Amsal · Proverbs

12:28
Dalam jalan kewajaran ada hidup; dan dalam jalan itu tiada maut.

Mungkinkah adanya kehidupan yang abadi? Mungkinkah adanya kehidupan yang penuh nikmat tanpa mati? Ponce de Leon mencari-cari mata air kemudaan. Manusia cuba bersenam, berdiet,bernutrisi tambahan, dan mengikuti perubatan alternatif untuk memperkasa dan melanjutkan nyawa, tetapi mereka mati dengan pedih, dan dengan lekas, dan dengan pasti seperti orang lain. Mungkinkah keabadian dan kehidupan kekal mungkin? Amsal ini mengajar bahawa ia mungkin. Kehidupan tanpa kematian ditemui di jalan kewajaran (Ams 10:2; 11:4,19).

Ketakutan manusia yang paling besar ialah kematian, dan ketakutan ini memperhambakannya kepada bohong keagamaan dan semua bentuk perdayaan dan penipuan (Ibr 2:15). Jika evolusi itu benar, maka ia sudah patut lama dahulu mengevolusikan keluar kematian sementara itulah kelemahan yang paling besar di dalam setiap spesis. Tetapi evolusi ialah bohong, sebab nak mengubahkan jangka hayat pun tidak menurut catatan sejarah manusia 4000 tahun kebelakangan ini. Manusia hanya boleh harap untuk diselamatkan daripada maut. Mereka tidak mempunyai jalan untuk melambatkannya atau menghentikannya (Pkh 8:8).

Apakah jalan kewajaran? Ia kehidupan yang menuruti hikmah – takut akan Allah dan mematuhi perintah-perintahNya (Ams 8:12-21,32-36; 13:14; 14:27; 16:17; Mat 21:28-32). Ia lebuhraya kekudusan dan jalan kewajaran – ia lebuhraya Raja – jalan yang suntuk dan yang sempit, iaitu Jalan Yesus Kristus, yang membawa kepada kehidupan, yang hanya segelintir orang menemuinya (Mat 7:12-14; 22:14).

Apakah kematian? Ia tubuh jasmani yang mati – dan lebih lagi. Ia juga kematian kepada persekutuan dan sukacita dengan Allah (Luk 15:24; 1Tim 5:6). Ia melibatkan keadaan mati jiwamu melalui kelahiranmu yang pertama (Kej 2:17; Efe 2:1-3). Ia mati sebelum waktumu oleh penghakiman Allah atau penghakiman manusia (Maz 55:23; Pkh 7:17). Ia kematian kedua di lautan api (Wah 20:14; 21:8).

Orang bebal menghadapi kematian awal oleh manusia atau Allah. Jika mereka melakukan jenayah yang layak untuk hukuman mati, maka majistret akan membunuhnya. Jika hukuman mati diabaikan, maka Tuhan membunuh mereka. Mereka mati kerana penyakit kelamin (STD), pasangan yang cemburu, orang bebal lain, kemalangan dahsyat, dos dadah berlebihan, dan membunuh diri sendiri. Disiplin ibubapa dapat menyelamatkan mereka daripada kematian yang tidak kena pada waktunya (Ams 23:13-14). Dan kewajaran seperti dengan mudah menghormati ibubapa boleh menambah kepada jangka hayat mereka (Ams 20:20; 30:17; Efe 6:2-3).

Para pemberontak yang bebal menolak kewajaran lalu menuai kesan-kesannya yang tidak dialu-alukan (Ams 8:36). Ingatkah kamu akan anak-anak lelaki Eli, Jim Morrison, Amnon, Princess Diana, Ananias dan Sapira, Jimi Hendrix, Absalom, Marilyn Monroe, Adonia, Adolph Hitler, Haman, Alexander, Yudas, Eva Braun, Herodes Agripa I, James Dean, Nabal, Al Capone, Onan, JFK, isteri Lot, Firaun, Goliat, Martin Luther King, Belsyazar, banyak bintang rok, banyak artis rap, dsb.?

Orang bebal yang tidak mati awal mati tanpa harapan, dilempar ke neraka, dan menghadapi kematian yang kedua. Sementara mereka hidup, mereka mati; sesudah mereka mati, mereka kena mati lagi! Mereka menyembunyikan kehidupan mati dan disfungsi mereka dengan alkohol, pembedahan plastik, senyuman palsu, dan dadah. Kengerian kematian dan neraka akan menjatuhkan mereka, berulang-ulang kali. Mereka akan kesal hari kelahiran mereka; mereka akan berdukacita dalam penderitaan; mereka akan merayu untuk dihapuskan; tiada kelegaan selama-lamanya.

Hai pembaca, kewajaran melanjutkan nyawa! Kedurjanaan memendekkan nyawa! Di dunia ini dan di akhirat juga! Salomo telah melihatnya di kalangan para saudaranya sendiri dan banyak orang lain di generasinya. Dia mengulangi nasihat dan amaran ini banyak kali (Ams 3:2,16; 8:35-36; 9:11; 10:16,25,27-28,30; 11:4,7-8,19; 12:3,7; 13:9,14,22; 14:11,32; 15:24; 19:23; 21:12,15,21; 28:10,18).

Orang yang benar menikmati kehidupan yang baik sekarang (Ams 3:18; Yoh 10:10). Mereka sudah berlalu daripada kematian kepada kehidupan dan tidak akan menjadi terkutuk (Yoh 5:24). Pada waktu kematian, jiwa mereka disambut ke syurga; tubuh mereka tidur di kubur, dan menunggu untuk kebangkitan (Yoh 11:25-26; Kis 7:60; 1Tes 4:14). Kematian yang kedua tiada kuasa ke atas mereka (Wah 20:6,15). Di manakah dapat kamu belajar lebih tentang keabadian? Injil Yesus Kristus (2Tim 1:9-10; Tit 1:1-4)!

Ponce de Leon sudah lama mati (1460-1521), tetapi orang yang berada di jalan kewajaran mencemuh kematian! Mereka menjerit persendaan yang yakin terhadap musuh mereka yang dahulu mematikan itu, “Wahai maut, di manakah sengatmu? Wahai kubur, di manakah kemenanganmu? ... Tetapi syukur kepada Allah, yang memberi kita kemenangan melalui Tuhan Yesus Kristus” (1Kor 15:55-57). Adakah kamu cukup berhikmah dan bertabah hati untuk meninggalkan pintu yang lebar dan jalan yang luas supaya dapat menyertai mereka (Mat 7:12-14)?