Amsal · Proverbs

14:28
Kebanyakan rakyat merupakan kehormatan raja: tetapi kekurangan rakyat merupakan kebinasaan penguasa.

Alkitab ialah buku yang paling berguna di dunia. Di sinilah nasihat yang berhikmah untuk para penguasa, yang telah diajar Solomo kepada anak lelakinya, supaya dia dapat menjadi raja yang hebat. Kamu ada keistimewaan untuk membaca suatu peraturan berilham oleh raja yang paling berhikmah (Ula 17:18-20; Pkh 1:12-18; 12:8-11). Amsal ini memerhatikan bahawa kerajaan-kerajaan yang bertambah besar merupakan berkat politik, tetapi kerajaan-kerjaan yang mengecut ialah masalah.

Imigrasi [penghijrahan masuk negara] lebih baik daripada emigrasi [penghijrahan ke luar negara]. Peluasan lebih baik daripada pengecutan. Populasi yang bertambah menambahkan keberhasilan ekonomi, kekuatan tentera, dan pendapatan kerajaan. Sebagai seseorang yang memiliki banyak anak adalah hebat, demikian juga kerajaan yang ada populasi yang sedang bertambah (Maz 127:4-5). Firaun, monarki yang paling besar di dunia pada zaman itu, takut akan kadar penambahan mendadak orang Israel, yang bilangannya meletus dari 70 pendatang kepada bangsa 600,000 orang, tanpa mengira perempuan dan anak-anak, dalam hanya 215 tahun (Kel 1:1-12; 12:37).

Bagaimanakah amsal ini membantu para penguasa? Bangsa-bangsa hanya dapat bertambah, dari segi imigrasi dan kadar kelahiran, ketika para pemimpin menggalakkan kebebasan, keadilan, peluang, keselamatan, kebenaran, dan hikmah (Ams 8:1-21). Dengan matlamat-matlamat yang kukuh ini, manusia akan ingin berhijrah dari jauh-jauh untuk mengambil bahagian, dan ibubapa akan ada keluarga yang besar untuk pembangunan harta milik. Seperti yang didoakan Daud bagi Solomo, dengan menambahkan kebajikan orang, penguasa akan menjamin takhtanya sendiri (Maz 72:1-20). Semakin benar penguasa itu, semakin benar orang para pendatang yang mencari peluang untuk berhijrah ke dalam negerinya (2Taw 11:16-17; 15:9; 30:1-11,25).

Jika seseorang penguasa berhikmah, dia akan pertama-tama menyambut kebenaran amsal ini bahawa pertumbuhan bilangan adalah baik. Dia akan kemudian menyerahkan dirinya dan pemerintahannya kepada prinsip-prinsip berhikmah itu yang memupuk pertumbuhan populasi orang baik, yang mewajibkan keseimbangan salih belas kasihan dan kebenaran (Ams 20:28). Dia akan mengaku bahawa tanpa umat yang bahagia dan yang tekun, dia dan kerajaannya bukan apa-apa. Sebagai seorang tuan yang dengan lemah lembut melayani hambanya dapat akhirnya memenanginya sebagai seorang anak lelaki (Ams 29:21),demikian juga seorang penguasa yang dengan lemah lembut melayani rakyatnya dapat memupuk pertumbuhan dan kemakmuran (1Raj 12:7).

Daud, iaitu lelaki yang mengejar hati Allah sendiri, dan yang disayangi seluruh Israel, telah memperluaskan Israel kepada tahap kekuasaan yang paling besar (2Sam 8:1-18). Dia telah melakukannya, bukan dengan intimidasi dan penindasan, tetapi dengan kewajaran, simpati, kemurahan, penghakiman, dan keadilan (1Sam 18:5, 14-16,30; 2Sam 6:19; 1Taw 18:14; Maz 78:72). Anak lelakinya, Solomo bermula untuk berkompromi, tetapi mengikuti ayahnya dalam banyak perkara (1Raj 4:20-34; 5:7; 2Taw 9:8). Tetapi cucu lelakinya Rehabeam telah menghilangkan negeri itu dengan memilih jalan yang bertentangan sampai dia sendiri binasa (1Raj 12:1-19).

Pertimbangkan Yehuda pada zaman Asa. Ketika dia bertabah hati dalam pesanan seorang nabi dan memulakan reformasi dan kebangkitan, kerajaan cepat bertumbuh dengan pendatang yang takut akan Allah dari Efraim, Manaseh, dan Simeon. Mengapakah mereka berhijrah untuk berdiam di Yehuda? Kerana mereka nampak bahawaTUHAN Allah ada mendampingi raja itu (2Taw 15:9). Asa dihormati dengan kerajaan yang bertambah besar kerana pemerintahannya yang benar, dan prinsip ini masih sah.

Amerika telah bertumbuh dalam kurang 300 tahun daripada bangsa peneroka-peneroka yang miskin dan lemah di padang gurun sampai kepada gergasi ekonomi dan tentera dunia. Bagaimana? Ia paling hampir menawarkan rakyat suatu negara yang betul-betul benar. Sungguh elok Patung Liberty mengistiharkan, “Berilah kepadaku yang letih lesu, yang miskin, yang dalam keadaan berhimpit-himpit dan ingin bebas bernafas, yang ditolak dan tersisih dari pertumbuhan kelimpahanmu. Hantarlah orang-orang demikian, yang tiada rumah, dan yang ditimpa badai kepadaku, aku mengangkat pelitaku di samping pintu emas!”. Puteri Liberty dahulu sungguh hampir seiras dengan Puteri Hikmah amsal-amsal Solomo (Ams 8:1-21). Pada zaman kini ia berbeza. Semoga Allah selamatlah Amerika.

Daud telah mengakui di tempat matinya bahawa dia ada keluarga pemerintah yang malang, tetapi dia nampak oleh nubuat kebangkitan seorang anak lelaki yang mulia, iaitu Yesus dari Nazaret (2Sam 23:1-7). Apakah yang dapat kita kata tentang kerajaanNya? Ia mulia tanpa keakhiran (Yes 9:6-7). Apakah bilangan rakyatnya? Lebih daripada mana-mana orang dapat membilang (Wah 7:9-10). Dia mengambil setiap orang yang diinginiNya dari kerajaan Syaitan, yang sudah celaka untuk binasa (Luk 11:20-23; Kol 1:13; Ibr 2:14-15; Wah 11:15). Berapakah banyak kehormatan yang dia ada? Dia Yang Diberkati dan Satu-satunya Diraja, Raja segala raja dan Tuan segala tuan (1Tim 6:13-16). Haleluya! Amin!