Amsal · Proverbs

18:2
Orang bebal tidak bersuka dalam pemahaman, tetapi supaya hatinya dapat sendiri diperlihatkan.

Hikmah dan kebenaran tidak penting bagi orang bebal; dia lebih berminat dalam fikirannya sendiri. Ketika pemahaman dan pendapatnya bercanggah, dia selalu mengikut hatinya. Dia mengasihi fikirannya dan keinginannya sendiri, dan dia ingin memberitahu dan menyanjunginya seluas semungkin.

Di sinilah kesalahan dasar orang bebal – dia menghargai pendapatnya dan gagasannya lebih daripada kebenaran. Dia mengasihi dirinya sendiri, dan itu pun dengan sungguh keterlaluan. Dia selalu mencari suatu khalayak orang supaya dia dapat mengongsikan fikirannya. Kebebalan ini sungguh banyak digalakkan pada zaman kini, iaitu pada masa yang membahayakan zaman akhir, yang adanya orang mengasihi diri sendiri dan menolak doktrin yang sihat (2Tim 3:1-2; 4:2-4). Akankah kamu lebih suka memberitahu orang apa yang difikirkanmu, atau mendengar orang itu untuk belajar sesuatu daripadanya? Pertimbangkan itu dengan baik-baik.

Semua orang terjebak ke dalam keterkutukan ini, dan percanggahan di antara hikmah dan hati ialah pokok persoalan di antara orang berhikmah dan seorang bebal, kebenaran dan kebohongan, hidup dan maut. Seorang bebal tidak mahu mendengar; dia mahu bercakap. Dia tidak mahu arahan; dia mahu luahan hati. Dia tidak mahu belajar; dia mahu mengajar. Hatinya yang sudah rosak akan memalingkannya daripada kebenaran dan hikmah untuk membawanya ke jalan ambang neraka, dengan bercakap sia-sia tentang gagasan-gagasannya sepanjang jalan.

Kesukaan memiliki sukacita atau kenikmatan di dalam sesuatu. Seseorang bebal tidak ada sukacita atau kesenangan dalam pemahaman, yang merupakan pemerolehan hikmah, kebenaran, dan pengetahuan. Dia tidak ada hati untuk itu (Ams 17:16); dia sebaliknya memandang hina dan mencemuh akan itu (Ams 1:7,22). Kesukaannya yang besar adalah untuk memberitahu orang lain fikirannya dan pendapatnya, yang dia percaya harus menerima pujian yang mengangkat-angkat.

Bandingkan itu dengan orang berhikmah, yang bersuka di dalam hukum Allah melebihi apa pun yang lain (Maz 1:2; 19:10; 40:8; 119:16,24,35,47,70,77,174). Dia mahu diperbetulkan, ditegur, dan diajar (Ams 1:5; 9:9; Maz 141:5). Dia takut akan hatinya sendiri (Maz 19:12-14; 51:10; 119:36; 141:4). Dia mencari orang lain yang lebih berhikmah daripadanya supaya dapat diperbetulkan dan diajar untuk mendapat pemahaman.

“Diperlihatan” di sini bermaksud untuk didedahkan, dinampakkan, dinyatakan, atau untuk ditunjukkan: seseorang bebal banyak bersuka dan bersenang dalam hal mendedahkan, menampakkan, menyatakan, dan menunjukkan apa yang ada dalam hatinya sendiri. Hal memberitahu fikirannya dan pendapatnya ialah kesukaannya yang besar, dan dia akan dengan gembira memakai seluruh jangka hayatnya untuk melakukan itu. Dia tidak ada sukacita atau kesenangan untuk belajar hikmah atau memperoleh pemahaman, dan dia ingat seluruh dunia harus mendengarnya.

