21:23
Sesiapa yang menjaga mulutnya dan lidahnya menjaga jiwanya daripada masalah.
Di sinilah hikmah yang berharga! Jika kamu menguasai pertuturanmu, kamu akan menyelamatkan dirimu daripada masalah. Mulutmu dan lidahmu ialah dua daripada musuh-musuhmu yang paling besar. Jika kamu mengawalnya dan hanya bertutur dengan perkataan yang wajar pada waktu yang wajar, kehidupanmu akan diberkati. Pertuturan yang tidak dikuasai itulah yang membuat manusia terjebak ke dalam segala jenis masalah. Di sinilah hikmah untuk kehidupan yang baik.
Kamu boleh terjebak ke dalam masalah dengan percakapan yang kotor, yang bebal, dan yang bergurau. Kamu boleh merosakkan reputasimu, menyakiti perasaan orang lain, dan membuang masa dengan pertuturan yang demikian. Allah membenci pertuturan sedemikian, walaupun ia sungguh popular dengan generasi yang semasa ini. Dia akan datang tidak lama lagi untuk menghakimi dunia untuk dosa-dosa yang tersebut (Ams 14:9; 26:18-19; Pkh 7:6; Efe 4:29; 5:3-7).
Kamu boleh terjebak ke dalam masalah dengan percakapan yang negatif tentang orang lain. Manusia akan tahu bahawa kamu durjana, dan kamu akan menghasilkan permusuhan dan persengketaan. Walaupun ia mudah untuk dilakukan, Allah Yang Berbahagia membenci hal mengumpat, memfitnah, membawa mulut, dan membisik. Ia serupa dengan pembunuhan, kerana ia merosakkan reputasi orang lain (Ams 10:18; 11:13; 16:28; 18:8; 20:19; 25:23; 26:20-22).
Kamu boleh terjebak ke dalam masalah dengan mengadu. Siapakah yang suka orang yang mengadu? TUHAN membenci hal mengadu, dan Dia menghakimi itu dengan keras-keras (bil 11:1; Maz 106:24-27). Yesus Kristus akan datang tidak lama lagi dengan malaikat-malaikatnya untuk menghakimi para pengadu (Yud 1:14-16). Ia kehendak Allah bagi mulutmu dan lidahmu untuk memberi syukur (Flp 2:14; Kol 3:17; 1Tes 5:18). Generasi ini tidak bersyukur, maka Allah telah menghakimi dunia dengan kegelapan dan perkara liwat (Rom 1:20-27; 2Tim 3:2).
Kamu boleh terjebak ke dalam masalah dengan terlebih janji. Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya tentang membuat janji kepada orang lain sebagai penaja jaminan, seperti menandatangani pinjaman dengan melulu atau dengan banyak (Ams 6:1-5; 22:26-27). Ia sebegitu mudah dan menguja untuk menawar jaminanmu bagi perlaksanaan orang lain, kerana ia memberimu suatu peranan yang penting dalam kehidupan mereka. Tetapi hikmah patut menjaga mulutmu daripada menghasilkan hutang yang tidak perlu dan yang terlebih banyak (Ams 22:3; 1Kor 7:32).
Kamu boleh terjebak ke dalam masalah dengan nazar kepada Allah. Pada waktu kesesakan dalam situasi yang sulit, ia mudah untuk berjanji kepada Allah untuk menyakinkanNya untuk menyelamatkanmu. Tetapi Tuhan memberi amaran terhadap sumpah yang demikian (Pkh 5:1-3). Ia lebih baik untuk langsung tidak bernazar, daripada bernazar dan tidak menunaikannya (Pkh 5:4-7).
Kamu boleh terjebak ke dalam masalah dengan menyumpah orang. Yesus Kristus mengajar bahawa menyumpahi orang tanpa sebab yang kudus merupakan pelanggaran perintah yang keenam, hukum terhadap pembunuhan (Mat 5:21-22). Tomahan dan cercaan, yang merupakan hal menyumpah dan hal yang tidak berbudi bahasa, terkutuk oleh Alkitab (Kel 22:28; 1Kor 5:11; 6:10; 1Pet 3:9). Seorang anak yang mengutuk ibubapanya mati di bawah hukum Musa (Ams 20:20; Kel 21:17; Ima 20:9; Ula 27:16). Hai Hollywood, celakalah kamu!
