31:10
Siapakah yang boleh menemui seorang perempuan yang berakhlak mulia? Sebab nilainya jauh melebihi nilai batu delima.
Hanya sesetengah lelaki yang diberkati menemui perempuan yang berakhlak mulia, kerana perempuan sedemikian cukup jarang untuk ditemui. Mereka lagi jarang pada hari ini, oleh sebab kutuk oleh gaya hidup perempuan moden. Di sinilah kata-kata yang diilhamkan dan yang tahan lama yang telah diucapkan oleh seorang ibu kepada anaknya yang merupakan raja (Ams 31:1). Lelaki yang berhikmah akan mencari seorang isteri yang sedemikian. Perempuan yang berhikmah akan berubah untuk menyelaraskan diri kepada takrif seorang isteri yang sempurna yang dijelaskan oleh ibu yang hebat ini.
Soal, “Siapakah yang boleh menemui seorang perempuan yang berakhlak mulia?” ialah soalan bentuk retorik; kamu sudah tahu jawapannya – tidak banyak orang dapat menemuinya. Perempuang jelek ada di merata-rata, dan perempuan sederhana gagal tahap piawai ini. Seorang perempuan yang berakhlak mulia, yang dijelaskan oleh ayat-ayat yang kemudian, ialah perempuan istimea yang ibu ini inginkan bagi anak lelakinya (Ams 31:10-31). Ada segelintir di bumi ini, dan mereka sungguh berharga.
Ia baik untuk memberi perempuan yang berakhlak mulia batu berlian, sebab ia menunjukkan nilainya adalah jauh melebihi batu delima. Tetapi tradisi yang umum itu bermaksud bahawa kebanyakan lelaki sudah ditipu wangnya, sebab isterinya sebenarnya layak untuk batu delima sahaja (Pkh 7:26-28). Apakah perkahwinan kepada seorang perempuan? Pelajaran kekecewaan untuk 50 tahun! Dan lelaki sungguh kasihan itu yang telah ditipu kerana berkahwin dengan seorang perempuan jelek patut sebaliknya membeli tali gantung mati – bagi dirinya (Ams 11:22; 12:4; 30:21-23)!
Siapakah yang dapat mencari perempuan yang berakhlak mulia? Lelaki yang pergi berdating dengan banyak perempuan? Lelaki yang meniduri banyak perempuan? Lelaki yang kahwin dan cerai dalam proses mencari? Lelaki yang mencari kecantikan? Lelaki yang mencari keredaan perempuan yang lemah-lembut dan yang mengampu? Lelaki yang suka perempuan yang berpendidikan? Lelaki yang kahwin orang dalam gerejanya? Lelaki yang kahwin melalui undi kawan-kawannya? Lelaki yang kahwin dengan perempuan yang paling pandai berpidato? Tidak, tidak, tidak! Jawapan bagi semua soalan ini ialah, tidak!
Siapakah yang dapat menemui seorang perempuan yang berakhlak mulia? Adakah kamu menemuinya melalui kursus yang sama di kolej? Melalui kesesuaian pembawaan? Melalui kegemaran yang sama? Pekerjaan profesional yang sama? Sama dalam keinginginan saiz keluarga? Mudah berborak bersama? Sungguh menyukakan ketika berdating? Banyak wang di bank? Agresif dalam seks? Mudah berlawak jenaka? Ada pinggang yang sesuai untuk melahirkan anak? Ada bibir yang mudah mengampu? Paling pandai membakar roti? Menjadi calon yang menang dalam pertandingan? Tidak, tidak, tidak!
Perempuan yang berakhlak mulia sungguh jarang, tetapi peraturan untuk mengelak perempuan jelek dan sederhana bukanlah sukar. Mencari batu berlian bukan tidak mungkin. Allah dan Solomo berpakat untuk menyelamatkanmu daripada 50 tahun kesusahan. Rendahkanlah dirimu, dan baca. Kriterianya mudah; ada pangkat bagi wanita; sesiapa lelaki pun boleh memakai sukatannya. Perempuan itu harus takut akan TUHAN (Ams 31:30). Dia harus berbudi baik (Ams 11:16; 30:21-23). Dia harus sangat rajin (Ams 14:1; 31:13-29).
Pertama-tama, Alkitab menyanjungi takut akan Allah mengatasi keredaan dan kecantikan (Ams 31:30). Rujuk kepada ulasan Ams 31:30. Keredaan, atau layanan yang baik atau yang mengampu, kerap kali dipakai untuk memperdayakan lelaki (Ams 2:16; 5:3; 6:24; 7:5,13-21), dan kecantikan ialah sukatan yang teruk untuk menentukan akhlak (Ams 11:22) dan tidak tahan lama (Pkh 12:1; 1Kor 7:36). Seorang perempuan yang cantik akan lebih tergoda untuk berzina (Yeh 16:15) dan menjadi punca yang lebih besar untuk kecemburuan kepada suaminya (Bil 5:14). Dia juga akan tergoda kepada keangkuhan (Yes 3:16). Tuntutilah takut akan TUHAN!