Bayangkan, suatu insan mula bernyawa tanpa apa pun pemahaman untuk mengelak mengotorkan dirinya dengan tahinya sendiri, namun ia dengan cepat mendapat kesukaan yang besar untuk berani memberitahu pendapatnya kepada orang lain. Betapa rosaknya hati manusia! Dan pendapat-pendapat ini disanjungi pada zaman kini!

Budak-budak ditemuramah di kolej dan universiti untuk fikiran mereka. Para pelakon dan olahragawan dicari untuk pendapat mereka bagi hal politik dan hal moral. Tinjauan dibuat untuk menggalakkan pendapat yang paling popular hati manusia bagi pelbagai subjek. Ini kegilaan!

Para ahli sejarah, ahli filsafat, pendidik, dan ahli sosiologi memberitahu kita bahawa zaman kini ialah generasi yang paling dicerahkan. Namun kegilaan sembahyang hati digalakkan di setiap pihak. Manusia sudah benar-benar karam ke dalam neraka moral, yang mendahului pertemuan akhirat mereka dengan lautan api. Jika kamu berhikmah, kamu akan menanggap kedunguan ini dan membuat pendirian menentangnya.

Bebelan di bawah yang cabul dan yang sia-sia sekarang dianggap sebagai mulia, dan ungkapan yang dapat diterima:

Aku harus tulus kepada hatiku sendiri.

Aku tidak jujur kepada diriku sendiri.

Hatiku telah memberitahuku bahawa dialah jodohku.

Rasanya begitu seronok (enak); jadi ia pastilah betul.

Hatiku tidak minat lagi di dalamnya.

Ikutlah hatimu, hai lelaki muda.

Aku tahu di dalam hatiku bahawa itulah kebenaran.

Pertimbangkan pernyataan-pernyataan di atas berbanding dengan amsal ini. Segala pernyataan di atas ialah bebelan dan omelan yang gila daripada orang yang habis dimanjakan dan terlalu mengasihi diri mereka sendiri tanpa peduli kebenaran atau kewajaran. Kaum manusia sudah masuk neraka, dengan rela dan dengan angkuh, melalui sikap mengagumi diri sendiri.

Para pendidik zaman kini yang rosak telah menunggangbalikkan segalanya. Para guru tidak lagi menyatakan, “Inilah kebenaran”, atau “Ini yang betul”, atau “Aku ingin mengajar kamu sesuatu pada hari ini”. Mereka bertanya, “Ali, apakah pendapat kamu?” dan “Siti, apa yang akan kamu buat?” Perbincangan di kelas, suatu longgokan hati yang mementingkan diri sendiri semua ingin memperlihatkan hati mereka sendiri, disanjungi sebagai alat didikan. “Kelas, mari kita mengongsikan fikiran kita tentang hal ini, dan biar kita menghormati pendapat sesama diri”.

Seorang gadis biasa di kolej didengar berborak, “Aku suka Dr. Freudstein; dia fikir seperti aku fikir bagi subjek ini. Lagi pula, dia bercadang supaya aku mengajar dua kelas yang akan datang ini. Best kan? Dia cute benar!” Ini lebih teruk daripada orang buta memimpin orang buta; ini merupakan orang rosak memimpin orang rosak. Dan mereka memanggil pusat asuhan anak ini sebagai institusi pengajian tinggi!

Apakah hasil “saling berkongsi gagasan”? Burung hantu bertompok lebih penting daripada bayi belum lahir; sodomi/liwat ialah gaya hidup yang biasa; menyelamatkan pokok di Venezuela lebih penting daripada menyelamatkan perkahwinan; budak ada hak tetapi tuan rumah tidak; benci itu salah, kecuali ia terhadap para percayawan dalam Alkitab; muzik rap dan pornografi ialah suatu jenis seni; Islam ialah agama yang suka berdamai; kanak-kanak boleh membuat pilihan mereka sendiri, sampai bercerai dengan ibubapa pun boleh; dan bersiap sedia untuk ini, kasih yang paling besar adalah untuk mengasihi dirimu sendiri. Sudah tentulah! Contoh-contoh ini membuktikan kebebalan orang bebal.

