8:13
Takut akan TUHAN adalah untuk membenci kejahatan: kesombongan, dan keangkuhan, dan jalan kejahatan, dan mulut yang rewel, aku benci.
Takut dan benci adalah baik! Kedua-duanya penting bagi kejayaan dengan Allah dan manusia. Takut akan Allah ialah kebencian kepada dosa. Takut akan TUHAN, iaitu keinginan terhormat untuk menyenangkanNya, disukat oleh kebencianmu terhadap apa yang dibenciNya. Empat dosa telah disenaraikan bagi dirimu di sini untuk dibenci, jika kamu betul-betul ingin menyenangkan Allah dan menjadi berhikmah. Puteri Hikmah juga menyatakan kebenciannya bagi empat dosa ini.
Takut akan TUHAN ialah tugas dan matlamat kehidupan yang paling besar. Salomo membuat kesimpulan ini selepas menguji segala sebab kehidupan yang mungkin dengan eksperimen-eksperimen yang menyeluruh (Pkh 5:7; 8:12; 12:13). Ia matlamat yang pertama dan yang paling utama bagi orang yang salih. Kamu tidak dapat mengasihi Allah dengan betul sehingga kamu takut akan Dia, sebab mengasihiNya merupakan perintahNya (Ula 6:1-5; 10:12).
Tiada sesiapa pun yang takut akan Allah secara semula jadi (Maz 36:1; Rom 3:18). Itu anugerah Allah dalam hati yang sudah dijanakan semula, tetapi ia tugasmu untuk membangkitkannya dan untuk mengamalkannya. Ia syarat besar yang wajib bagi hikmah, pemahaman, dan pengetahuan (Ams 1:7; 9:10; Maz 111:10), dan ia membawa berkat besar Allah (Maz 112:1; 115:13, 128:1; 145:19; 147:11; Luk 1:50).
Generasi yang keperempuanan dan yang cabul ini mengutuk takut dan benci. Namun mereka takut khutbah Alkitab dan kebenaran, sebab ia membuktikan kesalahan mereka; dan mereka membenci orang yang mengkhutbahkannya dan yang menghidupinya, sebab itu akan mengehadkan aktiviti-aktiviti yang durjana mereka. Tetapi pendapat-pendapat mereka tidak penting kalau dibandingkan dengan hikmah Allah Pencipta dan kitab-kitabNya yang berilham. Takut dan benci masih baik.
Takut akan TUHAN ialah keinginan yang terhormat untuk menyenangkan Allah Jehovah, yakni Allah Pencipta Alkitab, dan itu termasuk kebencian kepada apa yang dibenciNya. Allah Yang Maha Hidup dan Yang Maha Benar Alkitab membenci dosa (Ams 6:16-19; Yer 44:4; Zak 8:17), dan para pengikutNya harus membenci dosa juga. Takut dan benci adalah baik. Maka bencilah kejahatan bersama-sama Allah (Maz 97:10; Amo 5:15; Rom 12:9)!
Puteri Hikmah membenci keangkuhan, iaitu fikiran yang menyanjungi diri sendiri, yang memimpin kepada sikap membesar-besarkan diri dan yang memandang hina orang lain. Ia keterlampauan sikap menghargai diri sendiri oleh generasi ini. Allah telah melemparkan Syaitan dari syurga kerana keangkuhan (1Tim 3:6), dan Dia akan menghancurkan sesiapa pun yang memiliki semangat keangkuhan, sebab kamu adalah kosong di hadapanNya dan tanpaNya (Maz 39:5; 62:9).
Puteri Hikmah membenci kesombongan, iaitu keangkuhan yang agresif dalam urusan dengan orang lain. Keangkuhan ialah perangaimu dirimu dan perangai orang lain; kesombongan ialah layanan yang bongkak, memandang rendah orang lain, kesukaan untuk memegahkan diri, dan layanan yang tidak bertimbang rasa dan memandai-mandai terhadap orang lain. Itulah perbezaan di antara sombong dan membesar-besarkan diri dalam takrif kasih oleh Paulus (1Kor 13:5; Rom 12:16).
Puteri Hikmah membenci gaya hidup yang jahat, iaitu menjalani hidup dengan berdosa dan dengan tabiat-tabiat yang durjana. Kamu harus mengelak orang yang tidak salih dan perbuatan-perbuatan mereka (Maz 1:1; 5:4-5; 101:3-8; 1Yoh 2:16). Kamu harus mengasihi arahan Allah bagi setiap aspek kehidupanmu dan membenci segala gagasan yang lain (Maz 119:128; Yer 6:16). Raja Yesus Yang Bahagia telah dimuliakan setinggi-tingginya kerana membenci dosa (Maz 45:7; Ibr 1:9).
Puteri Hikmah membenci mulut yang rewel, iaitu ucapan yang cabul, jelek, dan yang durjana. Kata-katamu harus memberi kehidupan dan membantu orang lain (Ams 10:21; 15:4; 16:24). Allah membenci lidah yang rewel dan yang berbohong (Ams 4:24; 6:12,17; 10:31; 12:19; 21:6). Salomo telah mengkhususkan banyak amsal bagi ucapan yang sihat, kerana ia suatu aspek dosa yang sungguh lazim di antara manusia (Ams 10:19; 12:18; 15:1-2,28; 17:27-28).
Hai pembaca, adakah kamu membenci empat hal ini? Adakah keempat-empatnya disingkirkan daripada kehidupanmu? Selama kamu memegang mana-manapun dosa yang dinyatakan ini, kamu tidak dapat dan tidak akan menjadi berhikmah. Takut yang sejati akan TUHAN akan menyebabkanmu untuk membenci hal-hal ini dan mengoyakkan segala aspek hal-hal tersebut daripada kehidupanmu (Maz 101:2-3). Jangan berani nak menuntut diri sebagai orang yang takut akan TUHAN, jika kamu berpegang kepada mana-mana satu pun dosa. Untuk berterusan dalam dosamu adalah untuk menghina TUHAN (Ams 14:2), dan Allah Yang Maha Kudus akan menghukummu.
Para lelaki dan perempuan yang hebat di bumi ini merupakan orang yang takut akan TUHAN. Mereka kesukaanNya, dan mereka hidup bahagia dan berjaya. Dia merupakan Allah mereka, dan Dia memberkati mereka dengan berkelimpahan (Maz 25:12-15; 128:1-6). Yesus Kristus takut akan Allah, dan doa-doaNya telah didengar, dan Dia memerintah atas seluruh alam semesta (Ibr 5:7-9; 1:3,13). Ikutilah teladanNya yang kudus dan yang sempurna.