16:6
Melalui belas kasihan dan kebenaran kedurjanaan disingkirkan: dan melalui takut akan TUHAN orang meninggalkan kejahatan.
Cara yang terbaik untuk hidup adalah ketika belas kasihan dan kebenaran bergabung untuk menyucikan kehidupanmu. Dua aspek kesalihan datang bersama untuk menjadikan manusia sempurna. Dan motivasi untuk mencari dan mengamalkan kedua-dua itu ialah takut akan TUHAN, yang mendorong manusia untuk meninggalkan dosa-dosa mereka.
Kamu harus bermula dengan takut akan Allah. Itulah permulaan hikmah dan pengetahuan (Ams 1:7; 9:10; Ayb 28:28; Maz 111:10); ia dasar untuk menjalani kehidupan yang salih (Ams 15:16; 20:28; 23:17; 28:14); ia seluruh tugas manusia (Ula 10:12; Pkh 5:7; 8:12; 12:13-14; Mik 6:7-8). Ia membawa kekayaan, kehormatan, dan kehidupan yang jauh mengatasi orang lain (Ams 22:4; Pkh 7:18).
Takut akan Allah mendorong orang untuk mencari kelulusanNya dari setiap segi kehidupan. Ia mendorong mereka untuk membenci dan berpaling daripada dosa (Ams 8:13; 14:16; Maz 97:10; 101:3; Amo 5:15; 2Kor 7:1). Ia mendorong manusia untuk belajar kesalihan yang akan menyempurnakan mereka di hadapanNya (Kol 1:28; 4:12; Ibr 13:21). Ia keseluruhan tugas manusia dan akan memuaskan kehidupanmu di hadapan Allah dan manusia (Pkh 12:13-14).
Belas kasihan dan kebenaran ialah dua batu permata kesalihan yang sempurna. Belas kasihan ialah simpati, pengampunan, atau kemurahan yang kamu tunjukkan kepada orang lain ketika mereka berada dalam kuasamu atau berhutang kepadamu dan tiada hak untuk menuntut mana-mana itu. Kebenaran ialah kesetiaan sempurna kepada apa yang betul seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah, dan urusan-urusan yang murni dalam ketulusan benar tanpa perdayaan atau pura-pura. Pertimbangkan batu-batu permata ini dengan betul.
Belas kasihan dan kebenaran tidak diketahui Syaitan dan orang durjana. Syaitan ialah pembohong dan pembunuh dari permulaannya (Yoh 8:44), yang merupakan apa yang bertentangan dengan kebenaran dan belas kasihan. Ketika dia menggoda Hawa di Eden, dia menyoal dan menunggangbalikkan apa yang difirmankan Allah dan mencabuli niat baik Allah: dia berbohong terhadap kebenaran. Daripada menunjukkan belas kasihan kepada Habel, yang benar dalam sembahyangnya, dia menggerakkan Kain untuk membunuh Habel hanya kerana Kain beriri hati (1Yoh 3:12).
Orang bebal yang durjana dan orang Farisi yang keagamaan berbohong melalui tutur kata atau perilaku apabila ia condong kepada tujuan mereka, dan mereka akan menghakimi tanpa belas kasihan ketika seseorang berada dalam kuasa mereka. Mereka berbohong kepada Pilatus dalam keradangan untuk menyalibkan Kebenaran, dan mereka tiada belas kasihan kepada Manusia Yang tidak ditemui apa pun kesalahan. Mereka orang munafik dan para pembunuh. Mereka memutarbelitkan Alkitab untuk memperbenarkan balas dendam peribadi, dan mereka hanya menunjukkan belas kasihan kepada kawan-kawan mereka (Mat 5:38-48; Luk 6:27-36). Mereka menyembunyikan dosa-dosa mereka sendiri di sebalik lahiriah yang putih, tetapi mereka ingin mendedahkan semua orang lain.
Mereka akan menarik keldai keluar dari parit pada Hari Sabat, tetapi mereka mengutuk Yesus kerana menyembuhkan orang pada Hari Sabat (Luk 14:1-6). Mereka tidak berbelas kasihan! Mereka mengutuk para murid kerana memetik jagung pada Hari Sabat, meskipun tahu Daud pernah makan roti sajian bait suci (Mat 12:1-7). Mereka tiada kebenaran atau belas kasihan! Mereka menolak untuk menjawab soalan Yesus yang sah tentang Yohanes Pembaptis oleh sebab pemberontakan durjana mereka (Mat 21:23-27). Mereka tidak ada kebenaran!
Belas kasihan dan kebenaran ternyata bertentangan – belas kasihan harap untuk mengkompromi penghakiman bagi manfaat orang lain, dan kebenaran menuntut supaya kamu buat benar pada setiap masa. Tetapi dalam orang yang berhikmah dan yang baik kedua-dua ini bertemu bersama dan saling mengubahkan satu sama lain secukupnya untuk menghasilkan batu-batu permata yang indah. Kedua-duanya menyingkirkan kedurjanaan dan dosa daripada kehidupan, sebab kebanyakan dosa ialah pelanggaran terhadap satu sama lain.