Ini bukan pendidikan; baik arahan mahupun latihan tidak. Ini merupakan membubuh baja pertumbuhan besar kepada rumpai yang paling bahaya di seluruh alam semesta – hati manusia. Ada orang untuk menyatakan sesuatu atau tidak? Raja tidak berbaju! Dia telanjang benar, dan dia hodoh! Salah seorang harus berdiri dan memberitahunya untuk pergi pakai pakaian. Akankah kamu lakukan itu di lingkungan sosialmu?

Kemutlakan moral sudah lenyap; kebenaran sudah lesap (Maz 12:1-2; Yes 59:12-15; Hos 4:1-2). Etika berdasarkan situasi dan citarasa peribadi sekarang sedang memerintah – buat apa sahaja yang kamu suka; jadilah jujur kepada hatimu sendiri; jangan mengkritik orang lain bagi fikiran merka, kerana kita semua berhak untuk pendapat kita sendiri; belajar untuk menghargai fikiranmu. Ya Tuhan, selamatkanlah kami (Yer 5:1; Yeh 22:30)!

Media sosial telah menyuburkan keterkutukan manusia ini dan telah mengambil kesempatan atasnya untuk keuntungan. Sekarang sesiapa pun boleh memakai Facebook, Twitter, atau apa pun forum Internet yang lain untuk memperlihatkan (mendedahkan atau menunjukkan) hati mereka dan setiap aspek kehidupan mereka yang tidak bernilai kepada dunia. Tiada apa pun keadaan di sejarah yang memperbolehkan masyarakat yang paling jahil dan yang paling tidak matang ini untuk menyebarkan karut kosong mereka sebegitu luas dan dengan percuma.

Ia jauh lebih pandai untuk bersembahyang kepada bulan, sebab penyembah berhala kepada bulan sekurang-kurangnya sedang mencari apa yang lebih tinggi daripada dirinya sendiri dan seluruh bangsanya yang jahil itu. Ketika manusia fikir ada cahaya, kebenaran, dan hikmah di tempat yang paling gelap di planet ini – setiap hati manusia – kemerosotan bangsa manusia lebih jelas dan lebih lagi terjamin.

Orang berhikmah menginginkan kebenaran yang mutlak daripada kekuasaan yang paling tinggi, dan Allah memberinya di dalam Alkitab. Betapa istimewa peluang untuk mendengar khutbah doktrin yang sihat daripada Alktiab! Apa yang disebut Allah Yang Maha Pencipta bagi sesuatu perkara ialah apa yang kamu harus mendambakan dan mencari dengan segenap hatimu. Tetapi orang bebal menolak kebenaran supaya dia mendapat guru yang akan memberinya dongeng yang sesuai dengan hatinya yang rosak dan telinganya yang gatal-gatal dan kemudian suatu peluang untuk berkongsi di dalam kelas (Yes 30:10; 2Tim 4:3-4).

Ada suatu pelakat bampar kereta yang menyata, “Pergi hadir gereja pilihanmu pada hari Ahad ini”. Ya, kehadiran di gereja adalah baik. Tetapi jika gereja harus bersembahyang kepada Alah, bukankah pilihanNya yang paling penting? Jiwa-jiwa yang sesat ini lagi lanjut berkata, “Aku rasa selesa di sini; aku tidak suka semangat yang ada di gereja lamaku. Pengkhutbah selalu memberitahu kita apa yang kita tidak harus buat. Hatiku ada damai di sini.” Banyak orang fikir kata-kata sedemikian mencerminkan penaakulan yang dalam dan yang bererti. Tetapi pernyataan itu busuk sekali!

