400 tahun buah rohani yang membuktikan berkat Allah ke atasnya, telah dipaparkan di atas, dan ia dengan cukup jelas menyampaikan suatu pelajaran yang sungguh berharga bagimu.
Salomo berkata, “Dia yang kekukangan dalam pekerjaannya ialah saudara kepada dia yang merupakan pembazir besar” (Ams 18:9). Seorang yang kekukangan dan seorang yang pembazir merupakan saudara dalam suatu keluarga yang menuju ke kerosakan kewangan. Tetapi orang yang disebut amsal ini merupakan kedua-duanya. Kekukangannya itu menyebabkannya untuk membazirkan keredaan Allah yang besar. Etika kerja Esau yang cabul pun tidak ada padanya (Kej 27:30-31).
Setiap lelaki, setiap perempuan, setiap budak, setiap hari, menghadapi isu ini dalam tugas mereka, di rumah mereka, di sekolah, dan dengan berbilang aspek kehidupan. Projek yang baik dimulakan, tetapi ia bukan selalunya disiapkan. Gangguan, kesukaran, kekukangan, dan sikap suka menangguh itu menahan penyiapannya. Mereka meninggalkan bangkai yang sedang reput di tempat letak kereta (garaj) yang tidak lama kemudian menjadikan rumah busuk.
Wahai pembaca, sudahkah kamu memulakan apa pun projek yang patut kamu siapkan pada hari ini untuk menjadi berhasil dan menghargai berkat-berkat Allah dalam kehidupanmu? Atau akankah kamu membazirkan kebaikanNya dengan meninggalkan tugasmu itu tidak tersiap, dengan separuh sahaja melabur jerih lelah, tetapi keuntungan sepenuhnya pula tertinggal untuk orang yang tekun? Ada sukacita dalam tugas yang baik, iaitu apabila tugas itu habis disiapkan. Ujilah hikmah ini. Jika kamu berterusan dalam usaha yang separuh itu, maka Tuhan akan menarik kembali berkat rezeki rusa itu.
Pakai pelajaran berharga amsal ini untuk kejayaanmu. Allah telah memberimu kerja di syarikat, tetapi sudahkah kamu mengambil kesempatan yang penuh atas jaringan-jaringannya, pembelajarannya, kenaikan pangkatnya, atau peralihannya? Dia telah memberi kamu rumah, tetapi sudahkah kamu menjaganya dengan baik supaya nilai pasarannya itu sama dengan harga belinya atau melebihi harga belinya? Kamu ada beberapa peluang pendidikan, tetapi sudahkah kamu mencari sepenuh-penuhnya ijazah yang paling baik untuk bayaran yang paling rendah dengan potensi pendapatan yang paling tinggi?
Fikir akan cara-cara lain kamu mungkin kekukangan dan pembazir untuk menghilangkan berkat-berkat yang Allah beri kepadamu. Dia memberi kamu seorang pasangan, tetapi sudahkah kamu mengasihi pasangan itu seperti yang diajar Pencipta kasih dan seks dalam Alkitab supaya menjadikan nyata kenikmatan penuh yang sedang menantikanmu itu? Dia mungkin sudah memberimu anak, tetapi sudahkah kamu melabur ke dalam mereka didikan yang berhikmah yang akan menjadikan mereka tiang-tiang yang mulia di keluargamu, di masyarakat, dan di kerajaan Allah? Pakailah pelajaran amsal ini dengan seluas-luasnya.
Hai ibubapa, ia tugasmu untuk mengajar anak-anakmu disiplin menyiapkan setiap projek yang dimulakan mereka. Ini melibatkan didikan, susulan, dan hukuman, tetapi ini akan menghasilkan anak yang berjaya dan yang mulia pada masa depan. Mereka langsung tidak akan menjadi berjaya dalam kehidupan, jika kamu membenarkan mereka untuk memulakan projek tanpa menghabiskannya. Ajarlah mereka hikmah Salomo, lalu nantikan didikanmu menghasilkan buah yang berharga. Siapkan projek keibubapaan ini seperti yang patut kamu buat bagi projek-projek yang lain.
Di sinilah juga gambar orang Kristian yang malas. Mereka mendengar khutbah sama yang juga dikhutbahkan kepada yang lain. Sesetengah tidak bersiap mendengar, maka ia jatuh pada pinggir jalan, dan iblis merampaskannya. Sesetengah pula mungkin menerimanya dengan sukacita, tetapi mereka membiarkan kekhuatiran dunia untuk mengalihkan perhatian mereka. Tanpa suatu keinsafan yang mendalam, sesetengah yang lain pula takut dianiaya, maka mereka mengelakkan tugas mereka terhadap kebenaran (Mat 13:19-21). Hanya orang yang dengan tekun menerimanya dan yang menghasilkan buah merupakan murid-murid Yesus yang sejati (Yoh 8:31; 15:8; 2Pet 1:9).
Berapa banyak kali telah kamu diberi dengan murah hati, atau dengan tekun mendapat keinsafan daripada khutbah, tetapi selepas itu membiarkannya lesap? Allah telah menyelamatkanmu daripada pembaziran besar sedemikian. Rahmat dalam jiwamu yang menimbulkan keinsafan memang sungguh berharga. Jangan sesekali membazirkannya. Usahakannya. Sekarang juga! Janganlah sesekali pun berhenti berebut bagi hadiah panggilan tinggi Allah sehingga kamu mencapai garis penanda itu. Ia memang suatu hakikat yang diajar oleh Tuhan bahawa orang ganas mengambil kerajaan syurga secara memaksa (Mat 11:12).
Biar Allah melarang dirimu untuk membuat suatu pengakuan Kristus dan selepas itu menghilang ganjaranmu yang sepenuhnya. Orang akan cuba memperdayakanmu daripada ganjaran itu, jadi kamu harus sungguh-sungguh berjuang untuknya (Kol 2:18; Yud 1:3; 2Yoh 1:8). Ada peperangan bagi jiwamu, yang harus kamu berjuang sampai ke akhir, supaya jangan kamu menjadi orang buangan melalui kekukangan rohani (1Pet 2:11; 5:8; 1Cor 9:27; 2Tim 4:7). Bagi tujuan ini kamu berhimpun dengan orang lain untuk diprovokasi untuk melengkapkan bahagian terakhir perlumbaanmu (Ibr 10:23-25).
Tuhan yang bahagia tidak akan kehilangan satu jiwa pun yang telah diberi kepadanya (Yoh 6:39; 17:3; Ibr 2:13). Wahai pembaca Kristian, adakah kamu gembira bahawas Juruselamat kita telah menolak segala kekukangan dalam kehidupanNya dan pekerjaanNya? Adakah kamu gembira tidak seorang pilihan pun ditinggalkanNya tidak terselamat? Jika Dia memang berbuat sebegitu, ia mungkin kamu yang tertinggal. Dia pergi bekerja, Dia siapkan kerjaNya (Yoh 4:34; 19:30). Haleluya! Amin!