Kamu boleh terjebak ke dalam masalah dengan berbohong. Setiap orang membenci pembohong. Tidak seorang pun boleh percaya kepada si pembohong. Hukuman yang keras-keras disimpan untuk para pembohong dan orang yang bersumpah bohong. Dan semua pembohong akan memakai akhirat mereka di lautan api (Wah 21:8,27; 22:15). Kejujuran dalam setiap situasi bukan sahaja tata tertib yang paling baik; ia kewajiban kudus Allah kebenaran (Ams 12:22; Kel 20:16; Ima 19:11; Efe 4:25).
Kamu boleh terjebak ke dalam masalah dengan tidak menghormati kekuasaan. Kamu tidak boleh mengutuk raja meskipun di dalam fikiranmu atau di katilmu (Pkh 10:20). Burung yang kecil pun akan membawa kata-kata durjana itu, dan kamu akan berada dalam masalah. Allah memandang hina orang yang bertutur jahat tentang para penguasa (2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10). Kanak-kanak harus menghormati ibubapa, isteri harus menghormati suami, dan para pekerja harus menghormati majikan, dan para ahli gereja harus menghormati pastor mereka (Efe 5:33; 6:1-3; 1Tes 5:12-13; Tit 2:9-10; 1Pet 3:5-6).
Kamu boleh terjebak ke dalam masalah dengan bertengkar dan membahas. Orang berhikmah mendengar lebih daripada bercakap (Ams 17:27-28; Pkh 7:5). Seseorang perempuan harus mengelak perbalahan dan menekankan kemurahan (Ams 19:13; 21:19; 27:15; 31:26). Para hamba Allah menolak kebebalan dan soalan-soalan yang tidak terpelajar, sebab itulah tanda-tanda orang bebal dan para pencemuh (1Tim 1:4; 4:7; 6:3-5; 2Tim 2:14,16,23; Tit 3:9). Orang berhikmah belajar sebelum bercakap (Ams 15:28), terutamanya hamba-hamba Allah (2Tim 2:15).
Kamu boleh terjebak ke dalam masalah dengan menyakiti orang di sekelilingmu. Pasangan, anak, dan kawanmudah disakiti hati dengan kata-kata yang tajam (Ams 12:18; Efe 6:4; Kol 3:19). Kata-kata yang kasar menimbulkan kemarahan dan menyebabkan perbalahan bertambah (Ams 15:1). Perhubungan-perhubungan dibinasakan, kepahitan timbul, dan masa depanmu ditumpulkan oleh kata-kata yang keras. Lelaki dan perempuan yang ada ucapan yang berbudi baik akan disanjung tinggi-tinggi (Ams 11:16; 22:11). Ia perintah untuk memakai kata-kata yang berbudi baik (Kol 4:6).
Bagaimanakah kamu dapat mengelak masalah dengan mulutmu dan dengan lidahmu? Pertama, padam setengah daripada percakapanmu, sebab banyak perkataan selalu mengandungi dosa (Ams 10:19). Kedua, perlahankan dan tekankan pendengaran melebihi pertuturan (Ams 29:20; Yak 1:19). Ketiga, ingat bahawa kamu akan memberi perhitungan bagi setiap perkataan yang kosong dan akan dihakmi kerana kata-katamu (Mat 12:34-37). Keempat, berdoa seperti Daud, “Pasanglah suatu penjaga, ya TUHAN, di depan mulutku; peliharalah pintu bibirku” (Maz 141:3).
Daripada masalah, orang yang menjaga mulutnya dan lidahnya akan menikmati kehidupan yang baik, terjamin oleh firman Allah yang tidak pernah salah. “Siapakah dia yang mengingini kehidupan, dan yang menyukai banyak hari, supaya dia dapat nampak apa yang baik? Peliharalah lidahmu daripada kejahatan, dan bibirmu daripada mengucap tipu muslihat” (Maz 34:12-13). Petrus juga memetik kata-kata janji yang ajaib ini (1Pet 3:10).
Tiada apa pun masalah bagi Tuhan Yesus Kristus oleh mulutNya dan lidahNya. PertuturanNya tidak terbandingkan di sejarah manusia (Maz 45:2; Yes 50:4; Luk 4:22; Yoh 7:46). Dia dapat menghibur seorang balu di perkuburan anak tunggalnya, atau dia dapat mendedahkan ajaran sesat orang Farisi lalu menimbulkan kesukaan kepada para pendengarNya (Luk 7:11-18; Mat 7:28-29). Tiada apa pun yang dapat dipakai untuk menyabit kesalahan kepadaNya di dalam perbicaraanNya, maka orang Yahudi dengan palsu menuduhNya dengan mencabuli kata-kataNya yang suci (Mat 26:59-61). Kata-kataNya yang adil dan keras akan tidak lama lagi menghakimi mereka untuk dosa-dosa mereka (Mat 7:21-23).