Hai pembaca, hatimu ialah apa yang paling memperdayakan yang kamu akan temui (Yer 17:9). Ia berbohong kepadamu setiap hari, banyak kali. Satu-satunya keselamatanmu ialah firman Allah, yang kamu harus taat tidak kira apa yang difikirkan hatimu (Ula 29:29; Maz 119:128; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5; 2Tim 3:16-17). Allah mencabar kamu untuk membandingkan firmanNya dengan mimpi manusia (Yer 23:28-29).

Seorang ayah yang moden menanya anak perempuannya, “Hai Siti, mengapakah kamu cinta Ali?” Apakah jawapan Siti dari hatinya itu? Dia berkata, “Ali memahamiku lebih daripada orang lain.” Itu perdayaan yang melaknatkan jiwa dan membinasakan kehidupan! Siti tidak memahami dirinya sendiri, dan Ali sudah pasti tidak memahami Siti. Orang bebal tidak bersuka di dalam pemahaman. Mereka bahagia sahaja memuaskan nafsu satu sama lain – emosi, fikiran, seksual, atau apa pun segi nafsu yang ain. Siti itu gila.

Ia tugas ibubapa Kristian untuk mengajar anak-anak mereka bahaya yang beracun bagi hati mereka sendiri. Anak-anak harus diajar untuk menolak fikiran sendiri dan untuk sebaliknya mengasihi hukum Allah (Maz 119:113). Ibubapa yang menggalakkan anak-anak mereka untuk meluahkan pendapat sedang bermain dengan api neraka, dan itu akan kembali semula untuk membakar mereka. Mereka harus diajar, dengan lemah-lembut, bahawa pendapat-pendapat mereka kurang daripada tidak bernilai dan hanya pendapat Allah yang betul-betul dapat dikira benar.

Kanak-kanak harus diajar apa yang harus difikirkan, bukan hanya untuk memikir atau bagaimana untuk memikir. Mereka harus diajar untuk bersuka di dalam firman Allah yang sempurna dan yang tidak ada kesalahan bagi setiap subjek, seperti yang ditafsirkan oleh orang yang Allah tempatkan bagi mereka, ibubapa dan pastor (Maz 119:128; Efe 6:1; Ibr 13:7). Ini maksudnya mendidik seorang anak di dalam takut akan Tuhan – iman mutlak bahawa Alkitab satu-satunya kebenaran.

Luahan bebas akan pendapat-pendapat oleh kanak-kanak merendahkan keluargamu kepada darjat yang paling rendah kaum manusia – hati manusia yang rosak pada keadaan yang paling jahil. Kamu akan memberi ruang kepada iblis, dan kamu kena berurus dengan iblis untuk menjaga keamanan keluargamu, sebab neraka hadir di dalam hati yang rosak setiap anak Adam (Yak 3:14-16; 4:1-5).

Ada dua pelajaran yang saling berkaitan di dalam amsal ini. Kamu harus membenci fikiranmu sendiri (Ayb 42:1-6; Maz 43:1-5; 73:1-22; 131:1). Jadi hentilah fikir; mula bersyukur! Fikiranmu, yang kalau diberi peluang dengan cukup lama, akan membinasakanmu daripada menjadi berkesan bagi Allah atau manusia. Dan kamu harus menolak orang bebal yang ditemuimu yang mengasihi fikiran mereka sendiri (Ams 14:7; Mat 7:6; 1Kor 15:33).

Orang yang berhikmah akan membalas amsal ini dengan berkata, “Tuhan, selamilah diriku dan kenalilah hatiku. Lihat jikalau ada apa pun jalan durjana di dalamku. Selamatkanku daripada hatiku yang bebal. Cipta di dalamku suatu hati yang bersih. Bukalah hatiku, sepert yang kamu buat bagi hati Lidia, bagiMu dan bagi FirmanMu. Palinglah hatiku kepadaMu. Jangan biar apa pun dosa menaklukiku. Berilah aku pemahamanmu. Ajarlah aku ketetapan-ketetapanmu. Pimpinku ke jalan yang wajar. Amin.”