18:3
Apabila yang durjana datang, maka datang juga kehinaan, dan dengan perbuatan malu datangnya keaiban.
Para pendosa membawa kehinaan. Jika suatu rumah tangga, gereja, atau negara menerima seorang yang durjana, maka datanglah kehinaan kepada rumah itu, gereja itu, atau negara itu. Perbuatan malu membawa ketidakhormatan dan keaiban. Jika yang terkenal jahat atau perangai yang memalukan tidak ditolak, keaiban akan pasti ikut. Rawatan untuk kehinaan dan keaiban adalah untuk menyingkirkan para pendosa.
Amsal ini bukanlah apa yang mudah untuk ditanggapi. Banyak orang menanggap kehinaan dan keaiban itu sebagai tindakan orang durjana kepada orang yang baik. Pada pandangan mereka, orang durjana membawa cercaan menghina dan keaiban mencerca terhadap orang baik dan amalan benar. Tetapi ketika Solomo ingin memberi amaran tentang kehinaan dan keaiban para pencemuh, dia akan menyatakan itu dengan jelas (Ams 9:7-8; 22:10; 23:9). Ada tafsiran yang lebih baik.
Ketika orang durjana sampai, kehinaan juga akan sampai, kerana kehinaan ialah hasil dan kesan membenarkan kedurjanaan. Orang akan memandang hina hadirat orang yang durjana itu. Ketika perbuatan malu dilakukan, keaiban akan juga datang, kerana keaiban ialah kesan dan hasil membenarkan perangai demikian berlaku. Perbuatan malu, atau keadaan yang memalukan, tidak melakukan keaiban itu, tetapi sebaliknya sedang menyebabkan keaiban itu.
Israel merupakan kemuliaan segala bangsa, ketika mereka mentaati hukum-hukum Allah yang kudus dan yang benar (Ula 4:6; 1Raj 10:6-9; Zak 8:23; Mal 3:12). Tetapi Allah berjanji mereka akan menjadi bahan hina dan bahan persendaan yang mengaibkan, jika mereka membenarkan dosa di negara itu (Ula 28:37; 29:22-28; 1Raj 9:6-9; Maz 44:13-14; Yes 52:5; Yer 24:9; Lam 2:15-16; Yoe 2:17; Rom 2:24).
Hikmah dan kewajaran membawa kemuliaan dan kehormatan kepada manusia dan bangsa-bangsa (Ams 1:9; 3:16,22,35; 4:8-9; 8:12-21; 16:31; 21:21; 22:4). Tetapi kebebalan dan kedurjanaan membawa kehinaan, keaiban dan malu (Ams 3:35; 11:2; 13:5,18; 24:9; 25:8-10; 28:12). Orang salih memandang hina orang yang keji (Maz 15:4; Ams 29:27), dan Allah memandang hina orang demikian juga (Ams 3:32; 11:20; 15:26; Maz 18:25-27).
Perempuan yang berbudi baik, seorang perempuan yang selalu mengucap dan bertindak dengan berbudi baik dan dengan berhikmah, selalunya dihormati, sebab tiada apa pun untuk merosakkan reputasinya yang menyenangkan itu (Ams 11:16; Pkh 10:1). Tetapi perempuan jelek dibenci dengan penuh kehinaan dan dicerca oleh semua, sebab ucapan dan perilakunya yang rewel tidak dapat disamar atau disembunyikan (Ams 11:22; 27:15-16; 30:21-23).
Paulus dengan keras menegur gereja Korintus kerana melindungi seorang penzina di dalam gereja (1Kor 5:1-13). Mereka patut telah meratap dan menyingkirkan keaiban itu dalam nama Yesus Kristus, sebab kedurjanaan tidak harus disebut sekali pun di kalangan para percayawan (Efe 5:3-7). Gereja atau negara yang bebas daripada para pelaku jahat ialah gereja atau negara yang akan dihormati dan dimakmurkan (Maz 144:9-15).
Solomo seorang raja, dan dia mendidik anak lelakinya untuk menjadi raja yang baik. Jika lelaki durjana atau perbuatan malu dibenarkan wujud di kerajaan atau masyarakat, ia akan membawa kehinaan dan keaiban kepada negara (Ams 14:35; 20:8,26,28; 29:12). Dia sebaliknya mengingini supaya Israel memiliki kehormatan dan kemuliaan yang menyertai kewajaran dan hikmah (Ams 14:28; 16:10,12; 25:5; 29:4,14).
Pelajaran amsal ini ialah: perangai durjana membawa kehinaan dan keaiban kepada nama dan agama Allah dan oleh itu, pelaku hal durjana dan kedurjanaan haruslah disingkirkan dan ditolak. Jika ini tidak dilakukan di rumah, gereja, dan negara, nama dan doktrin Allah akan dikufuri (2Sam 12:14; Neh 5:9; 1Tim 5:14; 6:1; Tit 2:5,8,10; 1Pet 2:12; 4:14-16).
Tidak kira di rumah, gereja, atau negara, orang durjana dan perangai yang mengaibkan haruslah dikenalpastikan dan dielakkan (Maz 101:3-8; 139:21-22; Rom 13:1-7; 16:17-18; Efe 5:11; 2Tes 3:6; 1Tim 6:5; 2Tim 3:5; Tit 3:10-11). Seperti anak putera Solomo, kamu juga patut memakai apa pun pengaruh yang kamu ada untuk menanda dan menolak para pelaku kejahatan bagi kemuliaan Allah dan kebenaran.