7:1
Hai anakku, peganglah kata-kataku, dan simpanlah perintah-perintahku bersamamu.
Anak lelaki biasanya mengabaikan arahan dan amaran ayah. Jika mereka melupakan itu, mereka tidak akan bersiap sedia, ketika godaan ada di depan mata, telinga, hati dan pinggang mereka. Dan godaan di sini adalah berbahaya dan amat berkuasa – penzina perempuan yang muda, dan yang mahir (Ams 7:5-27). Pelajaran yang sama juga boleh dipakai untuk perempuan muda, ketika mereka main cinta dengan lelaki yang kacak. Salomo mula dan mengakhiri amarannya dengan rayuan untuk mengingati nasihatnya (Ams 7:1-4,24).
Salomo tahu kebebalan dan kesia-siaan kemudaan (Ams 22:15; Pkh 11:10). Dia tahu betapa mudahnya lelaki muda dan perempuan muda ada nafsu seksual dan godaan (Maz 25:7; Pkh 12:5; Yeh 23:3,8.19.21); 2Tim 2:22). Kebebasan mereka, kebebalan mereka, kejahilan mereka, keinginan seks mereka, dan tubuh mereka yang muda menimbulkan suatu gabungan yang berbahaya. Dia juga tahu semangat yang bongkak di dalam hati merkea. Oleh sebab itu, dia berulang-ulang merayu kepada anak-anaknya untuk mendengar dan mengingati arahannya (Ams 1:8; 2:1-5; 3:1-4; 4:1-5,13; 5:1-2,7; 6:20-21; 7:1-4,24; 8:32-33).
Bahaya tidak ingat sungguh besar. Bagaimana mungkin teruna menolak ketika matanya diisi penuh dengan kecantikan perempuan, telinganya penuh dengan pengampuan perempuan, dan hatinya penuh dengan cinta dan tundukkan yang ditawarkan perempuan itu, dan pinggangnya penuh dengan keinginan (Ams 5:3; 6:24-25; 7:13-21)? Bagaimanakah seorang perempuan menolak, ketika matanya penuh dengan kelelakiannya, telinganya penuh dengan pengampuannya, hatinya penuh dengan perhatian dan kasih sayangnya, dan tubuhnya mendambakan dekapannya (Kej 34:1-3)?
Kesan-kesan tidak mengingat adalah besar. Salomo memberi amaran kepada anak-anaknya dengan cukup teliti tentang kepedihan pahit yang akan merobohkan hati nurani mereka dan tubuh mereka selepas berdosa secara seksual (Ams 5:7-14). Mereka akan kehilangan nama baik mereka, banyak tahun dalam hayat mereka,dan jerih lelah dan wang mereka. Mereka akan berduka tentang kemunafikan mereka, tetapi ia akan menjadi terlalu lambat. Mereka akan mengingati banyak amaran yang telah diberi, tetapi pada waktu itu ia terlalu lambat.
Mengapakah ia sukar untuk orang muda mengingati arahan? Mereka ada fikiran yang tidak berdisiplin dan yang selalu merayau-rayau; mereka dengan mudah lupa apa yang telah dikatakan ketika bergegas untuk mengembara mencari apa yang baru; mereka terperangkap dalam kesia-siaan aktiviti kemudaan dan nafsu; mereka fikir bahawa guru-guru mereka terlalu konservatif dan kehilangan kenikmatan besar kehidupan; mereka jatuh ke dalam godaan dengan jahil dan dengan tidak sedar tanpa penimbulan amaran-amaran itu dalam fikiran. Kemudaan ialah kebebalan dan kesia-siaan!
Pertimbangkan Yusuf di Mesir. Dia bekerja untuk Potifar pada akhir umur keremajaannya dan pada umur dua puluhan, iaitu tahun-tahun yang paling keras keinginan seks seorang lelaki (Kej 37:2; 41:46). Dia jauh dari rumah; tidak seorang pun yang mengenalnya; tahap moral Mesir adalah rendah; dan perempuan cantik merayu kepadanya untuk tidur bersamanya (Kej 39:7-12). Dia tidak ada Alkitab, dan satu naskah pun tiada di kedai piramid tempatan! Bagaimana mungkin dia menolak perempuan ini dalam keadaan-keadaan demikian? Bagaimana mungkin dia memberi suatu jawapan yang sebegitu terkawal kepada perempuan itu? Dia ingat arahan-arahan ayahnya dari sejak umur mudanya. Sungguh mulia!
Tetapi pertimbangkan Simson dengan perempuan-perempuan Filistin. Walaupun dia ada ibubapa yang baik, yang telah memberi arahan yang teliti tentang kehidupannya, dia memilih dari awal untuk menolak nasihat mereka tentang perempuan (Hak 13:1-25; 14:1-3). Dengan melupakan amaran-amaran daripada ibubapanya, Simson tidak berkemampuan untuk menolak kata-kata bohong, tubuh terupah, dan kenikmatan jangka masa pendek, Delila; dan dia habis dibinasakan (Hak 16:1-21). Alangkah baiknya jikalau dia hanya mengingat nasihat ibubapanya dan berkahwin dengan perempuan yang cantik dari Israel dan beranakcucu bersamanya (Ams 5:15-23).
Salomo telah diajar dengan baik oleh kedua-dua ibubapanya – Daud dan Batsyeba (Ams 4:1-4; 1Taw 28:9). Dan dia telah menyaksikan kejahatan-kejahatan buruk dosa-dosa seksual ayahnya dan keluarga ayahnya (2Sam 11:1-27; 12:1-25; 13:1-39). Tetapi dia melupakan arahan ayahnya dan membinasakan kehidupannya sendiri dengan 1000 perempuan yang tidak salih (1Raj 11:1-8; Neh 13:23-27). Jika orang berhikmah ini sendiri mungkin melupakan arahan yang telah diberi kepadanya, maka bahayanya lebih besar bagimu.
Bagaimanakah kamu mendengar dan mengingati apa yang telah diajar kepada kamu oleh ibubapamu dan pastor-pastormu? Yesus Kristus mengajar bahawa pendengaran yang teliti adalah sungguh penting, sebab Dia mengenal tiga musuh ingatan dan pemakaian (Luk 8:11-18). Adakah kamu mendambakan mendengar dan belajar untuk bertumbuh dalam pengetahuan (1Pet 2:1-3; 2Pet 3:18)? Adakah kamu mengulangkaji apa yang telah diajar kepadamu dan mengamalkannya dengan memakainya (Ibr 5:12-14)? Dapatkah kamu mengajar orang lain, atau kamu masih kena diajar?