Yang mana satu lebih penting, belas kasihan atau kebenaran? Hikmah akan dengan berhati-hati mengkaji keadaan. Niat suci lebih penting daripada damai sejahtera; kamu hanya mengkompromikan penghakiman atau kebenaran dengan sungguh berhati-hati untuk menunjukkan belas kasihan (Yak 3:17; 2:13). Berkhutbah bertentangan dengan Alkitab ialah perbuatan terkutuk (Gal 1:8-9). Kamu harus membenci setiap jalan palsu (Maz 119:128), dan memperbenarkan yang durjana membawa padah penghakiman Allah (Ams 17:15; 1Sam 3:13; 1Kor 5:2). Buat adil dan sayangilah belas kasihan (Mik 6:8).
Tetapi belas kasihan lebih penting daripada surat hukum (Mat 12:7; Mar 2:27), jika ia mengekalkan semangat hukum itu (Yoh 7:23-24). Dan pelanggaran-pelanggaran kecil yang peribadi menuntut belas kasihan melebihi penghakiman (Ams 19:11; Mat 5:7,38-42; 6:15; 7:1-2; Yak 2:13). Sanubari belas kasihan ialah sebahagian akhlak Kristian (Kol 3:12-14), yang mengajar manusia untuk menghapuskan apa pun sikap kedagingan balas dendam.
Orang berhikmah akan mempertahankan kebenaran Allah sepenuhnya, tetapi dia akan memahami bilakah waktunya kebenaran itu membenarkan belas kasihan. Dia akan menunjukkan belas kasihan bila-bila dia dapat berbuat demikian. Dia akan selalu berurus secara benar dengan orang lain, tetapi dia akan menunjukkan belas kasihan terhadap orang yang tidak berurus secara benar dengannya.
Ketika Alkitab menyatakan bahawa jalan-jalan Allah bukan jalan-jalan kita, Alkitab sedang menjelaskan tentang belas kasihan Allah dalam hal pengampunan (Yes 55:6-9). Ia penting kamu faham nilai petikan yang kurang tepat disebut dalam konteksnya yang berharga itu. Allah mengampuni dan memaaf dengan percuma dan dengan sepenuhnya, bukan seperti manusia alamiah.
Hai pembaca, dapatkah kamu seimbangkan kesungguhan besar bagi kebenaran dengan pemakaian belas kasihan yang ceria? Mungkinkah kamu mengkhutbahkan kebenaran tanpa berselindung-selindung kepada musuhmu, dan kemudian berdoa supaya mereka diampuni ketika mereka merejammu dengan batu, seperti yang dilakukan Stefanus (Kis 6:8 - 7:60)? Mungkinkah kamu memarahi hamba-hamba yang kekukangan, namun merayu untuk belas kasihan bagi hamba larian yang sudah bertaubat seperti yang dilakukan Paulus (2Tes 3:8-12; Filemon)?
Adakah belas kasihan dan kebenaran bercium sesama dalam kehidupanmu? Adakah kamu berwaspada untuk kebenaran, tetapi sensitif kepada keperluan orang lain di sekelilingmu? Adakah kamu mendidik anak-anakmu dalam jalan yang benar, tetapi menunjukkan belas kasihan dan simpati ketika mereka gagal dan bertaubat bagi kebebalan? Adakah kamu mengekalkan penundukkan salih isterimu, namun menunjukkan kehormatan kepadanya sebagai bejana yang lebih lemah?
Adakah kamu berbuat yang terbaik dalam melaksanakan tugasmu dengan setia, tetapi menunjukkan belas kasihan kepada pelayan yang kurang berhati-hati dan menumpahkan minuman ke atas pahamu? Adakah kamu selalu membayar bil bayaranmu tepat pada waktunya, namun menunjukkan belas kasihan kepada orang yang lambat membayarmu? Adakah kamu memberitahu kedua-dua kawan dan musuh kebenaran tidak kira apa pun, tetapi berdoa bagi musuh-musuhmu ketika mereka berpaling menentangmu kerana itu?
Belas kasihan dan kebenaran bertemu bersama dengan sempurna dalam Tuhan Yesus Kristus; kewajaran dan damai sejahtera telah mencium satu sama lain dalam Yesus (Maz 85:10). Dia mengampuni askar yang mengagih-agihkan pakaianNya sesama diri dan Dia membekalkan belas kasihan kepada ibunya ketika tergantung di salib (Luk 23:34; Yoh 19:26-27), dan Dia memegang teguh perbicaraan kebenaran ketika dalam perbicaraan di hadapan gabenor yang tidak memahami kebenaran (Yoh 18:37). Dia dapat meremukkan orang Farisi, Saduki, dan orang jurutulis dengan cara pemakaian kebenaran yang langsung tiada kesalahan, tetapi Dia juga dapat bersimpati dan mengampuni para pelacur yang mencari belas kasihanNya.
Matlamat yang paling besar bagi kehidupanmu adalah untuk berpaling daripada dosa supaya berpaling dengan sempurna kepada Allah, sebab Dia tidak akan berkenan atau memberkati orang durjana (Kel 34:7; Nah 1:3). Kamu harus merayu kepada Allah untuk menambahkan lebih belas kasihan dan kebenaran dan ketakutanNya dalam kehidupanmu, dan kamu patut belajarnya dengan menyeluruh dalam Alkitab. Bertambah dalam nilai-nilai akhlak mulia yang berharga ini akan menjadikanmu hebat di pandangan TUHAN dan di pandangan lelaki dan perempuan yang baik. Semoga Allah memberkatimu dalam ikhtiar yang salih dan yang mulia ini.