Takut akan Allah ialah kehormatan yang sungguh tunduk kepadaNya dan penghakimanNya dan penghargaan yang cukup tertakjub dengan keredaan dan belas kasihanNya. Ia juga membenci kejahatan (Ams 8:13), meninggalkan kejahatan (Ams 3:7), ada keinginan yang berkorban untuk menyenangkan Allah (Kej 22:12), tunggal hati (Kol 3:22), dan ada penundukan secara am (Efe 5:21). Seorang perempuan yang berakhlak mulia akan ada kelakuan yang keseluruhannya sesuai dengan kekudusan (Tit 2:3). Dia akan menyembah Allah sebagai matlamatnya yang paling utama dalam kehidupan, dan dia akan menyerah sepenuh-penuhnya untuk menjalani hidupnya berdasarkan firman Allah, tak kira betapa tidak popular jalan itu.
Seorang isteri yang takut akan Allah akan membawa hantaran kahwin keistimewaan keperluan yang terjaga (Maz 34:9), kelebihan yang mengatasi kekayaan (Ams 15:16), kekayaan, kehormatan, kehidupan (Ams 22:4), keteguhan, kebahagiaan, berkat (Maz 128:1-4), keyakinan (Ams 14:26), kehidupan yang lebih panjang (Ams 10:27), keinginan yang dipuaskan (Maz 145:19), kesenangan Allah (Maz 147:11), belas kasihan Allah (Maz 103:13), bekalan Allah (Maz 33:18), kenangan oleh Allah (Mal 3:16), hikmah (Maz 111:10), dan malaikat Tuhan (Maz 34:7). Beri kemuliaan kepada Allah!
Sementara takut akan Allah ialah permulaan hikmah (Ams 1:7; 9:10) dan melibatkan kesukaan bagi perintah-perintahNya (Maz 112:1), seseorang perempuan yang takut akan Allah akan mengasihi dan melayani suaminya dengan menepati apa yang diajar Allah dalam Alkitab. Seseorang perempuan yang takut akan Allah juga akan menolak fikiran bentuk perempuan yang menentang firman Allah. Seorang perempuan yang takut akan Allah tidak akan tergoyah oleh kesulitan perkahwinan, sebab kepercayaanNya adalah dalam Tuhan, dan bukan suaminya. Oleh sebab Allah menjadikan perempuan bagi lelaki, seorang lelaki adalah bebal jika mengabaikan kriteria yang mudah namun sempurna ini.
Perempuan punya takut akan Allah dapat diuji atau dimajukan dengan memakai takrif diatas dan dengan memakai Alkitab. Ujian yang berhikmah boleh melibatkan pengusulan kepada perempuan itu kewajipan-kewajipan Allah bagi kewangannya, jenis rakan-rakannya, penampilannya, perhubungannya dengan ibubapanya, panjang rambutnya, tabiat-tabiat peribadinya, pembawaannya, penundukkannya, pendiriannya akan hal mendidik anak, pemahamannya akan tahap Allah yang berbeza bagi lelaki dan perempuan, hari raya Rom, dsb. Seseorang perempuan yang takut akan Tuhan menempatkan Tuhan pertama dalam setiap aspek kehidupannya, baik batiniah mahupuan lahiriah.
Kedua, Alkitab menyanjungi sikap berbudi baik (Ams 11:16). Sikap berbudi baik ialah akhlak yang menyenangkan dan yang menarik; memiliki budi pekerti yang mempersonakan dan memenangkan orang, terutamanya dalam kesopanan; berbelas kasihan dan bersimpati; ditandai dengan kebaikan dan budi bahasa, terutamanya kebaikan yang suka merendahkan diri, memberi jalan kepada orang lain dulu, dan belas kasihan kepada yang lebih rendah daripadanya. Perempuan ini tidak pernah menyinggung atau memegah diri, selalu ingin bersetuju, cermat, dan dengan menyukakan hati selalu mempersonakan dari segala segi.
Seseorang perempuan yang berbudi baik selalunya disukai (Ams 11:16). Dia tidak merosakkan bau wanginya dengan sedikit kebebalan (Pkh 10:1). Budi baik adalah berdasarkan kualiti-kualiti menarik kesucian moral dan ucapan yang cermat (Ams 22:11). Ucapan yang baik dan yang lemah-lembut adalah sebahagian daripada sikap berbudi baik (Ams 16:13; 17:27; 31:26; Pkh 10:12; 1Pet 3:3-4). Seseorang perempuan cantik tanpa sikap berbudi baik ialah suatu percanggahan yang busuk (Ams 11:22). Kewajipan ini akan menyingkirkan semua perempuan yang jelek (Ams 21:9,19; 30:21-23).
Kamu menemui perempuan ini dengan mengira berapa banyak kawannya dan mendengar untuk pujian baginya. Seseorang perempuan yang berbudi baik ada banyak kawan yang berakhlak mulia, dan semua orang mengaguminya, terutamanya mereka yang ada akhlak yang mulia. Dia dipandang tinggi oleh orang muda dan orang tua; nama baiknya tiada cela. Ketika di kehadirannya, kamu rasa selesa dan tenang. Kamu dimuliakan oleh sikapnya yang ingin bersetuju, kelemah-lembutannya, kesopanannya, sikap tidak mementingkan diri sendiri, ketulusan, dan kemesraannya. Kamu rasa sangat selamat, dan ciri-ciri baik hati nalurimu bagi sayang, kesateriaan, kehormatan, dan perlindungan bangkit dengan cepat dalam hatimu.
Ketiga, Alkitab menyanjungi ketekunan (Ams 14:1; 31:13-29). Seseorang perempuan yang berakhlak mulia bekerja dengan sungguh keras. Dia tidak mencari kenikmatan. Tidur sekejap hanya untuk keperluan sahaja. Dia tidak berlengah-lengah pada waktu siang. Dia membenci jalan pintas yang mengorbankan kualiti. Dia bangun awal dan berjaga sampai lewat malam. Dia berhemat, yakin, dan berpandangan jauh. Dia kreatif, bercita-cita dan cekal hati. Dia menyiapkan segala tugas; dia bersuka dalam tugas yang dilaksanakan dengan baik; dia selalu mencari lagi tugas untuk dibuat. Dia rasa salah kalau sedang berborak di telefon atau di internet. Dia cuba lebih bekerja daripada suaminya. Dia mengelak masa teh, tengok-tengok barang di kedai, menonton televisyen, atau berborak dengan jiran.
Seseorang perempuan yang rajin sebelum perkahwinan membantu ibunya, mudah dan suka menjaga budak, ada pencapaian cemerlang di sekolah, ada awal-awal sudah ada kerja dengan kejayaan, sudah ada simpanan di bank, tiada hutang, bilik dan kereta yang teratur dan kemas, memberi perhatian yang teliti dalam penampilannya, ada sikap yang tidak kisah tentang rekreasi, menepati waktu, menghargai kualiti, tidak berhutang kepada bank, merelakan diri untuk membantu yang lain, ceria pada waktu kerja, tidak merungut, bangun awal, tidak ponteng apa-apa pun, dsb.
Siapakah yang dapat menemui perempuan yang berakhlak mulia? Lelaki yang percaya kepada Allah mewajibkan sikap takut akan Tuhan, sikap berbudi baik, dan ketekunan (Ams 18:22; 19:14)! Hamba Abraham mencari seorang isteri bagi Ishak. Dia menemui seorang wanita yang rela memberi air kepada unta-untanya tanpa disuruh. Selepas wanita itu mendapat tahu tentang cadangan pertunangan itu, dia sudah bersedia meninggalkan keluarganya dengan serta-merta untuk memuliakan Allah dan suaminya. Ribka jelas-jelas takut akan Tuhan dan adalah berbudi baik dan tekun (Kej 24:1-67).
Jika kamu cuba apa pun kaedah untuk memilih seorang isteri, kamu lebih baik pergi membeli batu delima atau tali gantung mati. Solomo telah cuba 1,000 wanita dengan kriteria yang berlainan, dan dia berkata bahawa mereka lebih pahit daripada maut (Pkh 7:26-28). Jika kamu menolak hikmah daripada amsal ini, kamu pasti suka kematian yang lambat tempoh 50 tahun dengan seorang perempuan yang mengecewakan dan yang menyakiti hati (Ams 8:36; 12:4).
Tetapi jika kamu merendahkan dirimu di hadapan amsal yang berilham ini, kamu akan menikmati 50 tahun sukacita di bumi. Allah yang telah mentahbiskan perkahwinan tahu bagaimana perkahwinan boleh disempurnakan. Dia akan memberkatimu dalam usaha pencarianmu, jika kamu mencariNya bagi hal itu dan mengikuti arahan-arahanNya yang tertulis itu (Ams 18:22; 19:14; 31:30). Semoga Allah memberkatimu untuk mencari batu berlianmu!